Jan 12, 2013

kelas bermula setelah sebulan

Menanti, kan terus menanti. Kenapa pula aku harus menanti? Sedangkan tiada apa yang perlu aku tunggu! Mengapa aku harus di sini lagi sedangkan sudah beribu kali dia meninggalkan diriku? Entahlah, dunia sekarang memang banyak yang tidak pasti. Aku juga tidak tahu!

Jam lewat begini, aku masih lagi dengan laptop di hadapanku. Bosan? memang bosan. Kenapa aku harus mengingatinya kembali? Sedangkan dia sendiri yang pergi tinggalkan diriku? Ahh.. aku rimas! Bodoh? Memang aku bodoh! Dia mula nak berbaik denganku, aku langsung tidak peduli. Jual mahal.

Sekarang? Aku mampu ketap bibir menahan rasa bodoh. Gara gara sikap ego, aku yang merana. huhuhu.. nak nangis, tiada sesiapa yang nak pinjamkan bahu. Kalau sesiapa yang sudi, seluruh bendang kat belakang rumah aku tadahkan.

Pening kepala aku nak pikir semua. Belajar belum habis, dah menggatal. Kan dah dapat balasannya!. hohoho.. aisehmen, gue bukan sengaja! perasaan itu datang sendiri ma...

Jam dah pukul 4.57am. Bajet pukul 5 nak tidur. Sekarang, haram.. broadband laju ma....
jarang dapat peluang macam ni.

cehh, selalu online kat rumah sewa. tapi wifi slow, mana taknya, seluruh kampung dapat guna meh.. tengok Youtube yang 20 saat pun kena tunggu dekat setengah jam. cerita best, sabar ajo la.

Kat kelas, mesti aku yang jadi mangsa taruhannya. Mana taknya, BUDAK REPEAT PAPER!!!

" Erm, Dini, awak sem ni jangan jatuh sakit pulak. Kang tak pasal kena repeat pula, tak  gitu?"

Ha, tu la warning yang aku dapat first time masuk kelas setelah sebulan sem bermula. Budak budak yang lain  pandang aku semacam jer. Ada yang sengih sengih. sakit ati wooo...

Aku bukan sengaja! dah dewan untuk Exam dia tak tulis! mana aku nak jumpa dewannya. tup tup aku sampai kena halau sebab lewat. tak aci la macam tu!!

masa bagi syarahan, mesti aku yang kena.

"Dini budak yang dah ada pengalaman belajar subjek ni macam mana? sila keluar jawab." terkial kial aku nak keluar. nasib baik aku dah tahu, kalau tak, mampus kena hentam!

"Kita kira nombor. james bones nombor berapa ya?" semua orang sedang membilang. nombor 7. tup tup aku juga yang kena keluar present. ha memang dia ni tak puas hati ngan aku ni. yang lain semua gelak. gelak la sampai boleh.

bangang, memang bangang! nasib baik dia lecturer aku. lawan dalam hati jer. kat belakang pun aku lawan gak. lawan mulut ngan budak lain.

orang lain semua sampai part5 aku la yang naik part 6. semua gara gara macam ni la. time aku nak hantar projek, dia tak ada! time aku tak nak hantar, dia merajuk! tak nak ambik projek aku.  last last naik satu sem. geram wei!!!

okey la, aku dah ngantuk morning diary, nak solat subuh and tidow!! choww dulu!

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023