Mar 26, 2013


~~BAB 1~~
AKU hanya mampu memandang dari jauh. Susuk tubuh itu menghilang di sebalik pintu bilik mandi. Kedengaran air dari bilik mandi mencurah-curah. Petanda dia sedang mandi. Mataku mengerling sekilas pada jam di dinding. Sudah pukul sebelas malam. Seperti kebiasaannya, pulang lewat ke rumah.
Selepas dia mabuk terus seminggu yang lalu. Dia mula berubah sikap. Kerana terlalu mabuk. Dia telah merogol diriku. Hingga kini perasaan itu menghimpit hatiku.
Lamunanku  tersentak saat merasakan sesuatu menghempap pada  mukaku. Mataku berkalih pada ‘benda’ yang menghempapku tadi. Sehelai baju kemeja putih yang mana tie terdapat di dalam poket dan sehelai seluar slack hitam.
Mataku berkalih pula pada susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan meja solek. Kelihatan wajah itu begitu ceria. Tanganku mula mengutip pakaian yang dilempar tadi. Haruman yang meloyakan menerjah masuk kedalam rongga tengkukku.
Bau arak serta wangian yang bercampur baur. Menandakan lelaki itu baru pulang dari kelab malam. Ingin sekali aku memuntahkan isi kandungan yang telah penuh memenuhi rongga tengkukku. Perlahan-lahan aku berdiri dan berlalu ke dapur untuk membasuh pakaian tadi. Pintu bilik ditutup meninggalkan lelaki itu yang sedang bersiur di hadapan cermin.
Penutup mesin basuh aku buka. Sebelum meletakkan pakaian itu kedalamnya, aku menyelongkar dahulu di dalam kocek seluar. Bimbang jika tertinggal sesuatu yang penting. Pernah sekali aku tidak menyelongkar seluarnya. Akibatnya, tangannya naik kepipiku apabila lelaki itu mendapati cek telah hancur menjadi kertas kecil selepas dibasuh.
“Bodoh...! kenapa kau tak cek dulu dalam poket sebelum basuh hah!”
Pang!
Terasa kebas pipiku. Pedih pada pipi dan lebih pedih dalam hati. Aku mengangkat muka memandang wajah itu. Cukup bengis. Aku hanya mampu diam. Lelaki itu berlalu dengan meja dapur dihamburnya. Berkecai kaca dilantai.
Seluar lelaki tu aku masukkan ke dalam mesin basuh. Baju kemejanya masih ditanganku. Mataku membuntang saat terpandang pada kolar baju itu. Kesan gincu memenuhi ruang kolar baju. Tiba-tiba hatiku berdetak hebat, rasa yang maha pedih biarpun setiap hari aku melihat bajunya dipenuhi kesan gincu. Jariku naik mengelap kesan gincu yang melekap pada kolar baju. Langsung tidak tertanggal.
Aku menyediakan makan malam untuknya setelah aku siap membasuh pakaian lelaki itu. Biarpun hari sudah lewat malam, dia akan tetap turun makan sebelum dia menyambung kerja pejabatnya di bilik rehat. Bunyi derapan kaki sedang turun dari tangga. Cepat-cepat tanganku menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
Lelaki itu melabuh punggungnya dikerusi. Wajahnya seperti biasa. Serius. Tidak pernah senyum untukku. Aku menunduk tanda hormat. Nasi yang siap dicedok, aku letakkan dihadapan lelaki itu. Wajah itu langsung tidak memandang kepadaku. Jijik barangkali.
“Tuan mahukan lauk ayam madu?” aku bertanya kepada lelaki itu. Dia mengangguk. Namun wajahnya tidak memandang kepadaku. Namun begitu, bibirku tetap melakar senyuman untuknya. Ayam madu, aku letakkan dalam pinggan yang berisi nasi tadi.
Setelah itu, aku menuang milo ais kedalam gelas. Gelas dihulur kepada lelaki itu.
Tidak bersambut.
Aku meletakkan gelas tadi di tepi pinggan lelaki itu. Aku berlalu. Berdiri disisi tepi dinding. Memerhati lelaki itu makan malam.
“Esok aku nak kau masak yang spesial sikit.” Suara lelaki itu kedengaran agak jelas. Aku yang sedang berdiri tadi tersentak. Aku memandangnya.
“Untuk apa Tuan?” aku menanya lelaki itu. Wajah itu yang tadi sedang melayan makan malamnya kini berkalih memandangku. Matanya tajam menikamku. Aku menelan liur. Aku terlalu takut dengan renungan itu.
“Kau ni banyak tanya pulak! Kalau dah biul memang biul la. Takkan kau tak reti-reti lagi. esok aku nak date dengan Gina!” tengkingnya. Berseriau wajahku. Aku cepat-cepat menunduk hormat.
“Baik Tuan.” Ucapku lemah. Takut memandang wajah itu. Lelaki tadi meneruskan suapannya. Aku hanya memerhati.

