Dec 28, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Mencari2 petua nak hilangkan parut.. Ada parut kat lutut ni x nak hilang.. Kesan dari jatuh (x ingat plak jatuh kat ner,rasanya atas jalan tar..). Mak ai, banyaknya petua.. Mana satu nak ikut ni? Kalau kengkawan nak try ikutlah petua2 ni. 

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.




Nov 26, 2013

Me, Hun, Sun


"apa tu?" laju mulutku bertanya ketika Hun duduk disebelahku.

"hoi..! ni lah basikal!"

"buruknya." komenku sepatah sambil muncung. tajam mata memerhati ke hadapan.

"mak, sedapnya mulut mengata basikal adik aku. woi kalau aku tak bawak basikal ni kita nak pergi camana? ko jangan nak buat banyak propa la pulak. kang aku tinggal kat sini!" marah Hun.

huh? akhirnya aku diam

----

"hun?" panggilku

"what?" basikal ditunda perlahan.

"im so hungry..." rengekku.

"huh? tadi sarapan ko makan tak?"

geleng. "nope. tak sempatlah Hun. jom r makan, lapar nih."

"ala kau ni Odi, kalau tak makan tak boleh ke?" rengeknya pula.

amboih, nak suh aku mampus nampak! "lapar lah Hun. tak tahan nih. please Sun..."

"sun? hey, im Hun not Sun! tak kuasa aku nak jadi Sun!" marahnya. opss, silap berkata lah ni.

"sorry, sorry.. aku belanja kau kay?

"okey.."

--------

weh, look...."
'
aku yang sedang menyudu oreo icecream terhenti. "what?"

"tengok weh, tu belakang kau."

badan aku kalih ke belakang, erk, tetiba bulu roma meremang. "what him doing there?"

"ntah, meremang lol bulu aku. erk. tak sanggup aku nak menengok."

mataku dipejam celik. dekat, tangan kiri di atas paha perempuan. aiseh, Sun main raba lah pulak. tetiba kepala dia tunduk sedikit, mapir hingga bertakup bibirnya dengan bibir perempuan itu. uarghrhhhhhh muntah hijau aku rasa.

wekkk,,,, bunyi orang muntah. pantas aku berpaling.

Hun dah mengeluarkan cecair hijau. "weh Hun. malu la orang pandang."

Nov 17, 2013

KELAHIRAN AGUNG IMAM AL-MAHDI



Rahsia yang tersingkap. tiada yang ketahui melainkan mereka yang berakal mencari ilmu itu.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad

<3 MUHAMMAD BIN HASSAN AL-MAHDI - <3

- Yaghud bin Manqush berkata,' aku bertanya Imam, "siapakah tuan kepada semua zaman?" beliau berkata, "tutup langsir itu!" setelah ditutup aku melihat seorang anak comel sekitar umur lapan tahun dengan dahi yang luas, mata yang menarik, tangan yang berlipat kemas dan tahi lalat pada pipi kanannya, kemudian aku melihat anak itu masuk ke sebuah kamar. Imam a.s berkata kepadaku, "pergi lihat didalam bilik itu!" aku masuk ke sana dan mendapati tiada seorang pun di situ.

( Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari kalangan ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh bangsa Arab."
(Sunan at-Tarmizi, Jilid 9; Sunan Abu Daud, Jilid 5).

( Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya tinggi. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun." )

1-        Kewujudannya ( 15 syaaban 255 H = 869 M ) yang tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan bagi ibunya hinggalah ke saat-saat kelahiran.

2-        Ketika masih sebagai janin di dalam rahim ibunya, beliau mendengar suara Bibi Hakimah membaca ayat-ayat Quran dan beliau mengulangi bacaanya dengan baik sehingga Bibi Hakimah terpegun mendengar suaranya.

3-        Sebaik sahaja dilahirkan, beliau terus berdoa kepada Allah dan bersujud kepada pencipta-Nya itu.

4-        Malaikat rahmat turun dari syurga dan menyapu badannya yang bercahaya dengan sayap dan bulu mereka  untuk mendapat restu.

5-        Malaikat agung Jibrail menerima dan mengasuh beliau dengan membawa jasadnya yang suci ke langit dan meletakkannya dibawah perlindungan dan jagaan mereka.

6-        Tubuhnya yang suci mengeluarkan cahaya yang terpancar dari bilik ibunya hingga menerangi ufuk dan cakerawala.

