Aug 26, 2013

bermuda triangle

jam ditangan kukerling sekilas. hampir jam 3 petang. lagi 30 minit sebelum kapal terbang berlepas ke Florida. panggilan pertama sudah lama berbunyi. cuma menunggu panggilan ke dua sahaja lagi. malas untuk berlama di dalam kapal terbang sebenarnya. ceh, cakap aje mabuk kapal terbang omel hati ini. banyak hentam pulak. bidas otakku pula.

"to all pasanger please take your attention. bla.. bla..bla..." panggilan kedua telah pun berbunyi. aiseh, kapal terbang meh. dengan langkah longlai aku berdiri dan berjalan ke arah balai pelepasan. 

============

pantai kepulauan Brittany kelihatan cukup damai. angin pantai berpupuk cukup lembut. saya sedang berdiri tepat dibawah pokok kelapa. di hujung sana jelas terlihat gunung ganang yang mencanak naik. tidak silap, itu adalah puncak gunung yang mana kakinya terdapat pada dasar laut berhampiran segitiga Bermuda.

di sini orangnya bermata biru dan berambut perang. sesuai dengan latitud perancis. cukup cantik sekali. yang lelaki jelas menampakkan ketampanan mereka. saya juga bersyukur kerana mereka mengatakan bahawa mata hitam saya lebih cantik. mungkin jarang mereka melihat mata hitam di sini. tapi... sayang, mereka tidak pernah ada agama. dan tidak menganut mana- mana agama pun!

kepulauan ini cukup besar. mereka tidak pernah dijajah sesiapa. di lautan ini juga terdapat tiga buah pulau lagi yang berkeluasan kepulauan england. hanya 12 batu dari tanah besar eropah.

mataku paku pada bukit bukau yang merimbun di belakang sana. suasana yang cukup memukau. yang mana di sana tanahnya hijau. udaranya dingin dan bersalji. cukup cantik sekali!

ku rasa sudah jatuh cinta padanya.

dihujung laut atlantik terdapat segitiga bermuda. alhamdulillah, sepanjang perjalanan, kapal tidak mempunyai sebarang gangguan dari laut tersebut. dan selamat berlabuh di Miami, Florida.


aku duduk di atas pasir di bawah pokok kelapa. menunggu Emelr si mat saleh merangkap rakanku sepanjang pengkajian di segitiga bermuda. haish... lama kot nak tunggu ni. 

========
 bersambung...

Aug 25, 2013

bila hati gelora

selamat semua!

aduh, kenapa sih, hati ini rasanya sakit? apa dalam hati ini sudah punya cinta untuknya? aduh, ngak bisa untukku mengatakannya. terlalu sulit bagiku. tapi kalau cinta, adakah dia juga mencintaiku sama? buntu sih... aku harap dia juga mencintaiku.


Aug 18, 2013

Lambaian Mesir

credit google



Dumn! Dumn! Dumn!
kuatnya bunyi hentakan itu. Kurasa perpandu-pandu butir peluru keluar dari sarangnya.
mujahid disebelahku aku pandang. Dia hanya beriak sungguh tenang.
tiadakah rasa takut dalam dirinya? Soalku dalam hati.
susuk tubuh yang memakai jubbah berwarna putih kupandang lagi.
Bersih dan suci wajahnya. Kulihat tangannya dikepal-kepal.
mulutnya jelas terdengar dia sedang berzikir kepada Allah yang kuasa.

Tubuhku terasa menggeletar. Semakin hampir bunyi ledakan yang semakin menggila.
aku menoleh ketika terasa ada seseorang yang memegang bahuku.
mujahid disebelahku tersenyum dan mengeleng.
aku tahu apa yang ingin disampaikannya.
jangan takut. Syurga menanti di hadapan.
perlahan bibirku dipaksa untuk menguntum senyum.
tangannya di bahuku aku ramas lembut.
aku angguk. In sya Allah aku sudah bersedia!
Mujahid memimpinku untuk terus ke hadapan.
aku meneguk liur berkali-kali.
di bibir ini tidak lepas dengan ungkapan istiqfar dan selawat pada SAW.
sepasukan yang berpakaian seragam hitam dan bertopi merah begitu banyak dihadapanku.
senjata tersemat kukuh pada tangan dan pinggang mereka.
kecut rasanya. Namun bila difikirkan kembali,
aku harus maju!
ALLAH bersama ana!

Langkah ini terhenti sebaik sahaja Mujahid berhenti.
Tepat berada ditengah-tengah jalan raya ini.
di hadapan musuh semakin menghampiri.
mukanya didekatkan sedikit padaku.
terkumat kamit mulutnya membisikkan sesuatu yang cukup indah.
aku angguk. In sya ALLAH ana sedia.

