Oct 26, 2016

Fasa kehidupan akhir zaman

Dari ibnu mas'ud: "Tatkala kami berada disisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang sekelompok pemuda bani hasyim. Melihat akan mereka, tiba-tiba wajah baginda berlinang air mata dan berubahlah roman wajahnya. Maka aku katakan; "pada wajahmu, kami tetap melihat sesuatu yang tidak kami sukai." Baginda menjawab; "kami ahlul bait, Allah telah pilihkan akhirat untuk kami dari dunia. Dan Sesungguhnya sepeninggalanku, kaum keluargaku akan menemui bencana-bencana dan pengusiran. Hingga datang sebuah kaum dari timur, bersama mereka ada bendera berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan namun mereka tidak diberi lalu mereka memerangi dan mendapat apa yang mereka minta, tetapi mereka tidak menerimanya. Hingga mereka menyerahkan kepimpinan kepada seorang dari keluargaku. Lalu ia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman seperti sebelumnya. Barang siapa yang mendapatinya maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak diatas ais. Sesungguhnya dia adalah khalifatullah al mahdi." (Hr Ibu Majah)

Timeline kehidupan akhir zaman

FASA PERTAMA adalah zaman kehidupan dan kepimpinan rasulullah saw.

Setelah kematian Rasulullah saw, dunia mula memasuki FASA KE DUA iaitu pimpinan dibawah pemerintah khulafah ar rasyidin.

Dunia memasuki fasa ketiga setelah kematian saidina Ali. Sebenarnya pada zaman pemerintahan Ali, angin² akan datangnya fasa ketiga sudah dirasai. Tampak pemerintahan hanya akan diwarisi oleh anak-anak.

Masuk FASA KETIGA iaitu kerajaan menggigit sudah tiba. Fasa ketiga bermulanya pengkhianatan terhadap kaum keluarga rasulullah seperti yang dinyatakan dalam al hadis. Kematian saidina hussain cucu kesayangan rasulullah di karbala dengan kepala dipancung dan penindasan dan pengusiran kaum keluarga rasulullah. Mereka diperlaku seolah binatang oleh kaum yang zalim. Hanya satu sebab. Dendam dan tampuk pemerintahan hanya layak diwarisi anaknya walaupun penduduk khufah mengundi saidina hussain.

FASA KEEMPAT adalah zaman fitnah al masih ad dajjal bermula. Bermula disini dalam kata erti sebenar, peluasan kuasanya mula diperluas ke seantero dunia. Jika zaman nabi² dajjal hanya mengganggu kaum mereka sahaja. Fasa keempat kezaliman berleluasa seperti yang dinyatakan dalam hadis. Meminta kebaikan namun tidak diberi. Perang saudara yang tidak pernah selesai hasil campur tangan amerika.
Sehingga turunnya isa al masih dan imam mahdi.

FASA KELIMA adalah zaman khalifah yang memerintah seperti nabi. Iaitu zaman Al mahdi. Seprti yang dinyatakan dalam hadis. Zaman ini penganut agama kristian memeluk agama islam.

Aug 28, 2016

Dia

"Tempoh yang saya berikan kepada awak rasanya dah seminggu tamat."

Kunyahannya terhenti. Tiba-tiba perutnya terasa sebu. Wajahnya diangkat dan memandang wajah tidak beriak itu. "Saya tahu bang." Perlahan, kerana merasa sedih.

"Nah." Helaian kertas dihulurkan kepadanya. "Awak isi betul-betul. Saya mahu hantar di mahkamah esok." Terus membawa tubuh berlalu dari meja makan.

Dia memerhati helaian kertas tanpa riak di muka. Surat kebenaran berpoligami. Nafasnya dihembus perlahan.

----

"Nah, saya dah isi bang. Tengoklah kalau ada yang tersilap. Boleh saya betulkan sekarang." Borang itu diletakkan diatas meja kerja suaminya.

Lelaki itu hanya mangangkat muka dan mengangguk. "Okey." Sepatah.

Dia ukir senyum tipis. Dulu... Bagaikan belangkas. Sekarang seolah orang asing. Liurnya ditelan kesat. Cuba menyusun kata. "Bang, saya ada syarat jika abang mahu berkahwin lagi."

Wajah tampan itu terus memandangnya.

Dia sengih tipis. "Ceraikan saya bang. Saya tak mampu nak hidup bermadu. Maafkan saya bang jika permintaan saya ini keterlaluan. Tapi saya harap abang boleh tunaikannya." Terus dia membawa tubuh berlalu dengan hati terluka.

------

Sudah seminggu dia pulang ke kampung. Dia duduk termenung diatas pangkin. Memerhati anak-anak kampung yang sedang bermain di padang dihadapan rumahnya. Terasa bahunya disentuh. Wajahnya dipalingkan. Senyuman tipis menghiasi bibirnya. 

"Jauh termenung nak." Mak Kiah mengambil tempat disebelahnya. Wajah tua itu merenung wajah suram anaknya. Bibir tuanya senyum senget. "Rindukan orang KL ya." Tebak Mak Kiah.

Wajahnya memandang wajah tua ibunya. Sengih masih tidak hilang pada ulah bibirnya. "Ana okey mak. Mak tak payahla bimbang." Jemarinya mengusap tangan tua emaknya. Jelas terasa urat yang timbul pada tangan emaknya.

"Kenapa tak bagitahu perkara sebenar pada Syed?" Mak Kiah turut juga mengusap tangan halus anaknya. 

Wajahnya berkerut. Tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh emaknya. "Ana tak faham mak."

"Mak terlebih dahulu makan garam Ana. Ni..." Tangan Mak Kiah jatuh pada perut anaknya. Jelas riak anaknya berubah.

"Mak..." Tak mampu dia hendak berkata-kata.

"Perkara elok macam ni, tak patut disembunyikan Ana." Ujar Mak Kiah dengan senyum tipis pada bibir. "Sampai bila perkara ni nak disorokkan? Lambat laun dia akan tahu juga." Sambung Mak Kiah lagi.

Dia mengeluh perlahan. "Biarlah abang gembira dengan pilihan hatinya mak. Ana reda."

Terdengar pula Mak Kiah mengeluh.

------

Jemarinya mengusap pelipis. Pening. Dengan kerja yang tak pernah nak sudah. Dia duduk bersandar pada kerusi kulitnya. Jiwanya tiba-tiba terasa kosong. Sejak pemergian Ana. Dia mengeluh perlahan. Abang rindukan Ana. 

Dalam dia melamun, dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Laju tangannya mengambil telefon tersebut. Keningnya bertaut tatkala melihat nama si pemanggil. Punat hijau terus ditekan.

Belum pun sempat dia memberi salam, suara ibu mertuanya lebih dahulu memberi salam dalam keadaan suara cemas.

"Assalamualaikum Syed. Mak ni. Syed cepat pulang nak. Ana, dia jatuh tangga. Ya Allah, berdarah habis kainnya. Mak takut ni, kalau jadi apa-apa pada Ana dengan cucu mak. Pak cik Karim dah datang ni nak hantar Anak ke hospital. Syed pulang ya, mak nak letak dulu. Nak papah Ana masuk kereta." 

Belum sempat dia menjawab ibu mertuanya sudah mematikan talian. Dia terngadah. Ana jatuh? Cucu?

---

Dia cuba membuka mata. Silau. Terus matanya dipejamkan semula. Sekali lagi dia mencuba. Putih. Semuanya putih. Kepalanya terasa berdenyut. Terasa lenguh pada tangan kanannya. Kepalanya cuba berpaling. Sekali lagi matanya terpejam dan celik. Abang?

Terasa Pergerakan pada tangan itu membuatnya membuka mata. Melihat wajah itu yang sedang memandangnya membuatkan dia terus mengangkat wajah. "Ya Allah, sayang dah sedar? Alhamdulillah." Ceria wajah itu. Gembira isteri tersayang sudah sedar. Butang dihujung katil ditekan.

"Sayang nak apa-apa tak?" Soalan dari lelaki itu dia sambut dengan hanya gelengan. Dan bibir lelaki itu masih setia dengan senyuman manis.

"A..abang datang bila? Mak mana?" Soalnya. Dia cuba untuk bangun. Lenguh.

Cepat-cepat dia memegang isterinya yang nampak susah untuk duduk. "Abang sampai semalam. Mak kat rumah. Abang yang suruh mak balik. Abang boleh jaga sayang kat sini." 

Senyuman tipis menghiasi bibirnya. "Abang nak balik KL bila?" Soalnya setelah dia duduk bersandar pada hujung katil.

Keningnya terangkat. "Sayang halau abang?" 

Belum sempat dia menjawab, pintu dikuak dari luar. Kelihatan doktor dan jururawat masuk ke dalam. "Alhamdulillah puan dah sedar." Doktor kacak itu tersenyum manis. Ana membalas senyuman doktor itu seadanya.

"Alhamdulillah, Man yang rawat, mestilah Ana cepat sembuh." Guraunya. Dan mereka sama-sama gelak. Tak sedar, seseorang dihujung katil sudah mencuka. Cemburu!

Syed hanya beku melihat isterinya dan doktor itu yang sedang ketawa. Apabila matanya berpampasan dengan mata jururawat, senyuman plastik dilepaskan. "Ehem..." Berdehem. Hati dah panas ni. Sayang!

--------

"Sihat Tuan Syed?" Tanya Doktor Rahman.

Dia hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Masih marah akan hal tadi!

Doktor Rahman hanya sengih tipis. Faham akan wajah cemberut itu. Tapi itu bukan persoalannya sekarang. Ada hal lain yang lebih mustahak. "Tujuan saya panggil Tuan Syed ke bilik ni sebab nak bincangkan sesuatu hal. Berkaitan anak dalam kandungan tu."

Terus matanya fokus pada doktor muda tersebut. "Kenapa dengan anak saya doktor?"

Doktor itu berdehem seketika. 

Nota kaki: aku akan update sikit-sikit ye. Huhu.., aku menulis time aku bosan atau time xada mood. Time aku ada mood, xde feel plak nak menulis. Kakaka. 


Jul 31, 2016

SKIM CEPAT KAYA

Assalamualaikum kepada yang beragama islam
Salam sejahtera kepada bukan beraga islam.

Hari ni, aku nak cerita sedikit tentang sedekah. Sedekah ni, adalah pemberian ikhlas tanpa mengharapkan sedikit imbuhan dari penerima.
Hari ni aku nak ajar matematik sedekah. Formula ni aku belajar dari Ustaz Yusuf Mansur  (Indonesia) melalui ceramah beliau dalam youtube.

Mula-mula dengar ceramah beliau aku dah mula rasa tertarik. Mungkin sebab apa yang beliau cakap disertakan dengan fakta serta logik akal dan mungkin itu kena dengan diri aku yang sama dengannya.

Dalam ceramah beliau, beliau ada bagi formula 'SKIM CEPAT KAYA' melalui sedekah. Dan benda ni aku praktik sampai sekarang bila aku bersekah. Formula matematik sedekah ni diambil dari surah al an'am ayat 160 yang berbunyi:

"Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amal balasannya." ( Al- An'am:160).

Mari aku bagi formula. Contoh.

Sedekah RM1 akan dapat RM10. Begitu juga jika sedekah RM10 akan dapat dalam gandaan sepuluh. Beemaksud akan dapat RM100. Begitulah seterusnya.

Aku akan bagi kisah benar yang berlaku pada diri aku ketika menggunakan formula matematik sedekah. Masa ni, ia kali pertama aku cuba nak praktik ayat 160 dari surah Al- An'am.

Masa tu aku bercuti dekat KL. masa dah nak balik ke Kelantan dan berjalan kaki nak ke stesen bas putra tu aku mahu naik tangga ikut jalan jejantas. Sebelum naik stesen LRT Putra tu kan adalah pengemis yang duduk tepi-tepi jalan. Masa tu aku dah tak ada duit. Membeli punya pasal. Hanya ada air buah yang kawan aku beli dekat 7E yang harga RM3. Nak menghulur duit memang tak ada la. Aku pun hulur air buah tadi yang belum aku minum tu. Masa ni aku pegang betul² ayat quran tadi. Yakin dapat komisyen punya.

Pagi tu sampai kelantan. Petang tu, Tetiba abang aku bagi Rm30. Lihat. Benda ni kena yakin. Baru dapat. Start pada hari tu lah, aku yakin dengan formula yang ustaz yusuf bagi.

Ada lagi, masa kengkawan ajak pergi Ipoh, masa ni tengah kering poket.
Dalam hati, melonjak nak pergi. Ye lah, cuma sediakan tiket bas aje. Makan minum diorang tanggung. Lagi pula aku dah Lama tak menjejak Ipoh. Termenung dekat kaki lima sambil tengok hujan lebat. Dalam hati tak putus² mintak, "Ya Allah, aku ada sedekah RM5 dalam tabung masjid hari tu. Sampai sekarang aku tak dapat duit lagi. Bagi la aku pergi Ipoh." (Benda ni sepatutnya kita tuntut kat akhirat, tapi biasalah kalau nafsu nak pergi tu dah melebihi akal.) Balik rumah, gitau mak aku nak pergi Ipoh. Kena bebel. Huish. Duit² tak ada pun nak berjalan. Heh. Sedih betul masa tu. Bukan senang nak berkumpul dengan kengkawan. Dua tiga hari lepas tu, barulah mak aku hulur RM50 buat beli tiket bas. Bapak aku tambah pulak RM50 untuk jajan. Alhamdulillah... Rezeki.

Banyak lagi lepas tu peristiwa ajaib pasal sedekah ni. Aku tak nak cerita. Nanti orang kata riak. Aku bukan nak riak. Cuma aku nak kongsi, SKIM CEPAT KAYA ataupun cara mudah nak dapat income. Kekadang kita sedekah hari ni, tak bermakna esok kita dah dapat on the spot. Macam aku, benda yang aku mintak 2-3 tahun lepas, tahun ni baru dapat atau dipermudah. Mungkin benda yang aku mintak tahun ni, 3-5 tahun depan pulak dapat.

Nota kaki:
-Senang ja nak praktik benda ni, AMAL & YAKIN. jangan ada rasa was-was. Tiap kali nak sedekah ingatlah formula ni dan surah Al-An'am. Gerenti tak menyesal.
-tiap kali aku nak sedekah, automatik otak akan cakap, sedekah seringgit dapat sepuluh ringgit. Biar tak banyak. Asal ikhlas dan yakin membantu orang lain.
-sayangnya Allah dekat kita, kita bagi sikit Dia balas banyak.