++++++

“Hoi pompuan! Sini kau kejap.”
Suara yang agak keras menampar gegendang telingaku. Pantas aku menoleh. Lelaki itu sedang bercekak pinggangnya di belakangku. Dia langsung tidak berbaju. Aku malu melihat dirinya yang berkeadaan bergitu. Aku menundukkan wajah. Merah mukaku menahan malu.
Aku cakap dengan kau ni bodoh. Bukan dengan orang lain. Lain kali bila aku bercakap, pandang aku. faham!” suaranya sudah naik beroktaf-oktaf. Dia masih lagi berdiri di hadapanku.
Suaranya yang bagai hililintar itu memaksa aku untuk mendongak. Tepat aku memandang wajah kacaknya. Langsung aku tidak memandang susuk tubuhnya yang taf itu.
“Baju aku ni kenapa berkedut hah! Ke dah tak reti gosok baju? Atau kau dah berangan jadi mam besar dalam ruma ni?” tengkingnya lagi. bahuku terjinjut. Seriau darah menyerbu.
“Ni!”dia melampar baju kemejanya tepat terkena mukaku. Dia berlalu naik ke biliknya tanpa memandangku. Kedengaran suaranya sedang membebel. Tapi aku langsung tidak dengar. Agak kasar perlakuannya tadi. Baju kemeja yang jatuh, aku ambil. Dengan hati yang masih sebal, langkah ku atur ke bilik menggosok pakaian.
Usai dia menjamu selera. Dia melulu keluar dari rumah. Aku turut mengekorinya dari belakang. Aku juga akan keluar. Untuk membeli barang dapur yang dipesan olehnya.
“Ni duit. Kau beli apa-apa yang patut.” Dia melempar duit ke arahku. Berterabur di atas lantai. Aku menunduk, mengutip wang yang bertaburan di bawah kerusi di koridor luar rumah.
Dia pula sedang membetulkan tie dikolar baju. Segak pemakaiannya tambah pula dengan wajah yang cukup hensome. Sesekali mataku menjeling kepadanya yang sibuk membetulkan kedudukan baju diseluarnya. Sangat berkarisma.
“Aku tahu la aku ni kacak. Kau tak payah la tengok aku macam tak pernah tengok orang.” Sindirnya. Dia hanya senyum sinis memandangku. Aku hanya menunduk. Membetulkan kedudukan wang di tangan.
Aku berdiri. Terlalu hampir dengannya. Pantas dia menjauhkan dirinya dariku. Mukanya dibuat seperti orang meluat. Bibirnya dicemikkan. Briefcasenya dicapai atas meja. Kunci kereta turut dicapainya. Dia memalu langkah ke arah kereta mewahnya. Aku hanya memerhati dari sini.
Dia berpaling semula. Mata kami bersabung. Menghadirkan rasa getar dalam hati.
“Kau tak reti nak gerak ke pompuan! Kau pikir aku nak ajak kau naik kereta denganku? Owh, pleaselah... tak hingin aku. tu kau nampak pondok bas? Kau naik tu!” tengkingnya kuat bersama sindiran pedas.
Aku mengetap bibir. 
Perlahan-lahan pintu pagar dibuka dan aku menuju ke pondok bas. Aku melabuhkan punggung di atas simen. Fairlady miliknya menderum kuat dihadapanku meninggalkan aku yang masih tercongok menunggu teksi.
Aku memilih pasaraya Jusco. Ramai mata-mata yang berpasang memandang ke arahku. Ada yang berbisik. Ada juga yang buat-buat muka geli. Aku hanya diam. Meneruskan langkah untuk membeli keperluan.
Tika aku lalu dihadapan KFC, langkahku tiba-tiba pegun. Mataku tidak berkelip memandang pasangan yang sedang membuat adegan suap-menyuap dalam restoran KFC. Sesekali kedengaran gelak ketawa dari mereka. aku hanya diam. Memerhati gelagat mereka.
Tanganku naik memegang dada. Kenapa harus ada rasa sakit. 

Mar 20, 2013

CERPEN BERSIRI




BAB1

DI DALAM rumah agam yang terbentang indah itu kedengaran suara seseorang yang sedang membebel. Suara orang itu kedengaran sedikit keras. Entah apa yang dibebelkannya tidak tahu. Tapi raut wajah itu kelihatan sangat bengis sekali. Seperti big foot yang tidak mendapat sebiji pisang di dusun akibat petani itu yang mengambilnya terlebih dahulu. Mulutnya sedari tadi terkumat-kamit. Sudah tentu sedang menyumpah seranah. Orang kaya, biasalah.

“Hei pompuan, kau pekak ke hah! Nak tercabut anak tekak aku panggil kau. Kau ke mana hah! Kau jangan nak curi tulang la pompuan, kau ingat sikit. Kau tu orang gaji je dalam rumah ni.” Hamunnya ketika ternampak kelibat perempuan itu masuk ke dalam rumah. Merah padam muka lelaki itu menahan marah. Dadanya sudah turun naik. Bila-bila masa sahaja akan pecah.

Mardiyah yang baru melangkah masuk ke dalam rumah tersentak. Langkahnya yang tadi kini pegun. Seakan sudah dipaku kemas dilantai. Matanya tepat memandang lelaki yang sedang bercekak pinggang di tepi sofa. Mencerlung mata lelaki itu. Tajam tepat terkena matanya. 

Tidak lama, Mardiyah cepat-cepat menunduk. Takut melihat lelaki itu. Beberapa kali bibirnya beristiqfar.

Makin panas hati Ammar melihat perempuan itu hanya diam. Benci dia melihat raut disebalik tudung labuh hijau pucuk bercorak bunga kiambang itu. Hatinya makin panas bila saja terpandang perempuan yang bermata coklat cair itu. Jiwanya makin bergelodak hebat. Terasa masih belum puas menyakitkan hati insan dihadapan itu.

“Kau pekak ke hah!” jerkahan Ammar membuatkan bahu Mardiyah sedikit terangkat. Terkejut bila disergah begitu. Dia masih lagi menunduk. Hatinya tiba-tiba berdebar yang maha hebat. Dalam benaknya bermacam-macam perkara yang sedang terlayar.

Lama.

Baru dia mendongak memandang tepat wajah kacak itu. Lelaki dihadapannya masih lagi berwajah bengis. Bila-bila masa lagi akan memakan mangsanya. Mardiyah menarik nafas panjang sebelum bersuara.  

“Sa... saya keluar bagi ikan dalam kolam makan encik. sa... saya minta maaf lambat.” tergagap-gagap Mardiyah menuturkannya. Makanan ikan yang sedang dipegangnya digenggam kuat. Cuba mengambil sedikit kekuatan.

Lelaki itu tersenyum sinis. Tahu takut. Desis hati lelaki itu. Lama dia memandang wajah takut perempuan dihadapannya itu. Sempat dia mengerling ditangan perempuan itu terdapat sebungkus plastik makanan ikan. Hatinya puas, bila orang yang dibenci takut dengannya. Langsung tidak berbekas dalam hatinya melihat wajah itu. Yang pasti lagi lama dia memandang wajah itu, lagi sakit hatinya.

“Aku nak... kau masak untuk makan malam, malam ni. Pastikan sedap. Menu dia..., ayam masak manis, sambal udang dan kari kepala ikan.” Suara lelaki itu masih tegang. Langsung dia tidak memandang wajah Mardiyah. Bila bercakap tadi, dia hanya memandang ke atas. Tangannya diseluk kedalam poket seluar jeans yang dipakainya. Lagak seperti bos yang sedang memberi arahan pada hambanya.
Tapi, dia sememangnya bos. Bongkak dan angkuh sungguh perwatakannya itu.

Tanpa menunggu, dia terus berlalu untuk naik ke tingkat atas sambil bersiul senang. 

Tangannya masih lagi berada dalam saku seluarnya. Kepalanya didongak ke atas. Tiba di anak tangga yang terakhir dia sempat berpaling. Saat  melihat perempuan itu masih lagi kaku di tempat tadi, hatinya makin panas. “Kau tercegat kat situ buat apa hah bodoh! Kau tak nampak ke dah pukul berapa! Kejap lagi diorang balik nak makan. Kau ni, hesy... benci aku dengan kau ni lah! Dah cepat! Ke kau nak aku tampar dulu baru kau nak buat kerja?” tengkingnya. Lelaki itu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

Mardiyah beristiqfar. Tangannya mengusap dadanya yang masih lagi berdebar. Hish, masa ni la kau mengelamun Diyah oi... Kan tak pepasal dah kena maki. Marahnya pada diri sendiri yang sempat termenung tadi. Dia cepat-cepat berjalan ke dapur. Sebelum itu sempat dia singgah di aquarium untuk meletakkan makanan ikan yang dibawa tadi. Tangannya lekas meletakkan makanan ikan.

