Jun 2, 2013

PLKN amat menyeronokkan




Kompeni ALPHA ( Kepak ) juara kawad kaki kompeni aku siri 8/2011 ni time pertandingan kawad kaki, aku tak ada, sebab aku dari awal-awal lagi cipta helah tak nak berkawad walaupun aku pandai kawad. hahaha... last-last aku dapat duduk bawah pokok yang teduh sambil tengok kengkawan aku yang lain berjemur berlatih kawad.

hahahaa, inilah masa aku kena PLKN. siot ja kena kawad. dalam tak suka PLKN tetap ada madunya. aku suka PLKN walaupun pada mulanya aku macam nak pitam bila dapat tahu aku kena masuk PLKN.

mula-mula masuk memang rasa malu lah, sebab jejak pertama kat situ aku dah kena hentam habis-habis dek Jurulatih kat sana. siot, memang malu gila la masa tu. semua pandang aku sambil gelak. masa tu dalam hati aku dah meraung habis. wajah mak ayah dah berlegar dalam kepala. rindu! baru 2 jam aku kat sana.

kawan aku pun sama kena hentam, sebab dia bawa makanan banyak dalam beg. kata yang tak leh aku lupa bila diorang kata: " awak datang PLKN nak menjual ke nak belajar!" siot. aku masatu tahan gelak tengok kawan aku. kasihan. muka dia dah merah padam, marah ke malu aku tak tau. lepas dia, aku pulak kena hentam. kata aku ni seludup barang. siot! dah diorang tak nak cek beg aku, sepastu main tuduh aje.


mula-mula diorang cek beg pakaian aku. aisehmen, malu jugak time tu. semua dia bawa keluar. nasib baik 'adik kecik' aku diaorang tak bawak keluar. kalau tak, bawah meja tu jugak tempat aku menyorok tahan malu. 

banyaklah barang aku kena rampas, tali pinggang kulit Levis, marker pen, jangka tolok, pisau kecik. diorang kata kat aku: "ko ni datang sekolah ke?" sambil-sambil tangan diorang mengawang angkat barang aku yang kena rampas. semua gelak. tebal muka aku tadah malu. lepastu ada juga aku tengok maggi kena rampas. ntah sapa lah yang bawak maggi tu. kasian manggi terpaksa duk dalam kotak.

yang paling best, masuk kelas! hahahaha, I LIKE THIS SO MUCH! I WANT IT FOREVER. masuk kelas kat PLKN tak sama macam kat U. kelas PLKN sama macam kelas TADIKA. kitorang belajar modul kendali diri. tiap pagi dengan musik intrumental kitorang menulis diari. lepas tu cikgu ajar kitorang mecam-macam. lepas belajar mestilah bermain dalam kumpulan. best sangat-sangat.

main tepuk-tepuk semangat, tepuk terima kasih. tepuk sayang, berlakon dan banyak lagi. yang berlakon tak leh blah, tebal 10 kilometer muka aku tahan malu. aku jadi budak sekolah. lepastu terpaksa jadik driver bas. dahlah aku ni jenis yang tak bergaul mana. terpaksa pulak duduk kat depan berlakon. macam nak hempuk kepala kat dinding aje. 

masa tu, tiada apa yang kami fikirkan, pasal rumah pun kami dapat lupa sekejap. I HOPE THIS CAN BE My Happy Ending. hahaha... main macam anak-anak kecil. sama macam tadika. This my soul.

perkara yang takkan aku lupakan mestilah masa main macam askar tukan, yang ada Monkey jumping. panjat tembok, dan macam lagi. mula tu, kompeni aku yang kena buat dulu, masa tulah rasa macam nak lompat pagar balik kampung aje, sebab aku orang pertama yang jatuh kat dalam kolam masa aktiviti meniti titi yang bergoyang. habis pakaian aku basah. semua gelakkan aku. siottttt!!!! lah diorang.

lepas tu main bergayut kat tiang. ramailah yang jatuh... nasib baik aku tak ada jatuh kat dalam air. hahaha.... main tarzan pun aku tak jatuh. hahaha ( berlagak lebih) 

Flying Fox dan lain2
main FLYING FOX antara superb! kat sana masa riadah ramai yang baca buku. aku pun baca jugak, buku Alexander adalah Zaulqarnain. sambil-sambil tunggu turn main Flying Fox. yang lain ada yang baca komik kartun ujang, novel, doraemon, conan, kartun jepun. tapi yang pompuan semestinya novel.

masa main flying fox ramai yang bertempik melolong. terutama perempuan. ada yang menangis. tapi best, macam nak main kali ke dua, tapi dia tak bagi. hampeh.

santai ja masa tu, jurulatih soptting. yang kata jurulatih tu jahat, kena buang jauh-jauh perasaan tu sebab kebanyakan pelatih semua baik dan lawak. 

time aku tengah beratur, ada lah ketua jurulatih ni, dia askar, baik sangat. aku pandang je lah dia. tengok dia bagi taklimat. cara dia becakap lawak. lepastu dia pandang aku.

"apa pandang-pandang? aku lempar batu ni kang, beratur!" tegas lah suara dia kat aku. tangan dia pegang batu kecik. dia nak lempar batu tu kat aku. aku gelak je. "rilek la tuan, orang lain pun tak beratur lagi." dia mengawang tangan dia nak hempuk aku. apa lagi, laju lah aku lari beratur dengan pakai Full Celorence.

dalam PLKN wajib ada khemah kat luar selama tiga hari. kat sini best, time tu kena masa musim hujan, masa pilih khemah, khemah kitorang kat tepi tasik. mula-mula tu happylah, dapat main air kan...

MALAM yang tidak aku boleh lupakan ialah masa tengah tidur hari pertama. malam yang paling super duper lah... bukan kena rogol weh, malam tu aku ngan kawan aku tidolah, masa tu pukul 11 malam. 

padang kawad
ntah pukul berapa ntah aku pun tak tahu, tapi pagi la masa tu, bunyi siren dari cikgu kuat lah. aku yang tengah mamai sebab rasa sejuk sangat masa tu sebab hujan. cikgu pun tengah bising kata khemah  sapa yang masuk air sila keluar.

aku tengah blurr, memang sejuk. rasa nak sambung tido lagi. tetibe, PLOP! rasa basah je badan aku. Celorence yang aku buat selimut rasa basah. masa tu lah aku meniarap. 

tenggelam muka aku dalam air. YA ALLAH, aku tido dalam air rupanya. patutlah syok semacam je kan. nilah bahana tidur tepi tasik. air naik. tenggelam badan aku separuh dalam air. kawan aku kat sebelah tak sedar lagi. 

laju aku merangkak keluar dari khemah. lari kat cikgu. kawan aku kat khemah aku buat derk je. dia tanya awak banjir ke? aku angguk. dah cepat ikut saya, pergi tempat yang selamat.

sampai je kat kedai makan, nak rebah aku. ramai kot yang sedang mengkrekok tidur atas lantai dan papan. semua laki. yang pompuan tidur dalam bas. tak aci betul!

aku duduk lah atas papan. bawah tu tasik. kilat sambung menyambung. kuat juga bunyi kilat. time aku tidur tak ada pulak bunyi kilat macam ni. 

depan aku ketua jurulatih. nak tidur pun dah tak lena. basah kuyup baju. dah tak dapat nak lelap, aku dengarlah ketua jurulatih aku membelel. adoi, dengar dia membebel, tak kering gusi rasanya. lucu. time marah pun lawak. aku pun tak paham.

last-last aku lena jugak. bangun pagi tu, terpaksa skip solat subuh, baju kotor. pergi kat khemah, tengok khemah penuh air. beg, kasut semua basah. tak pasal-pasal kena pakai baju lembab.

masa tu jugak jurulatih suruh main air. mula-mula diorang ajar berenang. aku ni spises tak reti berenang. nasib baik diorang bagi jaket. mak oi, dalam giler air. hijau je. seram pun ada. kot-kot ada buaya. alhamdulilah buaya takda. 

best, kat sebelah aku jurulatih pompuan yang chubby. tak tenggelam dia main dalam air. sekali pandang macam itik tengah berenang. opss, mengata pulak.

lepas berenang, diorang suh belajar main kayak pulak. macam nak gila kayuh kayak. terumbang ambing hingga terlanggar tebing. sampai jurulatih marah kat aku ngan kawan aku. yang ni polis lelaki. muka serius. takut aku tengok.

semua merayu kat KOMANDER nak balik kem. masa tu, dalam hati memang berdoalah nak balik. nasib baik komander baik. dia bagi balik. happylah kitorang. jika tak, terpaksa redah hutan jalan kaki balik kem untuk module seterusnya.

balik kem, kitorang belajar memasak. kari ayam, ikan sardin dan nasi. sedap. menjilat ibu kaki.

dah cukup dua bulan lebih kat PLKN. tibalah masa untuk pulang. masa tu sedih lah. dah nak berpisah. jurulatih pun dah ngamkan, hati berat nak tinggalkan PLKN. sedih sangat-sangat...

cikgu yang mengajar kelas aku pernah nasihat:

"jadilah seperti KLCC. dua yang terpacak kukuk itu melambangkan diri kamu, seorang lelaki dan seorang perempuan. dibawahnya terdapat tapak. itulah tempat yang awak jejak sekarang. tapak tu melambangkan negara Malaysia. jambatan yang menghubungkan bangunan KLCC, itulah kerjasama kalian, kekuatan kalian yang sentiasa berhubung menjaga negara kalian. puncak menara yang bercahaya tika malam, itulah kejayaan kalian. PLKN bukan untuk membebankan kalian, tapi untuk mengajar kalian erti hidup."

kata-kata yang aku pegang sampai sekarang. walaupun aku ni jenis ambik tak kisah. yang diluar sana.. PLKN satu kejutan. best dan seronok.

Hello 2023