Jun 6, 2016

Cerpen: Flash

Aku memicit dahi yang terasa sakit. Aduh, cepat betul cerita tersebar. "Kau dengar dulu boleh tak?" Gumamku dengan pakaian solat terawih masih dibadan, tak menyempat. Kopiah hitam yang kupakai aku tanggalkan dan mengibas muka. Berbahang.

"Kau nak cakap apa?" Aku pandang orang didepanku dengan mata mencorot. Geram! "Semua dah jelas kan?" Sambung dia lagi dengan memeluk tubuh.

"Eh, yang kau nak cari salah aku aje kenapa hah?" Aku dah melenting. Sakit hati. "Kau dengar sebelah pihak aje. Belah aku kau tak nak dengar pulak!" Kopiah ditangan aku genggam erat. Melepaskan geram.

Orang didepanku tersungging senyuman sinis pada bibirnya. Aku getap bibir. "Apa lagi yang kau nak jelaskan kat aku lagi hah angah! Kalau takda angin, pokok takkan bergoyang!" Tengkingnya dan aku terhinjut kebelakang kerana terkejut.

Aku sengih hujung bibir. "Tak ada angin pun, pokok akan bergoyanglah kalau ada tangan yang menggoncang batang!" Terus aku berpaling untuk pulang.



Ketukan bertalu-talu pada pintu memaksa aku untuk membuka. Belum pun sepenuhnya pintu kubuka selebarnya aku sudah terkebelakang kerana tolakan kuat dari luar. "Eh kau dah gila ke!" Aku sudah menjerit.

"Aku belum selesai dengan kau lagi la ngah! Yang kau menonog balik belum aku habis cakap lagi tu kenapa?" Along sudah bercekak pinggang memandang aku dengan suara yang memetir.

"Eh, kau nak cakap apa lagi dengan aku? Bukan kau dah nampak aku yang bersalah? Setan apa yang merasuk kau ni hah!" Aku bersentang mata dengannya. Tidak mahu kalah. Suaraku juga sama oktaf macam suara along.

Pang!

Terduduk aku diatas lantai. Mencerlung Mata aku memandang makhluk dihadapan. "Eh setan kau long!" Tempik aku sambil memegang pipi yang terasa perih.

Berkerut wajahku bila along mencekak kolar baju T milikku. "Eh setan! Kau nak bunuh aku ke hah!"

"Memang! Kalau aku boleh bunuh kau, memang aku bunuh!" Tempik along dekat dengan wajahku. Berdesing telingaku.

"Kalau kau nak sangat bunuh aku, kau bunuhlah!" Dugaku sambil mengesat bibir yang berdarah. Kepala dah rasa sakit semacam dengan mata yang dah berpinar.

Tunak along memandangku sebelum dia melepaskan tangannya bada kolar bajuku dan berlalu.

Aku terduduk sambil memejamkan mata. Sakit. Cecair merah pada hujung hidungku aku kesat kasar.



"Aku keluar." Ucapku ketika pintu utama aku buka. Along sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Langsung muka itu tidak memandang ke arahku. Huh! Benci sungguh dia dengan aku.

"Aku keluar dengan El. Bye." Belum sempat aku menutup pintu wajah along sudah berkalih memandangku. Aku hanya sengih sinis pada hujung bibir. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sakit pada pipiku akibat tamparan along masih lagi belum hilang. Baru fair and square. Sama-sama sakit hati.

Terus aku menutup pintu dan berlalu kearah motor EX5.

"Kau kalau tak keluar malam tak boleh ke hah." Terkejut aku diatas motor. Ingatkan siapa. Kecil mataku memandang along yang sedang memeluk tubuh dan bersandar pada pintu. Kalau baby aku tercalar tadi, memang aku ukir lah kereta kesayangan dia tu pakai paku.

"Aku keluar sebelum ni pun kau tak pernah ambik kisah pun?" Tanyaku. Motor EX5 aku tunda ke belakang untuk melepasi pagar.

"Salah ke kalau aku ambik kisah? Lagi pun lani bulan puasa. Kau tak reti hormatkan bulan ramadhan ke? Asyik nak berpeleser aje." Tanya dia pula.

Aku angkat bahu. "Tak salah, cuma aku pelik tetiba kau jadi perihatin. Aku keluar bukan dengan orang lain pun, dengan El aje." Bidasku geram.

Aku terdengar dia mendengus sebelum menutup pintu utama.

Poorah, kisah pasal aku konon. Kalau aku tak sebut nama El, tak adanya dia nak ambik kisah. Kalau aku jatuh dalam longkang depan sana pun aku rasa dia bersorak. Lantak kau lah long. Terus motor EX5 aku hidupkan.

El sayang... Tunggu aku datang.



"Yang kau pergi lawan cakap dia tu kenapa ngah? Tengok, kembung sebelah dah pipi kau." Seraya dia habis berkata, tawa lepas lagi galak terhembur keluar.

Aku berdicit geram. "Kau dengan along sama aje! Menyakitkan hati!" Marahku. Ingatkan keluar dapat la release tension. Bandung sirap aku minum rakus.

"Rilek la ngah, tu pun nak sentap. Yang along kau marah sangat tu kenapa?" Kak Aleya menghabiskan sisa tawanya. Keningnya terangkat sambil memandang ke arahku.

Aku juling mata ke atas. "Dia kata aku ada affair dengan kau! Along tu dah gila sebenarnya. Rabun! Gila apa aku couple dengan kau! Dah la tua." Geram sungguh aku bila along menuduh aku seperti itu.

Serentak aku merasakan sakit pada bahu. Kebas dipipi akibat tamparan along pun masih belum hilang lagi. Kini ditambah pula dengan sakit yang lain. Aku ketap garham. Kuat!

Aku menggosok bahu yang terasa sakit. Aku pandang Kak Aleya yang tengah memegang handbag. Celakak punya bakal kakak ipar. Ada dipukulnya aku dengan handbag.

"Sedap kata aku tua, aku dengan kau beza 3 tahun jelah." Marahnya pula. Betulah, perempuan amat sensitif dengan umur. Tua pun tak nak mengaku. Heh!

"Sekurangnya aku muda lagi." Sengihku. "Weh kak, macamana plan kita? Masih berjalan ke?"

"Kenapa? Kau nak batalkan ke?" Tanya dia pula.

Aku sengih. "Gila kau nak batalkan, masa ni lah nak kenakan along tu cukup-cukup. Lusa aku gi jumpa babah, gitau plan kita."



"Kau pergi mana semalam?"  Pertanyaan itu memaksa  Aku yang sedang mengunyah lauk untuk memandang along. Wajahnya langsung tidak memandang aku.

"Kenapa?" Tanya aku pula. Kunyahanku dilanjutkan,
Terdengar dia mendengus. "Kalau aku tanya soalan, kau bagi jawapan boleh tak? Jangan bagi aku soalan." Marahnya walaupun suara masih perlahan.

Aku jongket kening. "Aku tengah bersahur ni. Kau jangan nak cari pasal masa nilah long." Sungguh aku tiada mood nak bergaduh waktu ini.