“Maaf la makanan ikan oi, tak pasal kau jadi ronyok. Aku tak sengaja tadi. Bila berhadapan dengan singa-singa dalam rumah ni, aku jadi lemah. dah nasib kau la yer!” sempat lagi mardiyah membebel. Tapi suaranya perlahan. Sempat dia melingkas kiri dan kanan, takut tuan rumah mendengar apa yang diperkatakannya sebentar tadi. Dia melepaskan nafas lega. Tiada orang.

Biarpun dia terasa hati dengan layanan Encik Ammar sebentar tadi, cepat-cepat dia menyedarkan dirinya. Dia bukan sesiapa! Hanya orang gaji! Memang patut orang gaji diperlakukan begini. Dia cuba bersikap tenang. Wajahnya yang merah menahan rasa sedih dibuang jauh-jauh.

Sedih, kau jangan datang lagi! sekarang masa aku kerja. Kau jangan kacau aku time ni. dah, pergi main jauh-jauh... sempat lagi si Diyah ni menghalau. Bukan si sedih ni tahu. Ke dia tahu?

Tanpa berlengah, dia melulu ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk tuan rumah.

MARDIYAH menghempas tubuhnya ke atas tilam nipis dengan kuat setelah menyudahkan solat isyaknya. Adoi... jerit batinnya. Macamana boleh lupa hanya lantai berlapikkan tilam nipis disini. Tu la berangan nak jadi anak orang kaya lagi. bebelnya dalam hati.
Gara-gara melihat katil empuk di rumah agam tadi, semasa dia di suruh untuk membersihkan bilik Cik Nurin. Sempat dia mencuba duduk di birai katil. Empuk. Tu baru birai. Kalau kat tengah konfom lena terus. Dan itulah kali pertama dia merasa katil yang begitu empuk sekali dalam hidupnya. Nasib baik tuan punya bilik tak ada. Jika tidak sudah tentu dihamunnya. 

Pinggul yang terasa sakit di urut perlahan. Matanya terpejam rapat. Menahan rasa sakit.
Baru ingin menutup mata ketukan di pintu bilik menyedarkannya kembali. Dia bingkas tegak kembali dari tempat duduknya. Pintu bilik dibuka. Wajah Mak Imah tersembul disebalik pintu. Bibir tua itu mengoyak senyuman kepadanya. Mardiyah membalas senyuman wanita itu.

“Diyah dah makan ke? Tadi mak tengok Diya terus masuk bilik.” Soal Mak Imah. Dia duduk di sebelah Mardiyah. Sebentar tadi dia melihat Mardiyah masuk kebilik tanpa makan. Makanan yang terhidang di atas meja makan langsung tidak dijamah. Sebab itu Mak Imah masuk menjenguk Mardiyah.

Mardiyah hanya tersenyum. “Dah mak, tadi diorang bagi makan. Sedap tau mak. Mak dah makan ke? Kalau belum, mak pergi la makan. Nanti mak sakit pulak. Kalau sakit Diya tak tahu nak buat apa mak.

Duit pun kita tak ada. Kita ni, nak beli beras pun tak cukup duit mak. Nasib baik tuan rumah bagi makan tadi. Boleh la kita berjimat sikit....” Suaranya dikawal sebaik mungkin. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Bukan apa untuk menyedapkan hati orang tua itu.

“Pelik, selalu diorang tak bagi makan pun.” Mak Imah berwajah pelik. Dia memandang Mardiyah. Bibir Mardiyah masih lagi dengan senyuman. “Betul ke diorang bagi makan kat kamu? Mak bukan apa, kasian tengok kamu. Bekerja kat tempat bukan sepatutnya. Kamu tak tanya Sufi, ada kerja kosong tak kat tempat dia kerja. Nanti senanglah sikit.” Sambung Mak Imah. Dia kasihan melihat anaknya. Belajar sampai ijazah tapi, kerja jadi orang gaji.

“Betul lah mak, diorang bagi makan tadi. Ntah la mak, Diyah tak tanya lagi Sufi. Nanti Diyah cuba tanya dia mak. Mak pun dah mengantuk tu. Pergi la mak tidur. Esok nak menganyam tikar lagi kan?”

“Yer la, mak pun dah mengantuk ni. Esok nak kena siapkan tikar tu. Lusa ada orang nak datang ambil. Tak apa la kalau Diyah dah makan. Mak takut kamu tak makan lagi je tadi. Tu yang mak masuk bilik kamu ni. Diyah tidurla, nanti lewat pulak kamu nak pergi kerja esok.”
Mak imah berdiri. Dia berlalu kepintu. Dia keluar. Bilik pintu dikatupnya. Diyah mengeluh.

“Maafkan Diyah mak. Diyah tak berniat nak bohong mak. Diorang tak bagi makan pun mak. Mak ingat diorang nak bagi Diyah makan? Diorang tengok muka Diyah pun diorang dah benci. Ni nak ajak makan pula. Dalam mimpi boleh la mak.” Monog Mardiyah perlahan. Ada sendu sedikit dalam suaranya itu. Peristiwa tadi berlayar kembali dalam mindanya.

“Hoi sial! Terhegeh-hegeh. Kau tak nampak ke hah! Perut aku dah lapar ni. Taruk nasi pun lambat.” Marah Encik Nuriman kepada Mardiyah. Mardiyah yang sedang meletakkan nasi kedalam pinggan tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk. Bagai lipas kudung dia dibuatnya. Nasi diletakkan di atas meja dihadapan Encik Nuriman.

“Kau tunggu apa lagi hah! Dah pergi sana. Tengok muka kau ni buat aku tak lalu makan je. Pergi...! Kau pekak ke hah! Apa, kau ingat kitorang nak ajak kau makan sekali? Boleh blah la...” Rupanya marah Encik Nuriman belum berakhir. Ditengkingnya Mardiyah dihadapan tuan rumah yang lain. Mardiyah yang sedari tadi pegun, cepat-cepat berlalu kedapur.

Sebelum dia berlalu kedapur telinganya sempat mendengar kata-kata dari Cik Nurin. Kembar Encik Nuriman. “Alah, kalu dah bodoh macam tu la Angah. Dia tu, kalau dah sial memang macam tu la. Jangan dilayan sangat. Nanti sial berjangkit kat kita. Entah bila la dia nak pergi dari hidup kita ni yer? Hidup menyusahkan jer. Makin lama, makin benci aku tengok muka dia. Betulkan long?” Ditahan  juga telinganya hingga dia berlalu kedapur. Sempat juga dia mendengar gelakan dari mereka sehabis mengutuk dirinya. Bibirnya diketap sehabis mungkin.

