Aku dengan jaked AD |
situasi 1
laju kaki menghayun turun dari tangga tingkat 4. jam ditangan dah beberapa kali dikerling. aiseh... lambat gue. peluh sudah merenek jatuh. tingkat 4 memang la turun tangga no biggie-biggie.. tapi bila dah tingkat 4 atas bukit mahu tak patah tulang. tu belum masuk tinggi bukit lagi. ceplos sebelahku turut berlari anak turun.
bumbung perpustakaan tengku anis sudah kelihatan. huwaaa... giga sungguh. baru bumbung yang kelihatan. block c art and design sudah pun kelihatan. kena turun bukit sikit lagi baru boleh pergi ke bahagian fine metal department. tubuh dah rasa semenyeh semacam. berpeluh! hampeh sungguh. nilah bahana universiti atas bukit.
mengoyak sengih pabila mata bertembung dengan budak-budak lain yang baru naik tangga. suara akim melaung dari textile department dah aku buat tidak endah. haru. lagi sekali kena naik tangga. kaki terus kubawa berlari anak dan membelok ke arah kelas melukis.
"you are not allowed to come in. you late!" puan mazni dengan wajah menyinga.
kaku.
terkujat.
terkesima.
what the.... akhirnya aku duduk bersila di beranda berhadapan kelas. yang lain dalam kelas bantai gelak. tak lama, datang dua tiga orang perempuan lagi budak sekelas. dan.. menerima nasib yang sama seperti aku. tak boleh mengambil test VCL. akhirnya kitorang lepak dan berbual.
situasi 2
waktu itu tengah buat training menyelamatkan mangsa nahas kapal terbang di La Hot Spring teganu. waktu tu aku baru siap dan melepaskan lelah mengangkat magsa korban. tetiba...
"dini mana dini!"
aku yang berdiri kat belakang dah berpeluh. apa ke hal tuan komander panggil aku ni? topi BPC @ PBSM diputar. perlahan kaki membawa ke hadapan.
angkat kening bertanya. dahla ramai yang pandang aku termasuk lecturer.
"awak buat CPR, tunjuk kat semua orang."
m.a.m.p.u.s
tu yang mampu aku katakan waktu tu. CPR? mouth to mouth. muka dah memerah menahan malu. siot tuan Alif. memang dia nak kenakan aku habis-habisan.
tak tahu." erkk.. dengar tak dengar suara aku. aku duduk bersimpuh di hadapan patung lelaki. En Fauzi ketawa dengan yang lain. makin memerah muka aku. masa tu rasa nak nangis aje.
Tuan alif senyum. muka dia memang seruis memanjang. jumpa kat luar padang kawad pun selalu dia pandang aku, aku lari ja. wakakkakakaka... memang dia berdendam la. "buat la..." aju dia lagi,
pergh memang dia nak tengok aku bercium ke hapa nih? dengan malu, cara CPR dah berterabur habis aku tunduk wajah aku dan bibir rapat ke bibir anak patung. malu gila time ni. first time kiss depan umum.
"dini takkan nak cium aje? skill lain mana?" jerkah tuan Alif membuatkan nafas aku tersekat. memerah muka aku semua orang ketawa masa tu.
situasi 3
jaket AD dibuka zip. kaki melangkah ke arah kedai 7e. perasan banyak mata yang memandang. sekilas mata memandang dan bibir terus melukis senyuman tipis. kenapa setiap kali aku keluar dari rumah menjadi perhatian orang ramai? muka terasa membahang. malu ya Allah.
kaki melangkah turun dari pintu gerbang besar. rata-rata pelajar sedang berbaris untuk menunggu giliran di ATM. tangan kanan memegang box berisi perak dan sedikit batu permata tiruan. itulah lambang pelajar fine metal design. ramai yang memerhati tingkahku. dan membuat aku terpaksa laju menghayun langkah. senyum segaris dilemparkan sebelum menayang muka blurr. why they are looking at me just they never seeing me before.