Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad
<3 MUHAMMAD
BIN HASSAN AL-MAHDI - <3
- Yaghud bin Manqush berkata,' aku bertanya Imam,
"siapakah tuan kepada semua zaman?" beliau berkata, "tutup
langsir itu!" setelah ditutup aku melihat seorang anak comel sekitar umur
lapan tahun dengan dahi yang luas, mata yang menarik, tangan yang berlipat
kemas dan tahi lalat pada pipi kanannya, kemudian aku melihat anak itu masuk ke
sebuah kamar. Imam a.s berkata kepadaku, "pergi lihat didalam bilik
itu!" aku masuk ke sana dan mendapati tiada seorang pun di situ.
( Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Nabi
SAW bersabda, "Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari
kalangan ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh
bangsa Arab."
(Sunan at-Tarmizi, Jilid 9; Sunan Abu Daud, Jilid
5).
( Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya
luas dan hidungnya tinggi. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan
kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah
selama tujuh tahun." )
1-
Kewujudannya ( 15 syaaban 255 H = 869 M ) yang tidak menunjukkan tanda-tanda
kehamilan bagi ibunya hinggalah ke saat-saat kelahiran.
2-
Ketika masih sebagai janin di dalam rahim ibunya, beliau mendengar suara Bibi
Hakimah membaca ayat-ayat Quran dan beliau mengulangi bacaanya dengan baik
sehingga Bibi Hakimah terpegun mendengar suaranya.
3-
Sebaik sahaja dilahirkan, beliau terus berdoa kepada Allah dan bersujud kepada
pencipta-Nya itu.
4-
Malaikat rahmat turun dari syurga dan menyapu badannya yang bercahaya dengan
sayap dan bulu mereka untuk mendapat restu.
5-
Malaikat agung Jibrail menerima dan mengasuh beliau dengan membawa jasadnya
yang suci ke langit dan meletakkannya dibawah perlindungan dan jagaan mereka.
6-
Tubuhnya yang suci mengeluarkan cahaya yang terpancar dari bilik ibunya hingga
menerangi ufuk dan cakerawala.
7-
Beliau dilahirkan dalam keadaan bersih, lembut dan halus. Tangan dan anggota badannya
yang lain tidak tercemar dengan kotoran dan simbol kesempurnaan fizikal.
8-
Seketika selepas kelahirannya beliau mula berkata-kata, memberi salam kepada
ayahnya dan membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara yang merdu.
9- Pada
tangan kanannya terdapat tanda yang berbunyi ‘telah datang kebenaran dan telah
lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap ( surah al-Isra’:81)’
10- Beliau melalui
proses pembesaran yang luar biasa dan berlipat kali ganda dengan kanak-kanak
biasa dimana ketika beliau berumur 40 hari sudah kelihatan seperti kanak-kanak
berusia 2 tahun.