Dia bersandar pada dinding dapur. Perlahan-lahan dia terduduk di lantai. Dadanya sudah perih. Sesak. Sakit sekali mendengar cacian dan tomahan dari mereka sekeluarga. Lebih sakit, apabila melihat mereka yang lain hanya senyum mengejek kepadanya. Tangannya naik menggosok dadanya. Dia berselawat beberapa kali untuk menenangkan hati yang sakit. Air mata yang cuba mengalir  ditahan sekuat tenaganya.

Hujung tudungnya di pegang dan membawa kemuka. Allah... dia meraup beberapa kali mukanya. Matanya terpejam rapat.

“Ya Allah, apa dosa aku yang sebenarnya. Apa salah aku pada mereka sekeluarga. Sakit Ya Allah. sakit, sakit sekali bila mendengar mereka mencemuhku. Apa salah aku. Tiap masa pasti ada yang tidak kena pada mereka. Aku tak kuat Ya Allah. Ya Allah, tabahkan aku. Aku mohon.” Rintihnya. Perut mula memainkan irama kencang. Dari pagi tadi lagi dia tidak makan. Sabar Diya. Kau masih ada Tuhan.

Bila mengenangkan hanya tinggal sedikit nasi saja dalam periuk pagi tadi. Dia membatalkan hasratnya untuk makan. Biarlah Mak Imah yang makan. Lagi pula, keadaan sekarang duit poket yang makin kurang. Nak beli beras juga tidak mampu. Kena berjimat sikit. Dia muda. Dia boleh bertahan. Itulah, yang diucap untuk memberi semangat kepada diri sendiri.

“Syy... perut, kau sabar la. Ada sisa yang mereka makan nanti aku makan la. Kau janganlah berbunyi perut. Nanti diorang dengar. Tak pasal-pasal aku tak dapat nak isi kau.” Mardiyah memegang perutnya yang berbunyi. Terlalu lapar. Wajahnya juga sudah terlalu pucat.

Agak lama Mardiyah menunggu mereka semua siap makan. Setelah mendengar kerusi ditarik dia cuba menjenguk ke luar. Tuan rumah sudah berjalan masuk ke bilik mereka masing-masing. Perlahan-lahan dia melangkah ke meja makan. Kecur air liurnya melihat makanan yang sesedap itu. Ayam masak manis dan sambal udang yang tidak dihabiskan oleh mereka.

Tanpa menunggu. Dia mula mengemas meja makan. Ayam yang tidak dihabiskan tadi dia masukkan ke dalam plastik secara senyap. Melilau matanya kekiri dan kanan semasa memasukkan ayam tadi. Sepatutnya makanan yang tidak habis perlu dibuang ke dalam tong sampah. Itu yang diberitahu oleh tuan rumah. Mereka tidak makan makanan yang telah mereka makan. Mereka akan makan makanan yang baru sahaja.
Orang kaya, belum pernah merasakan hari susah untuk mereka.

Siap semua kerjanya. Dia melangkah ke pintu utama sambil membawa ayam tadi. Tanpa menunggu dia pecut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, dia menghabiskan semua makanan yang diambilnya tadi.

Walaupun tidak baik makan ketika berdiri dan berjalan. Dia tidak boleh berhenti. Suasana jalan yang gelap memang menakutkannya.

BAB2

MARDIYAH sedang leka memandang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Sesekali bibirnya menggariskan senyuman bila melihat keletah anak-anak kecil sedang bermain gelungsur dan buaian. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berdekatan. Matanya masih lagi tidak lekang memandang kanak-kanak itu.

Hari ni dia cuti. Tuan rumah sedang bercuti, mereka pulang ke kampung. Bestkan balik kampung. Tapi bukan dia. Tudung yang senget akibat ditiup angin dibetulkan kembali. Perasaannya menjadi kaku bila melihat ibu bapa yang sedang membawa anak mereka bermain di taman. Bahagia sekali wajah-wajah mereka.

“Woi Diyah...!”

Mardiyah tersentak. Suara yang begitu lantang dari belakang amat membingitkannya. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Wajahnya tiba-tiba bertukar bengis. 

“Assalamualaikum...” perli Mardiyah.

“Waalaikumsalam...” Sufi tersengih. Diyah, asal kau malukan aku depan orang ramai ni. Kan tak pasal orang baru nak takcle aku lari balik. Gerutu hati Sufi. Ceh, perasan jugak si Sufi ni. Masuk bangkul angkat sendiri.

Sempat dia memandang pada lelaki yang duduk tidak jauh dari mereka. Lelaki itu turut tersengih memandang mereka. Sufi membalas senyuman itu. Mukanya merah menahan malu. Rupanya ada perasaan juga si Sufi ni. Tadi bukan main kuat suaranya. Mengalahkan speaker masjid kat kampung.

“Kita ni orang islam kena bagi salam. Bukan hoi, woi, bro... Mak kau tak ajar ke hah!” Mardiyah masih lagi memerli Sufi, sahabatnya. Entah dari mana datangnya. Tudungnya berserabai habis. Sufi mencebik. Bibirnya dah sama macam angsa belakang rumah. Mardiyah tergelak bila mengingatkan angsa Mak Imah yang garang. Pantang nampak orang. Mesti nak dikejarnya.

“Lama woi tak nampak kau Diyah. Kau pergi mana?” soal Sufi. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Mardiyah. Dia menyambung lagi. “Asal kau gelak sengsorang tu Diyah?” dia memandang Mardiyah pelik.

Mardiyah berdehem sedikit.

Kontrol ayu la tu. Bisik Sufi.

Matanya memandang wajah Sufi. “Aku tak pergi mana. Ada je kat rumah. Tak ada la, aku ingat kat angsa belakang rumah aku tu.”

“A’a... aku pun baru lepas kena kejar dek angsa Mak Imah tu la. Ni kau punya pasal lah... aku jumpa Mak Imah kat tepi jalan tadi. Aku tanya kau. dia kata kau ada kat rumah. Tu yang aku cari kau kat rumah tu. Aku bagi salam macam nak tercabut kepala tak seorang pun yang menyahut... Bodoh pulak aku ni,”

Sufi menggaru tudungnya sebelum dia menyambung kembali. “bukanlah tak seorang, dah sah-sah Mak Imah tak ada kat rumah tadi. Tapi kau tak menyahut, tu aku cuba pergi cari kau kat belakang rumah. Kau tak ada juga. Memang putus angin la aku. masa aku nak balik tadi, tetiba angsa Mak Imah ada kat belakang aku. apa lagi, aku lari la... dan yang bolehnya, angsa Mak Imah kejar aku jugak. Aku pecut la sampai taman. Tak sangka jumpa pulak kau kat sini.” Cerita Sufi. Gayanya dibuat sehabis mungkin dengan lenggoknya. Sekali tengok, dah macam orang dari wad orkid dan kenanga sahaja.