7-        Beliau dilahirkan dalam keadaan bersih, lembut dan halus. Tangan dan anggota badannya yang lain tidak tercemar dengan kotoran dan simbol kesempurnaan fizikal.

8-        Seketika selepas kelahirannya beliau mula berkata-kata, memberi salam kepada ayahnya dan membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara yang merdu.

9-        Pada tangan kanannya terdapat tanda yang berbunyi ‘telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap ( surah al-Isra’:81)’


10-      Beliau melalui proses pembesaran yang luar biasa dan berlipat kali ganda dengan kanak-kanak biasa dimana ketika beliau berumur 40 hari sudah kelihatan seperti kanak-kanak berusia 2 tahun.

Nov 12, 2013

Budak Jalan

Aku budak jalan. lelaki tunggal abad 21. kahkahkah...

dia= "awak...,"
aku= "yer?"
dia= "saya budak jalan."
aku= "saya pun,"
dia= "awak tak kisah ke?"
aku= "taklah, kita kan serupa."

ha...ha...ha... tawa kami akhirnya bersatu dalam Brocklyn Bridge

dia= "awak orang mana?"
aku= "saya orang malaysia, awak?"
dia= "samalah, jika tak, takkan kita nak cakap dengan awak dengan bahasa omputih pulak."

ha..ha..ha... sekali lagi kami ketawa. gamat suara kami di jambatan ini. orang yang lalu lalang melihat kami pelik. haha.. biarlah, kawe punya suko. eh, bahasa om kelantan lah pulak. tadi kat omputih. setelah tawa kami reda.

dia= "awak tak bosan ke?"
aku= "kenapa pulak tanya macam tu?"
dia= "taklah, kita takut awak tak selesa berkawan dengan kita aje."
aku= "don't say like that awak. saya tak suka."
dia= "opsss maaf. kita tak tahu. sorry ek...."
aku= "okey..."
dia= "sorry tau :'( T_T"

senyap. suasana sunyi sepi. hilang semua yang telah terlakar.

dia= "kenapa awak diam? still mad with me?"
aku= "nope lah, saje amik feel. he... he... he..."
dia= "ye lah tu. awak suka melamun. apa yang awak fikir sebenarnya?"
aku= "fikir macam mana saya nak jadi orang kaya."
dia= "hurm... awak kita sedih ni..."
aku= "kenapa sedih?"

suasana kembali sunyi. hanya suara unggas dan angin yang menyapa daun sahaja yang berbunyi.

aku= "dia pulak yang melamun. tadi cakap kita."
dia= "hehehe... tak ada apa lah."
aku= "tadi awak nak cakap apa kat saya?"
dia= "erm, tak ada apa lah."
aku= "hish tengok tu, suka sangat berahsia ngan saya."
dia= "kalau satu hari nanti saya tak ada awak nak buat apa?"
aku= "buat bodoh... ha..ha..ha..."
dia= "awak..!!!"

mata sudah berkaca. air mata yang ingin mengalir pantas diseka. kanvas yang berlatar belakang jambatan Brocklyn dipandang lama. hujung kanan bawah sekali ada nama kami berdua. 'Dans VS Azs' how could you leave me alone here. im alone here. i miss u damn much! perlahan kaki dihayun meninggalkan galeri. sekali lagi aku memandang ke belakang. you always in my heart Azs...

Nov 8, 2013

Motivasi- Realiti Cinta

Realiti cinta

C       - cinta adalah satu perasaan halus yang hadir dalam diri manusia dan ternyata
I        - ia mampu membuat manusia hilang pertimbangan dalam perhubungan
N       - namun apabila manusia sudah tersalah langkah pelbagai kisah bakal terjadi walaupun,
T       - tanpa sedar perlakuan meraka itu hinggakan sesebuah perhubungan ranap dan musnah hanya dalam masa sekejap.
A       - alangkah indah cinta itu andai manusia mengetahui cinta pada yang betul adalah yang terbaik dan yang terindah dalam kehidupan.



Kenapa harus cinta jika ada kesakitan?

-          Kita tidak akan merasai kenikmatan sesebuah cinta seandainya dalam cinta hanya ada kemanisan. Seperti juga tubuh badan. Jika selalu manis rasanya tidak enak dan mudah dijangkiti penyakit. Begitu juga dengan cinta. Pabila ada kesakitan, ketika itulah mereka akan belajar apa ertinya cinta. Mencintai seseorang boleh, tapi dengan berhati-hati. Andai satu saat kita disakiti kita masih mampu untuk berdiri lagi.


