Jun 1, 2013

Bermuda dan Al-Mahdi bab 2

sebelumnya: 
Pengenalan
Bab 1

Kajian santifik

Pihak berkuasa Amerika terpaksa mengakui keanehan ini dan menjemput para saintis dari seluruh dunia untuk membincangkan perkara ini. Semenjak pertengahan abad ke-19 para saintis melakukan penyelidikan di kawasan itu dan menulis pelbagai artikel yang berkaitan. Salah satu buku yang menarik perhatian ramai ialah The Bermuda Triagle karya Charles Berlizt. Buku yang ditulis pada 1973 ini telah beberapa kali diulang cetak dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
Selain itu, terdapat ratusan rakaman temubual dan laporan juruterbang dan pelayar yang terselamat dalam kejadian di kawasan tersebut. Antara agensi yang terlibat mengkaji fenomena aneh segitiga Bermuda ialah:

-       The National Research Organization for Space Phenomenon.
-       The Society of Researchers into Unexplained Phenomenon.
-       The Centre for Research and Study of Complex Artistic and Scientific Issues ( ISIS ).
-       The Bolimod Project.
-       The Magnet Project.

The Bolimod Project adlah sebuah projek kajian usahasama Amerika dan Rusia. Laporan majalah Bulgaria Bareleili menyebut pada hari pertama projek dilancarkan, sebuah kapal The Victor Boghayev bersama empat buah kapal Rusia dan lima buah kapal Amerika yang lain serta sekumpulan pengkaji telah berlepas dari pelabuhan Halifax Kennedy menuju Bermuda Triangle. Projek ini berjalan selama lapan bulan dan berakhir pada tahun 1978 tanpa sebarang hasil!

Teori para saintis

Sejak itu para saintis dan pengkaji telah mengemukakan pelbagai teori. Kebanyakan mereka menganggapnya sebagai fenomena alam semulajadi. Ada juga yang mengkaitkan dengan piring terbang UFO atau kesan sinaran dari bandar yang telah hilang THE ATLANTIS. Antara hasil kajian dan teori mereka ialah:

a-  Teori pusaran air dan poket udara

Sebahagian saintis menganggap pusaran air dan poket udara sebagai penyebab kejadian tersebut. Mereka menegaskan ribut besar dan pusaran air terjadi hasil daripada tarikan graviti dan kuasa medan magnet yang ada dikawasan itu. Mengikut teori ini kapal terbang yang lalu di situ akan disedut ke dalam laut dan kemudian diluah ke udara manakala sebahagaian kapal akan tenggelam di dasar laut.

Tetapi tidak ada satupun kapal yang tenggelam. Jika tenggelam tentu ada serpihan bangkai kapal atau kesan tumpahan minyak dan sehingga kini belum ada bahan bukti yang pernah ditemui. Tambahan pula teori ini tidak dapat menjelaskan kenapa sesetengah kapal dijumpai tidak rosak sedangkan tidak ada seorangpun penumpang atau kesan keganasan.

b-  Kesilapan teknikal

Ada yang berpendapat berlaku kesilapan mekanikal yang tidak dapat dikesan. Namun teori ini terlalu kabur kerana tidak mungkin kesemuanya mengalami kerosakan yang sama termasuk kapal selam yang canggih turut hilang di situ.

c-   Kesilapan manusia

Kegagalan juruterbang dan pelayar yang kurang pengalaman atau kecuaian mereka juga dijadikan penyebab. Tetapi faktor ini sama sekali janggal mengingatkan tentang kehilangan yang berulang kali secara mengejut.

d-  Kesesakan lalu lintas

Ada yang mendakwa oleh kerana kawasan ini laluan yang sesak maka rekod pelanggaran adalah tinggi. Teori ini juga lemah kerana kapal dan pesawat hilang sama sekali tanpa meninggalkan kesan.

e-  Perubahan cuaca

Sebahagian pengkaji percaya bahawa cuaca di laut Carribean tidak menentu dan ribut yang datang serta merta boleh mengakibatkan pelanggaran. Tetapi rekod menunjukkan kejadian berlaku dalam cuaca terang dan tidak berombak.

f-    Manipulasi media

Kejadian aneh di Segitiga Bermuda sengaja diperbesarkan oleh pihak media antarabangsa. Seorang penulis Rusia, Leanid Braykonski menuduh berita ini adalah manipulasi akhbar-akhbar Imperialis.teori ini harus diabaikan kerana peristiwa ini benar-benar terjadi.

g-  Sifat dan arus teluk

Sebahagian saintis berpendapat pertemuan air panas dari arus teluk dan air sejuk dari laut khatulistiwa mencetuskan kejadian aneh di situ. Bagaimanapun kesemua kejadian berlaku di kawasan laut Sargasso yang sederhana dan tenang.

h-  Air putih

Sebahagian percaya bahawa kejadian ini ada kaitan dengan misteri ‘air putih’. Ada beberapa petunjuk tentang sifat segitiga Bermuda berkenaan teori ini yang akan dibincangkan dalam bab akan datang.

i-    Cahaya hijau

Para pengkaji menyebutkan tentang cahaya hijau yang menyinari kapal terbang yang memasuki kawasan segitiga. Mereka percaya ianya juga mempunyai petunjuk.

j-    Lautan dalam

Ivan Sanderson berpendapat segala kejadian aneh ini mempunyai jawapannya di bawah lautan yang dalam itu dan segala bukti terbenam di dasarnya.

k-   UFO bercahaya

John Spencer dan kumpulan pengkaji lain berpendapat bahawa kejadian ini ada kaitan dengan UFO yang sering kelihatan di kawasan tersebut. Mereka percaya bahawa makhluk asing cuba untuk mengkaji kemajuan teknologi manusia. Oleh erana pergerakan UFO di kawasan ini terlalu banyak, mereka terpaksa memusnahkan apa-apa yang melintasi kawasan tersebut supaya rahsia mereka tidak bocor.

