Apr 20, 2013

BANDINGAN


mereka itu seperti kambing-kambing yang dilepaskan ke kawasan lapang. lalu mereka mula membiak dan membesar. mereka itu menyebar fitnah hingga si mangsa mula diberi kawanan serigala untuk dimakan. ingatlah, TUHAN itu tahu apa yang kamu lakukan.

fitnah itu melatari seluruhnya. hingga yang SI BODOH pula bagaikan si kerbau yang dicucuk hidungnya. mengikut dan mengangguk apa sahaja yang mereka katakan. walaupun itu tidak benar, mereka tetap dengan pendirian mereka.

syaitan-syaitan itu membisikkan kata-kata nista. dan syaitan itu pula bersorak dengan riangnya. arak judi bagaikan tiada apa. sedang disisi TUHAN itu adalah dosa besar. mereka menghalalkan apa yang diharamkan dan mereka pula mengharamkan apa yang dihalalkan. 

lalu, akibat kedegilan mereka itu, TUHAN menurunkan bala yang amat besar dalam diam. bukan seperti kaum terdahulu. cukuplah TUHAN memberikan kepada mereka adegan sosial yang terburuk dalam abad ini.

mereka menabur janji manis. lalu mereka menutup aib mereka itu dengan kain yang baharu. lalu diperkenal kepada kawanan lain, sebagai bantuan.

mereka yang bodoh itu pula hanya mengangguk seperti belatuk yang ditengkuknya sudah dipaku menggunakan spring. mengangguk dan terus mengangguk. itulah penyelamat kami. itu kata-kata dari si bodoh.

sedang mereka yang bodoh itu pula tidak sedar. mereka telah secara tidak langsung sama-sama bersubahat dalam merancanakan kekacauan. 

TUHAN memberikan kepada mereka itu akal. tapi mereka dikaburi dengan syurga dunia. lalu TUHAN tutupkan dan tulikan telinga mereka dari mendengar indahnya SYURGA AKHIRAT. hingga tibalah saatnya. yang mana mereka yang bodoh itu diberi pelajaran dalam masa sekejap.

Tolong aku Plisss


aku boleh jadi gila wehhhhhhhhh......
aku malu la nak cari kerja. seumur hidup aku tak pernah bekerja. nak buat camana ek? adei, bila fikir sal koje  naik jem kepala otak ase. aku taknak keje. tapi aku kene keje jugak. aku kena ada pengalaman. karang susah aku nak berdikari pulak. 

ma aku dah membebel panjang tu. kata nak koje. habuk pun tak der. time aku bilang yang aku nak cuti dulu sebulan, bapak.... marah giler... huwaaa... aku nak keje apa nih? 

okey? keje petama aku, aku mintak jadi housekeeping kat hotel renaisance. wulaweh... ko nak tahu apa dia cakap. nak jadi penyambut tetamu kena hensem. tu syarat dia. cis, tak nak aku. baik aku jadi house keeping. boleh survey bilik orang. kot-kot jumpa barang berharga. itu matlamat aku. tidak perlu berdepan dengan manusia.

kerja kedua pilihan aku, di KFC The Mall. wooo... ramai orang! aku reject. aku tak boleh mengadap orang ramai. aku jadi tak tentu hala. pergi Mall pun kadang-kadang aku buat toya. orang pandang aku, aku pandang kedai-kedai. hahaha... aku tak boleh mengadap orang ramai. aku jadi gugup.

kerja ketiga sebagai pembantu di 7Eleven. ni banyak kelemahan ni.kawan-kawan aku selalu lepak kat 7E. kalo berigat mampos aku. aku tak nak. tapi ni jer pilihan terakhir aku.

tolong aku plisssss... I BEG U.

Apr 12, 2013

CERPEN: UNTUK SEMUA KHILAF KU.






21 MEI 2012
Saat cinta mula hadir untuknya sekali lagi aku diuji. Aku harus tunduk. Itu adalah kehendaknya yang mutlak. Masih ku ingat lagi, pagi tadi dia datang menghampiriku ketika aku sedang membancuh air untuk sarapan pagi. Raut wajahnya masih lagi seperti dulu, langsung tiada raut kemesraannya buat diriku.
“Aku nak kahwin lagi. Kau setuju atau tak, aku tak kira. Kau kata, kau nak aku maafkan kau kan? So, aku nak kau tandatangan borang kebenaran aku kahwin lain.”
Itulah ayat yang dituturkannya. Sejak aku mula mengenal erti cinta, hatiku terasa cukup sakit dengan kata-kata itu. Kenapa ya, Adakah itu bermaksud aku cemburu? Aku sendiri tidak mampu melafazkannya.
Jika ia cemburu, layakkah aku?

