Aug 18, 2013

Lambaian Mesir

credit google



Dumn! Dumn! Dumn!
kuatnya bunyi hentakan itu. Kurasa perpandu-pandu butir peluru keluar dari sarangnya.
mujahid disebelahku aku pandang. Dia hanya beriak sungguh tenang.
tiadakah rasa takut dalam dirinya? Soalku dalam hati.
susuk tubuh yang memakai jubbah berwarna putih kupandang lagi.
Bersih dan suci wajahnya. Kulihat tangannya dikepal-kepal.
mulutnya jelas terdengar dia sedang berzikir kepada Allah yang kuasa.

Tubuhku terasa menggeletar. Semakin hampir bunyi ledakan yang semakin menggila.
aku menoleh ketika terasa ada seseorang yang memegang bahuku.
mujahid disebelahku tersenyum dan mengeleng.
aku tahu apa yang ingin disampaikannya.
jangan takut. Syurga menanti di hadapan.
perlahan bibirku dipaksa untuk menguntum senyum.
tangannya di bahuku aku ramas lembut.
aku angguk. In sya Allah aku sudah bersedia!
Mujahid memimpinku untuk terus ke hadapan.
aku meneguk liur berkali-kali.
di bibir ini tidak lepas dengan ungkapan istiqfar dan selawat pada SAW.
sepasukan yang berpakaian seragam hitam dan bertopi merah begitu banyak dihadapanku.
senjata tersemat kukuh pada tangan dan pinggang mereka.
kecut rasanya. Namun bila difikirkan kembali,
aku harus maju!
ALLAH bersama ana!

Langkah ini terhenti sebaik sahaja Mujahid berhenti.
Tepat berada ditengah-tengah jalan raya ini.
di hadapan musuh semakin menghampiri.
mukanya didekatkan sedikit padaku.
terkumat kamit mulutnya membisikkan sesuatu yang cukup indah.
aku angguk. In sya ALLAH ana sedia.

Bumn! Bumn! Bumn!
sentak rasanya jantung ini. Terlalu hampir denganku bunyi yang kuat itu.
berdesing telingaku.
pap! Sesuatu yang jatuh disebelahku.
mataku membulat. Mujahid! Tempikku sekuat hati.
kepalanya aku pangku bawa ke riba. Darah membuak keluar dari tubuhnya.
bibirnya terketar ketar mengungkap kata. Air mataku laju mengalir tanpa henti.
sebelah tangannya kulihat diseluk dalam saku jubbah. Biarpun agak susah untuknya.
sebuah kita ALLAH di hulur kepadaku. Dengan lemah aku ambil juga.
lama wajahnya dalam senyuman itu memandangku. Dalam sakit masih juga senyum.
akhirnya, tubuh itu kaku dalam dakapanku. Aku meraung lagi.

tidak akan sesekali diriku berganjak ke belakang,
biarpun sekuat mana diriku dikecam.
biar pun seribu dari kamu dihadapanku menghunus senjata tajam,
tak akan pernah sekali diriku menyerah dengan mudah.
maruahku bukan seharga satu riyal tapi semahal nyawaku.
aku tetap dengan pendirianku, kerana...
selagi di dalam diriku masih tersimpan kukuh kalimah Tuhan,
pengikut iblis laknatullah akan hancur juga akhirnya.

“Ingat, berjuang kerana Allah. Bukan kerana Negara.
pada zaman nabi saw dulu, terdapat seorang pemuda.
dia cukup gagah berjuang. Para sahabat memuji beliau.
akan tetapi Rasulullah tidak.
Rasulullah mengatakan bahawa dia penduduk neraka,
para sahabat menjadi bingung.
tika perang bermula, dalam sibuk berperang,
seorang sahabat berperang begitu hampir dengan pemuda itu,
tujuannya hanya satu, melihat kebenaran Rasulullah.
lalu dengan izin Allah, pemuda itu akhirnya ditikam musuh.
lalu dia berkata kepada sahabat nabi,
sesungguhnya dia berperang kerana cintakan Negara, bukan kerana Allah.
ingat kisah tadi, cukuplah Allah sebagai peneman kita. Berjuang Fisabi lillah,
bukan kerana Negara. In sya Allah, Dia tentukan syurga buat anta.”
Kata-kata Mujahid tadi bergendang ditelingaku. Bibirku terketap kuat.di hadapanku, musuh semakin hampir, disekelilingku sudah ramai yang bangkit.
dengan kudrat yang ada ku gagahkan juga untuk berdiri.
bersemadilah dengan aman, Mujahidku.


gambaran syahid terus terbias di kornea mataku,
melambai-lambai memanggilku untuk terus ke hadapan.
pada mataku, kulihat pengkhianat itu seakan dedaun kering,
yang akan dibakar bila bila masa sahaja,
dan aku, terus maju dan maju tanpa menoleh ke belakang lagi.
saat aku menghampiri mereka. sesuatu yang perih cukup terasa pada tubuhku,
rupanya aku telah ditembak secara rambang oleh pengkhianat itu. 
upayaku masih lagi kental, terus melangkah hingga hujung nyawa.
dibelakangku sayup sayup terdengar kalimah takbir,
sebelum diriku jatuh tersungkur sambil memegang kitab suci.

Hello 2023