Hai hai hai… gueh Jackie. Hehehe… Jackie ni cute tau. Bila semua
tengok Jackie mesti terpikat punya la. Tak caye? Cubalah. Baru tahu tau! Ni
bukan Jackie Chan tau. Chin Chan pun bukan. Ni Jackie yang comel!
Okey! Hari ni Jackie nak skodeng satu benda ni. Hahaha… biar padan
muka dia. Pergi makan tak nak ajak Jackie. Ingat Jackie ni apa? Ada hati dan
perasaan jugak tau. ( mimik muka merajuk. )
Kejap ek, Jackie nak selongkar dulu barang-barang dalam ni. Nak
cari harta karun. Hohoho… ( bertanduk dua )
Okey kita dah jumpa. Jom sama-sama tengok.
Nama: DINI
Befday: 9-9-93
Tinggal: Pasir Puteh Kelantan
Makanan kegemaran: 1- masakan mak
2-
nasi goreng ayam,
3-
nasi ayam
4-
burger
5-
snack plate
Minuman kegemaran: 1- tea ais
2-
tea
3-
jus buah buahan
4-
air 100% dan revive
Kesukaan
semasa : 1- bila keluar atau jalan-jalan di mall,saya lebih cenderung
kepada tempat yang mempunyai buku. Bukan kerana suka membaca buku pelajaran.
Tetapi lebih cenderung kepada NOVEL. Saya juga merupakan peminat NOVEL. Saya
akan mengusir rakan-rakan saya bila mereka meminta untuk menemani membeli
pakaian. SAYA TIDAK SUKA! Tujuan utama ke Mall pun adalah untuk mencari novel
baru. Saya sanggup duduk berjam-jam dalam popular semata-mata memilih novel
yang bermutu dan sedap untuk dibaca.
Saya
memang cerewet dalam memilih NOVEL. Bukan apa, jika satu karya yang dihasilkan
itu tidak menarik. Rasanya tidak berbaloi lah kan. Baca satu dua muka surat,
dah rasa boring. Sebab tu saya akan membaca sinopsis. Satu synopsis saya akan
baca berulang kali hinggalah saya pasti yang mana best dan boleh dijadikan
koleksi saya. Nama pena penulis juga saya akan lihat. bukan apa, dari nama pena
kita dapat melihat atau dapat mengagak.
Berkhemah
dua tiga jam di kedai buku memang tiada apa la bagi saya. Saya kena memilih
juga. Memilih novel terbaik untuk di baca. Jika berada di popular. Memang orang
akan tahu, saya akan lama memilih novel. Hinggalah salah satu novel dapat
mengikat hati saya untuk membeli membacanya. Nak membeli novel mana boleh main
hentam je. Ia sama la macam nak cari calon isteri. Tak kan nak ambil yang cap
ayam jer kan. Kena la pilih dahulu sampai kita betul-betul terpikat. Barulah
apa yang kita nak baca tu rasa bersemangat.
2- saya lebih suka duduk dirumah je pada
hari-hari minggu. Sebenarnya saya tidak suka bersosial. Hahaha,
3- orang mungkin akan menganggap yang saya ni
sombong jika melihat saya langsung tidak bertegur sapa. Anda kena buang
tanggapan seperti itu. Saya BUKAN SOMBONG. Tapi saya seorang yang PEMALU
sedikit.
Orang akan kata apa cer, budak laki pemalu
kan? Jawapan saya: ada aku kisah! Suka ati aku la!
4- jumpa saya di mana-mana, tegur lah ya! Saya
pun nak kenal dengan ramai jugak. Hohoho.. boleh kan? Kalau tak boleh pun tak
apa. L
“Nampak sangat yang dia ni cerewet kan? Hish, apa la nak jadi
dengan manusia sekarang. Nasiblah. Dia makan nasik, kalau tak, adei, tak boleh
deng nak bayang. Hohoho…..”
Uhuk2…. Aku
terbatuk-batuk. Tanganku naik memegang dada. Pedih! Entah siapa la yang kutuk
aku ni. Ewan di sebelahku sudah panik.
“Ko kenapa beb?”
soalnya. Suaranya sudah kedengaran sedikit serius. Risau kat aku barangkali. Muahahaa.
“Tak ada apa la.
Terbatuk sikit jer ni. Tah siapa la yang tengah mengutuk aku.” Jawabku mudah.
Dadaku masih perit. Mataku sesekali terpejam menahan perih. Hish..
Aku dan Ewan
berlalu masuk ke studio. Kat luar awan sudah mendung. Sekejap lagi ujan mesti
turun. Alhamdulillah, hujan rahmat.
Mataku membulat. Ewan
sudah masuk studio belakang.
“Jackie!!!”
tempikku beroktaf-oktaf. Melihat Jackie sedang duduk di atas kertas di hadapan
laptopku memang sengaja buat angin aku naik. Hangin betul!. Sesedap dia jer nak
tidur atas kertas kerjaku.
Jackie
memandangku. Dia menjelir lidah. Eee… si
Jackie ni, memang nak kena dengan aku agaknya.
“Dah kau jangan
nak merajuk la Jackie. Ni, aku beli makanan untuk kau ni.”
Dia buat-buat tak
tahu. Ciss! Jackie nak boikot ngan aku la tu.
“Jackie! Kau nak
tak makanan ni? Karang aku makan untuk aku kang baru kau melopong!” tempikku. Jackie
ni pantang sikit!
Dia berjalan ala
lenggang lenggok. Cuak aku menengoknya.
“Kau ni Jackie. Dah
la jantan, buat-buat sikit macam jantan. Ke nak aku hempuk guna buku ni?” Tegurku
kepada Jackie sambil menunjukkan diari ku kepadanya.
Dia jalan strait
jer. Langsung tak pandang aku. Sabar, sabar itu separuh daripada iman. Tanganku
mengusap dada.
“Dah, ko jangan
nak mengada Jackie. Kang aku letak kat luar tu. Kau tak Nampak? Hujan tu, kau
kan sepsis takut hujan.” Ujarku lagi kepada Jackie.
Dia buat derk jer.
“Dah ko jangan nak
boikot aku pulak. Ko tu sedar sikit, ko tu spesis berbulu. Mana boleh bawa
masuk restoran. Karang aku kene halau, makan pun tah kemana. Alamatnya puasa la
kau Jackie weh. Ko tuh kucing bukan manusia!”
Jackie pandang
aku. Cis, baru nak pandang aku. Dia sengih jer.. hey, Jackie ni. Tak serupa
bikin!
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini