Jun 24, 2013

cerpen: dia dihati

Mataku ralit memandang wajah seserorang yang sedang menangis di atas kerusi berhampiran tembok di taman. Wajah itu langsung aku tidak dapat melihat dek wajahnya yang ditutupi oleh tudung yang dipakainya. Suara itu masih lagi kedengaran.

Bagaikan ada tarikan magnet untukku terus menghampirinya. Laju kaki aku hayun ke arahnya.

“Hai,” sapaku. Tepat berdiri di hadapannya.
Kepala yang ditutupi rambut aku, garu. Dia dengar atau tidak kata-kataku tadi.

“Hai,” sekali lagi aku menegur. Diam. Aku buntu.
Wajahnya  dipanggungkan. Tajam matanya memandang ke arahku.

“Kalau tak ganggu orang tak boleh ke hah!” tengkingnya.
Air liur aku telan kesat. Garang juga perempuan ni. Menyesal aku tegur tadi.

“Err, maaflah, saya risau aje kenapa awak sengsorang kat sini sambil menangis. Mana tahu perkara buruk terjadi kat awak ke,” ucapku lembut. Matanya aku tenung. Menghadirkan satu perasaan halus dalam hati ini.

Diam. Wajahnya kembali menunduk dan menangis. Aku mengeluh lemah. Susah bercakap dengan perempuan. Dan sememangnya aku tidak pandai bergaul dengan perempuan!

`````````````
Jam ditangan aku pandang lagi. Dah lebih satu jam! Dia masih tidak kunjung tiba lagi. Air horlick aku hirup lagi. Sebelah lagi tanganku sibuk mengetuk meja. Berdetak bunyinya. Sama seperti detaknya jantung ini bimbangkannya.

“Assalamualaikum,” sapa satu suara.
Kepalaku aku angkat. Serta merta bibirku mengoyak senyuman manis. Sampai pun!

“Asal lewat?” suaraku sedikit merajuk.dia senyum. Dia melabuh punggung di hadapanku.

Sorry...,” wajahnya dimaniskan, tangannya pula diangkat tandap minta maaf. Lesung pipit jelas terlihat. comel mukanya bila dia membuat begitu.

No, I dont want it,” rajukku lagi

“Hah!” terlihat wajahnya beriak terkejut.

I will give you my forgivenes if you married me!” tekanku. Kali ini aku melamarnya secara rasmi.

“Hah!” buntang matanya. Comel!

“Ha...ha...ha...ha...” aku gelak sakan.

``````````

“Sayang...,” pinggangnya aku peluk erat. Diam. “Kenapa ni sayang? Sakit ke?” gesaku lagi.
Tanganku yang memeluknya dileraikan. Keningku bertaut. Badannya dikalih menghadapku. Tangannya naik mengusap pipiku, terasa lembut dan perasaan tenang mengalir  membuai dalam jiwa.

“Terima kasih sebab sudi terima Ara sebagai isteri abang, Ara gembira sangat.” Ucapnya bersama senyuman yang cukup manis. Matanya berair.

Tanganku memeluk erat pinggangnya. Bibirku membalas senyumannya. Mataku merenungnya tanpa berkelip. Jelas terlihat wajahnya yang berona merah itu. Cantik! Pipinya aku usap dengan kasih yang menggebu. Tiada lain dalam hati ini. Tanganku mengesat pelupuk matanya yang basah.

I love you more and more sayang...,” menggoda suaraku. Berada dekat dengannya membuat naluriku bergetar hebat. Dia menunduk mukanya.

“Sayang?”

“Hmm..,” dia masih menunduk. Bibirku mengoyak senyum. Suka bila melihat dia blushing.
“Abang sejuklah, jom masuk...,” meleret suaraku. Aku senyum. Dia masih membatu. Bagai patung yang tak bernyawa. Akhirnya, tubuhnya aku angkat dan dukung masuk ke bilik.

“Abang ni gatallah...!” marahnya. Dadaku ditumbuknya lembut.

“Ha...ha...ha...” dengan isteri abang aje abang gatal sayangku. Lampu bilik aku padam. Seterusnya aku membaringkannya di atas katil. Aku turut berbaring disisinya.

“Sayang, abang nak...,” terhenti di situ suaraku. Aku memandangnya. Moga dia mengerti apa yang aku mahukan.

Dia mengangguk dengan mukanya yang pucat. Hahaha, sayang takut kat abang ek... “Ara hak abang, semua yang ada pada Ara adalah milik abang.”

