Oct 23, 2013

Cerpen: Ternoktah Di Sini

watak-watak utama:

Dani
Kak Bik

***********************************************


Niang




Langkahku terhenti. Aku duduk bersila diatas pasir dibawah pokok. Buku bertinta warna emas aku buka. Pen aku capai dari poket seluar. Mula mencoret segala luahan hati. Sesekali tangan ini berhenti menulis. Mengingat peristiwa dahulu sambil menikmati suasana malam yang indah ini. Suasana yang makin sejuk. Zip sweater aku tarik hingga paras dagu.

Kau jadikanku boneka untuk menghilangkan rasa sunyimu yang telah lama tersimpul. Dan aku menerima tanpa banyak pinta, bibir ini dipaksa juga untuk melukis senyuman manis, biarpun cukup terasa pahitnya.

Kau berdiskusi tentang sakitnya cinta yang telah kau lalui. Walaupun hatiku telah lama merasai betapa kotornya cinta itu. Melihat engkau tersenyum sudah memadai buatku, itu tandanya kau telah merasai nikmat hidup kembali.

Aku tidak menyekat perkembanganmu kerana aku mahu kau bebas, seperti terbang nya burung di awan. Biarpun diriku terpateri kukuh dalam sangkar yang kau cipta sendiri. Sekali kau bebas, pergilah... andai itu yang terbaik.

Terbanglah ke mana yang kau sukai. Bahkan untuk kembali kepada si dia sekalipun! Ingatlah diri ini tidak pernah terasa dan berkira untuk itu. Bahkan juga aku tumpang gembira untukmu. Terpulang padamu untuk kembali kepadaku lagi, kerna... boneka ini sentiasa akan menerimamu dengan penuh terbuka. Andai itu yang sudah tertulis takdir untukku.

Padamu, diriku langsung tiada sebarang kelebihan. Setiap saat, setiap detik kau menceritakan kelebihan mereka. Dan aku tahu, waktu itu kau merendah-rendahkan martabatku sebagai seorang pendamping setiamu. Setiap waktu itu juga, bibir ini digugah juga untuk menguntum senyum biarpun dalam hati cukup terasa perihnya.

Apakah hatimu masih menyayangi mereka? Tidak adakah sekelumit pun perasaan simpatimu untukku? Bukan kuminta banyak... cukuplah hanya secebis sahaja. Agar aku turut merasai sedikit rasa kemanusiaan.

Dihadapan umum, kau mengherdikku tanpa henti. Entahlah, mungkin bagimu itu satu gurauan sahaja. Tapi buatku itu cukup hina. Namun, apa dayaku ini. Hanya mampu terus terkaku, terdiam dan menunduk menahan rasa hati yang disiat-siat olehmu tanpa sedar. Aku tahu kau sedar itu. Jika tidak, tak kan terus dan terus kau mengherdikku bagaikan tiada harga diri. Rupanya maruah seorang boneka hanya ditelapak kaki sahaja layaknya.

Tika itu jika kau nak tahu, hatiku menangis dan meraung. Malu, kau tahu? Malu!!! Maruahku diinjak sebegitu. Yang lain hanya memandangku sambil ketawa. Tapi aku sabar, kerana  dari dulu aku terus bersabar. Kerna, perasaan hormatku untuk yang lebih tua masih ada!

Kau juga harus tahu, boneka ini bernyawa. Boneka ini punya hati dan boneka ini juga punya rasa. Setiap masa, boneka ini hanya makan hati. Sakit melapah hati yang telah busuk! Hari demi hari, hati boneka ini terus menjadi keras. Dan mungkin satu saat nanti kau akan merasai, apa itu erti kesakitan! Boneka yang kau ciptakan ini akan melapah engkau!

Setiap kali aku cuba terbang dan melangkah dari sangkar, kau akan meyekatku. Pabila engkau melihatku tersenyum bersama orang lain, pasti wajahmu akan berubah garang. Engkau marah aku bersuka ria dengan orang lain. Aku hanya hak kau, dan akan terus kekal hak kau! Tapi apa yang aku dapat? Herdikan dan bahan ejekan kau semata-mata!