Bumn! Bumn! Bumn!
sentak rasanya jantung ini. Terlalu hampir denganku bunyi yang kuat itu.
berdesing telingaku.
pap! Sesuatu yang jatuh disebelahku.
mataku membulat. Mujahid! Tempikku sekuat hati.
kepalanya aku pangku bawa ke riba. Darah membuak keluar dari tubuhnya.
bibirnya terketar ketar mengungkap kata. Air mataku laju mengalir tanpa henti.
sebelah tangannya kulihat diseluk dalam saku jubbah. Biarpun agak susah untuknya.
sebuah kita ALLAH di hulur kepadaku. Dengan lemah aku ambil juga.
lama wajahnya dalam senyuman itu memandangku. Dalam sakit masih juga senyum.
akhirnya, tubuh itu kaku dalam dakapanku. Aku meraung lagi.

tidak akan sesekali diriku berganjak ke belakang,
biarpun sekuat mana diriku dikecam.
biar pun seribu dari kamu dihadapanku menghunus senjata tajam,
tak akan pernah sekali diriku menyerah dengan mudah.
maruahku bukan seharga satu riyal tapi semahal nyawaku.
aku tetap dengan pendirianku, kerana...
selagi di dalam diriku masih tersimpan kukuh kalimah Tuhan,
pengikut iblis laknatullah akan hancur juga akhirnya.

“Ingat, berjuang kerana Allah. Bukan kerana Negara.
pada zaman nabi saw dulu, terdapat seorang pemuda.
dia cukup gagah berjuang. Para sahabat memuji beliau.
akan tetapi Rasulullah tidak.
Rasulullah mengatakan bahawa dia penduduk neraka,
para sahabat menjadi bingung.
tika perang bermula, dalam sibuk berperang,
seorang sahabat berperang begitu hampir dengan pemuda itu,
tujuannya hanya satu, melihat kebenaran Rasulullah.
lalu dengan izin Allah, pemuda itu akhirnya ditikam musuh.
lalu dia berkata kepada sahabat nabi,
sesungguhnya dia berperang kerana cintakan Negara, bukan kerana Allah.
ingat kisah tadi, cukuplah Allah sebagai peneman kita. Berjuang Fisabi lillah,
bukan kerana Negara. In sya Allah, Dia tentukan syurga buat anta.”
Kata-kata Mujahid tadi bergendang ditelingaku. Bibirku terketap kuat.di hadapanku, musuh semakin hampir, disekelilingku sudah ramai yang bangkit.
dengan kudrat yang ada ku gagahkan juga untuk berdiri.
bersemadilah dengan aman, Mujahidku.


gambaran syahid terus terbias di kornea mataku,
melambai-lambai memanggilku untuk terus ke hadapan.
pada mataku, kulihat pengkhianat itu seakan dedaun kering,
yang akan dibakar bila bila masa sahaja,
dan aku, terus maju dan maju tanpa menoleh ke belakang lagi.
saat aku menghampiri mereka. sesuatu yang perih cukup terasa pada tubuhku,
rupanya aku telah ditembak secara rambang oleh pengkhianat itu. 
upayaku masih lagi kental, terus melangkah hingga hujung nyawa.
dibelakangku sayup sayup terdengar kalimah takbir,
sebelum diriku jatuh tersungkur sambil memegang kitab suci.

Aug 13, 2013

The Star- byul



I feel the wind blow in this place,
There I see the stars beyond this window pane,
Shining so bright, in here this night,
Here I feel the sense of love.

Malam yang cukup indah sekali untukku. Puncak bukit ini menjadi pilihanku. Tempat yang cukup sunyi. Sesuai untukku untuk menyendiri. Jauh dari gangguan manusia amnya.

Tanganku memeluk tubuh kejap. Sejuk bertandang. Mataku kuyu memandang ke arah hadapan. Lama. Rasanya diri ini menyukai Suasana di sini. Nafasku, aku tarik dengan lembut. Dalam kepala ini cukup berserabut rasanya. Namun, aku masih di situ. Melupakan perkara yang telah berlaku.

Nun jauh di angkasa, bintang saling berkelipan. Saling menunjuk siapa yang lebih berkilau dan cantik. Suasana di sampingku sepi. Hanya sang cengkerik sahaja yang memainkan irama mereka. Terdapat ketenangan di situ.

Badanku kini berkalih tempat. Dari memeluk tubuh, aku memeluk lutut. Peristiwa yang telah berlaku banyak merobekkan hatiku ini. Kini rasanya aku sudah tidak cukup kuat untuk menanggung semuanya.

Terpejam rapat mataku. Biarlah. Akan aku cuba sedaya upaya aku!


Deep in my heart I cry for you,
Every tear that falls fells like wound,
 The stars in the sky, gently shine,
Taking away my pain.

Kini aku sudah teresak-esak sendiri. Kuat suaraku. Memecah hening sunyinya malam. Bergetar dadaku menahan rasa hati. Kini telah tumpah tepat di atas puncak bukit ini. Kuat aku memeluk lutut. Air mata dibiarkan jatuh di atas lututku.

Kata-katanya dahulu bagaikan terlayar kembali. Oh Tuhan, sakitnya hati ini. Kuat tanganku menumbuk dada. Cuba mengusir rasa sakit dalam hati ini. Kenapa ia harus hadir dan berlalu tika hati ini mula gembira? Dan hati ini menangis lagi entah kali yang ke berapa…

Suasana malam seperti ini seharusnya aku hirup dengan tenang. Tapi kenapa peristiwa dahulu menjengah lagi? Tidak cukupkah lagi menghukumku. Aku tidak kuat. Tidak kuat menahan rasa hati. Benci! Ingin sekali aku menghapuskannya.


I hear voice gently saying,
DON’T BE AFRAID,
I fell the warmth come over me,
as I sleep in their embrace,

Dalam aku melayan perasaan ini. Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara seperti orang sedang berbisik. Tepat ditelingaku.

Kau kuat. Kau bukan yang lemah! Ayuh bangkit! Tunjukkan betapa kuatnya engkau. Jangan mudah diperdaya. Kau kuat! Ayuh bangkit semula! Tunjuk padanya bahawa engkau masih lagi mampu berdiri walaupun sudah sepenuhnya engkau musnah.’

Rasanya kepalaku terasa ringan. Bagai berada diawangan tika ini. Adakah itu satu motivasi untukku? Yang pasti aku yakin itu. Jatuh bukan bererti kalah. Jatuh juga bukan bererti aku lemah.

Air mata kusapu dengan kasar. Pergilah air mata, pergi! Jangan datang lagi padaku. Ya, aku harus bangkit. Bukan jatuh bila aku sudah sedia kalah. Tanganku aku genggam erat. Mengambil sedikit kekuatan. Perlahan-lahan bibirku menguntum senyuman setelah aku tahu apa yang harus ku buat.

Mencuba lagi apa salahnya. Kaki ini melangkah meninggalkan bukit ini.


And even though I
Do not have the strength to go on
Even though I try to hold on|
This love will never ever be meant for me

Walaupun pada dasarnya ku tidak punya sebarang kekuatan untuk terus ke hadapan, dan setelah aku mencuba untuk memegangnya agar ia tidak terlepas dariku namun, jika sudah takdirku begitu barangkali. Ia bukan milikku selamanya. Hanya pada Ynag Esa aku berserah segalanya.

Puas aku merayu dan puas juga aku merintih. Bagaikan pengemis dijalanan aku meminta simpati. Namun, sayang seribu kali sayang, ia langsung tidak mengubah apa-apa. 

Akhirnya hatiku kambali terluka. Parut lama tertoreh lagi. Hatiku menangis sekian kali.
Rupanya pertemuan kali kedua langsung tidak membuahkan hasil juga. Dan aku, terpaksa akur pada suratan takdir. Dia sudah membuangku tanpa sebab. Adakah kerana hatinya sudah beralih arah?

Wajahnya aku pandang untuk kali terakhir. Dia memandangku juga. Dalam matanya dia menghalau diriku. Bagaikan kucing kurap rasanya. Bagaikan mengerti maksud yang dia sampaikan, kepalaku aku angguk.

Penuh perasaan kecewa, aku berlalu meninggalkan tempat itu. Melihat kanak-kanak dan dewasa yang lain sedang bergembira sedikit sebanyak membuat hatiku sedikit tenang. 

Tidak perlu hidup dalam kesedihan!


But I keep on smiling
Even thought my dreams won’t come true
I’ll remember every moment with you
Like the stars that shine forever
I’ll treasure my love… FOR YOU…

Sebelum berlalu. Bibirku sempat mengoyak senyuman nipis. Rupanya semua mimpi itu tidak akan menjadi reality. Begitu juga mimpiku. Aku harus tahu akannya lebih awal lagi. Mungkin kerana terlalu yakin akannya. Akhirnya aku terleka sebentar yang Allah lebih segalanya.

Bunga tulip ku usap penuh perasaan. Tulip melambangkan cinta. Namun bukan bagiku kerana cintaku, sudah lama berkecai. Bagaikan ada gam yang melekat di kakiku agar aku tidak terus berlalu dari sini.

Segala kenangan indah itu bermula di sini. Dan ia akan berakhir juga di sini. Lama aku menatap tempat ini. Kenangan lalu kembali terlayar. Tanpa sedar, sudah lama aku berada di sini. Akan aku bawa kenangan ini sehingga sampai masanya aku akan kuburkannya. 
Biarlah ia terus bergemerlapan bagai bintang dalam fikiran ini.

Penuh duka, aku membawa cinta ini dari sini tanpa menoleh ke belakang lagi. Datang tanpa pamit, berlalu juga tanpa pamit. Susah payah aku bawa cinta ini, akhirnya 
kesudahannya sampai di sini.

Dari jauh terdengar sebuah letupan yang cukup kuat. Namun itu langsung tidak membuatku untuk terus mara ke hadapan dan menoleh. Bagiku cukuplah sampai di sini sahaja.

Orang ramai semuanya bertempiaran lari. Hotel tempatku duduk tadi runtuh! Dan dia… masih di situ. Adakah aku harus menolongnya? Tanyaku pada diri sendiri. Geleng. Tidak 
perlu. Dan kaki ini terus melangkah meningglkan sejarah di sini.

