Jan 15, 2013

Marwah bukan Asiah!







BeGinS-à

“Abang!”

Aku terjelepok jatuh di lantai putih itu. Aku mengerang rasa sakit. Ya sakit yang amat sangat. Tanganku naik memegang perut. Rasanya berbirat sekali. Seperti jahitan ini tertanggal kembali.

Aku memanggung kepala memandang ke atas. Tanganku kuat memeluk lutut lelaki di hadapanku. Esakanku makin menggila. Aku tidak sanggup! Kepala ku geleng beberapa kali. Mana mungkin aku sanggup melepaskan si kecil itu.

“Abang, tolong jangan ambil anak saya bang. Saya sayang dia. Tolong bang, jangan pisahkan saya dengan anak saya! Dia darah daging saya.” Air mataku makin deras mengalir.  Lelaki di hadapanku masih lagi diam tidak berkutik. Berkali kali aku merayu kepadanya. Langsung tidak diambil peduli olehnya.

“Hey! Ni anak aku tahu! Kau tiada hak untuk mengambilnya. Dia milik aku! Aku ayahnya!” lelaki di hadapanku tiba tiba menjerit. Lantang suaranya. Aku tersentak. Tanganku yang masih memegang lututnya di tepis kuat.

Aku terjelopok jatuh kembali. Sakit di perut semakin menggila. Mataku sesekali mengecil menahan rasa ngilu. “Abang… tolong, Arman Danish anak saya. Saya yang melahirkannya. Tolong bang, jangan pisahkan saya dari dia.” Aku cuba memegang lututnya. Tapi cepat di tepis.

“Jangan sentuh aku!”

Perempuan tua di hadapanku masih lagi tersenyum sinis, kadang kadang mulutnya terkumat kamit. Aku tak tahu apa yang di ucapkannya.

"Abang…” aku masih lagi terbaring di atas lantai. Pipiku juga sudah basah dengan air mata. Tersengguk sengguk aku menahan sendu. Aku cuba bangun untuk berdiri. Sakit sudah aku tidak peduli. Dalam kepalaku hanya mahu anakku kembali!

Aku berjaya juga untuk bangun. Dengan terbongkok bongkok aku berjalan menghampiri lelaki itu. Tanganku sudah terketar ketar. Tidak larat yang sebenarnya. Aku cuba mengambil anakku dalam dukungan lelaki itu.

Pang!!

Tanganku naik memegang pipi. Cecair pekat mengalir di celah bibirku. Aku mendongak ke atas. Puan Asnah tercungap cungap. Nafasnya turun naik. Matanya tajam memandang ke arahku. Tangannya terketar ketar menahan rasa marah.

“Kau tak dengar apa yang Kalish kata tadi? Kau nak aku halau kau keluar dulu baru kau nak faham hah perempuan!” jerkah ibu mertuaku. Lelaki itu hanya diam memandang aku. Aku ditolaknya hingga terundur sedikit belakang.

Tanpa aku sedari, lantai yang licin menyebabkan aku tergelincir dan terjunam jatuh dari tangga. Badanku berputar laju tergolek dari tangga. Kepalaku terhantuk kuat di lantai. Terasa cecair mengalir dari kepalaku. Sakit! Aku mengaduh.

“Abang…”

Terasa suaraku tersekat. Lelaki itu masih diam sambil mendukung anakku. Dia berdiri di tangga. Ibu mertuaku tersenyum puas. Aku cuba untuk berdiri. Namun aku terjatuh kembali. Mataku sudah berpinar. Sebelum semuanya kelam begitu sahaja.



PaRt 2 à
            

            Mataku terasa berpinar. Mataku aku buka perlahan-lahan. Sakit! Aku cuba dan terus mencuba. Sakit di mata masih lagi berpinar. Aku duduk bersandar di kepala katil. Jam ku kerling sekilas. Baru pukul 4 pagi. Aku turun dari katil. Menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
            
            Aku menadah tangan untuk berdoa. Al Quran ku letak di atas rehal mengahadap kiblat.

Usai mengambil wuduk, aku bergerak ke tepi katil. Telekung di capai dan di pakai. Sakit di kepala tidak pernah hilang, aku sendiri tidak tahu. Sejadah ku hampar mengikut kiblat. Selasai sejadah dihampar, aku menunaikan solat sunat qiammullail.

Usai melakukan qiammullail, aku mengambil senaskah al Quran. Aku membaca surah maryam. Setelah itu surah al Mulk, Insaan, Sajadah dan lain lagi. Itu surah kegemaranku.