Mardiyah ketawa sakan. Perutnya ditekan sehabis mungkin. Senak. Sufi, Sufi... bila dah datang biulnya semua tempat dia sambar.

Pap! Sufi menampar peha Mardiyah. Terbelalak mata Mardiyah. Sakit.

“Kau, aku cakap kau gelak. Gelak lagi, gelak...” marah Sufi. Matanya sudah terjengil memandang Mardiyah. Bibirnya bergerak-gerak. Seperti Joyah lagaknya.Tangannya diangkat, seperti mahu mencekik Mardiyah. “Aku penat-penat selamatkan diri kau boleh gelakkan aku. benci la aku.” Sufi buat ala-ala gaya orang tengah merajuk. Dia berpaling ke belakang.

Mardiyah mencebik. “Kau nak merajuk? Eleh, aku takkan pujuk pun. Suka hati kau lah. Dari pujuk kau, baik aku tengok budak-budak main.” Matanya terus terarah pada budak-budak yang sedang bermain bola. Kadang-kadang matanya mengerling pada Sufi yang sedang membelakanginya.

Kelihatan peluh membasahi baju kurung Sufi. Betulla tu apa yang dikatakannya tadi. Jika tidak, masak peluh begini banyak. Ditambah pula dengan tubuh XXXL milik Sufi. Mengeleng Mardiyah.

Sufi pantas berpaling. Mukanya masam mencuka. Bibirnya sudah muncung sedepa. Sempat Mardiyah menjeling kepadanya.

Mengeleng Mardiyah melihat Sufi. Sufi, Sufi... kau tak boleh merajuk punya. Desis hati Mardiyah.

“Kau kerja kat mana sekarang?” soal Sufi tiba-tiba. Dia memandang lelaki yang ada di kerusi sebelah. Matanya tidak lepas memandang wajah itu. Kadang-kadang dia tersengih seorang sambil membetulkan tudung yang dipakainya. Tangannya pula dibuat sebagai pengelap pipi.
Mengelap peluh lah tu. Maklumlah, jejaka idaman depan mata. Kena ayu sikit.
Bukanlah... aku dah memang cantik dari dulu lagi pun. Bangkang betul Sufi bila kata hatinya membelot.

“Aku?” tanya Mardiyah. “Atau kau tanya mamat kat sebelah tu?” sambungnya lagi sambil jarinya ditunding ke arah lelaki yang berada di sebelah kerusi sana.

“Yerla takkan aku tanya pokok pinang kat belakang kau.” balas Sufi selamba. Mulutnya sedari tadi masih terbuka memandang lelaki itu. Kacak! Lelaki itu pusing kanan nampak kacak, pusing kiri nampak kacak. Bila dah berkenan, semua nampak kacak. Matanya masih lagi belum berkalih.

Oi Sufi, kawan kau kat sini. Bukan kat situ. Hatinya berbicara. Diamlah! Benaknya menyangkal pula. Sufi senyum. Tuan punya badan dengan kepala otak dah sama ja, kong.

“Owh, cakap ngan aku. ingat kau tanya mamat tu. mana aku tahu.” Mardiyah mencebik.  Bangang pun ada. Bercakap tentangnya, tetapi mata sebelah lain. Rasa nak hempuk jer kepala si Sufi ni. Matanya dikalih pada pada lelaki itu. Lelaki itu sedang membaca buku. Di telinganya terdapat earphone.

“Kau ni kan...!”

“Okey, okey... aku kerja kat rumah agam tu... la Sufi... Nak kerja kat mana lagi. nasib baik diorang bagi kerja tu kat aku. Alamatnya kebulurlah aku ngan Mak Imah.” Mardiyah mengeluh. Cuma sekejap. Dia menunduk. Wajahnya diraup beberapa kali.

“What...!” melongo si Sufi memandang Mardiyah. Lelaki yang dimanati Sufi memandang ke arah mereka. Masa kontrol ayu telah hilang dek rasa terkejutnya itu. Matanya sudah berkalih 90 darjah. Keluar habis bahasa inggerisnya.
Setahu Mardiyah, Sufi kurang pandai bab bahasa inggeris. Setahunya, dahulu Sufi selalu didenda akibat tidak menyiapkan essei bahasa inggeris. Setiap minggu, mesti figura Sufi yang berdiri di atas kerusi di luar kelas. Jadi model sambilan sambil tangan diletakkan di atas kepala.

Tak heran la, Sufi terkenal di sekolah dahulu. Tukang kebun pun kenal Sufi.

“Kenapa kau ni Sufi?”         

“Kau gila ke apa ni Diyah? Tu kan rumah kau. asal kau kena jadi orang gaji pulak? Diorang kan, dari dulu sampai sekarang tak nak berubah. Asal hah, diorang tu benci sangat dengan kau? apa salah kau yang sebenarnya?

Sakit hati betullah aku dengan abang dan kakak kau tu. Bukan harta diorang pun. Tu kan harta bapak kau. sesedap diorang je nak guna harta mak bapak sesuka hati. Sepatutnya kau tinggal kat situ. Bukan tinggal kat rumah buruk tu. Kalau aku ada depan diorang tu, dah lama aku bom. Biar jadi katak. Eh, mati katak la. Baru senang hati aku.” Bagai bom yang dilempar kuat ke Israel yang dihambur oleh Sufi. Bom... Bomm... kuat sound effectnya. Marah betul Sufi terhadap keturunan Abdul Halim itu. Seperti dia anak dalam keluarga itu. Tangannya sudah dikepal. Pap,pap bunyinya.

“Ish, kau ni. Biarlah diorang. Aku tak kisah pun. Yang kau kisah tu kenapa? Aku tak heran lah. Aku tinggal dengan Mak Imah pun dah bersyukur tau! Aku kena berterima kasih la pada diorang tu...” seloroh Mardiyah.

“nasib baik diorang bagi aku kat Mak Imah, kalau diorang campak je aku bawah jambatan dulu tak ke naya? Mesti aku dah tak ada kat sini sekarang.” sambung Mardiyah bersahaja. Walaupun keluarganya tidak mahu menerima kehadirannya. Dia tetap menghormati mereka. Mereka tetap keluarganya. Biarpun itu terlalu jauh dari gapaiannya. Orang kata itu mimpi disiang hari.

“Kau tak sedih ke diorang buat kau macam tu?” Sufi memegang tangan Mardiyah. Matanya tepat memandang wajah cantik dihadapannya. Wajah yang terlalu mirip. Kulit putih kemerahan, bibir merah merekah dan yang paling cantik warna mata yang berwarna coklat cair. Sekali pandang seperti memakai konteks lens sahaja. Tapi ia seratus peratus asli buatan Tuhan. Tidak sepertinya yang inginkan warna mata seperti Mardiyah, sanggup berhabis duit membeli konteks lens warna coklat cair juga.      

