Feb 18, 2013

Aku penghidap HIV positif


saat ini, tika ini. serasa dunia ini mula berputar dengan lajunya. tanpa sadar, air mata ini laju mengalir keluar membasahi pipiku. kelamnya dunia. kenapa harus aku yang kena? apa salah aku? apa dosa aku? hingga aku dihukum sebegini. aku hanya manusia. yang lemah dan yang tidak pernah kuat!

"saya harap anda banyak-banyak bersabar. kita hanya makhluk Tuhan. Dia yang telah merancang semuanya.  apa yang bakal saya katakan ini mungkin akan meluluhkan perasaan anda. anda didapati dijangkiti virus HIV positif."

jantungku seakan berhenti. dunia seperti sedang mengejek ketawakan aku. depan doktor aku bersikap tenang, walhal dalam diri ini pembuluh darah sudah pecah berkecai. depannya aku mengukir senyuman yang menunjukkan aku reda. walhal aku tidak pernah rela! tidak! tak mungkin najis ini sanggup mengalir dalam darahku.

bukan aku yang salah! bukan aku!!! ini semua kesalahan doktor! kenapa doktor sanggup memberi darah ini kepada aku? kenapa? aku menyesal! menyesal sangat-sangat... jika aku berhati-hati semasa memandu mungkin aku tidak perlu terima darah ini.

ahhh.... 

aku buntu. apa yang harus aku lakukan sekarang. aku benci untuk hidup. benci! aku tidak sanggup! hidup bersama najis ini. bagaimana jika ayah dan ibu tahu? apa yang akan mereka kata? arghh.. sudah tentu mereka akan buang aku. kerana najis ini aku dibuang keluarga? aku lebih rela mati! dari terus hidup.

ya Allah, kenapa nyawa aku kau tidak ambil terus? aku malu. malu dengan semua orang. apa tanggapan mereka tentang aku bila mereka tahu aku seorang pengidap HIV positif? 

bodoh! tentu la mereka akan menjauhi aku. 

orang ramai yang lalu-lalang dikawasan hospital aku tidak peduli. mereka tidak tahu perasaanku tika ini. ingin saja aku terjun dari bangunan tingkat 5 ini. biar mati terus. 

rambutku dibiarkan kusut. masalah ini lebih teruk dari kehilangan harta. 

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023