Allah, menciptakan berkat
pada engkau,
wahai anakku dari Ibu,
yang sedang menghadapi maut.
pada engkau,
wahai anakku dari Ibu,
yang sedang menghadapi maut.
Engkau,
diutus Allah kepada manusia
dalam lingkungan halal dan haram.
diutus Allah kepada manusia
dalam lingkungan halal dan haram.
Engkau,
dibangkitkan Allah
membantu tauhid dan iman
agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau
mendekati berhala,
jangan bersama golongan itu.
dibangkitkan Allah
membantu tauhid dan iman
agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau
mendekati berhala,
jangan bersama golongan itu.
( Cukilan sajak Aminah
binti Wahab, ibunda Nabi Muhammad s.a.w sewaktu akan wafat meninggalkan
Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sampingnya. )
ALLAH itu satu tidak ada yang lain.
Sampai ketikanya
bertemulah Hussien dengan nabi s.a.w. dan pertemuan itu mengejutkan dan berasa
hairan pada Imran. Perlu apa bapanya datang menemui Rasulullah? Kenapa berani
benar bapanya? Begitulah agaknya persoalan yang bermain di dalam hati Imran.
“Sediakan tempat
duduk untuk orang tua ini,” Nabi s.a.w. mengarahkan kepada sahabat-sahabatnya.
Imran melihat wajah Nabi berseri-seri.
Hussein pun
duduk., beliau kelihatan gembira disambut Nabi dengan baik. Pada mulanya beliau
tidak menyangka akan diiberi kehormatan dengan penuh kemesraan.
“Kami sudah
mengetahui engkau sering mencela tuhan kami.” Berkata Hussien kepada Nabi.
Nabi s.a.w. tidak
segera menjawab. Baginda kelihatan tenang. Semua yang ada di situ memperhatikan
kejadian itu.
“Berapa orangkah
Tuhan yang engkau sembah?” bertanya Nabi.
“Tujuh orang
dibumi dan seorang dilangit.” Demikian jawapan hussien. Semua yang hadir tambah
bersungguh-sungguh mendengar percakapan mereka.
Nabi bertanya
lagi.
“Bila kamu
ditimpa musibah siapa yang kamu harapkan menolong kamu?”
“Tuhan yang di
langit.” Jawab Hussien.
“Bila harta
bendamu rosak binasa, kepada siapa enkau meminta pertolongan?” tanya Nabi lagi.
“Kepada Tuhan
yang di langit.” Jawab hussien lagi.
“Kepadanya kamu
meminta pertolongan, akan tetapi kamu sekutukan dia ( ALLAH ) dengan yang ada
di bumi.” Kata Nabi.
Hussien kelihatan
resah, kehabisan kata, bimbang dan melihat itu Nabi s.a.w. dengan segera
berkata lagi.
“Masuklah agama
islam wahai Hussien! Nescaya kamu akan berbahagia.”
Kata-kata Nabi
itu menyejukkan hatinya dan dengan sepenuh hati beliau pun mengucapkan
syahadat.
Suasana yang
tadinya tegang dan cemas kini bertukar kepada gembira. Imran anak Hussien kegirangan dan mengucap
syukur di atas hidayah Allah yang sudah lama beliau mikir-mikirkan dan
mengharapkannya. Dalam suasana terharu, sebak di dada, Nabi s.a.w. pun berkata,
“Mengalir air
mataku kegirangan kerana usaha Imran.” Nabi sememangnya mengetahui Imran sudah
lama memikirkan nasib ayahnya itu.
“Tadi aku lihat
orang tua ini masuk, Imran tidak pun menyambutnya dam mengindahkannya. Tetapi
sewaktu bapanya mengucap kalimah syahadat, Imran telah menunaikan kewajiban
terhadap bapanya dan ini amat mengharukan hatiku.” Demikian Nabi menyambung
ucapannya.
DETIK-DETIK PERPISAHAN YANG SANGAT MERUNTUN HATI.
“Salam sejahtera
dan selamat datang,” demikian Nabi memulakan bicara. Semua yang ada
terdiam dan
mendengar dengan teliti kata-kata baginda.
“Saat perpisahan
kita telah hampir.” Nabi membayangkan apa yang akan terjadi.
Selesai baginda berkata-kata,
salah seorang bertanya:
“Siapakah yang
akan memandikan nabi?”
“Yang paling
dekat dengan keluargaku.” Jawab Nabi.
“Dengan apa kami
kafani?” datang pertanyaan lagi.
“Kainku ini jika
kamu mahu, atau kain mesir ataupun kain yaman,” jawab Nabi.
“Siapakah yang
akan menyembahyangkan?”
Belum sempat Nabi
berkata, kesedihan sudah melata. Tiba-tiba Abu Zar menangis kerana tidak
sanggup menahan pilu di hati. Sahabat-sahabat yang lain turut menangis dan
akhirnya nabi juga turut menangis.