“Abang sayang Ara bukan kerana nafsu, tetapi kerana hati abang sudah lama diberi kepada Ara. Ingat tu sayang, sampai bila-bila. Assalamualaikum,” ucapan permulaan dalam perhubungan.  Bibirnya yang mereka itu aku cium. Moga sinar kebahagiaan selamanya untuk kami.

``````````
“Sayang...., where are you,” dah sekeliling rumah aku mencari isteriku. Namun tiada. Hatiku dipagut rasa gelisah. Aku takut kehilangan isteriku. Sedangkan pergi bekerja sahaja aku sudah merindukannya. Inikan pula sekarang dia tiada dirumah.

“Apa abang ni? Orang adalah, kat belakang.” Mulut comel itu terkumat-kamit membebel. Aku ketawa. Laju kaki aku hayun ke arahnya. Tubuhnya aku rangkul erat.

“Ish, busuklah. Dia tak reti nak mandi ke?” tubuhku ditolaknya.

“Amboih, bukan selalu sayang suka ke kalau abang peluk?” dagunya aku cuit. Dia ketawa. Keningku terangkat. Berseri lain macam wajah isteriku hari ini. Lain dari yang lain!

“Abang mandi dulu okey, Ara nak makan buah mangga ni kejap.” Tangannya mengawang menunjukkan buah mangga muda. Sehiris demi sehiris masuk ke mulutnya. Aku yang melihat sudah berkerut. Masam!

“Sayang ni, buah masam pun nak makan. Tunggulah buah tu masak dulu.”

“Alah, sedaplah. Abang nak cuba?” hulurnya. Kepala aku geleng. Tidak suka! Benda-benda masam.

“Rugi,” dia melabuh punggung di atas bangku. “Abang tunggu apa lagi? Pergilah mandi nih, Ara ada suprise untuk abang. Siap mandi, turun makan tau.” Sambungnya.

Haish, terlebih banyak pula mulut isteriku hari ini. Aku mengangguk. Tak sabar nak tunggu suprise darinya! Aku berlari anak naik ke bilik sambil menyayi kecil. Bahagia itu milikku.

```````````
Happy birthday abang, nah bukaklah.” Kotak yang besar yang berbalut corak pelangi dihulur kepadaku.

“Apa ni sayang, abang sendiri pun lupa befday abang, sayang ingat ye? Thanks sayang. Love you so much.” Kotak itu aku capai. Letak atas meja.

Love you too abang, ucapnya. Aku senyum. Laju tanganku mengoyak pembalut hadiah. Penat. Itu yang mampu aku ungkapkan. Satu demi satu kotak aku buka, dari yang besar 
hingga yang kecil. Akhirnya kotak terakhir terbuka juga.

Mataku membulat. Tidak percaya! “Betul ke sayang?” tanyaku.
Dia mengangguk dan terseyum manis. “Yup, hadiah Ara untuk abang.”

“Terima kasih sayang. Syukur Alhamdulillah. Ni lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang. Ara permaisuri abang, dan dia jantung hati abang.” Bertalu-talu pipinya aku kucup. Menyatakan bahawa kasihku untuknya tidak pernah berkurang.

“Sama-sama. Ara pun sayang abang.” Pipiku dikucupnya. Bulat mataku. Perilaku spontan isteriku terhadapku. Akhirnya terletus juga senyuman pada bibirku.

Pukul tiga pagi! Mataku menyorot memandang isteriku yang sedang berteleku di atas tikar sejadah. Sejak kebelakangan ini isteriku sering bangun awal pagi untuk menunaikan solat sunat. Itulah rutinnya sebelum berkahwin hingga sekarang.

“Assalamualaikum sayang,” sapaku di cuping telinganya. Dia mendongak. Bersih dan bersinar wajahnya. Aku bertuah memiliki isteri sebaik dan semulia dirinya.

“Waalaikumsalam bang, dah bangun pun, pergilah mandi dulu, nanti boleh solat tahajjud bersama. Ara nak sangat abang jadi imam Ara selalu.” Gesanya. Kepalaku aku angguk. Patuh pada arahannya.