"Dah tu, aku tanya soalan kau bagilah jawapan!" Tukas dia pula.

Aku dah naik hangin. Tulang ayam aku letak kasar diatas pinggan. Berdenting akibat berlaga. Wajahku lurus memandangnya. "Aku dah cakap semalam kan yang aku keluar dengan El. Maknanya aku lepak dengan dia lah." Terus aku berdiri dan berlalu ke sinki. Dah siap bersahur.

"Tak malu ke couple dengan orang lebih tua dari kau?" Aku yang sedang membasuh pinggan sudah berdecit apabila mendengar suara sumbang dari meja makan. Geram aku nak sumbat tulang paha ayam dimulutnya. Biar tak berbunyi terus. Bercakap menyakitkan hati aje.

"Alah, sekarang tak kisahlah tua ke muda ke, janji sayang menyayang." Aku bersuara tatkala ingin berlalu kebilik dan melepasi meja makan.

Terdengar sudu berdenting kuat. Huh! Marahlah tu. Ada wa kisah?



Aku berdiri kaku disebalik dinding rumah. Suara along yang marah- marah sebenarnya yang menghentikan langkahku. Biasalah suara itu, kalau sudah memetir tak adanya macam bersuara dalam kelambu. Agaknya suara along mampu menembus dinding rumah sebelah. Buat malu aje. Jangan bab dia tampar aku semalam, jiran sebelah turut terdengar.

Aku mengintai sedikit. Nak kedepan, takut dia terperasan. Dari ayat-ayat along yang sedang bercakap ditelefon boleh kutebak. Siapa lagi kalau bukan dengan El. Huh, ingatkan perempuan itu, buat aku sakit hati aje. Sama macam along, menyakitkan hati! Ada ke patut apabila dia melihat muka aku bekas kena tampar dia gelak. Huh, nk seligi aku rasa. Nasib baik bukan muhrim.

Aku kedapur. Menghidangkan juadah berbuka sebentar lagi. Memandangkan hanya kami berdua, makanan aku beli ekpress dekat bazar. Tu pun ehsan duit along. Eh, dah aku adik dia, dia la yang kena tanggung. Betul tak?

Hari ni makan nasi lagi. Ceh, ayat macamlah aku jarang makan nasi. Nasi dengan aku berpisah tiada. Orang kata apa, perut berkerut, beras dalam guni terasa sakit. Ha...ha... Hebat tak ayat hiperbola aku. Nak gambarkan betapa kamcengnya aku dengan nasi. Cuma along aje, dia main gym. Jadi, makanan sehari-hari dia tentulah spageti. Bab masak spageti aku la yang tukang masak.

Walaupun aku dengan along macam kutub utara dengan kutub utara, aku masih lagi menjaga kebajikannya. Jika aku tak jaga, mahu dia tak bagi duit beli makanan sehari-hari aku. Memandangkan aku masih kagi memegang jawatan selaku penganggur terhormat. Tak sanggup aku berlapar sambil tengok dia makan spageti.

Dada ayam kupotong kecil-kecil sebelum aku menabur, lada sulah, lada putih, lada hitam, jintan putih, jintan hitam dan sedikit garam diatas tray. Kentang pula aku ambil dan memotongnya halus. Baru aku letak diatas tray bersama dada ayam tadi. Dah selesai, aku letak dalam ketuhar dan tunggu ia masak.

Sekarang giliran aku nak merebus batang spageti pulak.
Tak banyak, dalam 10 batang. Ha, sebab tu aku tak nak main gym, tengok la makanan along, dah macam orang tak ada makanan. Semua ciput. Tak sanggup aku nak berpantang makan semata nak main gym. Walaupun aku kurus, perut aku mampu menampung 10 tan makanan. Haha..

Sambal belacan kedai Mak Ani, aku letak dalam pinggan sementara menunggu spageti lembut. Ha, lupa nak bagitahu, along tak makan spageti dengan sos spageti, tapi makan dengan sambal belacan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab lemak dengan kandungan gula dalam sos kut.

Orang gym kan, mengalahkan mak-mak yang sedang berpantang. Jangan tanya kenapa aku tak buat untuk along sambal belacan. Aku pernah buat, tapi dia kata tak sedap. Hampeh betul.

Sambil menunggu semua makanan masak, macam biasa aku akan mengadap laptop sekejap.



"Orang kalau dah couple ni, asyik main dengan handphone aje!"

Suara yang jelas menyindir itu memaksa aku meletakkan handphone diatas dada. Selepas menutup aplikasi kukukube. Tak pernah nak dapat best score. Aku masih berbaring diatas sofa diruang tamu. TV langsung tidak aku pasang.

Aku mengeluh perlahan. Ni lah masalah kalau orang tak ada kerja ni. Asyik nak cari pasal aje kerjanya. Tadi elok-elok duduk dalam bilik keluar pulak. Bila dah keluar tak ada suara lain dah. Melainkan ayat super pedas tu. Agaknya mak aku termakan cili kut semasa mengandungkan along. Tu berasap aje kerjanya bila dah besar.

"Alah, kalau kau nak main HP macam aku ni, kau cari la jugak partner." Balasku sambil memejamkan mata. Sekilas aku melirik ke arahnya yang sedang mencebik. Cis. Mengata aku dalam hati la tu.

"Banyak lagi benda berfaedah aku nak buat dari cari couple macam kau ngah!" Tukas dia.

Alahai... Pedas betul ayat dia. Mentang-mentang aku menganggur. Ni mak la ni, yang suruh aku tinggal dengan along. Bukan aku tak tahu yang mak nak selamatkan beras kat rumah. Sampai aku tergadai hati kat sini. Asyik makan sindiran aje.

"Tak payah nak menyindir aku lah long." Gumamku perlahan. Mata dah mula rasa memberat. Ni yang best menganggur. Boleh tidur bila-bila sahaja. Aku menguap entah kali ke berapa.

Serentak bantal kecil terkena mukaku. Aku mendengus memandang along yang sedang bersilang kaki membaca majalah kereta.

"Tidur aje kerja kau." Marahnya.

Malas aku nak melayan. Terus mataku aku katup. Huargh...



7 tahun berlalu. (2023)

Naik lenguh tangan aku meriba anak dara seorang ni. Hei, dah besar panjang pun nak berdukung lagi. "Ara duduk bawah la, Pak Ngah dah penat." minta aku. Makin kejap dia memeluk tengkuk aku. Terjelir lidah aku dibuatnya. Kuat betul budak ni. 

"Pergi dekat your papa sana." minta aku lagi. Harap anak buah aku sorang ni faham la. 

Dia mengeleng laju. "I don't want. Papa boring." dia duduk diatas riba aku. Aku pandang along yang sedang duduk diatas sofa sambil membaca buku. Betullah kut boring. Hidup dengan buku aje. Macam abah abah. Padahal baru umur 35. Aku geleng kepala. 

"anak kau nak main dengan kau lah long. Udalah baca buku tu." gerutu aku. 


Nota kaki: aku akan update sikit² dalam link yang sama
Chow

Apr 7, 2016

siapakah 'penghibur' yang dinyatakan didalam bible?

Siapakah yang digambarkan dalam Bible sebagai Penghibur?

Sebab jikalau aku tidak pergi, penghibur itu tidak akan datang kepadamu. ( Yohanes 16:7)
Tetapi apabila ia datang, iaitu roh kebenaran, ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran. ( Yohanes 16:13 )

perjanjian lama:

Injil ulangan 18:18,

Ulangan 18:19
Yesaya 29:12
Kidung agung 5:16





perjanjian baru:

yohanes 16:7


Yohanes 16:13

Gospel yohanes 14:16, 
Yohanes 15:26,






Siapakah penghibur itu? Penghibur yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah Muhammad saw. The last prophet. Nabi dan Rasul terakhir. Dalam al quran ada menyebut, "Muhammad itu diutuskan sebagai rahmat sekalian alam." Sama seperti yang disebut; Tetapi apabila ia datang, iaitu roh kebenaran, ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran. ( Yohanes 16:13 ) Kebetulan? bukan, itulah kebenaran yang disorok oleh gereja kalian sendiri.

Sebab utama mengapa kristian tidak memperakui nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan utusan Tuhan.

- Nabi Muhammad berketurunan arab sedangkan para nabi terdahulu dari golongan Bani Israel.

Perbezaan antara Islam, Kristian dan Yahudi:

Yahudi - Mempercayai nabi-nabi tetapi menolak Isa ( Jesus ) dan Muhammad saw.

Kristian - Mempercayai semua nabi kecuali Nabi Muhammad saw.


Islam - Mempercayai semua nabi dan tidak menolak mana-mana nabi. 

Nama MUHAMMAD SAW didalam bible/injil

Benarkah MUHAMMAD SAW tidak dinyatakan didalam kitab INJIL/BIBLE? ---

Jom semak balik dan bukakan minda. Didalam kitab injil/kidung agung, song of solomon bab 5 ayat 16. Jom kita baca apa yang ditulis:





"His mouth is most sweet; yea he is ALTOGETHER LOVELY. this is my beloved and this is my friend o daughters of jerusalem."


Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Altogether lovely?'

Jom lagi kita semak kitab injil dalam bahasa hebrew (bahasa isa/jesus)





Song of solomon 5:16


:חכו ממתקים וכלו מחמדים זה דודי וזה ךעי בנות ירושלם


Hekkow mamtaqqim wekullow
MUHAMMADIM
zeh dowdi wazar'ie benowt yurusalem

-mulutnya penuh kemanisan berbicara, yes, dialah MUHAMMAD TERPUJI. Dia adalah kekasihku dan dia juga sahabatku wahai bani israel.
---
Masih tak percaya? Silakan copy word מחמד kepada hebrew kepada inggeris di translator. Perhatikan apa yang keluar. MUHAMMAD!




Kristian bukan ajaran dari kitab INJIL/BIBLE




Kristian bukan ajaran dari kitab INJIL/BIBLE
---
pada zaman awal penyebaran agama kristian di Rome, agama itu ditentang hebat oleh negara rome yang beragama pagan (penyembahan matahari/dewa zeus). ramai penganut kristian pada masa itu, ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh rakyat negara rome. 

pada Februari 313, emperial Rome, kaisar constantine  telah menguatkuasakan EDICT OF MILAN, dimana agama kristian dan agama-agama lain secara rasminya diterima dinegara rome. ini menandakan berakhirnya penyeksaan keatas penganut agama kristian. Secara rasminya Constantine membuat agama kristian sebagai agama rasmi rome. 

permasalahan di sini, constantine bukanlah beragama katolik melainkan beragama pagan (penyembahan matahari/dewa zeus). kerana kuasa pentadbirannya terlalu besar, dia mampu mengubah unsur-unsur keagamaan. 

dan pegangan itulah yang dipegang oleh penganut agama kristian sehingga hari ini.

1- hari beribadah oleh agama kristian jatuh pada hari ahad. sedangkan hari untuk yahudi hari beribadah sepatutnya pada hari sabtu. bukankah isa juga merupakan seorang yahudi? sedangkan isa membawa sambungan untuk kitab musa taurah? kenapa hari ahad? SUNDAY? SUN-matahari DAY-hari (Hari untuk tuhan matahari)

2- mengapakah agama kristian menyambut perayaan natal pada setiap 25 desember? sedangkan dalam bible nabi isa/jesus lahir pada bulan march? dalam kitab bible versi LUKAS & MATIUS menyebut, yesus lahir ketika bulan megemerlapan dan pengambala menternak gembala mereka pada tengah malam. apakah maksudnya? pada waktu siang panasnya terlalu terik sehingga pengembala terpaksa menternak haiwan mereka ditengah malam. ketika bintang megemerlapan mustahil salji akan turun. persoalan kenapa 25 desember? constantine menetapkan pada 25 Desember adalah kerana ianya adalah kelahiran untuk Dewa matahari. pada 25 desember adalah hari hujung yang mana musim bunga bakal menjengah dan inilah matahari akan muncul setelah lama menghilang ketika musim salji pada musim bunga. (setiap 25 desember, Raja namrud/king nimrod (dewa bacchus,dewa wain, dewa matahari) akan mengantungkan bingkisan pada pokok evergreen menandakan hari kelahirannya) dan inilah yang dilakukan oleh penganut agama kristian pada hari ini.

3- constantine telah mengubah konsep ketuhanan yang satu kepada satu konsep iaitu trinity. 
father + mother son = 1 God. 
dalam kitab bible, tiada kalimat yang mengatakan bahawa dirinya adalah Tuhan atau sembahlah aku. tak percaya? rujuk kitab bible dibawah:

gospel yohanes- 14:6, 14:28, 10:29
matius: 12:28
lukas: 11:20
yohanes: 5:30
kisah para rasul: 2:22

kenapakah constantine membuat konsep trinity? kerana ia adalah didalam agama pagan(majusi) dewa matahari/zeus. raja narud/king nimrod pernah mengahwini semiramis iaitu ibu kandungnya sendiri. setelah kematian raja namrud, isterinya merangkap ibunya telah mengandung dan melahirkan. semiramis mengklaim bahawa, anaknya itu merupakan penjelmaan semula raja namrud.
adakah kita masih tertipu?

Lost of tribes

haha menyengal sikit

Mar 25, 2016

Tamadun lemuria

Tamdun lemuria diperkirakan wujud sekitar 75000-11000 SM. Berdasarkan bukti arkeologi, tamadun lemuria disekitar indonesia.

Perbualan Airl:

"... Another possibility is that a massive submarine volcanic eruption the region of lake toba, in sumatra and mt. Krakatoa in java cause the destruction of LEMUR. the flood waters caused by the eruption overwhelmed all the land masses, including the highest mountains. Survivor of the destruction of the civilization, the lemurians, are the earliest ancestors of the Chinese. Australia  and the ocean areas to the north were the center of the lemurian civilization and the source of oriental races. Both civilization possessed electronics, flight and similar technologies of space opera cultures..,."

Alien Airl

Secara rawak tentang interview alien Airl oleh matilda O'donnell macelroy
Interview alien Airl:
Okey, point yang jadi tanda tanya aku siapa IS-BE yang dikatakan Airl. Ciri² IS-BE yang diceritakan Airl:
- bukan fizikal entiti dalam univers
-wujud sebelum wujudnya alam semesta
- tidak lahir dan tidak mati
Kata kunci: Allah tuhan sekalian alam. Mungkin sebab yang temuramah ni katolik, dia sebut jesus.
Kata kunci lagi: orang² yang pernah naik pesawat UFO mengakui ada ruang kosong seperti tempat beribadah.

