Feb 26, 2014

Tolonglah mereka Tuhan

langkah di atur mengikut rentak hati. mata memandang ke bawah dan ke kadang lurus ke hadapan. bila mata bersabung dengan orang ramai pantas ditundukkan kembali. 

senyum segaris dilemparkan. angguk. tanda hormat kepada mereka.

langkah tiba-tiba pegun. tersentap seketika. berkira sama ada untuk meneruskan atau mencari jalan yang lain. tapi ini memaksa untuk diri meneruskan langkah ke hadapan. muzik berbunyi merdu. cawan di hulurkan. 

tiba-tiba mata terasa tubir. Tuhan. kuatkan diri ini. orang yang lalu lalang langsung tidak mengendahkan. semua membuat hal sendiri. tidakkah mereka berhenti walau sekejap. semua kelihatan sedang mengejar sesuatu. 

sekali lagi darah menderu. Tuhan... ampunkan diriku. mata dah suam-suam panas. jangan cuba menangis. this is public not private places. cawan dihulurkan lagi. Tuhan bantulah mereka. doa dalam hati.

sampai lah juga diri ini ke penhujung jalan. takkan ku melalui lagi jalan ini. sedih, melihat mereka seperti itu. Tuhan moga kau berkati mereka.

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...