“Abang bacakan Ara surah Luqman, Yusuf dan Al- Kahfi.” Itulah tugasku setelah selesai menunaikan tahajjud sambil menunggu masuknya waktu subuh. Berlainan surah setiap hari. Katanya, supaya anakku mendengar kalimah Allah dari janin. Semoga Allah pelihara anakku dari gangguan syaitan.

````````
Dari kiri, aku ke kanan. Dari depan, aku ke belakang. Entah mengapa dadaku terasa sesak. Nafasku langsung tidak berjalan teratur. Hatiku dipagut rasa bimbang. Gelisah tidak menentu!
Sekali lagi tanganku menilik telefon. Kosong! Sudah berpuluh kali aku menelefon rumahku. 

Tiada siapa yang  bersambut! Ke mana isteriku!

Briefcase dan kot aku capai kasar. Laju kaki aku hayun ke arah pintu. Laungan dari setiausahaku langsung aku tidak endahkan.

Sayang...!” laungku ketika sampai dimuka pintu rumah. Tiada. Laju kaki aku langkah ke arah ruang tamu. Buntang mataku. Isteriku terbaring di atas karpet.

“Sayang, bangun sayag....” diam. Kaku. “Sayang, jangan buat abang macam ni!” suaraku ditekankan. Jantungku berdetak hebat. Ya Allah. Tubuhnya aku cempung dan bawa ke kereta. Pedal minyak aku tekan habis.

`````
Air mataku menitis entah kali yang ke berapa. Khair Muhammad Amer lena dalam pangkuanku. Susana sedikit mendung langsung tidak mengganggu lenanya. Polos wajahnya. Mirip dan terlalu sama dengan Nur Syafara Aisyah!

“Sayang, ni anak kita, Amer...,” bisikku dalam hati. Amer menggeliat. Tanda dia mula tidak selesa berlama dalam keadaan tadi. Matanya terbuka luas. Comel! Berkelip-kelip matanya memadangku. Bibirku menguntum senyuman. Pipi gebu anakku aku cuit sayang.

“Amer, ni ibu sayang...,” paha anakku aku tepuk berkali-kali. Matanya tepat memandang ke arah hadapan. Bagaikan mengerti kata-kataku. Aku senyum. Berair matanya memandang ke arah hadapan.

Dia menangis. Tangannya dihulurkan seolah-olah isteriku sedang menghulur tangan untuk mengendongnya. “Ish, sayang ayah..., shhh..., sayang ayah kuat. Jangan jadi cengeng nak.”

Anakku masih lagi tidak berhenti menangis. Lidahku kelu sendiri. Anakku rindukan ibunya. Sama sepertiku yang terlalu rindukan Ara. Pelupuk mata kembali bergenang. “Sayang, ni anak kita rindukan sayang. Abang juga rindukan sayang.” Serak suaraku menahan tangis.
-       
“You want to know something abang? Ara gembira dan bersyukur abang sudi terima Ara sebagai isteri. I love you more and more. Hanya abang dalam hati Ara.”
-      
“Abang, boleh Ara minta something? Ara nak abang jaga anak kita sama macam abang jaga Ara. Tapi, biarkan kasih sayang abang  kepada anak kita lebih banyak dari Ara. Percayalah, sedikit pun Ara tidak cemburu.”
-   
    “Jika satu hari nanti sesuatu terjadi pada Ara, janji abang akan mencari seorang ibu untuk anak kita.”

Khair berhenti menangis. Tidur rupanya. Mungkin penat dari tadi menangis. “Sayang abang balik dulu yer? Nanti abang datang lagi. Abang sayang Ara. Tunggu abang dan anak kita di sana yer? Assalamualaikum.”

Khair Amer dalam pangkuanku. Tanganku sebelah lagi memegang payung kuning emas. Berhati-hati langkahku menyusuri kubur ke arah kereta. Pegawai peribadi walid setia menunggu di situ.

“Im so sorry Arman. Nampaknya kuman telah jauh merebak hingga keseluruh otaknya. Nampaknya perkara yang I bimbangkan telah pun terjadi. Setahun dulu I pernah cakap padanya. Yang dia harus cepat membuat pembedahan. Tapi dia degil tidak mahukannya.
Sekali lagi I mintak maaf. Wife you Puan Aisyah I tidak dapat selamatkan. But, congrates! You dapat bayi lelaki. Comel. Wajahnya sama seperti you dan Aisyah.” Kata-kata Doktor Karen bergema dalam kepalaku. Rupanya sejak dulu sebelum kami berkahwin lagi isteriku telah menderita! Sampai hati sayang susahkan diri sendiri.

Pon...!!!

Belum sempat aku menoleh, terasa tubuhku melayang di udara bersama Amer dalam pelukanku. Berguling badanku di atas jalan raya. Allah, hanya itu yang mampu aku ucapkan. Rasa sakit yang amat sangat pada tubuh. Terasa cecair pekat mengalir dikepalaku. Senak! Perut rasa nyilu.

Tubuhku terasa kebas. Amer masih ketat dalam pelukanku. Amer tidak menangis! Bahkan kepalanya berdarah! Allah, dugaan apa pula kali ini. Terketar-ketar tanganku menyentuh Amer. Dia diam lagi. Langsung tidak bergerak!

“Abang...” dalam keadaan sakit, rasanya telingaku mendengar seseorang memanggilku. Sedaya upaya aku mengangkat wajah. Sayang! Pegawai peribadi walid sibuk mengangkatku.

“Abang, jom. Ara nak bawa abang pergi rumah Ara. Amer pun ada ni. Jom. Amer, panggil ayah sayang.” Isteriku berdiri di hadapanku. Dia sedang mendukung Amer. Isteriku memakai baju kurung putih serta tudung labuh putih. Amer memakai kain putih yang membaluti tubuhnya.

Amer memeluk erat tengkuk isteriku. Pelupuk mataku basah. Mungkin aku sedang menangis. Amer memandangku polos. “A... ayah... jom. Ibu panggil.” Allah, sejuk rasanya hati ini Amer apabila memanggilku ayah. Makin deras air mata ini mengalir.

Perlahan kepalaku aku angguk. Orang ramai semakin berkerumun. Terasa tubuhku ringan. Sebelum semuanya kelam begitu sahaja....

The End


Jun 21, 2013

Berkhemah kat Pantai Tok Bali

 hohohohohohohoho.......

bercuti bila kelapangan. itulah yang aku akan buat. muahahhahah...... 
masa ni time semua belum melanjutkan pelajaran masing-masing. semua masa ni baru habis SPM termasuk aku! masa ni jugak, aku baru balik dari PLKN. hahahha, bebas beb!

Diari semalam. GAMBAR BERCERITA SEGALANYA
Zaman kanak-kanak kami
Khemah kesayangan aku. sekang tiang dah tak cukup, adik- adik aku buat main pondok2...





DINI

AWAL aka Sepupu aku





jemput makan semo.. hahaha...



baju ALPHA kesayangan milik aku. huhuhu... sedih,  baju ni berlubang akibat saterika yang terlalu panas!



Taqiy 

Syahrin N Ewan


yeah.... jumpa balik mangkuk yang ditibai ombak.

Faez














Jun 2, 2013

Kendiri diri

"Bismillahir Rahmanir Rahim...
Allah bersamaku. dan kepada-Nya aku akan kembali.
Dia pemilik sekalian alam dan hakim pada hari pembalasan.
Allahumma Salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad wa sahabati alaikh."
Dini_*



Nama penuhku ialah MUHAMMADINI Ibnu Mohd Hanafi Ibnu Nur Ibnu Muhammad. Ramai yang sukar untuk membaca namaku. Kerana namaku tiada space dan terus sambung. Inilah keunikan namaku. Setiap yang membaca namaku, tidak pernah membaca secara lancar. Pasti mereka akan mengulang beberapa kali namaku. Tidak kira zaman sekolah dan sekarang, zaman universiti. Bahkan YB juga tidak pernah betul menyebut namaku di atas pentas.

Aku berasal dari sebuah yang aku rahasiakan. Keturunanku dahulu dari keturunan Wan. Setelah sampai kepada ayahku, gelaran Wan telah dibuang. kira nenekku keturuan terakhir bernama Wan. Hanya beberapa orang sahaja yang mengenaliku akan mengetahuinya. Aku hidup penuh besederhana. Ayahku terlalu menitik beratkan perihal agama dalam hidup. Tidak hairan aku akan dimarahinya jika aku tidak pergi ke masjid atau ke surau mendengar ceramah agama tanpa alasan yang kukuh. Itulah Ayahku!

Aku mempunyai tujuh orang adik beradik. Yang mana, 3 laki-laki dan 4 perempuan. Aku merupakan anak kedua dalam keluarga dan anak lelaki sulung dalam keluarga. Kakakku sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Dan adik-adikku yang lain masih lagi bersekolah kecuali yang bongsu baru berumur 5 tahun.

Keluargaku tidak sama seperti keluarga lain. Adik-adikku lebih bersikap diam diri sama sepertiku. Melainkan yang perempuan, mereka yang kelihatan ceria. Aku juga lebih rapat dengan adik perempuanku.