Teori ini disokong oleh penulis Amerika, Charles Berlizt. Ivan Lee Sanderson dalam bukunya The Hidden Secrets menyatakan dalam semua kejadian UFO sering diihat di kawasan itu.
Jika benar, persoalannya siapakah yang memandu UFO itu? Dikatakan Einstein berpendapat ianya dikawal oleh manusia yang telah meninggalkan dunia 20,000 tahun dahulu. Siapa mereka?

Bagi kami tidak mustahil jika mereka adalah pewaris dunia yang sudah bertahun-tahun berselindung bersama imam mereka yang menunggu arahan Allah SWT untuk keluar memerintah ‘Kerajaan Tunggal Dunia yang adil’, bebas dan agung.

l-    Perangkap lencongan masa ( Time Wrap )

Dr. Manson Valentine yang mengkaji kawasan tersebut beberapa tahun percaya bahawa orang-orang yang hilang dari kapal terbang telah terperangkap dalam ‘lencongan masa’ tertentu dan masih hidup.

m- Pengecualian hukum alam

Teori lain menyatakan kawasan terletak di luar hukum alam dan tidak dapat dijelaskan mengikut peraturan masa.

n-  Kompas magnetik

Kawasan ini adalah salah satu tempat di muka bumi di mana kompas magnet menghala pada ‘Utara sebenar’ ‘True North’. Para saintis berpendapat kuasa magnet yang tidak menentu itu telah mengganggu kompas dan altimer pesawat dan kapal-kapal.
Teori ini juga gagal menjelaskan mengapa sesetengah kapal lenyap bersama anak kapalnya dan yang lain selamat kecuali anak kapal sahaja yang hilang.

o-  Benua yang hilang

Ramai juga yang percaya bahawa penyebab kejadian tersebut adalah kesan benua yang hilang dan tamadun Atantis yang masih wujud di lautan atlantik dan berada dalam lingkungan Segitiga Bermuda.

p-  Piramida/ piramid

Ada yang mengatakan terdapat piramid yang tenggelam di dasar lautan dan menyebabkan kejadian tersebut. Dikatakan radar kapal selam telah mengesan piramid yang mempunyai ketinggian 128 meter dan luas tapak 164 meter persegi dan terletak di kedalaman 900 meter paras laut dan berada pada jarak 200 batu dari Bahamas.

q-  Logam baharu

Ada yang berpendapat di dasar lautan di situ terdapat galian atau logam yang belum dikenal pasti dan kesan daripada medan magnet bahan tersebut menyebabkan kejadian aneh berlaku di situ.

r-   Kuasa magnetik tersembunyi

Wilbert B.Smith percaya terdapat kuasa magnet yang tersembunyi menyebabkan kejadian-kejadian tersebut.

s-   Kuasa ghaib

M.K Jessop menyatakan bahawa kuasa ghaib yang wujud di kawasan itu tetapi tidak ada teori yang boleh membuktikannya. Para pengkaji Amerika yang lain menyebutkan memang wujud kuasa ghaib yang mungkin berasal daripada bumi atau makhluk dari luar. Kuasa ghaib inilah yang ‘menelan’ segala yang melintasinya.

t-    Perubahan bulan

seorang saintis Rusia mengemukakan teori bahawa peristiwa ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku di bulan. Namun beliau gagal menjelaskan bagaimana bulan boleh memberi kesan kepada kawasan tersebut.

u-  Teori sinaran atom

Sebahagian percaya kesan sinaran atom wujud di kawasan Segitiga Bermuda. Menurut mereka, apabila matahari memancarkan cahayanya ke bahagian laut tersebut, satu sinaran lain akan muncul daripada laut dan akan menghancurkan atau mencairkan kapal yang melaluinya. Jika teori ini benar mengapa terdapat kapal yang tidak hilang dan anak kapal sahaja yang hilang?

v-   Gelombang infrasonik

Apabila ribut atau angin pusaran berlaku, gelombang bunyi terhasil dan kelajuannya boleh mencapai sehingga 330 meter sesaat yang melebihi kelajuan angin pusaran. Ahli biologi berpendapat gelombang yang agak lemah boleh menyebabkan demam laut dan buta. Ia boleh membunuh jika sampai ke paras 7 hertz. Malangnya teori ini juga tiada asas saintifik.

w-  Laut mengembang

Sesetengah jurutera Rusia percaya kejadian ini terhasil daripada pelanggaran ombak besar dan arus yang berlawanan. Ketinggian ombaknya mencecah beberapa kilometer dan cukup untuk menenggelamkan kapal. Tetapi jika kapal-kapal tersebut pecah, di mana serpihannya?

x-   Rekahan dasar bumi

Akhirnya sebahagian pengkaji percaya bahawa kejadian berlaku kerana dasar laut merekah dan menyedut jumlah air yang banyak serta apa yang ada di permukaannya termasuk kapal.

Pandangan ini juga tidak dianggap saintifik. Akedemi Rusia ada menyebut: “adakah pengkaji tidak tahu bahawa sedikit sahaja pergerakan bumi akan dikesan oleh pusat seismologi di seluruh dunia. Mustahil ianya berlaku tanpa diketahui oleh mana-mana pusat seismologi dan tidak ada catatan pergerakan di kawasan tersebut.”

Hello 2023