Salahkah aku mendapatkan sedikit hiburan dari mereka. Mengubat hati yang sakit atas perbuatanmu sendiri. Bukan selamanya kuminta. Hanya sekejap sahaja. Lima minit sudah mencukupi untukku.

Kehidupan boneka rupanya langsung tiada harga.  Baru kusedar itu. Biarpun sudah berkali-kali diri ini mengingatkan hati. Akhirnya memakan diri jua.

Helaian seterusnya aku belek. Hampir penuh satu buka aku menulis. Gumamku perlahan. Tapi tangan ini masih lagi gatal untuk menulis. Eh, semangat semacam lah pulak. Akhirnya aku menyambung lagi tulisanku.

Kau jadikanku sebagai hamba tahanan. Untuk memberi hukuman yang cukup berat. Atas apa salahku, aku juga tidak mengerti. Untuk bersuara langsung tidak diberi sama sekali. Yang kau tahu hanya kau yang berteriak lantang. Dan aku hanya tunduk membisu memendam hati yang telah terluka.

Sampai bila ia akan berakhir, aku juga tidak mengetahuinya. Semuanya berserah padamu. Kerana takdir aku, telah kau pegang dan ikat dengan kukuh. Akhirnya aku terpaksa ikut segala kemahuan yang telah kau ciptakan.

Saban hari, kata-kata manis kau ungkapkan. Biarpun ku tahu itu semua adalah pendustaan. Kau mengikat aku hanya untuk nafsumu. Bukan kerana hatimu. Kau merantaiku secara ghaib agar aku tidak bisa meloloskan diriku dari istana buatanmu.

Hari berganti hari, kau menoreh parut lama yang masih lagi tidak sembuh. Akibatnya luka berdarah kembali seluruh tubuhku. Untuk melawan langsung tiada daya. Kerana kekuatanku kau telah sedut sebelum kau menderaku.

Pedih dan sakit, kutahan semampu mungkin. Bukan kerana engkau. Tapi kerana hidupku masih lagi panjang. Kepada Tuhan ku berserah segalanya ketentuan. Moga-Dia melimpahkan  kekuatan untukku terus kukuh dalam takdir yang telah tercipta.

Hati ini melolong kesakitan atas apa yang telah kau lakukan. Setelah menyakiti hati ini, kau berlalu tanpa perasaan. Dan boneka itu terbaring lesu tanpa sepatah kata. Kudratnya sudah hilang berganti hari.

Sakit... itu yang mampu aku ungkapkan. Tapi hanya dalam hati sahaja. Mulutku terkunci sepenuhnya untuk berbicara. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat maraan suaraku dari memecah gegendang telingamu.

Bila ianya akan berakhir, ku juga tidak tahu. Yang pasti diri ini akan terus dihukum hinggalah hatimu puas dan sepuasnya. Mungkin masa itu, kau membuangku tidak ubah seperti kucing kurap! Aku reda. Sekurangnya aku akan bebas untuk selamanya.

Berdoalah pada Tuhan, semoga suatu hari nanti hati ini tidak tertutup lagi buatmu setelah apa yang telah kau lakukan padaku. Kerna, saban hari hati ini terasa keras untuk manusia bergelar untukmu...

Akhirnya siap juga apa yang ku tulis. Penatnya. Aku menggeliat kecil. Seraya memejamkan mataku. Penat. Terlalu penat dengan sandiwara manusia amnya. Aku kat sini pun semata-mata ikut ayah bekerja.

Semuanya ternoktah di sini. Itu tekadku. ye ke? otakku tiba-tiba mencetuskan kontroversi. tak, dia takkan lupa punya lah. aku berani kerat jantung nanti. kata hatiku pula. hampeh! tak boleh nak diharap betul dua makhluk ni. ada sahaja yang nak dibangkang kata tuannnya.

Angin laut bertiup dengan lemah gemalai. Sampaikan aku yang sedang bersandar pada pokok rhu terasa anginnya. Erk, malaslah pulak nak masuk. Mataku masih terpejam rapat. Rasa nak tidur kat sini pulak la. Banyak ragam betul!  Bidas otakku. Biarlah! Balas perasaanku pula. Diamlah! Mulutku pula membalas.

“Aku lempang jugak karang. Hesh...” gumamku perlahan.

Tiba-tiba angin yang tadinya menderu dipipiku hilang begitu sahaja. Eh, cepatnya hilang. Baru nak feeling-feeling sikit. Dengusku lembut. Tak apa, mata pun dah mengantuk. Baik tidur kat sini ajelah. Bukan tak ada orang pun. Ramai kot yang tengah berkhemah kat sebelah sana.

“Adei...” desahku lembut apabila terasa benda halus yang berterbangan dan bermain-main dimukaku. Nak kata angin, takkan ada jirim. Terasa kedap dimukaku bila terkena ‘benda’ tu. Perlahan mataku terbuka untuk melihat benda apa sangat yang tergilakan muka aku ni.

Nak terkojol mataku bila melihat dua orang pembantu rumah yang berdiri dihadapanku sedang membuat tarian. “Apa ni Kak Bik.” Marahku dengan muncung panjang sambil menarik selendang yang dikibas oleh Kak Bik.

“Kau ni Dani, buta betullah! Tak nampak ke Puteri Kayangan tengah menari ni? Tengok, lemah gemalai gitu...” sanggah Kak Bik sambil badannya yang bersaiz tripple XL itu meliuk lentok di atas pasir.

“Huh! Tak macam Puteri Kayangan pun Kak Bik? Macam tembikai tengah bergolek atas pasir adalah,”

Kembang kempis hidung Kak Bik. Marah la tu, ada ai kisah? “Aku tak faham betul, mesti ada yang jelouse bila aku cantik sikit dari mereka ni.” Balasnya sambil membetulkan klip rambut berbentuk kepala hello kitty sebesar tapak tangan itu dikepalanya.

“Uwerkkss...” aku buat-buat nak termuntah. Jari telunjuk aku julur dalam mulut.

“Kau tak payah nak poyo lah Dani, aku tahu kau jeles. Woi Niang! Kau tengok aku kejap. Nang? Kau pandang aku!” jerit Kak Bik begitu kuat. Budak-budak yang sedang berkhemah disebelah sudah ada yang memandang.

Niang yang sedari tadi main air pantai aku tengok dah angkat muka.

“Kau tengok aku cantik ke tak? Jawapan kau ya atau yes! Kalau tak, malam ni kau tidur luar resort.” Sambung Kak Bik. Aku tengok Niang dah terangguk-angguk aje kepala dia. Haish, dah macam burung belatuk pulak aku tengok.

“Woi Niang? Aku tanya sekali aje, yang kau terangguk-angguk seratus kali tu kenapa? Nak aku selam kau dalam laut tu ke?” marah Kak Bik. Tangannya sudah dikepal-kepal. Ada yang pecah kepala karang. Laju aje Niang mengeleng.

“Hah hah.., tahu takut..., weh Dani, tengok, gulung pakai jari pun boleh...” Kak Bik sudah menggulung rambutnya.

“Jari masuk pun belum tentu boleh keluar pun.” Ak tak mahu kalah. Ye lah, rambut dah macam megi, bergulung-gulung. Kak Bik sudah berdecit. tertonyeh-tonyeh mulutnya. hai, buatlah selalu Kak Bik, untung-untung herot sebelah muka tu.

“Huh! Tak faham betullah aku dengan orang lelaki ni. Aku lebih sikit pun nak mendengki. Kalau si Niang yang dengki kat aku, tak apa lah jugak, ni kau. Kalau si Niang yang jeles dengan aku, dah lama aku hantar balik indon. Baru tiada saingan.” Kak Bik mendabik dadanya yang besar.

“Aik, bunyi semacam aje Kak Bik? Tadi kata tak ada saingan, ni ada pula Niang tu kenapa? Owh, kak bik rasa tergugat ek sebab Niang tu cantik jugak.” Aku angkat kening. Sengaja mahu menyakat kakak angkat aku yang seorang.

Kuat Kak Bik mendengus. Sekali bunyi macam kerbau sahaja. Seram pulak aku. “Tak ada maknanya aku nak jeles dengan Niang tu. Cantik ape? Muka dah macam rempeyek aje aku tengok. Tu lah, aku suruh pakai Fair and lovely taknak. Asyik duk kata muka dia tu dah cantik! Perasan aje lebih.

Mentang-mentang si Arasigh si bangla yang tengah buat rumah banglo sebelah tergila-gilakan dia. Untung-untung si bangla tu bawak balik negara dia. Baru padan muka.Tengok macam aku ni Dani, mulus, suci dan segar. Lembut... ditangan.” Pipinya diusap dengan tangan. Matanya pula terkedip-kedip ke arahku. Bajet comellah tu!

memang comel pun, otakkku bertelingkah.

yup, sokong jiwaku pula.

Kini aku pula yang mendengus. Bercakap dengan diri sendiri yang selalu tak menyebelah tuan dengan pembantu rumah yang seorang ni memang aku takkan menang. Ada aje ayat nak sakitkan hati aku. Sakit jiwa betul! Dengan ayah aku pun dia boleh lawan mulut. Sabor ajelah. Perlahan dadaku aku usap. Nak meletup rasanya.

“Dah la Kak Bik, jom balik.” Balasku lemah. Buku ditangan aku letakkan dalam poket sweater.

“Alolololo... merajuk pulak adik aku ni. Meh aku belanja kau ABC nak? Jomlah, tadi masa aku dengan Niang datang sini aku tengok kat hujung sana ada jual. Ramai pulak tu lelaki ganteng. Jomlah Dani, pergi makan. Boleh kau nak kenal dengan bakal abang ipar kau. Woi Niang, jom! ABC derr...”

Adeh, ada masa lagi nak touch up diri tu. Gumamku dalam hati. Perlahan kepala aku angguk. Lagipun lama tak pekena ABC ni. Kalau kat bandar, selalu tiap malam lah aku keluar dengan dua orang pembantu aku ni. Selalu aku lah yang belanja. Bukan aku tak tahu, time nak berbayar macam kera aje diorang. Garu sana, garu sini. Jawapan mudah, “la aku tertinggal dompetlah Dani.” Menyampah aku.

Akhirnya kami bertiga berjalan beriringan keluar dari pasir pantai ke kedai makan yang jual ABC. Teruja pulak rasanya.

"Kau memang nak belanja ke Kak Bik?" Tanyaku musykil. Mana tahu, kali ni aku yang kena bayar. Dua orang ni bukan boleh harap. Menggelat banyak dari buat kerja. Nasib baik ayah baik orangnya. Diorang pun kerja buat walaupun ada  degree pemalas.

"Eh, kejap? Aku cakap ke aku nak belanja ni? Bukan kau ke Niang?" Tanya Kak Bik kepada Niang di sebelah.

"Waduh, bilang yang benar Bik. kapan kok? Niang ngak tahu apa-apa sih!" Muka terkejut Niang ditonjolkan.

"Kok, kok... Subuh lambat lagilah Niang! Kau jangan nak menggelat, tadi kau kan yang cakap?" tocang rambut Niang ditarik Kak Bik. Tak matang sungguh diorang ni. Pening aku dengan karena mereka.

Bukan kau pun tak matang jugak ke Dani? Otakku sedar tadi tak habis mengenakan aku mula bersuara.

"Grrr... marah ni. kang aku humban korang dalam laut tu nak?" Marahku pada makhluk bernama otak.

Diam. 

Eh, tak nak balas dah ke otak aku ni? Tahu tu takut kena humban dalam laut. hah...ha...ha...

Diorang saling tarik menarik rambut.

Hampeh.

Kan betul apa aku cakap, dah memang sah-sah aku yang kena bayar. Siot aje diorang nak berdrama kat sini. "Yelah, aku belanja."

"He...he...he..." serentak mereka tersengih. Lepastu diorang buat simbul thums untukku. Aku cekik jugak diorang. Pandai ajak. Yang bayar aku.

Ciss...

Hello 2023