Feb 27, 2014

cerpen pendek- berubahlah perlahan-lahan kerana ALLAH





"kau rasa boleh ke macam ni?" dia memutar tubuhnya di hadapanku.

wajahku diangkat. angguk. "nampak hensem macam ni."

terus dahiku dilukunya. "im not talking bout this meh. aku tanya, tak nampak macam alien ke aku pakai baju ni?" marah.

aku ketawa. kepala digeleng. sedap je  cakap nampak macam alien. "woi, kalau pakai baju melayu ni nampak macam alien dah lebih ni. dah tu aku pakai macam ni alien jugaklah?" jegil mataku. dia tersegih tersipu malu.

"bukanla weh, ni first time aku pakai baju ni ngok.." terus tubuhnya dilabuhkan di sisiku.

lagi kuat aku ketawa, dan tawaku terhenti ketika melihat wajahnya yang dah memerah dengan mata yang bulat. tangan terus di angkat tanda mengalah menampakkan braces bertarah scorpion dengan rantai tembaga merah terjulur ke bawah. 

"eh... kita nak masuk kat dalam boleh ke kau pakai braces tu?" lurus jarinya ditunjukkan di pergelangan tangan milikku.

geleng. senyum segaris dilemparkan. "nope, time nak solat nanti tanggal lah dulu. takkan nak jumpa Tuhan pakai macam ni."

"tapi tak pe ke pakai benda tu?"

bahu terangkat. senyum. mata jatuh jauh pada orang ramai yang mula membanjiri masjid. "ntah lah aku pun tak sure. tapi kalau nak pakai apa salahnya. bukan rantai tangan benda ni. kulit kot. aku pakai pun ramai yang cakap aku pakai jam dan yang buat aku nak rebah derang cakap aku pakai tab 2. mau pengsan aku."

azan isyak dah berkumandang. 

"weh jom la masuk. dah azan tu!" Ed laju melangkah. meninggalkan aku yang masih lagi lambat di belakang.

senyum lagi. dah jauh betul ed sekarang. dulu lain sekarang lain. everybody no perfect! time had gone never come back. kecuali meneruskan langkah untuk masa hadapan yang telah Allah ciptakan. that truth!

"woi! lamanya jalan!" suara sergahan macam Stunk. laju kepala tertoleh. mulut dah jatuh. rahang! dah tergolek ke bawah!

"stunk! bebeih..." laju memeluk bahu  stunk.

"euuu... geli den. woi, ang ni dari dulu sampai sekarang gila ang tak abih-abih... and one more, im Salman Amin bukan Stunk!" bahuku dipeluk kemas olehnya. 

aku ketawa, begitu juga dia. "eh sapa tu?" dari tadi terperasan ada orang di belakang Stunk.

stunk tepuk dahi. "adoi, sejak bila ang jadi bebal ni OD? lama tak jumpa dah jadi bodoh sekarang ang ni. tu Marha, Mina, Ika."

sekali lagi mulut terlopong. "what!" terjerit kecil. nonsense. tak caya aku!

"hai..." ketiga-tiga diorang menyapa. 

"badigol ang Dani, kau lupe kat aku eh?" Ika.

"samdol terlebih ler tu. aku punya la comel ko tak kenal!" Marha.

"mengong manyak ma! kalau bukan kat masjid ni, mau aku sumbat rumput." Mina.

what going on? nape sume main hentam aku nih! tak aci! 

semua ketawa.

"weh, Ed mana? lame aku tak jumpa!" Ika.

"a'ah la.. lama tak jumpa jambu tu." Marha.

"ke kat drft lagi?" Stunk.

"ye ke?" Mina.

mata juling ke langit. senget aje senyum. semua mesti tak percaya!

"tu!" jari telunjuk lurus ke arah tempat wuduk. 

whoaaa.. kan betul semua terlopong. 

"aku tak mimpikan?" Stunk sambil menenyeh mata.

"tak la. this is the truthWahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. surah al-baqarah ayat 21."

"alhamdulillah." serentak mereka mengucap syukur. 

sesat jalan in sya Allah ada jalan lainya, sesat mencari Tuhan? in sya Allah takkan ada. quran dan sunnah kan ada, para ulamak pun ramai.

pada pandanganku kelihatan mata Marha sudah berair. aku tahu dia sedang gembira sekarang. bukan aku tidak tahu, marha menyimpan perasaan sayangnya kepada Ed atau nama sebenar Edhlan. tapi dia sembunyikan kerana tahu kedudukan sebenar antara mereka.

aku mampu senyum lagi. 

kalaulah marha tahu yang ed juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya macam mana? teringin juga aku kenenkan mereka.

"kau tak jeles ke dani?" otak pulak menyibuk. 

dengus kuat. ada yang nak kena clorox ni!  porahhh... aku nak jeles-jeles ni. macam tak dak koje aje.

Hello 2023