Kau jadikanku sebagai hamba tahanan. Untuk memberi hukuman yang
cukup berat. Atas apa salahku, aku juga tidak mengerti. Untuk bersuara langsung
tidak diberi sama sekali. Yang kau tahu hanya kau yang berteriak lantang. Dan
aku hanya tunduk membisu memendam hati yang telah terluka.
Sampai bila ia akan berakhir, aku juga tidak mengetahuinya.
Semuanya berserah padamu. Kerana takdir aku, telah kau pegang dan ikat dengan
kukuh. Akhirnya aku terpaksa ikut segala kemahuan yang telah kau ciptakan.
Saban hari, kata-kata manis kau ungkapkan. Biarpun ku tahu itu
semua adalah pendustaan. Kau mengikat aku hanya untuk nafsumu. Bukan kerana
hatimu. Kau merantaiku secara ghaib agar aku tidak bisa meloloskan diriku dari
istana buatanmu.
Hari berganti hari, kau menoreh parut lama yang masih lagi tidak
sembuh. Akibatnya luka berdarah kembali seluruh tubuhku. Untuk melawan langsung
tiada daya. Kerana kekuatanku kau telah sedut sebelum kau menderaku.
Pedih dan sakit, kutahan semampu mungkin. Bukan kerana engkau.
Tapi kerana hidupku masih lagi panjang. Kepada Tuhan ku berserah segalanya
ketentuan. Moga-Dia melimpahkan kekuatan
untukku terus kukuh dalam takdir yang telah tercipta.
Hati ini melolong kesakitan atas apa yang telah kau lakukan.
Setelah menyakiti hati ini, kau berlalu tanpa perasaan. Dan boneka itu
terbaring lesu tanpa sepatah kata. Kudratnya sudah hilang berganti hari.
Sakit... itu yang mampu aku ungkapkan. Tapi hanya dalam hati
sahaja. Mulutku terkunci sepenuhnya untuk berbicara. Bagaikan ada sesuatu yang
menyekat maraan suaraku dari memecah gegendang telingamu.
Bila ianya akan berakhir, ku juga tidak tahu. Yang pasti diri
ini akan terus dihukum hinggalah hatimu puas dan sepuasnya. Mungkin masa itu,
kau membuangku tidak ubah seperti kucing kurap! Aku reda. Sekurangnya aku akan
bebas untuk selamanya.
Berdoalah pada Tuhan, semoga suatu hari nanti hati ini tidak
tertutup lagi buatmu setelah apa yang telah kau lakukan padaku. Kerna, saban
hari hati ini terasa keras untuk manusia bergelar untukmu...
p:s - Berbahagialah atas ujian Tuhan, sesungguhnya tiada apa yang lebih istimewa dari kasihnya Tuhan kepada kita. Manusia boleh melakukan apa pun kepada tubuh kita, tetapi jiwa kita bukan haknya. Kerana kita milik Allah :)