“Ya Allah, tenangkanlah jiwaku. Lapangkanlah dadaku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa mak. Ya Allah, sesungguhnya atas kenikmatan hidup ini hamba bersyukur sekali. Biarpun hamba sendiri tidak mengenali siapa diri hamba yang sebenarnya.

Ya Allah, orang lain masih mengingati peristiwa zaman kanak-kanaknya. Kenapa hamba langsung tidak mengingatinya. Bahkan nama hamba juga hamba tidak tahu. Yang hamba tahu mak memanggilku Marwah. hamba hanya ada mak. Hanya itu yang hamba tahu.

Ya Allah, siapa yang sering muncul dalam mimpiku ini Ya Allah. Kenapa dalam mimpiku, hidupnya begitu terseksa. Siapa dia Ya Allah. Setiap malam hamba mimpikannya. Ingin sekali hamba menolongnya. Setiap malam, hanya air mata yang menemani dirinya.

Ya Allah, kuatkanlah imanku. Kuatkanlah sakit ini. Ya Allah, berilah kepada hamba untuk mengenal siapa diri hamba yang sebenarnya. Amin…”

Aku meraup mukaku. Air mata menitis tanpa aku pinta.

Azan subuh sudah berkumandang di masjid berdekatan. Aku melingkas bangun. Bunyi ketukan di pintu bertalu talu. Aku mengukir senyum. Mak sudah bangun. Aku menghampiri pintu.

“Assalamualaikum mak,” ucapku setelah pintu di buka. Mak di hadapanku hanya tersenyum.

“Waalaikumsalam. Ingatkan tak bangun lagi. Marwah dah siap? Boleh kita ke masjid.” Aju mak. Mak sudah berpakaian lengkap. Sejadah dan telekung di tangannya. Aku mengangguk. Pintu bilik di tutup. Aku berjalan beriringan bersama mak untuk ke masjid.

Pagi ni terasa damai sekali. Sawah terbentang meluas. Cengkerik masih lagi  menyayangi. Matahari masih lagi belum menjengah. Kenderaan pun tiada lagi yang lalu di atas jalan.

“Mak, kenapa Marwah selalu dapat mimpi buruk?” soalku kepada mak.

Mak memandangku. “Marwah dapat mimpi apa?” mak pula yang bertanya. Aku mengeluh.

“Entahlah mak, selalu mimpi orang yang sama. Perempuan tu asyik menangis saja. Dia seperti terseksa. Siapa dia tu mak?”

“Entah lah Marwah, mak sendiri pun tak tahu.”

Aku diam. Mak pun begitu. Akhirnya kami sampai juga di masjid. Jarak masjid dari rumah hanya 500 meter sahaja. Hanya perlu melalui sawah bendang untuk ke masjid.

 “Mak, abang Adam bila balik mak?” aku bertanya kepada mak yang sedang menggoreng nasi setelah kami pulang dari masjid solat subuh dan mendengar tazkirah subuh. Tanganku masih lagi lincah  memotong bawang. Mak memandang kepadaku sekilas. Bibirnya mengoyak senyuman manis.

“Marwah rindukan abang?”

Aku hanya mengangguk. Dah setahun Abang Adam tidak balik ke rumah. Rindu aku padanya. Aku juga rindukan Ammar. Anak tunggal Abang Adam. Sejak isterinya meninggal setahun yang lepas. Langsung dia tidak balik ke rumah.

Aku pernah meminta untuk menjaga Ammar Zaquan. Tapi dia tidak bagi. Katanya dia tidak boleh terpisah dengan Ammar. Anak saudaraku yang bakal menginjak umur tiga tahun.

“Abang kata dia tak dapat balik. Dia suruh Marwah datang KL. Jaga Ammar. Bolehkan?” jawab mak.

Mataku sudah bersinar. Aku mengangguk laju.

“Bila marwah boleh ke sana mak?” aku mengukir senyum. Akhirnya aku dapat juga jejakkan kaki aku ke Kuala Lumpur. Selalu aku hanya dapat lihat melalui kaca tv sahaja. Aku akan suruh Abang Adam bawa aku ke sana.

Abang Adam merupakan seorang doctor. Doctor pakar. Sentiasa on call. Kasihan Ammar selalu kena tinggal.

“Abang kata minggu depan. Mak pun nak ikut juga. Rindu sangat pada cucu mak tu.” Senyuman mak makin melebar. Tentu hatinya tengah gembira. Dapat bertemu cucu tunggalnya.

            Aku juga turut tersenyum.


p/s: To be ConTINUe... 

sambungan kat sini juga. tak nak buat part, nanti tak terbaca..

1 comment:

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023