Dalam mimpi dia selalu hadir

-          Apabila kita selalu teringat akan seseorang, hanya bayang dan wajah itulah yang sering hadir dalam ingatan. Persoalannya adakah dia juga seperti kita mengingati dan merindui diri kita ini? Tidak salah kita mengingatinya. Tapi jangan terlalu menaruh perasaan itu hingga membuat kita yang tersungkur dan frust.


Penat menunggu si dia membalas
-          Sakit rasanya dalam hati apabila kita sering menunggu dan menunggu dia membalas sms kita. Sehari kita sms belum tentu dia akan membalasnya kembali. Kadang-kadang apabila kita menelefon dirinya langsung tidak berangkat. Alasannya sibuk. Takkan pukul 12 malam masih sibuk? Semacam pula rasanya. Dalam hati kita pula berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Sudah tentu perasaan marah yang membuak-buak. Masa tu baru kita terfikir, adakah dia masih menyayangi kita?


Rindu sering bertamu walaupun sia-sia

-          Setiap hari hanya si dia yang kita ingati. Setiap hari hanya si dia yang mampu membuat kita menangis. Menangis kerana terlalu rindukannya. Sekali tengok, kadang-kadang kita terasa macam orang bodoh. Itulah penangan cinta. Tapi bila sudah putus jangan ada yang meraung dan cuba-cuba untuk membunuh diri. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Pasti ada yang terbaik untuk kita nanti.


Tidak menunjuk perasaan pada si dia

-          Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa percintaan sering terputus. Melewakan meluahkan perasaan kita terhadapnya. Atau mungkin kita berasa malu untuk mengungkap rasa sayang untuknya. Disebabkan hal ini si dia merasakan tersisih atau tidak disayangi. Cuba meluahkan rasa cinta kita untuknya. Cover malu untuk sekejap dan luahkan. In sya Allah semua ditanggung beres!


Makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah

-          Simbolik apakah itu? Dari segi zahir ia tergolong dalam golongan M-E-R-O-Y-A-N. Ramai yang akan membangkang. Bagi mereka itulah simbol kekuatan sesebuah cinta. Simbol utuhnya cinta itu. Tidak salah, itu adalah pandangan berbeza setiap manusia. Tapi perlu ke mereka lalukan perbuatan seperti itu? Seandainya satu hari nanti mereka ditinggalkan adakah Makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah akan terjadi? Itu akan benar-benar terjadi. Apabila cinta hati mereka telah berpaling tadah sikap dan emosi saling berperang sesama sendiri. Hinggakan sikologi pemikiran mereka menjadi secetek-ceteknya.



Takkan lari gunung dikejar / melengah-lengahkan masa

-          Mengejar gunung semestinya akan dapat. Tapi mengejar manusia adakah akan dapat ditangkap? Maksudnya, ambillah peluang yang ada sementara masih ada. Luahkan perasaan anda. Jika anda ditolak, sekurangnya anda sudah berusaha dari berdiam diri sehingga orang yang disukai itu telah disambar orang. Pepatah sesuai, yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat. Having a nice day!


Dimanja dan bermanja

-          Opss...! itu hanya untuk mereka yang telah berkahwin sahaja. Bak kata Ustaz Azhar, karang keluar baby pondok. Bagi mereka yang belum berkahwin, konteks dimanja dan bermanja adalah dengan mengambil berat antara satu sama lain. Cukuplah sentiasa bertanya khabar walaupun sesibuk mana sekalipun. Sekurangnya pasangan anda tidak merasa tersisih dari anda. Ini memungkinkan pasangan anda merasa dihargai dan disayangi sokmo!

D - dia datang penuh senyuman
I - indahnya hingga ada yang tersungkur
N - namun hatinya sukar ditebak hinggalah
I - ia sendiri yang memutuskan apa itu pengakhiran

D - dalam banyak-banyak gelaran itulah yang selalu digelar
A - angkatan dengan hampir dengan nama yang lain
N - namun bila disebut gelaran lain ramai yang termangu sendiri
I - itulah Dini Dani nama diberi


Oct 26, 2013

jangan pandang hanya sebuah lukisan

Lukisan bukanlah sesuatu yang hanya untuk dipandang sahaja. pandanglah sesebuah lukisan dengan lama. tumpukan mata anda ke arahnya. anda akan menjumpai kisah yang tersirat disebaliknya.
*ELEMEN dan PRINSIP seni amat penting dalam sesebuah lukisan. tidak hairan lukisan yang kelihatan biasa, namun jika mempunyai ciri yang tersebut akan memakan harga jutaan ringgit.




apa yang anda dapat dalam pemerhatian sebuah lukisan?

tersurat:

1- seorang lelaki sedang berdiri dalam ke hujanan.
2- hujan turun dengan lebatnya
3- seorang lelaki sedang berlari-lari
4- seorang lelaki sedang berpayung

itu yang mata kasar manusia nampak.

