Apr 20, 2013

BANDINGAN


mereka itu seperti kambing-kambing yang dilepaskan ke kawasan lapang. lalu mereka mula membiak dan membesar. mereka itu menyebar fitnah hingga si mangsa mula diberi kawanan serigala untuk dimakan. ingatlah, TUHAN itu tahu apa yang kamu lakukan.

fitnah itu melatari seluruhnya. hingga yang SI BODOH pula bagaikan si kerbau yang dicucuk hidungnya. mengikut dan mengangguk apa sahaja yang mereka katakan. walaupun itu tidak benar, mereka tetap dengan pendirian mereka.

syaitan-syaitan itu membisikkan kata-kata nista. dan syaitan itu pula bersorak dengan riangnya. arak judi bagaikan tiada apa. sedang disisi TUHAN itu adalah dosa besar. mereka menghalalkan apa yang diharamkan dan mereka pula mengharamkan apa yang dihalalkan. 

lalu, akibat kedegilan mereka itu, TUHAN menurunkan bala yang amat besar dalam diam. bukan seperti kaum terdahulu. cukuplah TUHAN memberikan kepada mereka adegan sosial yang terburuk dalam abad ini.

mereka menabur janji manis. lalu mereka menutup aib mereka itu dengan kain yang baharu. lalu diperkenal kepada kawanan lain, sebagai bantuan.

mereka yang bodoh itu pula hanya mengangguk seperti belatuk yang ditengkuknya sudah dipaku menggunakan spring. mengangguk dan terus mengangguk. itulah penyelamat kami. itu kata-kata dari si bodoh.

sedang mereka yang bodoh itu pula tidak sedar. mereka telah secara tidak langsung sama-sama bersubahat dalam merancanakan kekacauan. 

TUHAN memberikan kepada mereka itu akal. tapi mereka dikaburi dengan syurga dunia. lalu TUHAN tutupkan dan tulikan telinga mereka dari mendengar indahnya SYURGA AKHIRAT. hingga tibalah saatnya. yang mana mereka yang bodoh itu diberi pelajaran dalam masa sekejap.

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023