Jun 11, 2015

perjalanan hidup

Setiap orang, punya jalan hidup yang berbeza. ada perjalanannya mudah dan bagi orang lain jalan mereka payah.

setiap orang, itulah jalan yang mereka harus tempuhi. ada yang bergembira ketika melangkah tapi... mereka tidak perasan, masih ada yang menangis sewaktu melangkah.

bagi orang yang hidupnya senang, jangan mudah meletakkan kesalahan atau tuduhan melulu kepada orang yang susah.

dia susah kerana sebuah takdir, dan kamu senang juga kerana sebuah takdir.

ramai yang senang melangkah penuh sombong. mendongak langit yang bukan gapaian dan melupakan tanah merupakan asal usul.

dunia bila-bila boleh berubah. begitu juga sebuah takdir. jangan terlalu membina masa depan, takut runtuh.

yang senang mendapat susah, yang susah mendapat senang. bila Tuhan cakap 'كون' maka jadilah.

by:DiniDani

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023