Tersirat:

1- mungkin pelukis ingin mengambarkan  tantang suasana hujan.
2- berkemungkinan juga pelukis ingin menyampaikan tentang rahmat yang Tuhan curahkan.
3- jika diamati gambar, seorang lelaki sedang berhujan dengan kepala didongak ke atas jelas menunjukkan lelaki itu sedang tersenyum.( DREAMS ) mungkin lelaki itu merasa bahagia setelah lama ditimpa musibah.

catatan pendek dari saya : DANI
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA,
JABATAN SENI REKA LOGAM HALUS ( fine metal designer )

Oct 23, 2013

Cerpen: Ternoktah Di Sini

watak-watak utama:

Dani
Kak Bik

***********************************************


Niang




Langkahku terhenti. Aku duduk bersila diatas pasir dibawah pokok. Buku bertinta warna emas aku buka. Pen aku capai dari poket seluar. Mula mencoret segala luahan hati. Sesekali tangan ini berhenti menulis. Mengingat peristiwa dahulu sambil menikmati suasana malam yang indah ini. Suasana yang makin sejuk. Zip sweater aku tarik hingga paras dagu.

Kau jadikanku boneka untuk menghilangkan rasa sunyimu yang telah lama tersimpul. Dan aku menerima tanpa banyak pinta, bibir ini dipaksa juga untuk melukis senyuman manis, biarpun cukup terasa pahitnya.

Kau berdiskusi tentang sakitnya cinta yang telah kau lalui. Walaupun hatiku telah lama merasai betapa kotornya cinta itu. Melihat engkau tersenyum sudah memadai buatku, itu tandanya kau telah merasai nikmat hidup kembali.

Aku tidak menyekat perkembanganmu kerana aku mahu kau bebas, seperti terbang nya burung di awan. Biarpun diriku terpateri kukuh dalam sangkar yang kau cipta sendiri. Sekali kau bebas, pergilah... andai itu yang terbaik.

Terbanglah ke mana yang kau sukai. Bahkan untuk kembali kepada si dia sekalipun! Ingatlah diri ini tidak pernah terasa dan berkira untuk itu. Bahkan juga aku tumpang gembira untukmu. Terpulang padamu untuk kembali kepadaku lagi, kerna... boneka ini sentiasa akan menerimamu dengan penuh terbuka. Andai itu yang sudah tertulis takdir untukku.

Padamu, diriku langsung tiada sebarang kelebihan. Setiap saat, setiap detik kau menceritakan kelebihan mereka. Dan aku tahu, waktu itu kau merendah-rendahkan martabatku sebagai seorang pendamping setiamu. Setiap waktu itu juga, bibir ini digugah juga untuk menguntum senyum biarpun dalam hati cukup terasa perihnya.

Apakah hatimu masih menyayangi mereka? Tidak adakah sekelumit pun perasaan simpatimu untukku? Bukan kuminta banyak... cukuplah hanya secebis sahaja. Agar aku turut merasai sedikit rasa kemanusiaan.

Dihadapan umum, kau mengherdikku tanpa henti. Entahlah, mungkin bagimu itu satu gurauan sahaja. Tapi buatku itu cukup hina. Namun, apa dayaku ini. Hanya mampu terus terkaku, terdiam dan menunduk menahan rasa hati yang disiat-siat olehmu tanpa sedar. Aku tahu kau sedar itu. Jika tidak, tak kan terus dan terus kau mengherdikku bagaikan tiada harga diri. Rupanya maruah seorang boneka hanya ditelapak kaki sahaja layaknya.

Tika itu jika kau nak tahu, hatiku menangis dan meraung. Malu, kau tahu? Malu!!! Maruahku diinjak sebegitu. Yang lain hanya memandangku sambil ketawa. Tapi aku sabar, kerana  dari dulu aku terus bersabar. Kerna, perasaan hormatku untuk yang lebih tua masih ada!