Aug 1, 2013

perjalanan menyusuri AKHIRAT

Tatkala nyawa-nyawa telah dihidupkan kembali, mereka kemudian mencari jasadnya masing-masing. Selama seribu tahun mereka menunggu keputusan Allah SWT sambil duduk, seribu tahun sambil berdiri seribu tahun sambil menengadah terus-menerus, dan seribu tahun sambil menunduk terus-menerus.
Mereka pun bertanya, "Ke manakah kita pergi?" 
Mereka segera dihimpunkan ke Padang Mahsyar. Orang-orang kafir dan berdosa terendam oleh banjir peluhnya sendiri. Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim as. Beliau bergantung dengan asap ‘Arsy yang naik lalu menyeru:
"Tuhanku dan Penguasaku! Aku adalah khalil-Mu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."
Allah Ta’ala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya." 
Nabi Musa as datang. Beliau bergantung dengan asap ‘Arsy yang naik lalu menyeru:
"Kalam-Mu. Aku tidak meminta kepada-Mu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau balau Jahanam!" 
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Beliau pun bergantung dengan ‘Arsy lalu menyeru:
"Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau balau Jahanam!" Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. 
Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?" Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku… Penguasaku dan PenghuluKu! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari siksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan." Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri ‘Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Ta’ala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa menghadap Allah Ta’ala. la berhenti di hadapan Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala berfirman kepadanya, "Kamu! Kamu telah memerintahkan hamba-Ku untuk sujud kepada kamu?"
Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diri-Mu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"
Allah Ta’ala berfirman: "Aku percaya!"
Allah Ta’ala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali lipat, la telah didekatkan dengan kepala makhluk.
Ibnu Abbas berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir”.
Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan ‘Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Ta’ala ini begitu terbebani akan hal keadaan umatnya”.
Dari Thabit Al-Bani, dari Usman Am Nahari berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.
Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"
Fatimah menjawab "Aku teringat akan firman Allah Ta’ala, “Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang dari mereka."
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka Air mata mereka mengalir di pipi."
Fatimah r.h. berkata: "Wahai ayah Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"
Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala "Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. ( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai ayahku?"
Baginda SAW menjawab. "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati engkau tiada di telaga?"
Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Shirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin." Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Ta’ala lalu berfirman: "Niscaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. 
Apabila seruan dari tengah ‘Arsy terdengar, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebagian dari orang yang berdiri di situ berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!" Allah Ta’ala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?" Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selain-Nya" Mereka ditanya lagi: "Kamu mengenali Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!" 
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1.   Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2.  Kumpulan pemuda.
3.  Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berharap kepada mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berdekatan dengan tempat berlaku kiamat, la juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru "Di mana Muhammad?" Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah Hanya tinggal kami saja. Matahari di atas kepala kami. la telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Ta’ala untuk menghisab kami dengan segera! Sama halnya kami akan pergi ke sorga atau neraka."
Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Ta’ala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya karena lalai”. 