Dalam keadaan
sendu itu, nabi meneruskan bicaranya. Baginda terus menceritakan tentang
memandikan, mengafani dan menyembahyangkan. Cara-cara dan betapa harus
dikerjakan telah baginda gambarkan kepada sekalian sahabat yang hadir.
“Siapa yang akan
memasukkan jasad Nabi ke kubur?” bertanya sahabat.
“Keluargaku,
bersama-sama dengan malaikat yang ramai, mereka melihat kamu, tetapi kamu tidak
melihat mereka.” jawab Nabi s.a.w.
Suasana ditempat
itu bertambah sedih. Abu Zar tidak tertahan lagi lal beliau keluar daru rumah
Aisyah setelah meminta diri. Suara nabi dan menceritakan saat perpisahan itu
amat menyayat hatinya.
Kekuatan Nabi
semakin berkurangan dan baginda terus tinggal di rumah Aisyah. Para sahabat
bersedih hati dan demikian juga penduduk Madinah yang mengetahui perihal itu.
Sebelum ini Nabi pernah dalam pidatonya menggambarkan baginda akan berpisah
dengan umat manusia dan dunia ini. Sekalian yang mendengar mencurahkan air mata
dan merasa pilu dan sedih dan kini suasana kesedihan sudah merata-rata di Kota
Madinah.
Nabi s.a.w. telah
wafat pada hari isnin bersamaan 13 rabiulawal tahun 11 hijrah atau bersamaan 8
mei 633 masehi. Fatimah menangis, “abatah, ya abatah....” “ayah, oo ayahku...”
Terasa baru
semalam mengenalimu. Rupanya sudah 1000 tahun lebih engkau berlalu. Membaca
kisahmu, bagaikan ketika itu aku bersamamu, sedang jangka itu terlalu jauh
jaraknya. ALLAH, dekatnya rasa hati ini. Dipenghujung cerita, buku yang tebal
kian menipis, begitu juga perasaan ini, kenapa sedih. Kenapa rasanya terlalu
cepat ia berakhir. Aku belum puas mengenalimu. Dan kenapa, ia harus berakhir
dengan kisah kematian? Sedihnya hati ini... kisah dongeng akan berakhir dengan
kata happy ever after. Sedangkan
cerita yang benar adalah berakhir dengan kematian. Engkau pergi berjumpa TUHAN
yang satu. Orang lain diberi anugerah bisa bertemu denganmu dalam mimpi. Aku?
manusia yang terlalu banyak dosanya dan tidak mungkin aku mampu bertemu
denganmu biarpun hanya dalam mimpi...
Tuhan, andai diri
ini bukan hamba yang bersyukur, ketukkan hati ini dengan simbahan sinar cahaya
tawaduk.
Andai kelakuan ini amat menjengkelkan, ubahlah diri ini dengan lembutnya sifat penyayangmu.
Tuhan, jika diri ini satu ketika dahulu terlalu keras hatinya, Kau cairkanlah hati ini dengan kasih sayang darimu,
Tuhan, saat cerita ini ku tulis. Tidak mampu aku gambarkan betapa sedihnya hati ini. Kenapa Tuhan, aku menangis mengingati nabi. Sedang, aku manusia yang lemah imannya.
Aku rindukan nabi Tuhan... tapi syaitan dan nafsu selalu menghalang diriku dari terus mengingati nabi.
Tuhan, ingin sekali aku menjadi insan yang imannya kuat. Tapi, aku selalu tersungkur dalam kancah dunia ini. Tuhan, tidak dapat aku bayangkan jika satu hari nanti aku menjadi manusia yang tidak bersyukur.
Tuhan, ketika menulis diari ini berkisar perihal nabi. Kenapa, aku menangis? Adakah ini nafsu atau perasaan yang murni?
Tuhan... layakkah aku untuk mendampingi nabi? Sedang aku manusia yang penuh dosa.
Andai kelakuan ini amat menjengkelkan, ubahlah diri ini dengan lembutnya sifat penyayangmu.
Tuhan, jika diri ini satu ketika dahulu terlalu keras hatinya, Kau cairkanlah hati ini dengan kasih sayang darimu,
Tuhan, saat cerita ini ku tulis. Tidak mampu aku gambarkan betapa sedihnya hati ini. Kenapa Tuhan, aku menangis mengingati nabi. Sedang, aku manusia yang lemah imannya.
Aku rindukan nabi Tuhan... tapi syaitan dan nafsu selalu menghalang diriku dari terus mengingati nabi.
Tuhan, ingin sekali aku menjadi insan yang imannya kuat. Tapi, aku selalu tersungkur dalam kancah dunia ini. Tuhan, tidak dapat aku bayangkan jika satu hari nanti aku menjadi manusia yang tidak bersyukur.
Tuhan, ketika menulis diari ini berkisar perihal nabi. Kenapa, aku menangis? Adakah ini nafsu atau perasaan yang murni?
Tuhan... layakkah aku untuk mendampingi nabi? Sedang aku manusia yang penuh dosa.
Dini. 21 april
2013, 4.21 p.m
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini