DIA membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu antara keduanya ada sempadan yang tidak dilampaui oleh masing-masing
(surah Ar-Rahman: 9-10)
Walaupun dengan kecanggihan yang manusia ada masih belum mampu untuk meneroka alam ini seluruhnya. Ini diakui sendiri oleh para saintis yang setiap saat menemukan ke anehan dan keajaiban alam semesta. Tidak benar untuk kita mengatakan sesuatu itu tidak wujud hanya kerana kita belum menjumpainya. Orang barat sendiri menganggap dunia ini mendatar sebelum ianya dibuktikan bulat.
Lautan Atlantik adalah kedua terbesar selepas Lautan Pasifik. Kawasanya meliputi 82 juta km persegi dan meliputi ke semua kawasan antara Amerika, Eropah dan Afrika. Lautan Atlantik berhubung dengan Lautan Pasifik melalui Terusan Panama dan bersambung dengan Laut Mediterraniaen melalui Selat Gibraltar. Dari pelabuhan Dakka, ibu negara Senegal di barat Afrika ke pantai Brazil adalah jalan terdekat menghubung Afrika dan Amerika.
Beribu-ribu sungai mengalir ke pantai-pantai Eropah, Afrika dan Amerika membentuk arus Lautan Atlantik dan yang terpenting ialah arus selat (Gulf Stream). Arus-arus ini menyebabkan kabus tebal yang menyelubungi udara lautan. Lautan ini merupakan laluan kapal yang paling popular di dunia dan menghubungkan antara 'dunia lama' Afirika dan Eropah 'tanah baru' Amerika.