Mereka berjalan selama seribu tahun. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Tatkala Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami kepada Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli sorga ke sorga dan ahli neraka ke neraka."
Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Ta’ala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!" 
Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!" 
Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang nyawa tanpa hak Aku membunuhnya bukan dari kemauanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut, la jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku Pergilah kamu berjumpa Isa as!" 
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya Allah Ta’ala telah melaknat orang-orang Kristen. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Ta’ala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepada Nya mengenai ibuku Maryam." 
Maryam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Maryam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Maryam, telah didengar oleh Nabi Muhammad SAW, Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai siapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Ta’ala untukmu!" Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Kemarilah kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga moga Dia akan meminta kepadaku." Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala.
Allah Ta’ala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan antarkan anak- anakmu ke neraka!" Nabi Adam as bertanya: "Berapa banyak untukku kirimkan?" Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu antarkan seorang ke sorga, 999 orang ke neraka "
Allah Ta’ala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, niscaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan sorga bagi orang yang mentaati-Ku Neraka pula bagi orang yang mendurhakai-Ku. Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi mizan (timbangan)”. 
Umat Nabi Muhammad menangis memohon kepada Nabi Muhammad saw, katanya, "Tuan, engkau yang kami harapkan memohonkan keputusan kepada Tuhan Yang Esa, karena kami sudah terlalu lama menderita, Tuan. Berjalan berdesak-desakan melalui jalan yang panjang; pergi dari satu nabi ke nabi yang lain, dan tidak ada yang mau bersedia memohonkan keputusan kepada Tuhan yang menciptakan. Semuanya berkata, ‘Aku sendiri sangat malu dan takut memohonkan keputusan kepada Tuhan’ " 
Nabi Muhammad saw berucap, "Betul perkataanmu dan pengharapanmu. Itulah gunanya keberadaanku, yaitu memohonkan syafa’at kepada Tuhan yang empunya. Mudah-mudahan Tuhan Yarig Mahamurah dan Mahakasih menaruh kasih kepada hamba-Nya." 
Bergembiralah mereka mendengar penjelasan dari nabi kita. Lalu Nabi Muhammad saw pergi menemui Allah SWT. Di hadapan Allah SWT, Nabi saw bersujud dan memuji tak henti-hentinya, dan berkata, "Yang aku mohon kepada-Mu, Tuhan, berikanlah keputusan karena sudah terlalu lama di Padang Mahsyar." 
Setelah berkata demikian, Nabi saw bersujud dan memuji kembali. Allah SWT berfirman kepada beliau, "Pergilah Muhammad, adililah semua hamba yang hina dina itu agar masuk sorga hamba yang mulia dan benar, serta masuk neraka hamba yang tak mendengar apa yang tertulis dalam Kitab yang diturunkan ke alam dunia." 
Demikianlah, orang yang tertipu dengan kehidupan dunia, dan tidak berbuat amal kebaikan, dan menyangka Tuhan tidak akan membalas perbuatan baik dan buruknya. 
Rasulullah saw kembali kepada orang-orang yang tengah menunggu keputusan itu. Kemudian beliau memisahkan orang-orang yang diketahui banyak berbuat dosa dan banyak berbuat kebaikan. Orang-orang yang terbukti bersalah bergemetar hebat ketakutan, karena akan dimasukkan ke dai am neraka. Mereka sudah melihat ombak lautan api yang siap melahapnya di atas jembatan shirathal mustaqim. Melewati jembatan itu, orang harus menjalaninya selama tiga tahun. Lebih kecil daripada sehelai rambut. Lebih tajam daripada sebilah pedang. Di bawahnya terdapat binatang-binatang buas yang siap memangsanya. Orang-orang bersalah tertunduk menangis seraya berkata, "Inilah balasannya, karena aku tidak mau mendengar pengajaran dari para ulama. Tidak mendengar apa yang dikatakan dalam Kitab yang telah diturunkan ke dunia."
Dipisahkanlah orang-orang kafir dan Kristen, orang Islam yang tidak shalat. dan orang munafik berbaris memanjang. Ada yang dirantai kemudian diikat satu dengan yang lainnnya, lalu dimasukkan ke dalam neraka. 
Jibril bertanya kepada Rasul saw mengenai batasan umatnya. Mereka adalah, kata Nabi saw, orang yang dapat mengucapkan dua kalimat syahadat. Namun tidak semuanya langsung masuk sorga, melainkan banyak yang dimasukkan ke neraka terlebih dahulu. 
Setelah dipisahkan, Rasul saw pun datang kepada Allah SWT untuk melaporkannya. Dan Rasulullah saw juga memohon kepada Allah untuk membawa umatnya masuk ke dalam sorga bersama-sama Rasul saw. Allah pun mengabulkan keinginan Rasulullah saw itu. 
Umat Muhammad saw berbaris berdasarkan bendera yang dibawa pimpinannya. Kelompok Kelompok itu berjumlah hingga 400.000 kelompok. Mereka berjalan menuju ke sorga. Namun, masih banyak umat Nabi saw yang tidak terbawa. Mereka tidak bisa mengangkat kakinya di Padang Mahsyar. Matanya pun Buta. Demikianlah nasib orang-orang Islam yang tidak mempedulikan ajaran-ajaran agamanya dalam kehidupannya di dunia. 
Rombongan Nabi saw dan umatnya kini telah sampai di Telaga Al- Kautsar. Di sana sudah tersedia cawan-cawan untuk meminum air telaga. Rombongan pun meminumnya. Setelah itu, mereka berjalan lagi menuju ke sungai madu. Di sini pun mereka singgah untuk menikmatinya. Dari sungai ini, perjalanan dilanjutkan ke sungai susu. Semuanya menikmati air susu yang tidak terhingga kenikmatannya itu. Selanjutnya, perjalanan menuju ke sungai Salsabil, yang bebatuannya adalah permata hijau. Seperti yang dilakukan sebelumnya, di tempat ini pun rombongan menikmati terlebih dahulu air sungai yang’amat-sangat nikmatnya itu. 
Kemudian rombongan menjumpai sebuah pohon yang teramat besarnya. Terdapat bermacam-macam buah-buahan yang tumbuh di pohon itu. Umat Nabi saw bertanya kepada beliau, "Apa namanya pohon yang besar itu, yang hanya satu batangnya, namun berlainan cabang-cabangnya? Daunnya tidak terlihat kalau digenggam tetapi kalau dibentangkankan dapat menutupi dunia ini”. 
Nabi Muhammad saw menjawab, "Itulah yang dinamakan pohon Tuba di sorga yang memiliki bermacam-macam rasa dari setiap jenis bebuahannya. Setelah rombongan memakan buah-buahan itu, segera tumbuh kembali buah-buahan yang baru.
Di sorga, masing-masing penghuninya diberi sebuah istana yang disertai dengan 70 bidadari. Para bidadari itu (akan) menghibur para penghuni sorga dengan mendendangkan lagu-lagu yang diiringi dengan musik-musik yang sangat merdu. Mereka seluruhnya dalam kegembiraan yang sangat. 
Sementara itu, Jibril diperintahkan oleh Allah SWT untuk menemui umat Nabi Muhammad saw yang masih tertinggal di Padang Mahsyar dalam keadaan yang sangat memprihatinkan itu. "Siapa Tuhanmu dan siapa nabimu, sehingga kamu ditinggal di Padang Mahsyar?" tanya Jibril kepada mereka. "Tidak kuketahuilah siapa Tuhanku dan tidak kuingatlah nabiku. Engkaulah yang kami pertuhankan dan engkaulah juga nabi kami," jawabnya. 
Segera setelah itu, Jibril kembali ke hadirat Allah SWT, lalu melaporkan, "Ada sangat banyak umatnya Muhammad saw di Padang Mahsyar, tidak dapat mengangkat kakinya dan gelap penglihatannya, sehingga tidak dapat dilihat ke mana perginya bendera nabinya. Aku menanyainya, siapa Tuhanmu dan nabimu; lalu mereka menjawabnya bahwa tidaklah kuketahui Tuhanku dan tidak kuingat nabiku. Engkaulah yang kami pertuhankan dan engkaulah juga nabi kami, (katanya kepadaku)." Mendengar laporan tersebut, Allah SWT memerintahkan Jibril untuk menyeret mereka semua ke neraka. 
Setelah tujuh ratus tahun lamanya mereka menetap di neraka, Allah SWT memerintahkan Jibril untuk meninjau ke dalam neraka. Di depan api neraka yang bergolak, Jibril menyuruh api agar sedikit bergesar, "Geser-geserlah sedikit, neraka, supaya dapat kulihat ke bawah orang yang tengah disiksa itu." 
Mundurlah semua api neraka itu. Jibril bertanya kepada para penghuni neraka, "Siapa sesungguhnya yang engkau pertuhankan dan yang engkau jadikan nabimu?"
Para penghuni neraka yang beragama Islam, namun banyak dosanya itu bersujud seraya berkata, "Tidak kuketahui Tuhanku, dan tidak kuingat lagi nabiku."
Jibril berkata iagi, "Bukankah yang engkau jadikan nabi itu adalah yang bernama Muhammad?"
Para penghuni neraka menyahut, "Itulah nabiku yang dinamakan Muhammad.
Jibril menanyai lagi, "Kalau begitu, mengapa engkau tidak sama-sama masuk ke dalam sorga?" 
"Aku tidak melaksanakan semua yang diperintahkan Tuhan saat aku berada di dunia. Itulah sebabnya sehingga kami dihukum," jawab penghuni neraka. 
Jibril kembali menghadap kepada Allah SWT untuk melaporkan hasil peninjauannya ke neraka. Kemudian Allah SWT memerintahkannya untuk menemui Nabi Muhammad saw di sorga. Membicarakan mengenai keberadaan umatnya di neraka. Ketika diberitahukan mengenai hal itu, perasaan Nabi saw sangat terharu mendengarnya.
"Adakah umatku yang masuk ke neraka?" tanya Nabi saw kepada Jibril.