“Macam apa? Macam sampah? Tak ada la. Aku tak kisah pun. Aku pun sebenarnya tak rasa pun yang aku ada adik-beradik lain. Aku rasa aku ni macam anak tunggal Mak Imah je. Ayah aku pun, aku tak pernah kenal Sufi...” akhir ayat yang dituturnya diselangi dengan rasa sebak yang bertandang. Wajah ayah tidak pernah ditatapnya. Ibu? Terlalu jauh, jauh dari sini. Mardiyah menunduk. Kepalanya digeleng beberapa kali. Perlahan-lahan Mardiyah menarik nafas.

Sufi tidak dapat menebak perasaan Mardiyah ketika ini. Dia bersuara, matanya difokuskan pada Mardiyah yang sedang menunduk. “Ntahlah, aku tak tahu nak cakap apa dengan kau ni Diyah. Macam manusia tak ada perasaan pulak aku tengok. Selamanya ke kau nak kerja kat situ?”

Mardiyah mengangkat mukanya. Dia memandang Sufi. Bibirnya terlukis senyuman buat sahabatnya. Cakaplah apa pun Sufi. Sakit aku, aku yang rasa. Hidup aku, aku yang tentukan. Biarlah ia berlaku Sufi, aku dah lama reda.
Aku tidak boleh menganyam bahagia Sufi, jika akhirnya aku yang rebah. Lebih baik aku hanya diam, menunggu saat tibanya matahari dalam mendung yang panjang. Walaupun aku sendiri tahu ia tidak akan pernah berlaku.

“Kau dah ada kat sini kan, aku nak tanya kau sikit boleh?” wajahnya cuba diceriakan sebaik mungkin bila bertanya hingga menampakkan barisan giginya yang teratur. Sufi yang melihat mula menangkat keningnya beberapa kali. “Kau tak payahlah nak buat kening ala ziana zain gitu. Aku tengok dah macam adibah noor tercekik biji nangka pulak aku tengok.” Selamba badak Mardiyah menuturkannya tanpa mempedulikan wajah Sufi yang dah macam cuka.

“Apa?” wajah Sufi masih mencuka. Pandangannya dikalih memandang lelaki tadi yang masih lagi duduk ditempat tadi. Leka betul baca buku, tak macam aku, kena tibai dengan penyangkut baju kat mak baru nak buka buku. Desis Sufi. Dalam merajuk pun, sibuk lagi dia mengelamun.

“Erk... kat tempat kerja kau ada kerja kosong tak? Aku nak join kalau boleh,” was-was Mardiyah menuturkannya. Dalam hati berdoa panjang. Moga ada kerja kosong untuknya. Jadi cleaner pun cleanerlah, dia sanggup. Janji setiap hari tak kena maki.

“Jap, kenapa kau tak kerja je dengan abang dan kakak kau tu dekat syarikat bapak kau? syarikat ada. Terkenal lagi tu. Asal?” ye lah, bapak punya kaya takkan nak kerja dengan orang lain. Aku ni... kerja pun kerani cabuk je. Sebab kau malas nak belajar!
Diamlah! Sufi mengetuk kepalanya.

“Banyak cakap la minah ni. Kau nak bagi ke tak ni? alah... senang aku cakap camni, kau ingat diorang nak bagi kat aku kerja dengan mereka? Mati hidup balik pun belum tentu aku dapat kerja kat situ tahu?”

 “Ada-ada... Kak Dibah, akautan tu dah berhenti sebab dia ikut suami dia kerja kat Jordan. Kau ambik jurusan akautan kan? Kira boleh la. Nanti aku tanya bila diorang nak ambik akautan baru. Tapi kau kena tahanlah sikit... sebab, bos aku tu miang sikit. Nanti tak pasal kau dia goda.”

“Alah, tu aku tak heranlah... aku pakai macam ni bukan taste dia la... kira kau tanya ek... tak sabar aku. boleh jumpa kau tiap hari.” Balas Mardiyah ceria. Bibirnya tidak henti menguntum senyuman.

“Sip... jangan risau la. Nanti aku tanya. Aku pun happy jugak, tak ada la aku nak makan sorang-sorang kat pejabat.” Sufi juga turut tersenyum. Lebih manis dari Mardiyah. Bukan apa, lelaki tadi menghadiahkan senyuman kepada Sufi bila pandangan mereka bertembung. Patutlah. Ingatkan pasal Mardiyah nak kerja kat tempatnya.

“Alah...” kedengaran Sufi tiba-tiba mengeluh.

“Kenapa?” Mardiyah berpaling kepada Sufi. Keningnya terjongket sedikit.

“Ala, dia dah anaklah Diyah... melepas aku.” gumam Safi. Hujung tudungnya dipintal dengan kuat. Naik senget tudungnya. Mardiyah mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tadi. Kelihatan kanak-kanak lelaki sedang memeluk lelaki itu.

Mardiyah tergelak. “Ha...ha...ha... padan muka kau.”

“Benci...!”

Mar 10, 2013



bismillahirrahmanirrahim...

dengan nama Allah Tuhan sekalian alam, 
Tuhan yang mengusai antara langit dan bumi dan yang menurunkan rezeki kepada setiap manusia tanpa rasa segan dan tidak berkira terhadap manusia. 

Tuhan yang menguasai hari pembalasan, dengan penuh tawaduk, kami sebagai hamba-Mu meminta dan memohon sebarang pertolongan. limpahi dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini.

kami tidak meminta yang besar melainkan, mereka yang zalim itu, cukuplah dengan memberi pengajaran. kami tidak meminta yang lebih, sesungguhnya Engkau yang memiliki hari pembalasan. 
sedang, doa kami yang sebenar adalah, 

" wahai tuhan kami. turunkankanlah kemenangan kepada kami. dan limpahkanlah kesenangan dan binasakanlah mereka yang zalim sebagaimana debu-debu yang ditiup angin."

letakkanlah kepada kami kesabaran ke atas perwira kami untuk melangkah syahid menuju-Mu. teguhkanlah niat mereka untuk melangkah syahid, bukan kerana maruah negara, sesungguhnya mereka tidak akan mendapat syurga-Mu kelas ketika mereka tersungkur menyembah bumi.

===============================================

dalam satu cerita, dalam sebuah peperangan di zaman rasulullah, seorang perwira telah mati di tikam para penjahat. sahabat mengatakan bahawa dia syahid. rasulullah bersabda, seseungguhnya lelaki itu tidak syahid.
mereka bertanya lagi. rasulullah bersabda, dia berperang kerana manjaga maruah negaranya bukan kerana Allah. 

p/s:~ berperang kerana Allah, syahid..
berperang kerana menjaga maruah negara bukan syahid.

