Suatu pertempuran telah terjadi di antara
golongan islam dengan kaum musyrik. Masing-masing berjuang dengan cekap dan
berani. Apabila pertempuran berhenti, mereka kembali ke markas dan begitu juga
Nabi dan sahabat telah berkumpul.
Sahabat-sahabat duduk berbincang mengenai
pertempuran itu serta menceritakan kejadian-kejadian yang mereka lihat. Di
antaranya mengenai seorang yang bernama Qozman yang telah bertempur dengan
hebat dan cekap. Setiap musuh di hadapannya dapat dikalahkan.
“Tidak seorang pun di antara kita yang
berharga jasanya lebih dari Qozman,” demikan katanya salah seorang dari mereka.
Mendengarkan itu Nabi menjawab,
“sebenarnya dia itu golongan penduduk
neraka.”
Jawapan Nabi itu telah menarik perhatian
mereka. Bagaimana seorang yang berjuang
dengan gagah bernai akan masuk neraka?
Seorang yang bernama Aktsam El Khuza’ie segera menawarkan diri untuk
menyelidiki kebenaran kata-kata Nabi sebentar tadi. Beliau akan menemani Qozman
bertempur.
Keesokan harinya Qozman dan Aktsam keluar
ke medan pertempuran bersama-sama. Pertempuran berjalan terus dan Aktsam terus
bersama Qozman walau di mana Qozman berada. Akhirnya Qozman terkena pedang
lawan dan luka parah. Dengan tiba-tiba Qozman meletakkan tangkai pedangnya di tanah dan mata pedang
dihalakan ke dadanya. Beliau membunuh diri dengan pedangnya sendiri. Kejadian
itu disaksikan Aktsam , dan dalam keadaan tenat beliau mendengar mendengar
Qozman berkata.
“Demi Allah! AKU BERPERANG BUKAN
KERANA AGAMA, TETAPI KERANA MENJAGA KEHORMATAN KOTA MADINAH supaya jangan dihancurkan oleh Quraisy. Aku berperang
kerana membela kehormatan kaumku.”
Begitulah pengakuan Qozman sendiri!
Setelah perang berhenti, Aktsam segera
menemui Nabi.
“Asyahdu, engkau sebenarnya Rasul Allah,”
demikian Akstam memulakan bicaranya di depan Nabi dan para sahabat lainnya.
“Ada apa?” Nabi saw bertanya.
“Tentang Qozman, bahawa engkau katakan
beliau di antara penduduk neraka,” jawab aktsam.
Sekalian yang ada segera berkumpul untuk
mendengar dan merasa tertarik untuk mengetahui peristiwa itu. Maka Aktsam pun
menceritakan semua perkara yang disaksikannya dari mula beliau mengikuti
Qozman hingga akhirnya beliau membunuh diri.
Setelah mendengarkan itu, Nabi tampil
lalu memberikan beberapa nasihat:
“Seorang yang beramal sebagai amalan penduduk
syurga pada penglihatan orang ramai, sebenarnya beliau adalah penduduk neraka. Begitu
juga penduduk yang kelihatannya melakukan amalan penduduk neraka, sebenarnya
adalah penduduk syurga.”
Demikianlah Nabi memperingatkan umatnya.
Qzman yang berani berjuang, tapi keberaniannya hanya untuk mengharumkan nama,
bukan kerana Allah, bukan hendak mendapatkan pujian dan sanjungan orang ramai. Amalan
kerana Allah tidak akan terhenti kerana dicela orang, atau menjadi bertambah
kerana pujian. Ikhlas itu adalah suatu tanda kesucian hati, khususnya hati
seorang islam. Jangan sesekali anda berlagak angkuh dan sombong dari amalannya
yang ada kerana semuanya ditangan Allah.
Berhati-hatilah dalam berjuang.