"Ada sangat banyak yang masih tertinggal berceceran di Padang Mahsyar, mereka tidak dapat mengangkat kakinya dan gelap penglihatannya. Tidak dilihat ke mana perginya bendera nabinya. Lalu aku pergi menanyakan kepada mereka, "Siapa Tuhanmu dan siapa nabimu, la menjawab kepadaku, ‘Tidak kuketahuilah Tuhanku dan tidak kuingat nabiku. Engkaulah yang kami pertuhankan dan engkaulah juga yang kami jadikan nabi. Lalu Tuhan menyuruh aku membawanya ke neraka." 
Nabi Muhammad saw berujar, "Duduklah semua, aku pergi bersama Jibril menghadap Tuhan!”.
Tiba di hadapan Allah SWT, Nabi saw bersujud setaya menangis, pintanya, "Kasihanilah aku, ya Tuhan. Berikanlah kepada umatku yang masuk ke dalam neraka (kasih sayang-Mu)." Allah SWT pun mengabulkan permohonan kekasih-Nya itu. Nabi saw segera mendatangi neraka. Kemudian meminta kepada Malaikat Zabaniyah agar membukakan pintu neraka. 
"Bergeserlah sedikit api neraka, supaya dapat kulihat umatku," ujar Nabi saw kepada neraka. Setelah diketahui siapa saja umat nabi, beliau pun menjulurkan sorbannya. Dengan sorban itu, beliau menarik orang- orang Islam yang berdosa yang akan diselamatkan.
"Marilah kita pergi ke sumur Al-Kautsar, mandi dan cucilah bekas api neraka, serta minumlah supaya tidak haus lagi"
Betapa bahagianya orang-orang itu mendengar ucapan Nabi saw itu. Selesai mereka berada di Telaga Al-Kautsar, Nabi Muhammad saw membawanya ke sungai madu, sungai susu, dan sungai arak, untuk menikmati masing-masing airnya sebelum mereka masuk ke sorga. 
Di dalam sorga, mantan penghuni neraka itu sama seperti yang lainnya, mereka dianugerahi berbagai macam ke-nikmatan.
Namun, di antara mereka ada yang mengeluhkan tanda lobang didahinya sebagai suatu tanda mantan penghuni neraka. Kepada Nabi Muhammad saw mereka mengadukan keluhannya Mendengar keluhan pada umatnya tersebut, Nabi saw segera menyampaikannya langsung kepada Allah SWT. Allah SWT pun menanggapinya;
firman-Nya, "Bawalah mereka Muhammad ke sungai yang bernama Hatoma, dan mandikanlah di sana supaya keluar lobang dahinya itu."
Di sungai Hatoma, mantan penghuni neraka itu pun mandi. Karena kemurahan Allah SWT, lobang di dahi mereka pun dapat hilang. 
Di dalam sorga, kegiatan para penghuninya lebih banyak bersenang-senang seraya bertandang ke setiap istana. Bersilaturahmi ke setiap para penghuni sorga. Mereka berbincang-bincang mengenai pengalamannya selama di dunia. 
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Mu’allif dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, "Adalah di dalam sorga pekan-pekannya tidak ada satu pun yang melakukan jual beli (perniagaan), akan tetapi hanya diisi saling mengunjungi dan menceritakan pengalamannya masing-masing selama di dunia."
Pada hari Sabtu, kaum bapak mengunjungi ke istana anak-anaknya. Hari Ahad, kaum ibu berkunjung ke anak-anaknya. Hari Senin, semua murid bersilaturahmi ke istana-istana gurunya. Hari Selasa, giliran guru-gurunya yang bertandang ke istana murid-muridnya. Pada hari Rabu, seluruh umat nabi pergi berkunjung ke istana setiap nabinya. Pada hari Kamis, giliran para Nabi yang mengunjungi umatnya. Hari Jum’at, seluruh umat penghuni sorga datang ke istana Nabi Muhammad saw. 
Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, "(Demi Allah) Tuhan yang nyawaku berada di tangan kodrat-Nya, tiada satu jua pun yang terlebih besar (kenikmatannya) daripada isi sorga yang lain, selain memandang Allah SWT. Itulah hari yang lebih besar daripada seluruh hari (di dalam sorga). Dan dijadikannya oleh Allah Ta’ala di dalam Sorga Jannatul Firdaus pada suatu tempat pertemuan yang bernama Kasibal Abyazar yang terbuat dari Kesturi.
Dari istana Nabi saw itu, mereka diajak oleh beliau menemui Allah SWT. Nabi Muhammad saw menggunakan Buroq sebagai kendaraannya. Yang lain pun menaiki kendaraannya masing-masing.
Di pintu sorga, mengetahui rombongan penghuninya akan menemui Tuhannya, para Malaikat melaporkan, "illahi, hamba-hamba-Mu yang benar telah datang. Laki-laki, perempuan, anak-anak, orang tua, hendak menyembah." 
Allah SWT berfirman, "Aku mengasihi semua hamba-Ku yang menyembah-Ku, dan Aku mengasihi semua hamba-Ku yang mengasihi Aku. Aku memuliakan kamu semua dan semua malaikat”.
Kemudian para nalaikat menjemput para penghuni sorga. Para nabi ditempatkan di mimbar kehormatan yang terbuat dari emas yang ditatah dengan permata yang beraneka ragam coraknya. Para fuqaha ditempatkan di palaka perak. Orang-orang mukmin menempati kursi kehormatan. Orang-orang shidiq menempati permadani. Selanjutnya mereka duduk di
kursi-kursi yang memiliki tujuh puluh mahkota. Setiap mahkotanya berisi tujuh puluh macam makanan yang beraneka ragam rasa dan jenisnya. Diberinya pula buah-buahan. Mereka pun makan bersama-sama. 
Allah SWT bertanya kepada Malaikat dan Penghuni sorga, "Siapakah yang akan memberi mereka minum?’ 
