Kau jadikanku boneka untuk menghilangkan rasa sunyimu yang telah
lama tersimpul. Dan aku menerima tanpa banyak pinta, bibir ini dipaksa juga untuk
melukis senyuman manis, biarpun cukup terasa pahitnya.
Kau berdiskusi tentang sakitnya cinta yang telah kau lalui.
Walaupun hatiku telah lama merasai betapa kotornya cinta itu. Melihat engkau
tersenyum sudah memadai buatku, itu tandanya kau telah merasai nikmat hidup
kembali.
Aku tidak menyekat perkembanganmu kerana aku mahu kau bebas,
seperti terbang nya burung di awan. Biarpun diriku terpateri kukuh dalam
sangkar yang kau cipta sendiri. Sekali kau bebas, pergilah... andai itu yang
terbaik.
Terbanglah ke mana yang kau sukai. Bahkan untuk kembali kepada
si dia sekalipun! Ingatlah diri ini tidak pernah terasa dan berkira untuk itu.
Bahkan juga aku tumpang gembira untukmu. Terpulang padamu untuk kembali
kepadaku lagi, kerna... boneka ini sentiasa akan menerimamu dengan penuh
terbuka. Andai itu yang sudah tertulis takdir untukku.
Padamu, diriku langsung tiada sebarang kelebihan. Setiap saat,
setiap detik kau menceritakan kelebihan mereka. Dan aku tahu, waktu itu kau
merendah-rendahkan martabatku sebagai seorang pendamping setiamu. Setiap waktu
itu juga, bibir ini digugah juga untuk menguntum senyum biarpun dalam hati
cukup terasa perihnya.
Apakah hatimu masih menyayangi mereka? Tidak adakah sekelumit
pun perasaan simpatimu untukku? Bukan kuminta banyak... cukuplah hanya secebis
sahaja. Agar aku turut merasai sedikit rasa kemanusiaan.
Dihadapan umum, kau mengherdikku tanpa henti. Entahlah, mungkin
bagimu itu satu gurauan sahaja. Tapi buatku itu cukup hina. Namun, apa dayaku
ini. Hanya mampu terus terkaku, terdiam dan menunduk menahan rasa hati yang
disiat-siat olehmu tanpa sedar. Aku tahu kau sedar itu. Jika tidak, tak kan
terus dan terus kau mengherdikku bagaikan tiada harga diri. Rupanya maruah
seorang boneka hanya ditelapak kaki sahaja layaknya.
Tika itu jika kau nak tahu, hatiku menangis dan meraung. Malu,
kau tahu? Malu!!! Maruahku diinjak sebegitu. Yang lain hanya memandangku sambil
ketawa. Tapi aku sabar, kerana dari dulu
aku terus bersabar. Kerna, perasaan hormatku untuk yang lebih tua masih ada!
Kau juga harus tahu, boneka ini bernyawa. Boneka ini punya hati
dan boneka ini juga punya rasa. Setiap masa, boneka ini hanya makan hati. Sakit
melapah hati yang telah busuk! Hari demi hari, hati boneka ini terus menjadi
keras. Dan mungkin satu saat nanti kau akan merasai, apa itu erti kesakitan!
Boneka yang kau ciptakan ini akan melapah engkau!
Setiap kali aku cuba terbang dan melangkah dari sangkar, kau
akan meyekatku. Pabila engkau melihatku tersenyum bersama orang lain, pasti
wajahmu akan berubah garang. Engkau marah aku bersuka ria dengan orang lain.
Aku hanya hak kau, dan akan terus kekal hak kau! Tapi apa yang aku dapat?
Herdikan dan bahan ejekan kau semata-mata!
Salahkah aku mendapatkan sedikit hiburan dari mereka. Mengubat
hati yang sakit atas perbuatanmu sendiri. Bukan selamanya kuminta. Hanya
sekejap sahaja. Lima minit sudah mencukupi untukku.
Kehidupan boneka rupanya langsung tiada harga. Baru kusedar itu. Biarpun sudah berkali-kali
diri ini mengingatkan hati. Akhirnya memakan diri jua.
Helaian seterusnya aku belek. Hampir penuh satu
buka aku menulis. Gumamku perlahan. Tapi tangan ini masih lagi gatal untuk
menulis. Eh, semangat semacam lah pulak. Akhirnya aku menyambung lagi
tulisanku.
Kau jadikanku sebagai hamba tahanan. Untuk memberi hukuman yang
cukup berat. Atas apa salahku, aku juga tidak mengerti. Untuk bersuara langsung
tidak diberi sama sekali. Yang kau tahu hanya kau yang berteriak lantang. Dan
aku hanya tunduk membisu memendam hati yang telah terluka.
Sampai bila ia akan berakhir, aku juga tidak mengetahuinya.
Semuanya berserah padamu. Kerana takdir aku, telah kau pegang dan ikat dengan
kukuh. Akhirnya aku terpaksa ikut segala kemahuan yang telah kau ciptakan.
Saban hari, kata-kata manis kau ungkapkan. Biarpun ku tahu itu
semua adalah pendustaan. Kau mengikat aku hanya untuk nafsumu. Bukan kerana
hatimu. Kau merantaiku secara ghaib agar aku tidak bisa meloloskan diriku dari
istana buatanmu.
Hari berganti hari, kau menoreh parut lama yang masih lagi tidak
sembuh. Akibatnya luka berdarah kembali seluruh tubuhku. Untuk melawan langsung
tiada daya. Kerana kekuatanku kau telah sedut sebelum kau menderaku.
Pedih dan sakit, kutahan semampu mungkin. Bukan kerana engkau.
Tapi kerana hidupku masih lagi panjang. Kepada Tuhan ku berserah segalanya ketentuan.
Moga-Dia melimpahkan kekuatan untukku
terus kukuh dalam takdir yang telah tercipta.
Hati ini melolong kesakitan atas apa yang telah kau lakukan.
Setelah menyakiti hati ini, kau berlalu tanpa perasaan. Dan boneka itu
terbaring lesu tanpa sepatah kata. Kudratnya sudah hilang berganti hari.
Sakit... itu yang mampu aku ungkapkan. Tapi hanya dalam hati
sahaja. Mulutku terkunci sepenuhnya untuk berbicara. Bagaikan ada sesuatu yang
menyekat maraan suaraku dari memecah gegendang telingamu.
Bila ianya akan berakhir, ku juga tidak tahu. Yang pasti diri
ini akan terus dihukum hinggalah hatimu puas dan sepuasnya. Mungkin masa itu,
kau membuangku tidak ubah seperti kucing kurap! Aku reda. Sekurangnya aku akan
bebas untuk selamanya.
Berdoalah pada Tuhan, semoga suatu hari nanti hati ini tidak
tertutup lagi buatmu setelah apa yang telah kau lakukan padaku. Kerna, saban
hari hati ini terasa keras untuk manusia bergelar untukmu...
Akhirnya siap juga apa yang ku tulis. Penatnya.
Aku menggeliat kecil. Seraya memejamkan mataku. Penat. Terlalu penat dengan
sandiwara manusia amnya. Aku kat sini pun semata-mata ikut ayah bekerja.
Semuanya ternoktah di sini. Itu tekadku. ye ke? otakku tiba-tiba mencetuskan kontroversi. tak, dia takkan lupa punya lah. aku berani kerat jantung nanti. kata hatiku pula. hampeh! tak boleh nak diharap betul dua makhluk ni. ada sahaja yang nak dibangkang kata tuannnya.
Angin laut bertiup dengan lemah gemalai.
Sampaikan aku yang sedang bersandar pada pokok rhu terasa anginnya. Erk,
malaslah pulak nak masuk. Mataku masih terpejam rapat. Rasa nak tidur kat sini
pulak la. Banyak ragam betul! Bidas
otakku. Biarlah! Balas perasaanku pula. Diamlah! Mulutku pula membalas.
“Aku lempang jugak karang. Hesh...” gumamku
perlahan.
Tiba-tiba angin yang tadinya menderu dipipiku
hilang begitu sahaja. Eh, cepatnya hilang. Baru nak feeling-feeling sikit.
Dengusku lembut. Tak apa, mata pun dah mengantuk. Baik tidur kat sini ajelah.
Bukan tak ada orang pun. Ramai kot yang tengah berkhemah kat sebelah sana.
“Adei...” desahku lembut apabila terasa benda
halus yang berterbangan dan bermain-main dimukaku. Nak kata angin, takkan ada
jirim. Terasa kedap dimukaku bila terkena ‘benda’ tu. Perlahan mataku terbuka
untuk melihat benda apa sangat yang tergilakan muka aku ni.
Nak terkojol mataku bila melihat dua orang
pembantu rumah yang berdiri dihadapanku sedang membuat tarian. “Apa ni Kak
Bik.” Marahku dengan muncung panjang sambil menarik selendang yang dikibas oleh
Kak Bik.
“Kau ni Dani, buta betullah! Tak nampak ke
Puteri Kayangan tengah menari ni? Tengok, lemah gemalai gitu...” sanggah Kak
Bik sambil badannya yang bersaiz tripple XL itu meliuk lentok di atas pasir.
“Huh! Tak macam Puteri Kayangan pun Kak Bik?
Macam tembikai tengah bergolek atas pasir adalah,”
Kembang kempis hidung Kak Bik. Marah la tu, ada
ai kisah? “Aku tak faham betul, mesti ada yang jelouse bila aku cantik sikit dari mereka ni.” Balasnya sambil
membetulkan klip rambut berbentuk kepala hello
kitty sebesar tapak tangan itu dikepalanya.
“Uwerkkss...” aku buat-buat nak termuntah. Jari
telunjuk aku julur dalam mulut.
“Kau tak payah nak poyo lah Dani, aku tahu kau
jeles. Woi Niang! Kau tengok aku kejap. Nang? Kau pandang aku!” jerit Kak Bik
begitu kuat. Budak-budak yang sedang berkhemah disebelah sudah ada yang
memandang.
Niang yang sedari tadi main air pantai aku
tengok dah angkat muka.
“Kau tengok aku cantik ke tak? Jawapan kau ya
atau yes! Kalau tak, malam ni kau tidur luar resort.” Sambung Kak Bik. Aku tengok
Niang dah terangguk-angguk aje kepala dia. Haish, dah macam burung belatuk
pulak aku tengok.
“Woi Niang? Aku tanya sekali aje, yang kau
terangguk-angguk seratus kali tu kenapa? Nak aku selam kau dalam laut tu ke?”
marah Kak Bik. Tangannya sudah dikepal-kepal. Ada yang pecah kepala karang.
Laju aje Niang mengeleng.
“Hah hah.., tahu takut..., weh Dani, tengok,
gulung pakai jari pun boleh...” Kak Bik sudah menggulung rambutnya.
“Jari masuk pun belum tentu boleh keluar pun.”
Ak tak mahu kalah. Ye lah, rambut dah macam megi, bergulung-gulung. Kak Bik sudah berdecit. tertonyeh-tonyeh mulutnya. hai, buatlah selalu Kak Bik, untung-untung herot sebelah muka tu.
“Huh! Tak faham betullah aku dengan orang
lelaki ni. Aku lebih sikit pun nak mendengki. Kalau si Niang yang dengki kat
aku, tak apa lah jugak, ni kau. Kalau si Niang yang jeles dengan aku, dah lama
aku hantar balik indon. Baru tiada saingan.” Kak Bik mendabik dadanya yang besar.
“Aik, bunyi semacam aje Kak Bik? Tadi kata tak ada
saingan, ni ada pula Niang tu kenapa? Owh, kak bik rasa tergugat ek sebab Niang
tu cantik jugak.” Aku angkat kening. Sengaja mahu menyakat kakak angkat aku
yang seorang.
Kuat Kak Bik mendengus. Sekali bunyi macam
kerbau sahaja. Seram pulak aku. “Tak ada maknanya aku nak jeles dengan Niang
tu. Cantik ape? Muka dah macam rempeyek aje aku tengok. Tu lah, aku suruh pakai
Fair and lovely taknak. Asyik duk
kata muka dia tu dah cantik! Perasan aje lebih.
Mentang-mentang si Arasigh si bangla yang
tengah buat rumah banglo sebelah tergila-gilakan dia. Untung-untung si bangla
tu bawak balik negara dia. Baru padan muka.Tengok macam aku ni Dani, mulus,
suci dan segar. Lembut... ditangan.” Pipinya diusap dengan tangan. Matanya pula
terkedip-kedip ke arahku. Bajet comellah tu!
memang comel pun, otakkku bertelingkah.
yup, sokong jiwaku pula.
Kini aku pula yang mendengus. Bercakap dengan diri sendiri yang selalu tak menyebelah tuan dengan pembantu rumah yang seorang ni memang aku takkan menang. Ada aje ayat nak
sakitkan hati aku. Sakit jiwa betul! Dengan ayah aku pun dia boleh lawan mulut. Sabor
ajelah. Perlahan dadaku aku usap. Nak meletup rasanya.
“Dah la Kak Bik, jom balik.” Balasku lemah.
Buku ditangan aku letakkan dalam poket sweater.
“Alolololo... merajuk pulak adik aku ni. Meh
aku belanja kau ABC nak? Jomlah, tadi masa aku dengan Niang datang sini aku
tengok kat hujung sana ada jual. Ramai pulak tu lelaki ganteng. Jomlah Dani,
pergi makan. Boleh kau nak kenal dengan bakal abang ipar kau. Woi Niang, jom!
ABC derr...”
Adeh, ada masa lagi nak touch up diri tu.
Gumamku dalam hati. Perlahan kepala aku angguk. Lagipun lama tak pekena ABC ni.
Kalau kat bandar, selalu tiap malam lah aku keluar dengan dua orang pembantu
aku ni. Selalu aku lah yang belanja. Bukan aku tak tahu, time nak berbayar
macam kera aje diorang. Garu sana, garu sini. Jawapan mudah, “la aku tertinggal
dompetlah Dani.” Menyampah aku.
Akhirnya kami bertiga berjalan beriringan
keluar dari pasir pantai ke kedai makan yang jual ABC. Teruja pulak rasanya.
"Kau memang nak belanja ke Kak Bik?" Tanyaku musykil. Mana tahu, kali ni aku yang kena bayar. Dua orang ni bukan boleh harap. Menggelat banyak dari buat kerja. Nasib baik ayah baik orangnya. Diorang pun kerja buat walaupun ada degree pemalas.
"Eh, kejap? Aku cakap ke aku nak belanja ni? Bukan kau ke Niang?" Tanya Kak Bik kepada Niang di sebelah.
"Waduh, bilang yang benar Bik. kapan kok? Niang ngak tahu apa-apa sih!" Muka terkejut Niang ditonjolkan.
"Kok, kok... Subuh lambat lagilah Niang! Kau jangan nak menggelat, tadi kau kan yang cakap?" tocang rambut Niang ditarik Kak Bik. Tak matang sungguh diorang ni. Pening aku dengan karena mereka.
Bukan kau pun tak matang jugak ke Dani? Otakku sedar tadi tak habis mengenakan aku mula bersuara.
"Grrr... marah ni. kang aku humban korang dalam laut tu nak?" Marahku pada makhluk bernama otak.
Diam.
Eh, tak nak balas dah ke otak aku ni? Tahu tu takut kena humban dalam laut. hah...ha...ha...
Diorang saling tarik menarik rambut.
Hampeh.
Kan betul apa aku cakap, dah memang sah-sah aku yang kena bayar. Siot aje diorang nak berdrama kat sini. "Yelah, aku belanja."
"He...he...he..." serentak mereka tersengih. Lepastu diorang buat simbul thums untukku. Aku cekik jugak diorang. Pandai ajak. Yang bayar aku.
Ciss...