23-MEI-2012
Sekarang, aku sendirian di dalam bilik tidur. Suamiku sekarang tidur di bilik tetamu. Dia tidak sudi untuk tidur dibilik ini. Itu semua khilafku, andai aku tidak jahat sudah tentu suamiku tidak akan tidur di bilik lain dan yang paling penting, dia tidak akan menikah lagi.
Hari ini aku harus akui segalanya. Dulu aku terlalu sosial, aku terlalu mengikut budaya negara barat. Itulah yang aku dapat semasa menuntut di negara barat. Pergi kelab tiap malam dan melepak. Ayah mendapat tahu kegiatanku di sana. Ayah terlalu marahkan aku. Kerana itu dia menikahkan aku dengan anak orang gajiku, Arman. Aku menentang hebat. Tapi, ayah punya segalanya. Akhirnya aku harus tunduk akur.
Sepanjang kami menjadi suami isteri, aku sentiasa bersikap kurang ajar dengannya. Bagiku dia tidak layak menjadi suamiku. Dia hanya anak orang gaji, sedang aku anak majikannya. Bodohkan aku? kerana mementingkan pangkat, aku akan kehilangan dia satu hari nanti.
Setelah aku mula sedar khilafku, aku datang meminta maaf kepadanya. Sejak itu sikapnya mula berubah. Bila aku minta maaf, dia akan ketawakan aku. katanya,
“Hei bodohlah, siapa yang percaya kata maaf yang keluar dari mulut perempuan macam kau ni. Memang tak selamatlah hidup dia nanti. Dah, dah... pergi mampos lah kata maaf kau tu! Meluat aku tengok tahu?”
Aku hanya pegun dengan kata-katanya. Aku tahu dia menyindir aku. ya, orang seperti aku mana layak untuk diberi kemaafan kan? Siapalah aku, seorang perempuan yang dahulunya cukup ego dan sombong. Besar juga dosa aku ya, hingga dia pun tidak akan memaafkan aku. jahat sungguh aku, cukup kesat kata yang dia ludah kepadaku. Ya ALLAH berdosanya aku pada dia.

27 MEI 2012
Hari ini aku cuba bawa berbincang dengannya. Kami duduk di ruang tamu. Suasana hening, tiada seorang yang mulakan kata. Aku memerhatikannya. Dia sibuk dengan telefonnya. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian.
Akhirnya aku membuka kaca televisyen dan menonton. Tiada guna untuk berbicara. Dia juga nampak tidak kisah akan keretakan hubungan ini. Mungkin dia akan mengakhiri semuanya tidak lama lagi. hubungan yang retak ini tidak mampu untuk pulih kembali.
Aku sayangkan dia. Terlalu sayang. Kenapa cinta ini harus hadir bila hatinya mula berubah. Andai ini yang mampu membasuh dosaku kepadanya, aku reda.
Tapi kenapa hati ini masih terasa kosong? Sekosong balang yang tidak berisi air. Apakah yang aku perlukan lagi?