Inilah diriku, setiap hari jika berada dirumah aku lebih memerap dalam bilik 24 jam dan tidak keluar rumah melainkan jika ada keperluan sahaja. Dalam rumah, aku lebih kepada mendengar lagu atau menaip. Jika tiada apa yang nak dilakukan, aku akan membaca novel ataupun membuka kitab suci membaca Tafsir quran.

hobiku: - membaca Al-quran/ mendengar Al-quran.
             - bermain badminton
             - main pantai/ lepak dekat Mall masa berkumpul
             - membaca ( majalah/ novel/ ensyclopedia/ semua yang bernama buku
             - mendengar musik
             - menaip
             - memancing
             - bejoging di tepi sungai atau sawah padi

Merupakan seorang mahasiswa dalam sebuah IPTA Malaysia yang terletak di Machang. Berada di Fakulti seni lukis dan seni reka F.S.S.R di bawah Jabatan Seni Logam Halus ( Fine Metal ). Aku bukan seorang pereka pakaian. Aku hanyalah pereka berasaskan bahan bumi seperti emas, perak, platinum, tembaga, dan batu-batu permata termasuk berlian. Nak tahu apa itu? lawatlah di Royal Selangor Malaysia.

semestinya aku seorang pereka barang kemas dan west. itulah design aku. termasuk, aksesori wanita dan lelaki. :)

Aku lahir pada: 09--09--1993

Makanan kegemaran: nasi ayam, nasi goreng ayam dan masakan ibu.

Minuman kegemaran: apa yang halal.

Qari yang diminati dalam bacaan Quran: Sheikh Saad Said Al Ghamidi / Salman Utaybi / Misyari Rasyid Alfalasy / Muhammad Taha Al-Junied / Muhammad Ibrahim Al-Jibrail

Mendengar Al quran yang mendayu mampu membuat jiwaku terasa lapang. sedih dan sebagainya. semuanya bercampur baur. Allah itu maha kaya. Dia memberiku perasaan indah ini.

Cerita kesukaan: Ustaz Azhar Idrus UAIJust for lough, Trans 7, On the Spot, Ghost movie, Novel Movie, Maharaja lawak OSBON, Cartoon dan anime.

Sekolah lama: Sek. Keb. Kulim - Maahad Saniah - Kolej Vokasional Tanah Merah - UiTM.

Kata-kata yang boleh dipakai: Hidup ni penuh pancaroba. Kadang-kadang aku jatuh tersungkur juga bila keadaan mula goyah sendiri. Itu adalah perbuatanku sendiri. Kerana nafsu semua binasa. Sesekali, pernah juga terfikir. Kenapa aku tidak boleh jadi yang terbaik?

Adakah aku ini cukup hebat? jawabannya tidak! Jika aku mengatakan yang aku ini hebat, aku sudah sombong di hadapan TUHAN pencipta alam semesta. Dihadapan ALLAH aku minta dalam hati. Sekurangya hajat hatiku tercapai atas apa yang aku pintakan. amen...

Jun 1, 2013

Bermuda dan Al-Mahdi bab 3

sebelumnya:
Bab 1
Bab 2

Teori air putih

Dipercayai Christopher Columbus adalah orang pertama yang menyedari kewujudan misteri laut tersebut. Dari atas dek kapalnya Santa Maria dia melihat air dihujung selatan laut Sargasso berwarna putih dan bersilau walaupun selepas dua jam matahari terbenam.

Hari ini kuatnya silauan air putih itu, angkasawan Apollo 12 dapat melihatnya dari kapal angkasa sebelum tiba malam. Kilauan air putih ini juga sentaiasa dilaporkan oleh mereka yang melihat dari udara. Dalam rakaman terakhir yang diterima daripada juruterbang yang hilang, beliau menyebut, “air putih... kami telah sesat, kami memasuki air putih...,” setelah itu tidak ada kata-kata lain yang diterima. Punca kilauan masih tidak diketahui.

Edgar Keiss percaya bahawa air putih ini terjadi dari generator besar yang berupaya menyedut kapal terbang dan mampu mencipta gelombang televisyen atau radio dan berupaya mengambil gambar jarak jauh. Dia percaya ‘penduduk Segitiga Bermuda’ sejak dulu menggunakan kristal sebagai sumber tenaga.

Bagi kita semua adalah misteri. Tetapi tidak dapat melupakan kisah Syeikh Zain ad-Din dan ingatan nakhoda kapal tentang pulau hijau tersebut, “.... air putih yang mengelilingi Pulau Hijau itu seperti dinding. Kapal-kapal musuh tidak akan mampu melepasi air putih kerana keberadaan Imam a.s

Teori cahaya hijau

Di dalam laporan-lapotan Segitiga Bermuda ada disebut tentang ‘cahaya hijau’. Seperti air putih, cahaya ini mengingatkan kita kepada cerita ‘Pulau Hijau’.

