Jul 14, 2013

Proses guling Mursi dirancang

 

Shah Alam- penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi yang diperlihatkan rakyat menolak pimpinanannya adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, rakyat dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan kepada Mursi, malah ada yang turut dibayar.
“Proses dirancang dengan rapi dan tersembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara arab sekitarnya. Proses ini hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam setahun pemerintahan Mursi.
“Satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia. Kali ini, rakyat miskin dan bodoh dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma, yang disumbangkan oleh negara minyak arab,” katanya.
Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum Mursi yang baru memerintah selama setahun dan meletakkan bebanan ke atas bahunya sedangkan masalah yang berlaku di Mesir diwarisinya daripada rejim terdahulu.
Menurutnya, bertambah malang apabila wujud dalam kalangan ulama dan pemimpin dunia menyokong penggulingan Mursi.
Ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini sebagai benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan kaabah,” katanya.


SINAR HARIAN/sabtu/13 julai 2013/15

Hello 2023