Kemudian berdirilah Nabi Adam a.s., "Kalau saya yang disuruh, maka sayalah yang akan memberi minum. 
Allah berfirman, "Yang (harus) memberi mereka minum ialah yang lebih mulia daripada engkau." 
Lalu Nabi Nuh a.s. berdiri dan berkata, "Akulah neneknya seluruh nabi yang diutus. Kalau saya yang disuruh, maka sayalah yang memberi mereka minum." 
"Allah menanggapinya, "Yang memberi mereka minum iaiah yang lebih mulia daripada engkau." 
Kini giliran Nabi Ibrahim a.s. yang berdiri, "Akulah, ya Tuhan, nabi-Mu, yang paling Engkau kasihi. Kalau saya yang disuruh, maka sayalah yang memberi mereka minum."
Allah menjawab, "Yang memberi mereka minum ialah yang lebih mulia daripada engkau." 
Nabi Musa menawarkan diri pula, "Akulah, ya Tuhan, nabi-Mu yang engkau temani berbicara di dunia. Kalau saya yang disuruh, maka sayalah yang memberi mereka minum," Allah SWT tetap belum memenuhi keinginan Nabi Musa sekalipun. 
"Akulah, ya Tuhan, nabi-Mu yang naik ke langit. Kalau saya yang disuruh, Maka sayalah yang memberi minum," Nabi Isa menawarkannya pula.
Namun tetap, Allah belum berkenan memenuhi keinginan nabi-nabi-Nya tersebut. 
Terakhir vang mengajukan diri adalah Nabi Muhammad saw. Pintanya, "Akulah nabi-Mu yang sangat Engkau kasihi, dan akulah juga nabi-Mu yang menutup antara seluruh nabi yang diutus. Dan aku juga penghulu seluruh nabi yang diutus. Kalau saya yang disuruh, maka sayalah yang memberi mereka minum." 
Namun, belum ada seorang pun yang termasuk yang dikehendaki Allah firman-Nya, "Yang memberi mereka minum adalah yang lebih mulia daripada engkau."
Nabi saw bertanya, "Siapa lagi yang lebih mulia daripada saya?’
Allah SWT menjawab, "Nanti Tuhannya yang akan memberi mereka minum dengan piala yang bersih kepada hamba yang mulia dan takut kepada Tuhannya." Maka berdatanganlah piala piala emas itu dari atas ‘Arsy, kemudian mendekat pada mulut mereka masing masing.
Kemudian Allah SWT berfirman, "Tuhanmu yang memberikan kepada kamu piala-piala emas." Mereka pun meminum suguhan dari Tuhannya itu.
"Aku gantikan semua (pakaianmu), dan Aku juga memasangimu gelang, banyaknya tujuh puluh gelang dan cincin emas di jarinya yang bertuliskan. 
Pertama, berbunyi, "sejahtera kepada kamu, sentosalah kepada kamu, diamlah kamu di dalam sorga kekal selama-lamanya". Kedua, tulisan cincinnya berbunyi, "selamat/amanlah kamu semua di dalam sorga". Ketiga, tulisan cincinya berbunyi, "sorga adalah balasan dari perbuatanmu". Keempat, berbunyi, "Aku memakaikan kamu pakaian yang beraneka ragam". Kelima, berbunyi, "engkau sudah mendapat semua yang engkau ingini". Keenam, berbunyi, "Kutiadakan semua yang menyusahkan". Ketujuh, berbunyi, "Aku memperisterikan kamu dengan bidadari". Kedelapan, berbunyi, "Aku menempatkan kamu sekampung dengan seluruh nabi". Kesembilan, "Aku memperlihatkan (kepada) kamu seluruh nabi sehingga kamu kelihatan muda kembali’. Kesepuluh, "Aku menempatkanmu sekampung dengan orang yang tidak akan pernah sakit". Kemudian Tuhan berfirman, "Aku hendak memberikan kepada hamba-Ku wewangian di atas kursinya.
Sesudah itu, Tuhan Yang Maha Pemurah berfirman, "Apalagi janjiku yang belum Kupenuhi bagi yang melakukan kebaikan? Aku sudah memberi kamu sorga dan kebenaran. Mintalah, maka Aku akan memberikannya kepadamu." 
Para penghuni sorga berkata, "Yang kuminta, ya Allah, ialah supaya suka cita kami lebih disempurnakan, demikian juga kasih Allah terhadap seluruh hamba-Nya yang mulia." 
Kemudian mereka ditulis dengan cahaya terang yang berlapis-lapis. Setelah itu. barulah Tuhan Yang Maha Murah kasihnya menyatakan diri kepada hamba yang disayangi-Nya itu. Para penghuni sorga itu berkata, "Sudah terang penglihatanku kepada Allah yang menciptakan. Sudah kulihat dan di mana-mana ada karyanya. Sudah kulihat Allah sesungguhnya tidak memiliki tempat. Semua datang mengabdi kepada Tuhan, yang menciptakan, yang lebih sempurna sifat-Nya dan Pemilik satu-satunya."
Kemudian firman Allah rang Maha Pemurah kepada hamba-Nya, "Kamu hidup dan tidak mati." 
Sangat bersuka-citalah para penghuni sorga itu mendengar firman Penciptanya. Lalu datang burung-burung hinggap di muka mereka. Menari sambil terbang melayang-layang di atas pintu. Terdengar juga suara-suara musik dan nyanyian yang bermacam-macam, sehingga bergembiralah mereka mendengarnya. Setelah dirasa cukup puas berada di hadapan Allah SWT, mereka pun kembali ke istananya masing-masing. Dirasakanlah oleh mereka wajahnya yang semakin indah saja setelah menghadap Tuhan. Dalam kesempatan itu, Allah SWT bertajalli, menampakan diri-Nya kepada penghuni sorga. Begitu sangat nikmatnya mereka memandangnya.

Hello 2023