Chuck Weekly, pengajar penerbangan Amerika adalah salah seorang yang mengalami cahaya hijau ini. Dia menceritakan: “aku berlepas dari lapangan terbang Nassau selepas matahari terbenam. Udar cantik dan terang, bintang berkelipan. Lebih kurang jam 9.30 malam, saya melalui kawasan paling utara di Andrews. Saya berada lebih kurang 30 batu ke 50 batu dari Andrews ke arah Bikini. Pada ketinggian 8000 kaki saya perasan batu benda pelik. Sayap pesawat berkilau. mulanya saya sangka pantulan cahaya ke atas plastik berwarna di dalam kabin. Atau mungkin penglihatan saya silap kerana sayap pesawat nampak hijau kebiruan padahal warna sebenarnya adalah putih.”

“Selepas lima minit silaunya lebih terang sehingga saya tidak dapat melihatnya. Sistem elektronik dalam pesawat hilang kawalan. Setelah itu seluruh pesawat bercahaya tetapi tidak terpancar. Cahaya seperti berada dalam pesawat itu sendiri. Saya sempat melihat sayap pesawat dan kelihatan cahaya aneh, cahaya yang terlalu terangterus bersinar. lima minit kemudian ia mula berkurang dan peralatan kembali normal.”

“setelah mendarat saya menceritakan segalanya kepada juruterbang lain. Rupanya mereka juga menimpa nasib yang sama seperti saya dan mereka tidak mahu bercakap mengenainya.”

Diceritakan sekumpulan kapal terbang penyelamat yang sedang terbang di atas Lautan Atlantik juga menerima nasib yang sama apabila mereka melintasi Segitiga Bermuda. Dalam mesej terakhirnya, mereka juga menyebut: “....Kapal terbang berada di luar kawalan kami. Semua peralatan tidak berfungsi, kami di atas air putih...Kami nampak pulau ditengah air putih, tetapi cahaya hijau telah menyelubunginya. Kami tidak dapat mengambil gambar...,” selepas itu hubungan terputus dan tidak ada khabar lagi dari mereka.


Mesej yang sama pernah diterima oleh beberapa pesawat lain. Keseluruhannya menceritakan tentang cahaya hijau dan kami melihat ia mempunyai kaitan dengan cerita-cerita lama tengang ‘Pulau Hijau’. Mungkinkah cahaya hijaunya itu melindungi pulau yang menjadi tempat perlindungan Imam Mahdi a.s? apakah Imam Mahdi a.s berada di Lautan Atlantik dan sekitar Segitiga Bermuda? Jika benar tentu kejadian-kejadian aneh ini berkaitan dengan kuasa ghaib Ilahiyyah. Jika begitu para pengkaji tidak akan menemui puncanya secara saintifik kecuali dengan izin Allah SWT.

Bermuda dan Al-Mahdi bab 2

sebelumnya: 
Pengenalan
Bab 1

Kajian santifik

Pihak berkuasa Amerika terpaksa mengakui keanehan ini dan menjemput para saintis dari seluruh dunia untuk membincangkan perkara ini. Semenjak pertengahan abad ke-19 para saintis melakukan penyelidikan di kawasan itu dan menulis pelbagai artikel yang berkaitan. Salah satu buku yang menarik perhatian ramai ialah The Bermuda Triagle karya Charles Berlizt. Buku yang ditulis pada 1973 ini telah beberapa kali diulang cetak dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
Selain itu, terdapat ratusan rakaman temubual dan laporan juruterbang dan pelayar yang terselamat dalam kejadian di kawasan tersebut. Antara agensi yang terlibat mengkaji fenomena aneh segitiga Bermuda ialah:

-       The National Research Organization for Space Phenomenon.
-       The Society of Researchers into Unexplained Phenomenon.
-       The Centre for Research and Study of Complex Artistic and Scientific Issues ( ISIS ).
-       The Bolimod Project.
-       The Magnet Project.

The Bolimod Project adlah sebuah projek kajian usahasama Amerika dan Rusia. Laporan majalah Bulgaria Bareleili menyebut pada hari pertama projek dilancarkan, sebuah kapal The Victor Boghayev bersama empat buah kapal Rusia dan lima buah kapal Amerika yang lain serta sekumpulan pengkaji telah berlepas dari pelabuhan Halifax Kennedy menuju Bermuda Triangle. Projek ini berjalan selama lapan bulan dan berakhir pada tahun 1978 tanpa sebarang hasil!

Teori para saintis

Sejak itu para saintis dan pengkaji telah mengemukakan pelbagai teori. Kebanyakan mereka menganggapnya sebagai fenomena alam semulajadi. Ada juga yang mengkaitkan dengan piring terbang UFO atau kesan sinaran dari bandar yang telah hilang THE ATLANTIS. Antara hasil kajian dan teori mereka ialah:

a-  Teori pusaran air dan poket udara

Sebahagian saintis menganggap pusaran air dan poket udara sebagai penyebab kejadian tersebut. Mereka menegaskan ribut besar dan pusaran air terjadi hasil daripada tarikan graviti dan kuasa medan magnet yang ada dikawasan itu. Mengikut teori ini kapal terbang yang lalu di situ akan disedut ke dalam laut dan kemudian diluah ke udara manakala sebahagaian kapal akan tenggelam di dasar laut.