Mar 7, 2013

cerita pendek, Bukan Sesiapa

BUKAN SESIAPA

Seorang gadis naïf. Hidup yang dipenuhi dalam kebencian keluarga sendiri. Puas mencari dan menilik kesalahan apa yang telah dilakukan, langsung tidak membuahkan hasil. Dalam hidup seharian dia dipulaukan oleh abang-abang dan kakaknya sendiri.

Ibu…
telah lama pergi menghadap ilahi sejak dirinya mula mengenal apa itu dunia.

Ayah…
menghilang buat sekian lamanya. Setelah kematian ibu, ayah membawa diri sampai sekarang.

Baru pandai bertatih mengenal huruf, hidupnya telah diserahkan kepada seorang pengasuh yang miskin.

Mak Imah, seorang wanita tua yang sanggup menggalas beban memikul tanggungjawab untuk memelihara gadis itu. Tidak pernah terdetik dalam hidupnya, gadis itu menyusahkannya. Baginya itulah anaknya dunia dan akhirat. Setelah kesemua anaknya Berjaya dalam hidup. Kehidupan wanita tua itu langsung tidak diambil peduli. Bagi mereka ibunya telah MATI!!!

Rabiah Mardiyah, perwatakan seorang gadis yang cantik dan sopan. Bertudung labuh hingga paras bawah dada. Merupakan seorang gadis yang sedia maklum, dipenuhi ilmu akhirat didada. Biarpun hidup sering dibenci dan diherdik. Langsung tidak berbekas dalam dirinya. Baginya sabar adalah segalanya. Untuk Tuhan dia serah ketentuannya.

Rumah agam yang terbentang indah, langsung tidak memberi berkas dalam jiwa. Tidak pernah terdetik dalam hidupnya untuk tinggal dalam rumah mewah itu. Tidak layak untuknya. Baginya, sangkar emas itu bukan hak miliknya. Biarlah abang-abang dan kakaknya yang tinggal di situ. Sedar akan penerimaan keluarga sendiri dalam hidupnya. Bagi mereka, dia hanyalah pembawa SIAL dalam kehidupan mereka berkeluarga.

Berpeluang melanjutkan pelajaran di Negeri Sembilan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tiga tahun menghabiskan pengajian, dia diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia. Kepunyaan yang berpangkat Tan Sri.

Sebulan belajar bekerja. Dirinya sentiasa menjadi bahan cemuhan buat warga dalam syarikat apabila diri dikaitkan dengan anak pengarah syarikat.

“tidak malu, perempuan jalang, perempuan murah, ustazah jelik.” Penghinaan demi penghinaan yang diterima. Hanya zikir yang setia dibibir. Sabar. Itu yang ada. Ikhlas. Pasti Tuhan merancana sesuatu.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Itulah peribahasa.
Terkadas dalam kancah derita saat dirinya dikahwinkan dengan anak pemilik IM Holdings. Atas satu kesilapan atau dirancang oleh sesorang, mereka dikahwinkan.

Air mata ibu tersayang, Mak Imah terpahat kukuh dalam jiwa. Luluh hatinya bila melihat air mata orang yang dia ada didunia lebat mengalir membasahi pipi. Wajah penuh kedutan itu menjelaskan betapa terkilannya anak yang di sayang sanggup berbuat demikian. Biarpun hati menyangkal keras.

Puas dirinya membela diri, namun tiada seorang pun yang mempercayai. Akhirnya roboh begitu sahaja pertahananya. Kesalahan yang tidak pernah dia lakukan!
Air mata bukan jalan terbaik. Dia telah bersumpah! Tiada air mata dalam kamus hidup.

Adik beradik yang lain hanya memandang sinis.

Kau memang pembawa sial! Kau sepatutnya dah lama mati. Sekarang kau dah hancurkan maruah orang yang tidak bersalah!” tengkingan dan herdikan abang dan kakaknya masih kukuh. Di hadapan semua orang dirinya dipermalukan. Lebih lagi dihadapan Tan Sri Idham selaku CEO syarikat tempat bekerja.

Nur Firman, bergelar jutawan muda. Hidup yang dilimpahi kemewahan.Selaku bakal pemilik IM Holdings. Memiliki rupa paras yang hensem dan kacak membuat ramai wanita tertewas padanya. Lelaki kasanova dan berhidung belang. Pantang melihat wanita cantik. Pasti akan digayatnya. Tapi tidak pada seseorang.

Setiap kali melihat wajah itu, perasannya membuak-buak penuh kebencian. Entah kenapa, melihat wajah tenang itu sedia membuat hatinya bertambah sakit. Benci melihat wajah yang tenang. Seolah mencabar dirinya.

Perkahwinan yang tidak terduga ini menambahkan lagi kebencian buat wanita itu. Baginya wanita itu adalah puncanya. Lebih lagi apabila melihat herdikan dari abang kandung wanita itu. Dalam kamus memori terselit kemas perkataan SIAL untuk wanita itu.

Yang pasti, dia akan memberi pengajaran yang setimpal untuk wanita itu. Dia akan memastikan wanita itu mula merasai penderitaan yang akan dilakukan.
Kerana perkahwinan ini, buah hatinya Edina merajuk dan membawa diri ke Utara dunia. Ini menambahkan lagi api kemarahan Nur Firhan buat wanita itu.
Setiap hari hanya dendam sahaja untuk wanita yang bergelar isteri.

“Dah la mak kau tu mati sebab kau! Abang dan kakak kau pun benci dengan kau. Memang patut pun diorang bencikan kau. Nak tahu kenapa? Sebab kau memang SIAL. Kau tau sial tu apa hah! B.A.L.A!!!”

“Eh, dah la kau buat-buat tenang macam tu. Kau ingat aku heran sangat. Orang macam kau ni berlambak kat tepi jalan tau! Kau ni memang sengaja, kan rancang semua ni? Sebab kau nak harta aku?”

“Dasar sial. Kalau dalam hidup tidak menyusahkan aku tak boleh ke hah! Sebab kau la Edina merajuk dengan aku kau tahu tak! Argh! Aku tak tahu la bala apa yang kau bawa untuk aku ni…!”


Rabiah Mardiyah- biar dalam mengurus hidup sehariannya dipenuhi dengan cacian dan makian dari insan yang bergelar suami, namun tiada sepatah untuknya cuba melawan. Pegangan agama telah tersemat kuat dalam diri. Sejahat-jahat mana seorang bergelar suami. Isteri wajib taat kepada suami kecuali suami melanggar hukum batas dalam islam.

Dibenci suami, tetapi keluarga mertua terlalu baik buat dirinya. Biarpun tersungkur dalam sangkar bertinta emas ini,tetapi ada selit perasaan bahagia dalam jiwa.

Panas jangan disangka hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Dalam diam dia mula mencintai insan bergelar sang suami. Namun dia sedar, cintanya tidak mungkin akan berbalas. Dia reda jika ini ketentuan-Nya. Tipu la jika dia mengatakan tiada perasaan cemburu dalam hati setiap kali di bibir lelaki itu hanya perkataan ‘Edina’ setelah dia kenal erti cinta. Namun itu bukan dayanya untuk menidakkannya.

ALLAHUAKBAR! Bergegar rasanya dunia ini. Semuanya berputar dengan laju. Air mata yang ditahan selama ini akhirnya tumpah juga. Mendengar perkataan keramat dari bibir suami cukup membuat hatinya terluka. Demi memenuhi kehendak seorang kekasih lama si suami sanggup menggantungnya tanpa bertali. Dunianya sudah gelap. Untuk merintih sudah tiada daya. Dia hanya insan lemah.

Demi menggapai sebuah cita-cita seorang suami. Dia membawa diri jauh ke rantau orang. Tanpa sedar, dia turut membawa insan kecil yang mula menumpang dalam rahimnya.

“Tuan Muda tidak pernah sayangkan ibu. Bagi Tuan Muda, ibu adalah bala yang besar yang terpaksa dia tanggung. Ibu yakin, jika dia tahu anak ibu ada dalam rahim ibu pasti akan bertambah benci dia pada ibu. Anak ibu jangan sedih ya, walaupun anak ibu tiada ayah. Ibu tetap sayangkan anak ibu sampai syurga nanti.”

Nur Firman- setahun pemergian seseorang yang bergelar isteri sudah cukup mengharu birukan hidupnya. Papa dan mama juga sudah bersikap dingin dengannya.
Rahsia terbongkar, pernikahan mereka telah dirancang oleh rakan seniaga papa. Tujuan utama adalah untuk menjatuhkan maruah keluarga itu akibat hasad dan dengki.

Kosong... itu perkataan yang mampu diungkapkan. Entah mengapa dunianya terasa kosong. Semuanya tidak kena. Kehadiran kekasih hati Edina kepangkuan langsung tidak memberi impak dalam hidup.

Sejak dulu hati langsung tidak menidakkan akan satu perasaan yang mula hadir dalam hati. Puas ditolak dan dinafikan. Hari ini dia harus mengaku, dia mencintai insan seorang isteri.

Hati bertambah sakit bila mengenangkan kisah seorang isteri yang dibenci oleh suaminya. Di gantung tanpa bertali. Si isteri membawa diri ke Mesir mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Tanpa si suami sedar, si isteri telah mengandung dan membawa sama satu-satunya zuriat ke sana.

Novel hasil karya Rubi Madi cukup menyentuh jiwa lelakinya. Cerita yang cukup sama dengan kisah hidupnya di dunia realiti. Terlalu sama perlakuannya terhadap Mardiyah.

Hari yang dinanti telah tiba. Pesta buku besar-besaran diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Entah mengapa hatinya melonjak ingin berjumpa dengan pemilik buku Bukan Sesiapa. Dengar kata penulis itu turun padang. Pertama kali bertemu peminat.

Semakin lama semakin kuat jantungnya berdegup. Dari jauh sudah ternampak susuk tubuh bertudung labuh dan berniqab duduk melayan peminat. Ada yang sedang bergambar dengannnya. Langkah Firman semakin hampir dan hampir.

Mata bertemu mata. Seakan dunia telah berhenti berputar. Kedua-duanya kelu. Tiada patah yang keluar dari bibir mereka. Kehadiran seorang bayi lelaki yang menghampiri mereka cukup menggentarkan hati Mardiyah. Takut, jika Firman tahu segalanya.

Firman, hatinya berdetak hebat. Melihat kanak-kanak kecil yang didukung oleh Mak Imah cukup membuat hatinya tertanya-tanya. Wajah kanak-kanak itu begitu polos. Mirip wajah Mardiyah.

Entah mengapa hatinya sayu.

Diperkenalkan Muhammad Nur Aiman Ibnu Nur Firman kepadanya oleh Mardiyah telah mengungkap segala macam dalam benak, hatinya melonjak gembira bertemu kembali dengan insan yang dicintainya. Tak terduga anak itu adalah anaknya. Serasa 
air sejuk yang menyejukkan ubun-ubunnya.

Bagi Mardiyah, lebih baik membuka rahsia dari terus menyimpan. Walaupun tidak akan diterima oleh lelaki itu. Tiada sesiapa yang boleh memisahkan antara dia dan Aiman, anaknya.

Seminggu lagi sudah berlalu. Kepulangannya ke Malaysia disambut dengan berita gembira. Ayahnya telah kembali ke rumah agam itu. Abang dan kakaknya juga telah memohon maaf atas kesalahan mereka. Baginya ini hadiah yang paling terbesar dalam dirinya.

Kata-kata ayah dan adik-beradik yang lain cukup menyesakkan jiwa wanitanya. Firman ingin kembali kepangkuannya semula. Aiman yang sedang tidur dipandang. Terlalu polos. Wajah terlalu sama dengan Firman. Itulah pengubat rindunya bila mrindukan Firman.

Buntu, itulah ungkapan. Firman mula mati akal. Sudah bermacam cara dia lakukan untuk memujuk isteri tersayang. Sedar akan kesalahan diri. Terlalu menyakitkan hati isteri satu tika dahulu.

Bulan berganti bulan, hari berganti hari. Sedar begitu sukar untuk memujuk hati yang luka. Dia pasrah, andai Mardiyah bukan untuknya dia reda. Mungkin ini balasan untuknya atas kesalahan yang lampau. Dia mula melangkah berpaling dari rumah agam  itu.

Hangat. Itulah yang dirasainya. Dia berpaling. Wanita itu memeluknya erat dari belakang. Terasa cairan hangat mengalir pada bajunya. Mardiyah sedang menangis. Bibir itu tidak lepas melafaz kalimah maaf. Air mata lelaki gugur juga. Air mata kegembiraan. Bibirnya tidak lepas mengucap kata syukur pada yang esa.

Papa...

Sejuk ubun-ubun. Anak kecilnya pertama kali memanggil dirinya papa. Terharu? Sudah tentu. Satu-satunya anak yang dia miliki. Kanak-kanak itu berlari mendapatkan papa dan mamanya di laman.
Bahagia... itulah diri mereka sekarang. Tan Sri Idham dan Puan Sri Mariam mampu bernafas dengan tenang. Melihat anak menantu hidup gembira adalah satu pancapaian yang memuaskan. Mereka hanya mampu tersenyum dari jauh melihat telatah anak dan menantu yang sedang melayan kerenah cucu tunggal mereka.

Buang yang keruh ambil yang jernih...

Hahahaha... entah apa yang aku merapu gueh enggak tahu. Yang gueh pikir otak gueh jem. Hahhaha.. harap korang enjoy. Maafla, gueh malas menulis dialog. Nanti cerita berterabur.

Hello 2023