Jan 3, 2013

pengenalan



Sekali berkata benci adakah ia bermaksud selamanya? 

Wajah tampan itu diperhati penuh bengis. Wajahnya  berona kemerahan. Menambahkan lagi pada wajah yang sudah tersedia kemerahan. Bibir lelaki itu diketap. Jlas terpancar kemarahan dan kebencian terhadap wanita yang sedari tadi berada di hadapannya. 

"Sekali hati berkata benci, Sekali ia bermaksud selamanya! kau faham? Aku benci perempuan sok alim seperti kamu!" Hatinya makin membara. Tidak dapat menerima teguran oleh wanita bertudung labuh dan berniqab. 

"Kau jangan nak berlagak alim la perempuan. Kau jangan ingat aku tak kenal kau siapa. Aku nak cakap sikit la, kau dah lupa apa yang berlaku di hotel tempohari antara kau dengan aku? Kau jangan buat buat lupa pula." Tungkasnya lagi.

Maira mengetap bibir. Kenapa perkara itu perlu diungkit? Perempuan yang sedari tadi berada disamping lelaki itu iaitu Melissa tersenyum sinis kepadanya. 

"Jadi U pernah tidurla dengan perempuan ni yer B?" Lengan Aqasha dipaut mesra. Melihat Aqasha mengangguk bersama seyuman manis dia menyambung kata katanya kembali. "Perempuan macam ni memang kita tidak boleh percaya B. Bertudung labuh bagai. Hati lebih jahat dari orang lain." Ucapnya sambil ketawa. Dipeluknya badan Aqasha.

Aqasha membalas pelukan Melissa. Dia mencium kedua belah pipi Melissa. Matanya kembali menyorot kepada gadis yang sedari tadi berdiam diri di hadapannya. Puas hatinya. Dapat membalas balik apa yang telah memalukan dirinya. Dia pasti, pasti wanita di hadapannya ini sudah tewas. Maruahnya sebagai wanita solehah sudah tercalar.

mungkin satu pejabat akan tahu siapa dirinya yang sebenar! puas!

Mata Mairah sudah berkaca. terlalu luka di hatinya. Bagai di hunus lembing menusuk ke jantungnya. Sampai hati abang... Ya Allah, kuatkan aku! Sabarkan aku. Melihat kemesraan antara Aqasha dan Melissa sudah cukup membuat dirinya terseksa. Siapa sanggup melihat orang yang disayangi bermesra di hadapan mata sendiri.

Dia harus kuat. Andai sudah takdir begini dia harus reda! Bukan mengeluh! langkahnya di atur untuk keluar dari bilik itu. Tidak betah terus berlama di situ. Makin sakit jiwanya.

"Aku harap muka kau dah tak ada kat sini lagi. Aku benci tengok muka kau. Dah la hodoh."

Langkahnya pegun. bibir diketap kuat menahan sendu. Air mata yang cuba mengalir cuba ditahan, Sakitnya aku duhai hati. Dia berpaling ke belakang. Wajahnya di maniskan sebaik mungkin. lupa. si dia tidak dapat melihat senyumannya kerana dia memakai niqab. 

"sekali mulut berkata begitu, bermakna ia benar, bukan tuan? tuan jangan risau atau khuatir, saya tahu siapa saya. saya akan pergi jauh sehingga tuan tidak bisa menemukan saya lagi." 

tanpa menoleh lagi. langkah laju di atur mendahului pintu bilik utama. seandainya abang tahu siapa saya, sudah pasti abang dah lama menceraikan saya. tapi sayang bang, abang tidak pernah kenal siapa saya.

air mata yang di tahan, merembes keluar bersama esakan. tidak peduli kepada mereka yang sedang memerhati di luar bilik. 

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023