Realiti cinta
C - cinta adalah satu perasaan halus yang
hadir dalam diri manusia dan ternyata
I - ia mampu membuat manusia hilang
pertimbangan dalam perhubungan
N - namun apabila manusia sudah tersalah
langkah pelbagai kisah bakal terjadi walaupun,
T - tanpa sedar perlakuan meraka itu
hinggakan sesebuah perhubungan ranap dan musnah hanya dalam masa sekejap.
A - alangkah indah cinta itu andai manusia
mengetahui cinta pada yang betul adalah yang terbaik dan yang terindah dalam
kehidupan.
Kenapa harus cinta
jika ada kesakitan?
-
Kita tidak akan merasai kenikmatan sesebuah cinta
seandainya dalam cinta hanya ada kemanisan. Seperti juga tubuh badan. Jika
selalu manis rasanya tidak enak dan mudah dijangkiti penyakit. Begitu juga
dengan cinta. Pabila ada kesakitan, ketika itulah mereka akan belajar apa
ertinya cinta. Mencintai seseorang boleh, tapi dengan berhati-hati. Andai satu
saat kita disakiti kita masih mampu untuk berdiri lagi.
Dalam mimpi dia selalu hadir
-
Apabila kita selalu teringat akan seseorang,
hanya bayang dan wajah itulah yang sering hadir dalam ingatan. Persoalannya
adakah dia juga seperti kita mengingati dan merindui diri kita ini? Tidak salah
kita mengingatinya. Tapi jangan terlalu menaruh perasaan itu hingga membuat
kita yang tersungkur dan frust.
Penat menunggu si dia membalas
-
Sakit rasanya dalam hati apabila kita sering
menunggu dan menunggu dia membalas sms kita. Sehari kita sms belum tentu dia
akan membalasnya kembali. Kadang-kadang apabila kita menelefon dirinya langsung
tidak berangkat. Alasannya sibuk. Takkan pukul 12 malam masih sibuk? Semacam
pula rasanya. Dalam hati kita pula berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Sudah
tentu perasaan marah yang membuak-buak. Masa tu baru kita terfikir, adakah dia
masih menyayangi kita?
Rindu sering bertamu walaupun sia-sia
-
Setiap hari hanya si dia yang kita ingati.
Setiap hari hanya si dia yang mampu membuat kita menangis. Menangis kerana
terlalu rindukannya. Sekali tengok, kadang-kadang kita terasa macam orang
bodoh. Itulah penangan cinta. Tapi bila sudah putus jangan ada yang meraung dan
cuba-cuba untuk membunuh diri. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Pasti ada yang terbaik untuk kita nanti.
Tidak menunjuk perasaan pada si dia
-
Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa
percintaan sering terputus. Melewakan meluahkan perasaan kita terhadapnya. Atau
mungkin kita berasa malu untuk mengungkap rasa sayang untuknya. Disebabkan hal
ini si dia merasakan tersisih atau tidak disayangi. Cuba meluahkan rasa cinta
kita untuknya. Cover malu untuk sekejap dan luahkan. In sya Allah semua
ditanggung beres!
Makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah
-
Simbolik apakah itu? Dari segi zahir ia
tergolong dalam golongan M-E-R-O-Y-A-N. Ramai yang akan membangkang. Bagi
mereka itulah simbol kekuatan sesebuah cinta. Simbol utuhnya cinta itu. Tidak
salah, itu adalah pandangan berbeza setiap manusia. Tapi perlu ke mereka
lalukan perbuatan seperti itu? Seandainya satu hari nanti mereka ditinggalkan
adakah Makan tak lalu, tidur tak lena
dan mandi tak basah akan terjadi? Itu akan benar-benar terjadi. Apabila
cinta hati mereka telah berpaling tadah sikap dan emosi saling berperang sesama
sendiri. Hinggakan sikologi pemikiran mereka menjadi secetek-ceteknya.
Takkan lari gunung dikejar / melengah-lengahkan masa
-
Mengejar gunung semestinya akan dapat. Tapi
mengejar manusia adakah akan dapat ditangkap? Maksudnya, ambillah peluang yang
ada sementara masih ada. Luahkan perasaan anda. Jika anda ditolak, sekurangnya
anda sudah berusaha dari berdiam diri sehingga orang yang disukai itu telah
disambar orang. Pepatah sesuai, yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak
dapat. Having a nice day!
Dimanja dan bermanja
-
Opss...! itu hanya untuk mereka yang telah
berkahwin sahaja. Bak kata Ustaz Azhar, karang
keluar baby pondok. Bagi mereka yang belum berkahwin, konteks dimanja dan
bermanja adalah dengan mengambil berat antara satu sama lain. Cukuplah sentiasa
bertanya khabar walaupun sesibuk mana sekalipun. Sekurangnya pasangan anda
tidak merasa tersisih dari anda. Ini memungkinkan pasangan anda merasa dihargai
dan disayangi sokmo!
D - dia datang penuh senyuman
I - indahnya hingga ada yang tersungkur
N - namun hatinya sukar ditebak hinggalah
I - ia sendiri yang memutuskan apa itu pengakhiran
D - dalam banyak-banyak gelaran itulah yang selalu digelar
A - angkatan dengan hampir dengan nama yang lain
N - namun bila disebut gelaran lain ramai yang termangu
sendiri
I - itulah Dini Dani nama diberi