Tetapi tidak ada satupun kapal yang tenggelam. Jika tenggelam tentu ada serpihan bangkai kapal atau kesan tumpahan minyak dan sehingga kini belum ada bahan bukti yang pernah ditemui. Tambahan pula teori ini tidak dapat menjelaskan kenapa sesetengah kapal dijumpai tidak rosak sedangkan tidak ada seorangpun penumpang atau kesan keganasan.

b-  Kesilapan teknikal

Ada yang berpendapat berlaku kesilapan mekanikal yang tidak dapat dikesan. Namun teori ini terlalu kabur kerana tidak mungkin kesemuanya mengalami kerosakan yang sama termasuk kapal selam yang canggih turut hilang di situ.

c-   Kesilapan manusia

Kegagalan juruterbang dan pelayar yang kurang pengalaman atau kecuaian mereka juga dijadikan penyebab. Tetapi faktor ini sama sekali janggal mengingatkan tentang kehilangan yang berulang kali secara mengejut.

d-  Kesesakan lalu lintas

Ada yang mendakwa oleh kerana kawasan ini laluan yang sesak maka rekod pelanggaran adalah tinggi. Teori ini juga lemah kerana kapal dan pesawat hilang sama sekali tanpa meninggalkan kesan.

e-  Perubahan cuaca

Sebahagian pengkaji percaya bahawa cuaca di laut Carribean tidak menentu dan ribut yang datang serta merta boleh mengakibatkan pelanggaran. Tetapi rekod menunjukkan kejadian berlaku dalam cuaca terang dan tidak berombak.

f-    Manipulasi media

Kejadian aneh di Segitiga Bermuda sengaja diperbesarkan oleh pihak media antarabangsa. Seorang penulis Rusia, Leanid Braykonski menuduh berita ini adalah manipulasi akhbar-akhbar Imperialis.teori ini harus diabaikan kerana peristiwa ini benar-benar terjadi.

g-  Sifat dan arus teluk

Sebahagian saintis berpendapat pertemuan air panas dari arus teluk dan air sejuk dari laut khatulistiwa mencetuskan kejadian aneh di situ. Bagaimanapun kesemua kejadian berlaku di kawasan laut Sargasso yang sederhana dan tenang.

h-  Air putih

Sebahagian percaya bahawa kejadian ini ada kaitan dengan misteri ‘air putih’. Ada beberapa petunjuk tentang sifat segitiga Bermuda berkenaan teori ini yang akan dibincangkan dalam bab akan datang.

i-    Cahaya hijau

Para pengkaji menyebutkan tentang cahaya hijau yang menyinari kapal terbang yang memasuki kawasan segitiga. Mereka percaya ianya juga mempunyai petunjuk.

j-    Lautan dalam

Ivan Sanderson berpendapat segala kejadian aneh ini mempunyai jawapannya di bawah lautan yang dalam itu dan segala bukti terbenam di dasarnya.

k-   UFO bercahaya

John Spencer dan kumpulan pengkaji lain berpendapat bahawa kejadian ini ada kaitan dengan UFO yang sering kelihatan di kawasan tersebut. Mereka percaya bahawa makhluk asing cuba untuk mengkaji kemajuan teknologi manusia. Oleh erana pergerakan UFO di kawasan ini terlalu banyak, mereka terpaksa memusnahkan apa-apa yang melintasi kawasan tersebut supaya rahsia mereka tidak bocor.

Teori ini disokong oleh penulis Amerika, Charles Berlizt. Ivan Lee Sanderson dalam bukunya The Hidden Secrets menyatakan dalam semua kejadian UFO sering diihat di kawasan itu.
Jika benar, persoalannya siapakah yang memandu UFO itu? Dikatakan Einstein berpendapat ianya dikawal oleh manusia yang telah meninggalkan dunia 20,000 tahun dahulu. Siapa mereka?

