Jan 29, 2013

Teaser


Our A380 aircraft will be landing shortly. Our current position in the atitude northwest Miami. The atmosphere here is rather dark. We did not look any islands in here.” Ucapku kepada pusat kawalan di Florida. Nazim disebelahku sudah lama terlena. Giliran aku pula untuk mengawal pesawat.

“Kita dah nak sampai?”

Aku menoleh kepada Nazim. Bibirku menggariskan senyuman. Aku hanya menganggukkan kepala.

“Baguslah. Penat aku rasa bawa pesawat ni.”

Tiba-tiba pesawat yang dipandu mula berbunyi bising. Pandu arah pada kapal terbang mula berputar ligat. Arah utara, selatan, timur dan barat sudah tidak diketahui kedudukan yang sebenar.

Sir, our plane had problems. Erratic compass spinning. We are confused. We do not know where we are now standing. How we want to do the landing?” soalku cemas.

Find the actual your attitude. Turn back! Turn back! Your latitude have been disappeared from our radars. We are concerned that you are crashed to Bermuda triangle.” suara mereka juga seperti cemas.

We do not know. everything is hazy. compass is not working properly. Sir... sir!!! Hello... hello!” talianku dengan pusat kawalan tiba-tiba terputus.

Aku dan Nazim mula panik. Kami saling berpandangan. Ya Allah apa pula kali ini. Sepanjang membawa pesawat, ini adalah kali yang pertama perkara buruk berlaku.

Kapal terbang mula bergegar hebat. Meter pada alat elektronik sudah tidak berfungsi dengan betul. Kadang-kadang ia bertukar kepada tinggi dan rendah. Suasana mula panik di dalam kapal terbang. Para penumpang mula menjerit. Mikrofon terus dicapai.

“To all passengers, you are asked to remain calm. We try to remedy the situation. Please wear your seatbelts.”

Sekali lagi gegaran mula terasa. Kali ini ia lebih kuat. Aku menyandar kemas pada kerusi. Tangan aku kepal. Mengambil sedikit kekuatan. Mataku aku pejam rapat. Nafas aku tarik perlahan-lahan. Wajah Safiyya bermain dalam kepala otakku.

“Zarif, what going on?” suara Nazim mula cemas. Mukanya pucat. Tangannya masih lagi memegang punat meter. Aku memandangnya sekilas. Aku mengeleng lemah. Aku buntu. Seratus peratus enjin kapal terbang sudah tidak berfungsi dengan baik.

Buku nota kecil aku capai. ‘8 malam. Sepatutnya kami tiba di Florida. Sesuatu yang aneh telah berlaku. Pesawat secara tiba-tiba rosak dan kami sekarang hilang arah. Semua sama. Kami buntu. Jika sesuatu berlaku. Abang minta maaf Safyya.’

Pen yang aku pegang terjatuh ke bawah. Aku menunduk untuk mengambil pen tersebut. Susah payah aku mengambilnya dalam keadaan kapal yang senget sedikit.

“Zarif…!” sekali lagi Nazim menjerit. Jari telunjuknya dihala ke arah hadapan. Aku mendongak. Cahaya silau memancar terang. Mataku silau. Cahaya yang berwarna hijau begitu terang. Perut kapal terbang ditembusi. Hinggakan kapal terbang ini seperti diperbuat dari kaca.

Kapal terbang berputar. Seakan akan terhempas bila-bila masa. Aku beristiqfar dalam hati. Mulut Nazim juga terkumat kamit membaca sesuatu. Wajah Safiyya menjengah lagi dalam benakku. 

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...