31 MEI 2012
Hari ni dia mengajakku untuk bertemu bakal maduku. Pagi ini aku hanya mengenakan baju T-Shirt berlengan panjang dan berseluar jeans labuh. Rambut pula aku aku ikat satu. Cukup simple.
Aku turun ke bawah. Arman memandangku tidak berkelip dari sofa. Bibirnya dicebikkan. Lama kelamaan terbit tawa halus dari bibirnya.
“Bila masa pulak kau tukar trend ni pompuan? Dulu bukan main liat lagi kau nak pakai macamni. Asyik dengan skirt paras paha kau aje. Apa kau kata dulu, tak glam pakai macamni. Betul tak?”
Dia memang tengah menyindir diriku. Ya, aku yang salah. Dahulu dia pernah memaksa aku untuk memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Aku bangkang keras. Hinggalah dia mengalah. Masa tu betapa kuat rasanya kemenanganku.
Tidak sangka untuk aku berubah hari ini dia memulang paku keras kepadaku. Jika ayah atau ibu dan Mak Mah ada, sudah pasti merah mukaku menahan malu. Salahkah aku untuk berubah? Tidak layakkah aku? Aku sendiri buntu.
Kami sampai di sebuah restoran makanan thai. Kami berpampasan berjalan beriringan. Suamiku melambai tangannya. Dari jauh kelihatan seorang wanita turut membalas. Mungkin itu adalah bakal isterinya. Dapat ku lihat betapa manisnya senyuman Arman kepada wanita itu.
Aku melabuh punggung di hadapan wanita itu. Suamiku? Sudah tentu dia melabuh punggungnya di sebelah bakal isterinya. Bibirku terpaksa mengoyak senyuman biarpun ia terasa payah. Kami bersalaman. Baru ku tahu, wanita ini adalah setiausaha Arman di pejabat.
Lama aku memandang wanita dihadapanku ini. Orangnya cukup lembut. Berbaju kurung dan rambut  pula disanggul satu. Wajahnya cukup manis. Memang patutlah Arman terpikat. Cakapnya pula terlalu lembut. Siapa yang tidak cair. Aku sebagai wanita harus mengakuinya.
Mereka saling bergurau senda. Yang paling aku terasa bila Arman membahas panggilan ‘sayang’ kepada wanita itu dalam setiap patah kata. Aku di sini hanya ibarat patung cendana sahaja. Kaku ditempat duduk sambil mendengar mereka berceloteh.
“Sayang... you nak buat majlis kat hotel mana? I akan tanggung semua.”
“Sayang, sehari tak jumpa  you I jadi sasau la.”
“Lepas makan nanti kita pergi beli barang untuk hantaran yer sayang? I nak semua yang glam. Biar ia jadi hari paling indah buat kita berdua sayang.”
“You want to know something sayang? I want to tell you, that I love you... I love you so much!”
Jika tidak difikirkan yang ini tempat awam. Sudah lama aku menangis dan meraung. Sakitnya hati ini. Tanganku memegang dada yang sedari tadi tidak berhenti berdegup kencang. Ya ALLAH, masih layakkah lagi aku menagih cintanya. Tubir mata yang terasa mula basah aku kesat dengan kain. Tidak mahu Arman sedar aku sedang menangis.
Siap makan kami keluar menuju ke pusat beli belah. Aku hanya berjalan di belakang. Kehadiranku seperti tidak wujud untuk mereka. kenapa Arman mengajak aku, sedang dia akan membuat aku cukup sakit. kehadiranku disini hanyalah untuk melihat kemesraan mereka. Mereka berpimpin tangan masuk ke butik pegantin. Aku pula melangkah ke kedai buku Popular. Tidak mahu mengganggu pasangan itu.
Lama aku berdiri dihadapan buku agama. Satu persatu aku memilih tajuk buku. Mataku tertancap pada tajuk MENCARI MAKNA CINTA SEJATI.

2 JUN 2012
Baru aku sedar, cinta hakiki adalah cinta kepada TUHAN. Rupanya dalam aku tidak sedar dan cuba menagih cinta sang suami, aku lupa untuk mencari cinta sejati yang sebenar. Iaitu cinta kepada ALLAH. rupanya aku lupa siapa TUHANku itu dan aku terlalu jauh dari-NYA.
Air mata yang mengalir keluar, aku seka menggunakan tapak tanganku. Aku menyesal, menyesal kerana meninggalkan TUHAN yang telah memberi kepadaku nikmat merasai kehidupan yang sementara ini. Bodohnya aku jika difikirkan kembali tentang masa lalu. Terlalu rugi rasanya.
‘Jika hubungan kita sesama manusia itu mula rapuh, kita seharusnya menilik dan menilai diri kita sendiri. Cari, kenapa sikap kita dengan manusia menjadi begitu. Rupanya, hubungan kita dengan ALLAH tiada. Patutlah Allah rapuhkan hubungan kita dengan manusia.’
‘Baiki perhubungan kita dengan ALLAH dahulu, baru kita baiki hubungan kita dengan manusia. Jika kita sudah membaik pulih hubungan kita dengan ALLAH, untuk membaiki hubungan kita dengan manusia pasti akan menjadi mudah. Kerana kita yakin, ALLAH ada bersama kita.’
‘Kita sebagai manusia terlalu mengejar cinta terhadap manusia. Hingga kita lupa cinta yang sebenar. Jika kita kehilangan cinta manusia, ingatlah, kita masih punya cinta yang sebenar. Iaitu cinta kepada Sang Pencipta kita. Oleh itu dapatkanlah cinta ALLAH. Mudahan kita akan mendapat syurga-NYA kelak.’
Cintakan bunga, bungakan layu,
Cinta manusia, pastikan pergi,
Cintakan Rasul, cinta sejati,
Cintakan Allah, kekal abadi.
Aku terduduk. Betapa besarnya dosaku. Aku khilaf Ya ALLAH. izinkan aku untuk kembali kepangkal jalan. Bimbinglah aku dalam mencari reda-MU.

15 JUN 2012
Tekakku terasa mual pagi ini. Sudah dua hari ia berlaku. Segera aku berlari kedalam tandas apabila siap menunaikan solat taubat dan tahajjuj sambil memegang perut yang terasa senak.
Hari masih pagi. Masih tiada apa. Tapi kepala cukup terasa peningnya. Tekak pula  terasa mual. Walaupun yang aku muntah hanyalah air yang keluar.
Aku menilik diri dihadapan cermin. Serta merta bibirku mengukir senyuman. Cantik aku dalam berpakaian begini. Aku memusing badan. Melihat diri dalam memakai pakaian solat. Subhanallah. Cukup sempurna arahan ALLAH supaya hambanya menutup aurat.
Wajahku tiba-tiba muram. Andai aku mati nanti inilah pakaian yang akan aku pakai. Semua putih. Jelas menampakkan betapa sucinya. Tapi aku penuh dosa. Adakah TUHAN akan mengampunkan aku yang masih mentah dalam agama?
Aku berteleku di atas sejadah. Lembaran suci aku buka perlahan. Menitik air mataku. Terlalu lama aku meninggalkan kitab suci ini. Masih aku ingat lagi, ketika aku kecil aku hanya membaca. Semakin aku membesar semakin jauh aku darinya.
Kini dosaku kepada TUHAN telah terbalas. Hukum karma telah terjadi. Aku akan kehilangan suami sama seperti aku meninggalkan TUHAN satu tika dahulu. Dosaku telah terpalit kemas. Aku berdosa kepada ALLAH.
Ayat quran aku baca penuh khuyuk. Tenang dan damai rasa hati. Tanpa sedar, air mata menetes lagi. Dahulu aku pernah mengatakan rasa kosong dalam hati. Kini, ia sudah terisi. Rupanya ruang kosong itu adalah untuk ALLAH. Kini aku mengembalikan hatiku yang telah kosong kepada ALLAH untuk diisi dengan kisah cinta dari-NYA.

17 JUN 2012
Perlahan-lahan aku menuruni tangga. Walaupun badan terasa lemah aku gagahkan juga. Hari ini aku mula mengenakan tudung dan baju kurung. In Sya Allah, satu saat nanti aku akan mula mengenakan niqab dan jubah. Aku telah membuat keputusan untuk diriku. Aku ingin membuat sedikit demi sedikit perubahan.
Semua mata terpaku memandangku. Entahlah, samada ia pandangan mengejek apa bukan. Arman juga terseyum, bagiku itu adalah senyuman mengejek. Kerana dia tidak pernah ikhlas senyum kepadaku. Aku hanya senyum. Tiada apa yang aku dapat katakan. Kelihatan persiapan perkahwinan juga telah siap sepenuhnya.
Wajah mama dan abah aku perhatikan. Wajah cukup gembira. Dulu ketika Arman menyatakan hasratnya untuk menikah lagi wajah mama dan abah cukup tenang. Langsung tidak menentang. Melainkan Mak Imah, ibu mertuaku. Rupanya mama dan abah dah lama terasa dengan diriku. Sebab itu mereka tidak kisah Arman ingin memadukan aku.
Kunci kereta aku capai. Aku ingin ke klinik.
Tiada apa yang dapat aku gambarkan tika ini. Perasaan bercampur baur. Antara gembira sedih semua bergabung.
GEMBIRA – kerana aku dikhabarkan dalam rahimku bahawa ada roh yang mula menumpang. Sudah dua bulan. Alhamdulillah. Segala nikmat hanya untuk ALLAH, TUHANKU.
SEDIH – anak ini bukan pilihan Arman. Dia pernah berkata.
 “Aku dah menang pertaruhan kau kan? Aku dah buktikan siapa aku. hei, dengar sini baik-baik. Kau buka telinga kau luas-luas dan teliti apa yang aku katakan ni. Kalau hasil ni menyebabkan kau mengandung. Kau jangan harap aku akan terima. Hei pompuan, kau tak layak untuk mengandungkan zuriat aku!”
Dulu aku bodoh. Aku juga tidak mahu punya zuriat dengannya. Kini, TUHAN telah menganugerahkan nikmat ini. Aku tarik balik kata-kataku dahulu. Aku sayang anak aku. biarlah Arman tidak mahukannya. Dia tetap darah daging aku.
Balik rumah aku masuk terus kebilik. Melakukan solat syukur.