Bijak tak bijak alien Airl ni dia belajar cakap bahasa inggeris dalam satu malam aje. Aku tak mampu, I, u aku tahu le. Meh kita semak kata² airl yang buat aku melopong.
"Sebelum kamu boleh memahami sejarah, pertama kali kamu harus faham maksud masa. Masa adalah sesuatu gerakan objek yang menembusi dalam ruang. Ruang bukanlah lurus. Ruang ditentukan oleh 'pointof view' dari IS-BE apabilia melihat sesuatu objek. Jarak antara IS-BE dan objek yang dilihat dipanggil 'ruang'. Objek atau tenaga dalam ruang tidak semestinya bergerak lurus. Dalam alama semesta, objek cenderung kepada bergerak secara rawak atau lengkuk atau berpusing (spring) atau ditentukan oleh perintah."

P:s: Meh otak blurr aku describe apa yang dikatakan oleh alien Airl.
1- 'pointof view dari IS-BE, apabila rasulullah saw israk mikraj, baginda dibawa ke sidratul muntaha, disitu baginda tidak melihat Allah kerana dilapisi satu ruang yang dipanggil hijab yang bercahaya terang.
2- seperti kita tahu, sejak akhir ini, saintis menkhabarkan bahawa bumi tidak pernah mengelingi matahari. Bahkan ia adalah spiral atau gerakan spring. Matahari bergerak lurus dalam bentuk spiral dan planet² disekitar matahari juga bergerak spiral seperti matahari.
3- 'ditentukan oleh perintah'. Point disini siapa yang memerintah?
Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui." (Yaa siin:38)

Kisah tragis Airl
--
DaTang kebumi atas arahan ' superior officer' memandangkan dia adalah officer, pilot dan engineer. Akhir datang ke bumi masa 5,965 BCE/sebelum masehi. Mengetahui 37 bahasa dan bahasa terakhir ketika dia dibumi adalah sanskrit vedic hymns. Ketika itu dia dalam siasatan kawasan PERkawalan  di pergunungan himalaya seperti battalion, komunikasi dan administrative personal yang tiba² hilang dan musnah.
Lebih kurang 1 juta tahun lalu, dia dalam latihan dan penyiasatan untuk 'Data evaluation and program development officer for the domain' kerana dia berpengalaman dalam teknologi dan dihantar ke bumi sebagai penyiasat. Salah satu kerjanya yang sering terlibat dengan penyisikan tentang populasi manusia  dan habitat asal, ramai orang dikawasan keliling menyebut tentang penampakan 'vimanas' atau pesawat terbang (UFO).
sekarang setelah dia ke bumi sekali lagi, dia tidak mampu memahami bahasa inggeris. Tujuannya ke bumi pada kali ini adalah untuk menyiasat tentang letupan nuklear di Maxico tertapi semasa melakukan siasatan secara tak sengaja kapalnya terkena panahan petir dan terhempas.

Mar 24, 2016

Krim Polla Bahaya

Merujuk kepada FDA (food and Drug Administration) MYANMAR 

PS: bukan untuk menjahamkan perniagaan orang, tapi nak bagitahu aje. sebab aku pun pengguna krim polla. dalam FDA myanmar polla krim siang 5g xde disebut. mungkin selamat. 





Mar 8, 2016

Al Masih Ad-Dajjal

Fakta al-masih ad-dajjal
- bermata satu. Dajjal mempunyai sepasang mata tetapi buta sebelah pada belah kanan. Sifat dajjal sering disalah tafsir bermata satu. Salah. Sebenarnya buta sebelah!
- didahi tertera perkataan كفر bererti kafir.
- berambut kerinting jika dilihat dari belakang seperti pokok yang rendang (rambut afro)
- bertubuh sasa dan tinggi.
- berumur dalam lingkungan 8000 tahun tetapi fizik tetap muda kerana ditangguh kematiannya.
- bernama samiri kerana berasal dari samara palestin. Pembuat patung lembu ketika musa dan bani israel terlepas dari tutankhamun.
- diberi kebolehan mengeluarkan rezeki dan menghidupkan orang yang telah mati serta menjelajah dunia layaknya seperti angin.
- hidup didunia selama 40 hari. Sebenarnya dajjal akan hidup selama 1 tahun 1 bulan 1 minggu dan hari seterusnya seperti hari biasa umat manusia.
- tidak mampu memasuki kota bakkah (mekah) dan madinah kerana dikawal ketat oleh para malaikat.
- kematian dajjal adalah ditangan isa almasih.

Mar 6, 2016

MUHAMMAD DALAM BIBLE

Benarkah MUHAMMAD SAW tidak dinyatakan didalam kitab INJIL/BIBLE? -dinidani- (baca sampai habis)
---
Jom semak balik dan bukakan minda. Didalam kitab injil/kidung agung, song of solomon bab 5 ayat 16. Jom kita baca apa yang ditulis:
"His mouth is most sweet; yea he is ALTOGETHER LOVELY. this is my beloved and this is my friend o daughters of jerusalem."

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Altogether lovely?'

Jom lagi kita semak kitab injil dalam bahasa hebrew (bahasa isa/jesus)
Song of solomon 5:16
חכו  ממתקים  וכלו  מחמדים  זה  דודי  וזה  ךעי  בנות  ירושלם:
Hekkow mamtaqqim wekullow MUHAMMADIM zeh dowdi wazar'ie benowt yurusalem

-mulutnya penuh kemanisan berbicara, yes, dialah MUHAMMAD TERPUJI. Dia adalah kekasihku dan dia juga sahabatku wahai bani israel.
---
Masih tak percaya? Silakan copy word מחמד kepada hebrew kepada inggeris di translator. Perhatikan apa yang keluar. MUHAMMAD!

Feb 29, 2016

Laman web yang trusted mempunyai tarikh luput begitu juga zenithgold

Tahukah anda bahawa website-website tertentu akan ada tarikh luput?Dalam bisnes, jika sesuatu syarikat yakin tentang bisnes yang dijalankan. Mestilah website-website mereka mempunyai tarikh luput yang lama. Sekarang teknologi di hujung jari, anda boleh memeriksa sendiri sejauh mana syarikat itu yakin dengan bisnes mereka dengan memeriksa tarikh luput website di http://whois.domaintools.com/ . Sejauh manakah syarikat-syarikat tersebut target untuk berada di pasaran boleh dilihat secara kasar dengan tarikh luput website mereka.
Masukkan sahaja alamat website di dalam search box. Saya telah memeriksa sendiri antara bisnes2 yang berjaya di dunia.
Facebook : Expires on 2020-03-30
Instagram : Expires on 2021-06-04
Twitter : Expires on 2020-01-21
Microsoft : Expires on 2021-05-03
Apple : Expires on 2021-02-20
Zenithgolds : Expires on 2021-07-21
Anda nilai sendiri tuan-tuan..Nilai dengan mata hati..Buka mata, buka minda..Tiada jaminan dalam pelaburan, tetapi kita boleh melihat sejauh mana kesungguhan syarikat untuk membuat bisnes..Dengan Security website bertaraf A setaraf dengan website maybank, tarikh luput website pada tahun 2021 setaraf dengan website2 syarikat2 yang kukuh dan berjaya pada masa sekarang..
Anda tentukan, kalau betul zenithgolds ni penipu, adakah mereka sanggup membayar sejumlah duit yang banyak untuk website security dan tarikh luput website..Ramai sudah yakin dengan Zenithgolds..anda bila lagi??
http://www.endole.co.uk/company/01593045/zenithgold-limited?
 Semua maklumat lengkap zenithgold limited, director-director sampai semua shareholders dia. Termasuk semua bisnes partner dia dan bank yang dia terlibat.
Syarikat ini kukuh dan establish di U.K... perlukah anda ke U.K. jika maklumatnya anda boleh dapat di Internet? Adakah gov.uk suatu laman web biasa? Bukankah gov.uk adalah laman web rasmi kerajaan United Kingdom?
Memang sgt2 kukuh...88 shareholder seluruh dunia.
Yg masih nak kaji teruskan mengkaji..
Yg dah abis kaji, meh buka acc..hehe

Sebarang pertanyaan
Whatapp
014-8443594

Feb 21, 2016

Sikaya yang merangkak menuju syurga

Rasulullah saw bersabda: "hai abdur rahman bin auf, engkau akan masuk syurga dalam keadaan merangkak!"

"Kenapa ya rasulullah?"

"Duniamu kebanyakan. (Harta melimpah ruah)

Mendengar itu, takutlah abdur rahman bin auf. Ditanya lagi, "bagaimana cara untukku masuk syurga dengan cepat?"

Jawab baginda. "Lepaskan hartamu."

Setelah itu abdur rahman bin auf menjadi ahli sedekah, tapi kekayaannya makin melimpah ruah.

Berkatalah Rasulullah: "kau orang yang paling cepat masuk syurga dengan harta kekayaanmu."

---
Harta dan duit banyak, tapi tak sedar, dalam banyak harta itu masih ada milik orang lain.

Harta yang kita punya sekarang belum menjamin boleh membeli akhirat.

Saat akhir kematian Rasulullah saw

Saat Rasulullah sakit ketika itu, baginda keluar dari rumah beliau dipimpin oleh saidina Ali dan fadl ibnu abbas. Ketika itu saidina abu bakar menjadi imam. Saat rasulullah datang, saidina abu bakar mengundur kebelakang tetapi ditahan rasulullah saw.

Setelah melakukan solat, Rasulullah  berdiri dan berkhutbah dan bercerita tentang banyak perkara.

Rasulullah saw berkata "seorang hamba disuruh memilih antara dua hal, iaitu abadi di dunia atau bertemu Allah disyurga. Hamba yang mengerti akan hal itu memilih Allah."

Ketika itu para sahabat dan para jemaah tiada yang faham.

Saidina Abu Bakar yang mendengar telah menghambur tangis beliau. Setelah melihat Saidina Abu Bakar menangis, dikiri dan kanan  beliau turut sama menangis.

Ketahuilah mereka, sesungguhnya Rasulullah akan dipanggil menghadap Allah.

Rasulullah saw menyambung khutbahnya, "siapa pun diantara kalian, siapa pun diantara kalian, yang pernah aku sakiti, atau aku ambil haknya ataupun aku zalimi kalau ingin mengqisas menuntutlah sekarang saat ini. Aku tidak mahu bertemu Allah dalam keadaan aku menzalimi."

Para sahabat terdiam. Tiada seorang pun yang ingin menuntut qisas. Ketika rasulullah saw ingin menyambung khutbahnya tiba-tiba terdengar suara dari belakang. "Aku yang akan menuntut qisas keatasmu ya Rasulullah."

Para sahabat tercengang. Siapa yang berani menuntut qisas kepada rasulullah. Rasulullah meminta orang itu maju ke depan. Setelah pemuda itu ke depan ternyata semua orang begitu terkejut. Bagaimana mungkin seorang yang didoakan rasulullah yang akan masuk syurga tanpa hisab akan menuntut qisas. Dialah ukasyah.

Ukasyah berkata "aku akan menuntut Ya Rasulullah."

Rasulullah menjawab "silakan."

Saidina Ali yang berada dikanan nabi berkata, "biar aku yang menanggung ya rasulullah."

Fadl ibnu abbas yang berada dikiri nabi juga berkata, "biar aku yang tanggung."

Nabi saw berkata "tidak, ini urusanku dengan ukasyah. Ukasyah apa yang engkau ingin menuntut keatas ku?"

Ukasyah berkata, "ya Rasulullah, masihkah engkau ingat, disaat perang badar, ketika engkau meminta meluruskan barisan perang, engkau telah memukulku dengan tongkat dan ketahuilah pinggangku sakit sekali ya Raaulullah dan sampai ke hari ini aku masih merasakan sakit. Aku akan membalas keatasmu ya rasulullah."

Nabi berkata, "balaslah jika engkau ingin membalas."

Ukasyah berkata, " ya rasulullah, saat engkau memukulku aku tidak memakai baju tapi sekarang engkau memakai baju. Tanggalkan bajumu itu."

Lalu rasulullah menanggalkan baju beliau.

Ukasyah berkata lagi, "saat engkau memukulku engkau mempunyai tongkat. Tapi sekarang aku tidak ada tongkat."

Lalu diberilah tongkat rasulullah saw kepada ukasyah.
Sekali....
Dua kali... Tongkat itu dihayun. Setelah itu dia membuang tongkat itu dan memeluk tubuh rasulullah saw.

Rasulullah berkata, "uksyah apa yang engkau lakukan ini?"

Jawab ukasyah, "ya rasulullah , aku merasakan ini saat akhir kehidupanmu ya rasulullah, izinkan untuk aku menyentuh kulitmu saat engkau masih hidup ya rasulullah..."

Note: sahabat nabi begitu mencintai rasulullah. Bagaimana kita?

عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد...

Rasulullah saw pemberi syafaat

Dimana pada hari kiamat, manusia manusia yang duduk dibawah matahari panas, mereka akan gelisah mencari siapakah nabi-nabi yang boleh memberikan syafaat untuk mereka. Maka mereka berduyun-duyun pergi kepada nabi Adam alaihissalam.

Nabi adam berkata: " diriku, diriku, pergilah kamu kepada nabi nuh."

Maka manusia pun pergi kepada nabi nuh. Jawapan nabi nuh juga sama seperti nabi adam as "diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi ibrahim alaihissalam."

Maka manusia pun pergi kepada nabi ibrahim as. Jawapannya tetap sama. "Diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi musa alaihissalam."

Jawapan nabi musa as juga sama seperti nabi yang lain, "diriku-diriku, pergilah kamu kepada nabi isa alaihissalam."

Akhirnya nabi isa as menjawab, "pergilah kamu kepada nabi muhammad saw."

Semua nabi menolak tidak mampu memberi syafaat kepada umat manusia seluruhnya. Melainkan nabi Muhammad saw.


Feb 10, 2016

Cerpen

09-12-2014
---

"Aku dah buat keputusan."

Aku yang sedang mengunyah nasi goreng terhenti. Tunak mataku memandang wajah dihadapan. "Keputusan apa bang?"

"Aku nak kahwin satu lagi. Kau tahukan yang kau tak boleh nak mengandung?" Suara itu tetap dingin. Bercakap pun langsung tak memandang wajahku.

Aku angguk kepala perlahan. Pedih rasanya kat hati bila soal anak disebut.

"Aku bosan hidup macam ni, dah dekat 2½ tahun kita nikah, tapi macam tak ada petanda yang kau nak beranak. Aku perlukan anak sebab senang aku nak wariskan syarikat aku nanti bila dah tua." Sambungnya sambil mengunyah nasi goreng.

Biasalah, dari dulu bahasa suamiku semenangnya kasar bila bercakap. Dah nama pun kahwin sebab bukan cinta, tapi perlukan waris untuk sambung delegasi business keluarga.

Hari tu aku terdengar. Kalau tidak sampai bila-bila aku kena tipu hidup-hidup.

"Abang dah jumpa ke calon yang sesuai." Tanyaku.

Dia angguk. "Dah. Kalau boleh aku nak bawa dia jumpa umi hujung minggu ni." Terus dia bangun. Briefcase dicapai dan dia berlalu ke pintu utama.

"Bang!"

"Apa?" Dia kalih badan pandang aku. Aku hulur tangan untuk menyalam tangannya.

"Ampunkan saya sebab tak dapat bagi abang zuriat." Ucapku setelah aku mencium tangannya. Aku ukir senyum yang manis walaupun pahit sebenarnya.

13-12-2014
--

Perasan. Wajah ibu mertuaku tersenyum sinis memandang ke arahku.

"Tu lah, umi dah cakap awal-awal, nak pilih bini ni kena pilih betul-betul. Tengok sekarang apa dah jadi? Habuk pun tak ada!" Sindir ibu mertuaku khas ditujukan kepada aku.

Terdengar suamiku mengeluh nafasnya. "Macam mana ni umi? Dalam wasiat abah limit 3 tahun aje. Ni dah nak masuk 3 tahun."

Aku hanya diam membatu. "Abang cakap dah ada calon kan?" Akhirnya aku bersuara.

"Ye ke Mal?" Ibu mertuaku kelihatan terkejut.

Melihat suamiku mengangguk, ibu mertuaku tayang sengih. "Memang yakin ke dia boleh mengandung?"

"Mal dah pergi checkup hari tu, doktor cakap dia subur."

Aku tahan hati mendengarnya.

15-12-2014
--
Aku tarik sengih yang panjang. Wajah-wajah dihadapan aku pandang. Tangan laju mencapai marker whiteboard. Laju tangan menulis.

'Adakah poligami sunnah Rasululullah saw?'

Aku bertanya soalan kepada para pelajarku. Yang lelaki ada yang mengatakan sunah. Yang perempuan ada yang membangkang.

Aku hanya senyum sahaja. Setelah reda baru aku bersuara.

"Poligami dalam islam bukanlah sunnah Rasulullah saw. Ramai yang mengatakan ianya sunnah. Salah sama sekali. Poligami memang digalakkan dalam islam. Tapi mestilah kerana sebab tertentu seperti isteri tidak dapat menjalankan tanggung jawab terhadap suami kerana sakit, tidak dapat melahirkan zuriat atau isteri nusyuz."

"Hukum poligami sunat jika isteri pertama tidak dapat memberi zuriat atau mandul, sakit berpanjangan dan bermacam lagi seperti sentiasa bermusafir.
Sedangkan hukum makhruh adalah berpoligami kerana tuntutan hawa nafsu sahaja.
Dan haram poligami sekiranya ia tidak mampu berlaku adil."

Melihat pelajarku yang mengangguk aku tarik sengih lagi. "Saya harap awak semua faham. Nak poligami boleh, tapi biarlah bersebab. Jangan kerana tuntutan hawa nafsu semata-mata."

20-12-2014

"Nah, aku nak kau sain borang ni."

Kertas yang dihulurkan kepadaku aku capai. Pantas aku membelek dan membaca. Surat kebenaran poligami rupanya. Aku tarik nafas. "Nanti dah sain saya bagi kat abang."

Terus suamiku berlalu ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa. Aku hanya memandang dari bawah.

29-12-2014

Aku mengepal jari jemariku. Gementar sedikit. Suamiku disebelah hanya beriak biasa sahaja. Mataku memandang pelanggan yang semakin ramai di dalam restoran KFC.

"Abang sorry lambat." Aku angkat kepala. Seorang gadis cantik molek berdiri dengan senyuman manis.

"Eh tak ada apa lah, abang baru sampai aje ni. Duduk lah. Nak pesan apa-apa tak?" Suami ku berlalu ke kaunter setelah kami memilih menu.

"Kak Ana ke ni?"

Aku angguk kepala dan senyum.

"Cantik kak Ana, tenang aje muka." Ramah gadis dihadapanku.

Kami berbual. Semakin lama, aku makin selesa bersama bakal maduku. Banyak yang kami bertukar cerita dan pendapat.

3-1-2015
--

Aku bersandar pada dinding. Perut yang masih kempis ku usap lembut. Tak percaya! Aku bakal jadi ibu. Makin melebar senyum aku.

Alhamdulillah!

17-1-2015
--

"Kenapa tak bagitahu aku?"

Aku yang sedang mengunyah mangga terhenti. "Bagitahu apa bang?" Tanyaku pelik.

"Ni," gambar hitam putih dilayang dihadapan aku. "Kenapa tak cakap yang kau mengandung?" Wajah itu tidak beriak.

Aku tarik nafas. Senyum. "Abangkan dah nak kahwin dengan Lia. Ana Tak nak la ganggu nanti."

"Tapi kau mengandung." Ucapnya perlahan.

"Tak apa bang, Ana pastikan anak Ana tak mintak sesen pun harta abang." Bahunya aku usap perlahan. Menenangkannya. "Biarlah harta tu anak abang dengan Lia yang dapat. Ana tak kisah. Dapat tengok anak Ana membesar depan Ana pun dah cukup."

3-2-2015
---

"Saya tak boleh nak teruskan pernikahan ni." Aku lihat Lia dah berdiri. Aku ikut berdiri. Suamiku pun sama.

"Kenapa Lia?" Tanyaku.

Wajah Lia memerah. "Lia tak sayangkan abang Zimal."

Jelas suamiku juga ikut terkejut.

"Allah... Apa Lia cakap ni?" Terkejut juga aku.

"Lia... Lia... Rapat dengan abang Zimal sebab nak buat Ari cemburu. Lia mintak maaf sebab buat abang dengan kakak macam ni. Lia berdosa dengan abang dengan kakak." Gadis itu sudah melutut dan menangis.

Aku kelu.

8-2-2016
--
Aku hanya tersenyum melihat suamiku yang sedang mendodoikan anak kami, Muhammad di atas sofa.

The end

Nota kaki -wakakaka... Sori kalau rasa boring baca cerita aku. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis. Layan mata yang tak nak lelap.
عليكم سلم.
صباح النور

TERIMA KASIH

ARIGATO TERIMA KASIH PADA YANG PERNAH HADIR SINGGAH & BERLALU SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENGUNJUNG BLOG SAYA. ...