Bagi kami tidak mustahil jika mereka adalah pewaris dunia yang sudah bertahun-tahun berselindung bersama imam mereka yang menunggu arahan Allah SWT untuk keluar memerintah ‘Kerajaan Tunggal Dunia yang adil’, bebas dan agung.

l-    Perangkap lencongan masa ( Time Wrap )

Dr. Manson Valentine yang mengkaji kawasan tersebut beberapa tahun percaya bahawa orang-orang yang hilang dari kapal terbang telah terperangkap dalam ‘lencongan masa’ tertentu dan masih hidup.

m- Pengecualian hukum alam

Teori lain menyatakan kawasan terletak di luar hukum alam dan tidak dapat dijelaskan mengikut peraturan masa.

n-  Kompas magnetik

Kawasan ini adalah salah satu tempat di muka bumi di mana kompas magnet menghala pada ‘Utara sebenar’ ‘True North’. Para saintis berpendapat kuasa magnet yang tidak menentu itu telah mengganggu kompas dan altimer pesawat dan kapal-kapal.
Teori ini juga gagal menjelaskan mengapa sesetengah kapal lenyap bersama anak kapalnya dan yang lain selamat kecuali anak kapal sahaja yang hilang.

o-  Benua yang hilang

Ramai juga yang percaya bahawa penyebab kejadian tersebut adalah kesan benua yang hilang dan tamadun Atantis yang masih wujud di lautan atlantik dan berada dalam lingkungan Segitiga Bermuda.

p-  Piramida/ piramid

Ada yang mengatakan terdapat piramid yang tenggelam di dasar lautan dan menyebabkan kejadian tersebut. Dikatakan radar kapal selam telah mengesan piramid yang mempunyai ketinggian 128 meter dan luas tapak 164 meter persegi dan terletak di kedalaman 900 meter paras laut dan berada pada jarak 200 batu dari Bahamas.

q-  Logam baharu

Ada yang berpendapat di dasar lautan di situ terdapat galian atau logam yang belum dikenal pasti dan kesan daripada medan magnet bahan tersebut menyebabkan kejadian aneh berlaku di situ.

r-   Kuasa magnetik tersembunyi

Wilbert B.Smith percaya terdapat kuasa magnet yang tersembunyi menyebabkan kejadian-kejadian tersebut.

s-   Kuasa ghaib

M.K Jessop menyatakan bahawa kuasa ghaib yang wujud di kawasan itu tetapi tidak ada teori yang boleh membuktikannya. Para pengkaji Amerika yang lain menyebutkan memang wujud kuasa ghaib yang mungkin berasal daripada bumi atau makhluk dari luar. Kuasa ghaib inilah yang ‘menelan’ segala yang melintasinya.

t-    Perubahan bulan

seorang saintis Rusia mengemukakan teori bahawa peristiwa ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku di bulan. Namun beliau gagal menjelaskan bagaimana bulan boleh memberi kesan kepada kawasan tersebut.

u-  Teori sinaran atom

Sebahagian percaya kesan sinaran atom wujud di kawasan Segitiga Bermuda. Menurut mereka, apabila matahari memancarkan cahayanya ke bahagian laut tersebut, satu sinaran lain akan muncul daripada laut dan akan menghancurkan atau mencairkan kapal yang melaluinya. Jika teori ini benar mengapa terdapat kapal yang tidak hilang dan anak kapal sahaja yang hilang?

v-   Gelombang infrasonik

Apabila ribut atau angin pusaran berlaku, gelombang bunyi terhasil dan kelajuannya boleh mencapai sehingga 330 meter sesaat yang melebihi kelajuan angin pusaran. Ahli biologi berpendapat gelombang yang agak lemah boleh menyebabkan demam laut dan buta. Ia boleh membunuh jika sampai ke paras 7 hertz. Malangnya teori ini juga tiada asas saintifik.

w-  Laut mengembang

Sesetengah jurutera Rusia percaya kejadian ini terhasil daripada pelanggaran ombak besar dan arus yang berlawanan. Ketinggian ombaknya mencecah beberapa kilometer dan cukup untuk menenggelamkan kapal. Tetapi jika kapal-kapal tersebut pecah, di mana serpihannya?

x-   Rekahan dasar bumi

Akhirnya sebahagian pengkaji percaya bahawa kejadian berlaku kerana dasar laut merekah dan menyedut jumlah air yang banyak serta apa yang ada di permukaannya termasuk kapal.

Pandangan ini juga tidak dianggap saintifik. Akedemi Rusia ada menyebut: “adakah pengkaji tidak tahu bahawa sedikit sahaja pergerakan bumi akan dikesan oleh pusat seismologi di seluruh dunia. Mustahil ianya berlaku tanpa diketahui oleh mana-mana pusat seismologi dan tidak ada catatan pergerakan di kawasan tersebut.”

TERIMA KASIH

ARIGATO TERIMA KASIH PADA YANG PERNAH HADIR SINGGAH & BERLALU SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENGUNJUNG BLOG SAYA. ...