Kau juga harus tahu, boneka ini bernyawa. Boneka ini punya hati dan boneka ini juga punya rasa. Setiap masa, boneka ini hanya makan hati. Sakit melapah hati yang telah busuk! Hari demi hari, hati boneka ini terus menjadi keras. Dan mungkin satu saat nanti kau akan merasai, apa itu erti kesakitan! Boneka yang kau ciptakan ini akan melapah engkau!

Setiap kali aku cuba terbang dan melangkah dari sangkar, kau akan meyekatku. Pabila engkau melihatku tersenyum bersama orang lain, pasti wajahmu akan berubah garang. Engkau marah aku bersuka ria dengan orang lain. Aku hanya hak kau, dan akan terus kekal hak kau! Tapi apa yang aku dapat? Herdikan dan bahan ejekan kau semata-mata!

Salahkah aku mendapatkan sedikit hiburan dari mereka. Mengubat hati yang sakit atas perbuatanmu sendiri. Bukan selamanya kuminta. Hanya sekejap sahaja. Lima minit sudah mencukupi untukku.

Kehidupan boneka rupanya langsung tiada harga.  Baru kusedar itu. Biarpun sudah berkali-kali diri ini mengingatkan hati. Akhirnya memakan diri jua.

Helaian seterusnya aku belek. Hampir penuh satu buka aku menulis. Gumamku perlahan. Tapi tangan ini masih lagi gatal untuk menulis. Eh, semangat semacam lah pulak. Akhirnya aku menyambung lagi tulisanku.

Kau jadikanku sebagai hamba tahanan. Untuk memberi hukuman yang cukup berat. Atas apa salahku, aku juga tidak mengerti. Untuk bersuara langsung tidak diberi sama sekali. Yang kau tahu hanya kau yang berteriak lantang. Dan aku hanya tunduk membisu memendam hati yang telah terluka.

Sampai bila ia akan berakhir, aku juga tidak mengetahuinya. Semuanya berserah padamu. Kerana takdir aku, telah kau pegang dan ikat dengan kukuh. Akhirnya aku terpaksa ikut segala kemahuan yang telah kau ciptakan.

Saban hari, kata-kata manis kau ungkapkan. Biarpun ku tahu itu semua adalah pendustaan. Kau mengikat aku hanya untuk nafsumu. Bukan kerana hatimu. Kau merantaiku secara ghaib agar aku tidak bisa meloloskan diriku dari istana buatanmu.

Hari berganti hari, kau menoreh parut lama yang masih lagi tidak sembuh. Akibatnya luka berdarah kembali seluruh tubuhku. Untuk melawan langsung tiada daya. Kerana kekuatanku kau telah sedut sebelum kau menderaku.

Pedih dan sakit, kutahan semampu mungkin. Bukan kerana engkau. Tapi kerana hidupku masih lagi panjang. Kepada Tuhan ku berserah segalanya ketentuan. Moga-Dia melimpahkan  kekuatan untukku terus kukuh dalam takdir yang telah tercipta.

Hati ini melolong kesakitan atas apa yang telah kau lakukan. Setelah menyakiti hati ini, kau berlalu tanpa perasaan. Dan boneka itu terbaring lesu tanpa sepatah kata. Kudratnya sudah hilang berganti hari.

Sakit... itu yang mampu aku ungkapkan. Tapi hanya dalam hati sahaja. Mulutku terkunci sepenuhnya untuk berbicara. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat maraan suaraku dari memecah gegendang telingamu.

Bila ianya akan berakhir, ku juga tidak tahu. Yang pasti diri ini akan terus dihukum hinggalah hatimu puas dan sepuasnya. Mungkin masa itu, kau membuangku tidak ubah seperti kucing kurap! Aku reda. Sekurangnya aku akan bebas untuk selamanya.

Berdoalah pada Tuhan, semoga suatu hari nanti hati ini tidak tertutup lagi buatmu setelah apa yang telah kau lakukan padaku. Kerna, saban hari hati ini terasa keras untuk manusia bergelar untukmu...

Akhirnya siap juga apa yang ku tulis. Penatnya. Aku menggeliat kecil. Seraya memejamkan mataku. Penat. Terlalu penat dengan sandiwara manusia amnya. Aku kat sini pun semata-mata ikut ayah bekerja.

Semuanya ternoktah di sini. Itu tekadku. ye ke? otakku tiba-tiba mencetuskan kontroversi. tak, dia takkan lupa punya lah. aku berani kerat jantung nanti. kata hatiku pula. hampeh! tak boleh nak diharap betul dua makhluk ni. ada sahaja yang nak dibangkang kata tuannnya.

Angin laut bertiup dengan lemah gemalai. Sampaikan aku yang sedang bersandar pada pokok rhu terasa anginnya. Erk, malaslah pulak nak masuk. Mataku masih terpejam rapat. Rasa nak tidur kat sini pulak la. Banyak ragam betul!  Bidas otakku. Biarlah! Balas perasaanku pula. Diamlah! Mulutku pula membalas.

“Aku lempang jugak karang. Hesh...” gumamku perlahan.

Tiba-tiba angin yang tadinya menderu dipipiku hilang begitu sahaja. Eh, cepatnya hilang. Baru nak feeling-feeling sikit. Dengusku lembut. Tak apa, mata pun dah mengantuk. Baik tidur kat sini ajelah. Bukan tak ada orang pun. Ramai kot yang tengah berkhemah kat sebelah sana.

“Adei...” desahku lembut apabila terasa benda halus yang berterbangan dan bermain-main dimukaku. Nak kata angin, takkan ada jirim. Terasa kedap dimukaku bila terkena ‘benda’ tu. Perlahan mataku terbuka untuk melihat benda apa sangat yang tergilakan muka aku ni.

Nak terkojol mataku bila melihat dua orang pembantu rumah yang berdiri dihadapanku sedang membuat tarian. “Apa ni Kak Bik.” Marahku dengan muncung panjang sambil menarik selendang yang dikibas oleh Kak Bik.

“Kau ni Dani, buta betullah! Tak nampak ke Puteri Kayangan tengah menari ni? Tengok, lemah gemalai gitu...” sanggah Kak Bik sambil badannya yang bersaiz tripple XL itu meliuk lentok di atas pasir.

“Huh! Tak macam Puteri Kayangan pun Kak Bik? Macam tembikai tengah bergolek atas pasir adalah,”

Kembang kempis hidung Kak Bik. Marah la tu, ada ai kisah? “Aku tak faham betul, mesti ada yang jelouse bila aku cantik sikit dari mereka ni.” Balasnya sambil membetulkan klip rambut berbentuk kepala hello kitty sebesar tapak tangan itu dikepalanya.

“Uwerkkss...” aku buat-buat nak termuntah. Jari telunjuk aku julur dalam mulut.

“Kau tak payah nak poyo lah Dani, aku tahu kau jeles. Woi Niang! Kau tengok aku kejap. Nang? Kau pandang aku!” jerit Kak Bik begitu kuat. Budak-budak yang sedang berkhemah disebelah sudah ada yang memandang.

Niang yang sedari tadi main air pantai aku tengok dah angkat muka.

“Kau tengok aku cantik ke tak? Jawapan kau ya atau yes! Kalau tak, malam ni kau tidur luar resort.” Sambung Kak Bik. Aku tengok Niang dah terangguk-angguk aje kepala dia. Haish, dah macam burung belatuk pulak aku tengok.

“Woi Niang? Aku tanya sekali aje, yang kau terangguk-angguk seratus kali tu kenapa? Nak aku selam kau dalam laut tu ke?” marah Kak Bik. Tangannya sudah dikepal-kepal. Ada yang pecah kepala karang. Laju aje Niang mengeleng.

“Hah hah.., tahu takut..., weh Dani, tengok, gulung pakai jari pun boleh...” Kak Bik sudah menggulung rambutnya.

“Jari masuk pun belum tentu boleh keluar pun.” Ak tak mahu kalah. Ye lah, rambut dah macam megi, bergulung-gulung. Kak Bik sudah berdecit. tertonyeh-tonyeh mulutnya. hai, buatlah selalu Kak Bik, untung-untung herot sebelah muka tu.

“Huh! Tak faham betullah aku dengan orang lelaki ni. Aku lebih sikit pun nak mendengki. Kalau si Niang yang dengki kat aku, tak apa lah jugak, ni kau. Kalau si Niang yang jeles dengan aku, dah lama aku hantar balik indon. Baru tiada saingan.” Kak Bik mendabik dadanya yang besar.

“Aik, bunyi semacam aje Kak Bik? Tadi kata tak ada saingan, ni ada pula Niang tu kenapa? Owh, kak bik rasa tergugat ek sebab Niang tu cantik jugak.” Aku angkat kening. Sengaja mahu menyakat kakak angkat aku yang seorang.

Kuat Kak Bik mendengus. Sekali bunyi macam kerbau sahaja. Seram pulak aku. “Tak ada maknanya aku nak jeles dengan Niang tu. Cantik ape? Muka dah macam rempeyek aje aku tengok. Tu lah, aku suruh pakai Fair and lovely taknak. Asyik duk kata muka dia tu dah cantik! Perasan aje lebih.

Mentang-mentang si Arasigh si bangla yang tengah buat rumah banglo sebelah tergila-gilakan dia. Untung-untung si bangla tu bawak balik negara dia. Baru padan muka.Tengok macam aku ni Dani, mulus, suci dan segar. Lembut... ditangan.” Pipinya diusap dengan tangan. Matanya pula terkedip-kedip ke arahku. Bajet comellah tu!

memang comel pun, otakkku bertelingkah.

yup, sokong jiwaku pula.

Kini aku pula yang mendengus. Bercakap dengan diri sendiri yang selalu tak menyebelah tuan dengan pembantu rumah yang seorang ni memang aku takkan menang. Ada aje ayat nak sakitkan hati aku. Sakit jiwa betul! Dengan ayah aku pun dia boleh lawan mulut. Sabor ajelah. Perlahan dadaku aku usap. Nak meletup rasanya.

“Dah la Kak Bik, jom balik.” Balasku lemah. Buku ditangan aku letakkan dalam poket sweater.

“Alolololo... merajuk pulak adik aku ni. Meh aku belanja kau ABC nak? Jomlah, tadi masa aku dengan Niang datang sini aku tengok kat hujung sana ada jual. Ramai pulak tu lelaki ganteng. Jomlah Dani, pergi makan. Boleh kau nak kenal dengan bakal abang ipar kau. Woi Niang, jom! ABC derr...”

Adeh, ada masa lagi nak touch up diri tu. Gumamku dalam hati. Perlahan kepala aku angguk. Lagipun lama tak pekena ABC ni. Kalau kat bandar, selalu tiap malam lah aku keluar dengan dua orang pembantu aku ni. Selalu aku lah yang belanja. Bukan aku tak tahu, time nak berbayar macam kera aje diorang. Garu sana, garu sini. Jawapan mudah, “la aku tertinggal dompetlah Dani.” Menyampah aku.

Akhirnya kami bertiga berjalan beriringan keluar dari pasir pantai ke kedai makan yang jual ABC. Teruja pulak rasanya.

"Kau memang nak belanja ke Kak Bik?" Tanyaku musykil. Mana tahu, kali ni aku yang kena bayar. Dua orang ni bukan boleh harap. Menggelat banyak dari buat kerja. Nasib baik ayah baik orangnya. Diorang pun kerja buat walaupun ada  degree pemalas.

"Eh, kejap? Aku cakap ke aku nak belanja ni? Bukan kau ke Niang?" Tanya Kak Bik kepada Niang di sebelah.

"Waduh, bilang yang benar Bik. kapan kok? Niang ngak tahu apa-apa sih!" Muka terkejut Niang ditonjolkan.

"Kok, kok... Subuh lambat lagilah Niang! Kau jangan nak menggelat, tadi kau kan yang cakap?" tocang rambut Niang ditarik Kak Bik. Tak matang sungguh diorang ni. Pening aku dengan karena mereka.

Bukan kau pun tak matang jugak ke Dani? Otakku sedar tadi tak habis mengenakan aku mula bersuara.

"Grrr... marah ni. kang aku humban korang dalam laut tu nak?" Marahku pada makhluk bernama otak.

Diam. 

Eh, tak nak balas dah ke otak aku ni? Tahu tu takut kena humban dalam laut. hah...ha...ha...

Diorang saling tarik menarik rambut.

Hampeh.

Kan betul apa aku cakap, dah memang sah-sah aku yang kena bayar. Siot aje diorang nak berdrama kat sini. "Yelah, aku belanja."

"He...he...he..." serentak mereka tersengih. Lepastu diorang buat simbul thums untukku. Aku cekik jugak diorang. Pandai ajak. Yang bayar aku.

Ciss...

Oct 12, 2013

Cerita pendek- Watikah seorang Isteri

ps: ini hanya rekaan semata-mata... tiada kaitan  antara yang hidup mahupun yang telah mati.


Batu nisan no 15,
Tanah Perkuburan Islam Kg Kulim,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani. Tuhan pencipta Alam, yang memiliki Arasy di hari pembalasan lagi yang maha berkuasa mutlak. Tiada TUHAN melainkan Dia dan Muhammad itu utusan-Nya.

Untuk anakku permata hati ibu. Dengarkanlah watikah dari seorang insan yang miskin lagi hina ini. Anakku, tika dirimu membaca watikah ini mungkin hari ini ibu sudah tidak ada dalam dunia ini lagi. Anakku, dengarlah, SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI.

Anakku, tiada apa yang mampu ibu ungkapkan, melainkan  kata penuh syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk mengandung dan melahirkan kamu. Allah… tidak terucap rasa syukurnya pada Ilahi betapa gembiranya hati ini.

Anakku, berjanjilah dengan ibu, sayanglah ayahmu secukupnya seperti mana ibu menyayangi ayahmu dalam diam. Anakku, tunjukkan sayangmu secara zahir, jangan menjadi seperti ibu hanya mampu melafazkan kalimah saying dalam hati sahaja. Diri ini langsung tidak diberi kesempatan untuk menyayangi secara zahir, oleh itu ibumu hanya meluahkan dalam hati.

Anakku, berjanjilah jangan membenci ayahmu dalam hal ini. Dia langsung tidak bersalah, ibu yang bersalah, pipit hodoh ini ada hati mahu bergandingan dengan enggang. Bagai bumi dengan langit bukan? Tapi anakku, ketahuilah… hati ibu ini sudah terlanjur mencintai ayahmu. Ibu sendiri tidak pasti bila perasaan ini hadir, mungkin saat ayahmu melafazkan ijab dan Kabul dahulu.

Hanya nama ayahmu yang selalu bergetar dalam hati ibu, tiada yang lain. Anakku, setiap kali ada peluang untukmu, ciumlah tangan ayahmu. Lakukanlah demi ibu. Ketika kalian mencium tangan ayahmu, serasa waktu ibu yang mencium tangan ayahmu.

Dulu, ingin sekali ibu mencium tangan ayahmu. Menunggu ayahmu setiap petang di hadapan pintu rumah semata-mata untuk menyambut kepulangan ayahmu, mencium tangan ayahmu dan ingin sekali ibu merasakan  hangatnya bibir ayahmu melekap di dahi ibu. Ah, ini semua mesti ibu terpengaruh dari cerita-cerita dalam novel. Apakan daya anakku, ibu hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan juga.

Anakku, tahukah kalian, tidak pernah sekali ibu merasainya. Bahkan untuk menyentuh ibu ayahmu terasa jijik. Hina sungguh kan? ibu ini anakku. Bercakap dalam nada kasar dengan ibu. Anakku, ibumu bukan ingin memburukkan ayahmu, tapi ibu mahu kalian jangan bersikap seperti ayahmu. Sayanglah sesiapa pun, selagi kita bergelar hamba Allah.

Anakku, ibu tidak pernah kecewa. Sekurangnya ayahmu sudi berbicara dengan perempuan hodoh dan hina ini. Hati sudah cukup gembira anakku. Anakku, sedihnya hati ini. Saat mengetahui diri ibu disahkan menghidap barah paru-paru. Allah, tak terucap rasanya. Bukan apa, belum pun puas hati ibu untuk bersama kalian, ibu harus pergi terlebih dahulu.

Sedihnya ibu, siang malam ibu berdoa semoga umur ibu dipanjangkan. Ingin sekali ibu melihat anak-anak ibu berpakaian seragam sekolah, pasti comel bukan? Ibu sudah membayangkan ketika kalian pulang dari sekolah, memanggil-manggil nama ibu ketika ibu didapur untuk memasak makanan kegemaran kalian. Ah, alangkah bahagianya ibu rasanya.

Tapi anakku, itu adalah takdir untuk ibu, hadiah yang paling istimewa selain kalian berdua dari Tuhan. Ibu terima dengan ikhlas. Allah punya rancangan yang hebat disebaliknya. Mana tahu, ayahmu akan berubah suatu hari nanti saat ibu sudah tidak ada?

Anakku, ketahuilah saat ibu menulis watikah ini, bibir ibu menguntum senyuman yang paling lebar, seolah ibu dapat melihat wajah kacak anak-anak ibu sekarang ini. Anak ibu Syed Muhammad Ammar Mukhriz dan Syed Muhammad Amer Islah, jangan terkejut ibu memanggil nama kalian. Kerna, nama inilah yang ibu pilih saat ibu tahu kalian hadir dalam perut ibu.

Anakku, ibu rindukan ayahmu. