Jun 1, 2013

Bermuda dan Al-Mahdi bab 1

“Lautan  Atlantik juga dikenali sebagai Laut Gelap kerana kabus tebal yang sentiasa menutupi ruang udaranya. Oleh itu bentuk fizikalnya tidak keliahatan dan tidak banyak maklumat yang kita perolehi. Ombaknya seperti gunung, airnya berat dan cuacanya yang tidak menentu. Daripada sekian banyak pulaunya hanya pulau-pulau yang berdekatan dengan pantai sahaja yang diketahui berpenghuni.

Dibahagian timur terdapat enam pulau yang terletak di latitude China yang dinamakan Kepulauan Scilly. Penduduknya daripada keturunan Ali bin Abi Talib yang lari dari kekejaman Bani Umayyah dan berselindung di situ. Dikatakan sesiapa ke pulau tersebut tidak mahu pulang kerana udaranya yang nyaman dan airnya yang menyegarkan.

Di Pulau Brittany, penduduknya berambut perang dan bermata biru. Selari dengan latitut Perancis, terdapat sebuah pulau di mana penduduknya tidak mempunyai agama dan tidak pernah dijajah oleh sesiapa. Di lautan ini juga terdapat tiga buah pulau yang keluasannya sebesar pulau England. Tanahnya hijau, udaranya dingin dan bersalju, mempunyai gunung yang indah dan Bandar yang maju. Ia terletak hanya 12 batu daripada tanah besar Eropah.”

(Ilmuan terkenal abad ke 7- Ahmad Nuwari)

Begitupun di penjuru barat Lautan Atlantik terdapat kawasan misteri Segitiga Bermuda yang amat berbahaya dan menakutkan para pelayar. Beberapa buah buku diterbitkan menyebut kawasan tersebut sebagai petanda buruk, misteri dan penuh rahsia. Antara nama-nama yang diberikan oleh pelayar ialah, laut hantu, laut penghujung dunia, kuburan kapal, kuburan atlantik dan laut ngeri. Nama-nama ini menunjukkan para pelayar benar-benar takut dan cuba mengelak  untuk memasukinya.

Kedudukan Geografi

Segitiga Bermuda terletak di sebelah barat Lautan Atlantik, di timur Florida, di utara kepulauan Antil dan di selatan kepulauan Bermuda. Di kawasan kepala segitiga Bermuda terletak Miami dan San Juan. Nama segitiga Bermuda pertama kali digunakan oleh Vincent Gaddis dalam buku The Invensible Horizon atau ‘kaki langit yang ghaib’.

Kepulauan Bermuda.
Di barat daya Lautan Atlantik terdapat lebih kurang 360 pulau-pulau kecil yang dipanggil Kepulauan Bermuda. Daripada jumlah itu, 20 buah pulau didiami oleh lebih kurang 60,000 orang. Pulau yang terbesar dinamakan Bermuda. Selain itu terdapat pulau St George, St David, Gooper, Somerset dan Long Island.

Ibu negeri kepulauan ini adalah Hamilton. Kepulauan Bermuda digelar ‘Syurga Atlantik’ kerana kecantikannya yang luar biasa. Walaupun bercuacakan tropika namun udaranya tetap nyaman. Apabila New York mengalami musim salji, Bermuda akan dipenuhi bunga tulip. Ekonomi utamanya ialah pengeskportan sayur-sayuran dan bunga-bunga ke Amerika.

Kepulauan ini mula ditemui oleh pengembara Sepanyol bernama Juan Duermder pada 1519 M. pada tahun 1609 M kapal George Somers pecah dan tersadai di pantai pulau-pulau ini dan kerajaan British telah menghadiahkan pulau-pulau tersebut kepadanya. Kepulauan Bermuda betul-betul terletak di garisan 33 utara dan 64 barat.

Pelabuhan Miami di timur Florida adalah pelabuhan yang terpenting dikawasan tersebut. Florida mempunyai empat juta penduduk adalah negeri ke 27 Amerika Syarikat. San Juan adalah ibu negeri Puerto Rico dan terletak di barat republic Dominica. Dengan penduduk melebihi tiga juta orang, Puerto Rico adalah pulau yang terbesar di Carribean.

Salah satu sisi segitiga itu tergaris diantara Bermuda ke Miami dan selari dengan Teluk. Sebelah lagi tergaris di antara Miami ke Puerto Rico dan selari degan garisan khatulistiwa yang panas. Garisan ketiga dari garisan ini adalah dari Puerto Rico ke Bermuda dan terletak dekat dengan Laut Sargasso.

Laut Sargasso

Kawasan terbesar segitiga Bermuda ialah berdekatan dengan laut Sargasso. Laut ini meliputi sebahagian besar barat laut atlantik. Ia sebut Sargasso kerana terdapat banyak lumut Laut Sargassum terapung di situ yang memisahkannya dengan bahagian lain lautan itu.

Terdapat gunung-gunang yang terbentuk di dasarnya dan yang tertinggi berada di kepulauan Azore sehingga terpacak naik di permukaan laut. Ribuan tahundahulu orang-orang Phoenicia dan Carthagi menyatakan laut dan pantai di sini amat tenang. Mereka yang melalui kawasan ini berkata “ tiada angin yang meniup kapal kami!”.

Sejarah panjang

Rahsia yang tersembunyi di Segitiga Bermuda mempunyai sejarah yang panjang. Peristiwa pertama dicatatkan oleh Christopher Columbus ialah akhir bulan September 1492 M di dalam perjalanan menuju benua baru. Beliau telah melalui barat laut Sargasso dan terperanjat melihat kompas kapalnya terhenti serta merta.

Lima abad kemudian, gangguan electromagnet masih terjadi di kawasan Segitiga Bermuda sama ada di udara atau laut. Dengan perkembangan sistem komunikasi dunia, kejadian-kejadian aneh ini tersebar ke seluruh dunia. Walaupun timbul keraguan pada mulanya tetapi memandangkan begitu banyak peristiwa yang berlaku masyarakat mula mempercayainya.


Oleh itu, pihak berkuasa US mula menyiasat puncanya. Pada desember 1945, sekumpulan pesawat tempur dihantar dari Fort Lauderdale. Malangnya kesemua lima juruterbang dan Sembilan orang penolong jurterbang bersama-sama pesawat mereka hilang tanpa kesan! Mereka telah menghantar kapal terbang penyelamat The Martin Mariner tetapi mereka juga menerima nasib yang sama.

Hello 2023