23 JUN 2012
Sekarang aku kat lapangan terbang KLIA menuju destinasiku iaitu Mesir. Dalam kata yang sebenar, aku ingin mendalami cinta sejatiku.
Walaupun hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup Arman. Tapi ia bukan hari yang bersejarah untukku. Arman pernah kata sewaktu makan bersama bakal isterinya.
“Lepas makan nanti kita pergi beli barang untuk hantaran yer sayang? I nak semua yang glam. Biar ia jadi hari paling indah buat kita berdua sayang.”
Itulah kata-katanya. Mana mungkin aku lupa. Lebih baik aku mengundur. Dari aku mencacatkan hari bahagia mereka.
Sedih? Mestilah, aku kan perempuan yang lemah. Tapi, kalau aku meraung dia akan membatalkan perkahwinan mereka ke? Aku rasa tak. Cinta dia untuk isterinya terlalu utuh walaupun aku bom cinta mereka. jahatkan aku?
Apa pun, aku doakan mereka bahagia hingga akhir hayat mereka.
Ha... ha... ha...
Hi...hi...hi...
Hu...hu...hu...
Aku kena gelak, kalau aku tak gelak, aku menangis. Nanti orang ramai dalam KLIA kata aku gila pulak. J smiles always, be happy.
Okeylah, aku dah nak gerak. Panggilan kedua dah berbunyi. Aku berpaling kebelakang, mengharap akan ada keajaiban. Namun hampa, tiada untukku. Akhirnya air mata ini mengalir juga bersama langkahku yang lesu. Kenapa yer? Apa yang aku harapkan?

15 NOVEMBER 2012
Assalamualaikum diari. Hari ni baru ana berpeluang menjenguk anti. Anti marahkan ana? Jangan marah, ana sibuk dengan pengajian ana. Di sini ana telah belajar banyak sekali tentang ilmu akhirat. Hingga ana terlupa akan kewujudan anti. Sekali lagi ana minta maaf. :’(
Nak tahu, rupanya dalam sakit kepala ini selama ini TUHAN telah menganugerahkan ana sekali lagi nikmatnya. Ana disahkan menghidap penyakit barah atau brain cancer tahap kedua.
ALLAH, tiada apa yang dapat ana katakan hari ini. Semuanya berlaku dalam sekejap. Tapi ana terima dengan reda. Mungkin dengan ini ia dapat membasuh semua dosa ana. Jika begitu ana terima dengan penuh rasa syukur.
Sekarang ana di atas jambatan. Sungai nil mengalir tenang dibawahnya. Sejak lima bulan ana langsung tidak mendengar khabar berita dari Malaysia. Abah atau mama, langsung tidak memberi khabar. Marahkah abah dan mama pada ana?
Mungkin mereka telah bahagia. Mungkin juga sekarang isteri Arman telah mengandung. Memandangkan sekarang genap lima bulan mereka menikah. Aku turut gembira untuk mereka.
Dalam detik ini, banyak perkara yang ana fikirkan. Tentang anak, bila ana sudah tiada lagi didunia ini siapa yang akan menjaga anak ana? Sudikah Arman dan isterinya menjaga anak ana? Adakah abah dan mama sudi menerima kehadiran anak ana? Memandangkan ana banyak dosa kepada mereka.
Air mata ana sudah kering. Dalam mencari nikmat cinta sejati, ana hanya akan menangis bila ana meminta keampunan kepada ALLAH. disini tiada apa untuk ana tangiskan. Melainkan hati ana tidak tenteram bila ana terkenangkan nasib anak ana satu hari nanti. Mampukah dia membesar dengan sempurna?
Sekarang MUHAMMAD AMIRUL HAKIM atau pembesar yang bijaksana lagi terpuji telah berusia tujuh bulan. Itulah yang ana pilih untuknya. Ana mahu, dia menjadi seorang yang bijaksana dalam agama dan boleh mengetuai pelbagai upacara, terutama majlis tahlil untuk ana nanti.

20 NOVEMBER 2012
Sekali lagi ana diuji dalam bilik ini. Suasana yang sejuk, langsung tidak terasa sejuknya. Melainkan airmata ana mengalir deras membasahi pipi. Tangan ana terus melekap pada perut. Terasa pergerakannya.
“Apa yang akan saya katakan ini, saya harap puan banyak bersabar. Anak puan disahkan tidak cukup sifat atau lebih dikenali sebagai cacat. ”
Itulah kata doktor kepada ana. ALLAH... besarnya dugaan-MU. Barah pun ana tidak terasa. Tapi bila anak ana jadi mangsanya anak cukup terkilan. Kenapa anak ana turut terpalit atas dosa ana.
“Jangan menyalahkan takdir andai satu hari nanti kita akan diuji. Cukup besar salahnya. Kita dikira tidak bersyukur akan nikmat ALLAH. Seharusnya, kita perbanyakkan istiqfar dan istiqomah. ALLAH tidak menguji hamba-NYA jika hamba-NYA itu sendiri tidak mampu untuk memikulnya.
DIA, memberi kita ujian adalah supaya kita akan selalu ingat kepada-NYA. Ketahuilah anak-anakku sekalian, ALLAH sayangkan kalian. Terlalu sayang. Oleh itu, sebesar mana ujian itu terimalah dengan kata syukur kepada ALLAH.”
Kata-kata ustaz tempohari terngiang-ngiang dalam kepala ana. Perlahan-lahan ana beristiqfar. Ampunkan hamba-MU Ya ALLAH.

25 NOVEMBER 2012
Ana seperti biasa akan bersantai jika ada kelapangan di sungai nil. Al quran kecil ana buka dan mula membacanya. Untuk kesihatan anak ana dalam perut. Semoga syaitan tidak mengganggu anak ana.
“Assalamualaikum.” Ana berpaling. badan ana bagaikan patung. Tidak mampu untuk bergerak walau seinci.
“Waalaikumsalam” perlahan ana membalasnya. Mata ana melingkas kiri dan kanan. Mencari susuk tubuh seseorang.
“Aisyah cari siapa?” tegur suara itu.
Ana mendongak. “Mana isteri abang?”
Bibirnya mengoyak senyuman. Dia duduk diatas kerusi disebelah ana. Jantung mula bermain irama kencang.
“Isteri abangkan ada kat tepi abang sekarang.” Balasnya senada. Rambutnya dilurut kebelakang. Jelas menampakkan kekacakannya. Ana beristiqfar.
Ana hanya mematung. Tanya isteri lain, isteri lain yang dijawabnya.
“Mana madu Aisyah? Dia tak datang?” Ana bertanya dalam soalan yang detail kepadanya. Mata ana masih fokus pada sungai nil.
Dia berdehem. Tangannya diletakkan di atas perut ana. Ana tersentak dengan perlakuan statiknya.
“Berapa bulan?” tadi ana memberinya soalan. Kini dia pula yang memberi. Jawapan bagi soalan ana masih belum terjawab.
“Tujuh.” Jawab ana sepatah.
“Anak papa apa khabar? Sihat? Papa harap anak papa sihat selalu. Papa rindu dengan anak papa dan ibu.” Dia mencium perut ana. Terasa pergerakannya.
Ya ALLAH, kuatkan hamba. Kata-katanya cukup membuat hati ana sebak. Kenapa dia harus hadir lagi dalam hidup ana. Andai kehadirannya itu hanya untuk membuat ana terseksa lagi. Cukuplah dosa ana selama ini. Sudah tidak tertanggung.
“Abang kenal dari mana Aisyah?” soal ana lagi.
Dia masih senyum. Senyum yang ikhlas. “Mestilah abang kenal. Hanya Aisyah yang boleh buat jantung abang berdegup kencang.” Tangannya memegang dadanya.
Ana diam. Tiada apa yang ingin dibualkan lagi.
“Mariam dah meninggal sewaktu nak ke masjid bagi acara akad nikah.” Soalan ana baru dijawabnya. Maknanya dia belum berkahwin lagi.
Air mata tidak mampu ana tahan. Bukan gembira kerana dia tidak jadi berkahwin. Tapi, ana takut, jika itu juga disebabkan ana.
“Kenapa menangis ni, abang ada buat salah pada sayang?” ucapnya sambil mengesat pelupuk mata ana.
Sekali lagi ana tidak mampu menahan tangis. Pertama kali dia memanggil ana dengan panggilan ‘sayang’. Dia membawa ana dalam pelukannya. Terasa cukup nyaman sekali. Dan selamat.
“Maafkan abang kerana selama ini abang banyak membuat salah pada sayang. Maafkan abang kerana sewaktu sayang meminta maaf dari abang, abang melempar kata-kata kesat dan maafkan abang juga kerana memperolokkan sayang sewaktu sayang ingin berubah. Abang ego sayang, abang ego.”
Terasa kain tudung ana basah. Adakah dia sedang menangis?
“Aisyah yang patut minta maaf dari abang, Aisyah banyak menyusahkan abang selama ini. Ampunkan dosa Aisyah.”
Dia mengeleng. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Ana turut membalasnya.
‘Ujian itu datang diselangkan dengan kegembiraan. Seharusnya manusia itu bersyukur.’

26 NOVEMBER 2012
“Apa ni Aisyah? Kenapa tak bagitau abang yang aisyah sakit? Ya ALLAH, apa ni.”
Ana bagaikan patung. Ditangan Arman terdapat kertas. Adakah itu...
“Aisyah mengidap barah otak, kenapa tak bagitau abang? Aisyah nak seksa abang lagi ke?” lirih suaranya. Tangannya terketar-ketar sambil memegang kertas.
Ana memeluknya. Erat. “Maafkan Aisyah. Aisyah reda jika itu hadiah TUHAN buat aisyah untuk membasuh dosa-dosa aisyah bang. Aisyah reda.” Bergetar rasanya ungkapan itu.
“Kita berubat sayang, kita berubat.” Jelas dada Arman bergetar.
“Abang, Aisyah ada satu lagi nak bagitahu abang. Maafkan Aisyah kerana tidak mampu memberi zuriat yang sempurna untuk abang. Anak kita cacat.” Perlahan suara ana. Ya ALLAH, janganlah anak ana dia membenci kerana sifatnya yang tidak cukup. Doa ana di dalam hati.
“ALLAH, tak apa sayang, abang tak kisah. Tu mungkin dosa abang. Abang pernah katakan yang abang tak nak anak tu dengan Aisyah. Abang bersalah sayang. Ya ALLAH ampunilah aku. abang sayang anak kita. Dia darah daging kita sayang. Dia anak kita. Walaupun dia tidak sempurna.”

26 MAC 2013
ALHAMDULILLAH... hari ini hari yang paling bahagia buat ana.  Ana disahkan bebas dari kesan kanser setelah tiga bulan lalu ana menjalani pembedahan. Kini ana boleh berdiri dan berjalan seperti biasa.
Kata orang, sakit itu membuatkan kita tabah menghadapi hidup ini. Betul, ana sokong.
Mata ana melirik memandang suami ana yang sedang bermain dengan anak kami, Hakimi yang baru berusia tiga bulan juga. Ana melahirkannya sewaktu proses pembuangan ketumbuhan dalam otak.
Anak ana yang disahkan cacat, rupanya sifat sempurna. Tiada cacat cela. Kata doktor ini adalah keajaiban TUHAN yang paling agung. Ya ana bersyukur sekali. Itulah anak ana.
Suami ana tabah menjaga ana dalam sakit, malah menjaga juga anak kesayangan kami selama ini. Anak amat berterima kasih. Tanpa dia, siapalah ana kan.
Abah, mama serta Mak Imah, ada di Makkah sekarang. Menunaikan umrah. Abah dan mama boleh terima ana kembali. Ana bahagia sangat.
Suami ana yang paling ana sayang. Tapi, ALLAH tetap yang teratas, rasul yang kedua. Barulah suami ana. Dia faham. Kerana dihatinya juga TUHAN yang teratas. Terima kasih TUHAN atas anugerahnya.

Hello 2023