Feb 18, 2013
Aku penghidap HIV positif
Feb 15, 2013
Mayang
Suasana sudah menginjak pekat malam. Semua penduduk sudah terlena
dibuai mimpi. Yang ada hanya kedengaran derupan ombak yang memecah kesunyian.
Sesekali suara cengkerik melunakkan lagi kepekatan malam.
Tok Moh sedang membaca jampi serapah. Bunga pinang di selarnya
dengan air jampi. Buah limau nipis dibelah olehnya, lalu diusap pada bunga
pinang. Keris kecil juga tidak lepas ditangannya. Air jampi di tiupnya perlahan
lahan terus diusap pada bunga pinang sekali lagi. Lalu dilibas pada tikar
mengkuang. Berdesing bunyinya.
Tok Moh tersenyum. Dililitnya kain kuning pada kepala. Diikat kemas
agar ia tidak tercabut. Langkah Tok Moh diteruskan lagi dengan membawa bunga
pinang yang telah siap dijampi tadi.
“Asal tunjang penunjang bumi,
Asal akar raja bersilang, asal batang raja berdiri, asal kulit baju raja…..
Berkat kalam La Ilaha Illallah..”
Asal akar raja bersilang, asal batang raja berdiri, asal kulit baju raja…..
Berkat kalam La Ilaha Illallah..”
Pengikut Tok Moh mengusung Ajam keluar.
Mereka semua memakai pakaian berwarna kuning terang. Seorang lagi membawa tikar
mengkuang yang telah dijampi oleh Tok Moh.
Yang membawa tikar mengkuang tadi terus
menghamparkan tikar bersebelahan dengan pantai. Lalu mereka yang mengusung Ajam
tadi terus meletakkannya di atas tikar mengkuang yang telah dihampar.
Tok Moh berjalan menyusuri mereka dari
belakang. Ditangan Tok Moh hanya bunga pinang yang telah dijampi. Tok Moh duduk
disisi Ajam yang tengah meracau tidak menentu.
Kepekatan malam hanya di simbahi
sinaran pelita.
******
“Izinkan kami tujuh beradik pergi
dahulu Tuanku,” Puteri Sari meminta izin. Aku hanya membelakangi mereka. Hatiku
masih lagi kecewa dengan sikap mereka. Aku mendesah, pening memikirkan perihal
yang tiada kesudahan ini. Aku harus membuat sesuatu agar perkara ini tidak
terjadi lagi.
Ketujuh mereka telah menghilang di sebalik
pintu istana. Dayang dayang masih lagi melakukan tugas mereka. Pengawal pintu
juga telah menutup pintu istana setelah kelibat mereka telah tidak kelihatan.
Orang tua kami telah pergi menghadap
llahi. Sejak lama dahulu. Titah telah diperturunkan kepada aku selaku satu
satunya putera lelaki mereka. Yang lain adalah tujuh puteri.
Aku berjalan ke dalam bilik
persemadian. Langkahku di teruskan hingga ke satu tempat yang menempatkan
balang Kristal. Jari telunjukku memutar mutar air di dalam balang Kristal itu.
Cahaya yang bersinar menerangi setiap ruang.
Terpancar tujuh puteri yang sedang berjalan ke arah mereka yang sedang
berkumpul. Aku hanya diam. Memerhati mereka melalui balang Kristal. Aku ingin
lihat, sejauh mana kemampuan mereka. Berani buat, berani tanggung.
*****
Tok moh sedang menyelar bunga pinang
pada Ajam. Ajam meracau tidak tentu pasal. Pengikut yang lain hanya duduk di samping
ajam, bersedia jika perkara lain berlaku tanpa tidak diduga. Mereka semua
kelihatan khusyuk sekali.
Tujuh puteri masuk perlahan lahan dalam
kelompok mereka. Mereka mengulek sekeliling Ajam. Aku hanya memerhati dalam
balang Kristal. Aku mengukir senyuman sinis.
Umbuk,
mayang di umbuk, umbuk dengan jala jemala.
sambut, mayang disambut.. sambut puteri nya dua
Ulek, mayang diulek, ulek dengan tuannya puteri….
Ulek, mayang diulek, ulek dengan tuannya puteri….
Puteri
dua berbaju serong, puteri dua bersanggul sendeng
puteri dua bersubang gadeng, puteri dua berselendang kuning.
puteri dua bersubang gadeng, puteri dua berselendang kuning.
Ajam bertempik tak tentu. Tok Moh
melibas badan Ajam menggunakan bunga pinang yang dijampi tadi. Ajam masih lagi
meracau. “Ahhh… tolong hamba puteri.”
Ketujuh puteri masih lagi mengulek… tiada
kesan pun pada si Ajam. Aku hanya melihat sahaja. Mereka tidak boleh
lakukannya. Hanya dengan izin Nya sahaja ia dapat kembali.
“Kenapa ia tidak berhasil kekanda?”
soal Mayang Delima kepada Mayang Seri.
“Kanda pun tidak tahu,” balas Mayang
Seri.
sambut, mayang disambut.. sambut puteri nya empat..
Puteri
empat berbaju serong, puteri empat bersanggul sendeng
puteri empat bersubang gadeng, puteri empat berselendang kuning.
puteri empat bersubang gadeng, puteri empat berselendang kuning.
Ajam semakin menjadi jadi. Seperti
cacing kepanasan. Dia merengkot seperti ulat beluncas yang kena kacau. Dia cuba
bangun berdiri tetapi bila tok moh melibasnya dengan bunga pinang, ia jatuh
tersungkur kembali.
Ketujuh puteri masih lagi di situ.
Mereka semakin mendesah. Air muka mereka keruh. Mungkin pelik kenapa ia tidak
berhasil. Mereka mungkin kebinguan.
“Kita tidak boleh lakukannya. Nampaknya
tuanku murka kepada kita.” Soal Mayang Mengurai menghampiri Mayang Delima.
“Mungkin, sedangkan tadi tuanku
langsung tidak menoleh kepada kita.” Celah Mayang Anum.
Mereka masih lagi meneruskan tarian
mereka. Tok moh juga masih lagi sibuk menyelar bunga pinang kepada Ajam.
Aku mendepangkan tangan. Terus
menghilang dalam istana. Aku kembali bersila di atas batu tepian pantai
membelakangi mereka semua.
Puteri
enam berbaju serong, puteri enam bersanggul sendeng
puteri enam bersubang gadeng, puteri enam berselendang kuning.
puteri enam bersubang gadeng, puteri enam berselendang kuning.
“Itu bukannya tuanku?” salah seorang
dari mereka bersuara. Aku hanya memejamkan mata. Aku harus memberi mereka
pengajaran. Tungkasku.
“Tuanku, ampunkan patik tuanku,
kasihani Ajam tuanku. Dia punya keluarga, jika tuanku tidak menolongnya
bagaimana dia mampu menjaga keluarganya.” Dari suara seperti mayang seri. Kanda
sulungku.
Aku masih lagi diam. Hatiku masih lagi
murka kepada mereka. Jika bukan disebabkan mereka, pasti si Ajam tidak menjadi
seperti ini. Mereka suka sangat keluar dari istana. Menunggu para nelayan yang
sedang memunggah hasil tangkapan laut.
Mereka juga sering menyamar sebagai
orang kampong, semata mata untuk mengorat anak anak kampong disitu. Sedangkan
mereka sendiri sudah di beritahu akibat yang akan terjadi. Tapi, mereka masih
lagi dengan kedegilannya.
Dengan rupa paras mereka. Mereka sering
menyamar sebagai sang duyung. Semata mata untuk menguji para nelayan yang
hensem dan tampan. Aku sendiri buntu dengan karenah kekanda ku tujuh beradik
ini.
bersambung..... muahaha
Feb 14, 2013
Biodata Blogger
Hai hai hai… gueh Jackie. Hehehe… Jackie ni cute tau. Bila semua
tengok Jackie mesti terpikat punya la. Tak caye? Cubalah. Baru tahu tau! Ni
bukan Jackie Chan tau. Chin Chan pun bukan. Ni Jackie yang comel!
Okey! Hari ni Jackie nak skodeng satu benda ni. Hahaha… biar padan
muka dia. Pergi makan tak nak ajak Jackie. Ingat Jackie ni apa? Ada hati dan
perasaan jugak tau. ( mimik muka merajuk. )
Kejap ek, Jackie nak selongkar dulu barang-barang dalam ni. Nak
cari harta karun. Hohoho… ( bertanduk dua )
Okey kita dah jumpa. Jom sama-sama tengok.
Nama: DINI
Befday: 9-9-93
Tinggal: Pasir Puteh Kelantan
Makanan kegemaran: 1- masakan mak
2-
nasi goreng ayam,
3-
nasi ayam
4-
burger
5-
snack plate
Minuman kegemaran: 1- tea ais
2-
tea
3-
jus buah buahan
4-
air 100% dan revive
Kesukaan
semasa : 1- bila keluar atau jalan-jalan di mall,saya lebih cenderung
kepada tempat yang mempunyai buku. Bukan kerana suka membaca buku pelajaran.
Tetapi lebih cenderung kepada NOVEL. Saya juga merupakan peminat NOVEL. Saya
akan mengusir rakan-rakan saya bila mereka meminta untuk menemani membeli
pakaian. SAYA TIDAK SUKA! Tujuan utama ke Mall pun adalah untuk mencari novel
baru. Saya sanggup duduk berjam-jam dalam popular semata-mata memilih novel
yang bermutu dan sedap untuk dibaca.
Saya
memang cerewet dalam memilih NOVEL. Bukan apa, jika satu karya yang dihasilkan
itu tidak menarik. Rasanya tidak berbaloi lah kan. Baca satu dua muka surat,
dah rasa boring. Sebab tu saya akan membaca sinopsis. Satu synopsis saya akan
baca berulang kali hinggalah saya pasti yang mana best dan boleh dijadikan
koleksi saya. Nama pena penulis juga saya akan lihat. bukan apa, dari nama pena
kita dapat melihat atau dapat mengagak.
Berkhemah
dua tiga jam di kedai buku memang tiada apa la bagi saya. Saya kena memilih
juga. Memilih novel terbaik untuk di baca. Jika berada di popular. Memang orang
akan tahu, saya akan lama memilih novel. Hinggalah salah satu novel dapat
mengikat hati saya untuk membeli membacanya. Nak membeli novel mana boleh main
hentam je. Ia sama la macam nak cari calon isteri. Tak kan nak ambil yang cap
ayam jer kan. Kena la pilih dahulu sampai kita betul-betul terpikat. Barulah
apa yang kita nak baca tu rasa bersemangat.
2- saya lebih suka duduk dirumah je pada
hari-hari minggu. Sebenarnya saya tidak suka bersosial. Hahaha,
3- orang mungkin akan menganggap yang saya ni
sombong jika melihat saya langsung tidak bertegur sapa. Anda kena buang
tanggapan seperti itu. Saya BUKAN SOMBONG. Tapi saya seorang yang PEMALU
sedikit.
Orang akan kata apa cer, budak laki pemalu
kan? Jawapan saya: ada aku kisah! Suka ati aku la!
4- jumpa saya di mana-mana, tegur lah ya! Saya
pun nak kenal dengan ramai jugak. Hohoho.. boleh kan? Kalau tak boleh pun tak
apa. L
“Nampak sangat yang dia ni cerewet kan? Hish, apa la nak jadi
dengan manusia sekarang. Nasiblah. Dia makan nasik, kalau tak, adei, tak boleh
deng nak bayang. Hohoho…..”
Uhuk2…. Aku
terbatuk-batuk. Tanganku naik memegang dada. Pedih! Entah siapa la yang kutuk
aku ni. Ewan di sebelahku sudah panik.
“Ko kenapa beb?”
soalnya. Suaranya sudah kedengaran sedikit serius. Risau kat aku barangkali. Muahahaa.
“Tak ada apa la.
Terbatuk sikit jer ni. Tah siapa la yang tengah mengutuk aku.” Jawabku mudah.
Dadaku masih perit. Mataku sesekali terpejam menahan perih. Hish..
Aku dan Ewan
berlalu masuk ke studio. Kat luar awan sudah mendung. Sekejap lagi ujan mesti
turun. Alhamdulillah, hujan rahmat.
Mataku membulat. Ewan
sudah masuk studio belakang.
“Jackie!!!”
tempikku beroktaf-oktaf. Melihat Jackie sedang duduk di atas kertas di hadapan
laptopku memang sengaja buat angin aku naik. Hangin betul!. Sesedap dia jer nak
tidur atas kertas kerjaku.
Jackie
memandangku. Dia menjelir lidah. Eee… si
Jackie ni, memang nak kena dengan aku agaknya.
“Dah kau jangan
nak merajuk la Jackie. Ni, aku beli makanan untuk kau ni.”
Dia buat-buat tak
tahu. Ciss! Jackie nak boikot ngan aku la tu.
“Jackie! Kau nak
tak makanan ni? Karang aku makan untuk aku kang baru kau melopong!” tempikku. Jackie
ni pantang sikit!
Dia berjalan ala
lenggang lenggok. Cuak aku menengoknya.
“Kau ni Jackie. Dah
la jantan, buat-buat sikit macam jantan. Ke nak aku hempuk guna buku ni?” Tegurku
kepada Jackie sambil menunjukkan diari ku kepadanya.
Dia jalan strait
jer. Langsung tak pandang aku. Sabar, sabar itu separuh daripada iman. Tanganku
mengusap dada.
“Dah, ko jangan
nak mengada Jackie. Kang aku letak kat luar tu. Kau tak Nampak? Hujan tu, kau
kan sepsis takut hujan.” Ujarku lagi kepada Jackie.
Dia buat derk jer.
“Dah ko jangan nak
boikot aku pulak. Ko tu sedar sikit, ko tu spesis berbulu. Mana boleh bawa
masuk restoran. Karang aku kene halau, makan pun tah kemana. Alamatnya puasa la
kau Jackie weh. Ko tuh kucing bukan manusia!”
Jackie pandang
aku. Cis, baru nak pandang aku. Dia sengih jer.. hey, Jackie ni. Tak serupa
bikin!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BeGins -------- Prang!!! Berkecai hatiku. Air mata yang hendak mengalir pantas di tahan. Lelaki di hadapanku masih lagi te...
-
21 MEI 2012 Saat cinta mula hadir untuknya sekali lagi aku diuji. Aku harus tunduk. Itu adalah kehendaknya yang mutlak. Mas...
-
09-12-2014 --- "Aku dah buat keputusan." Aku yang sedang mengunyah nasi goreng terhenti. Tunak mataku memandang wajah dihadapan...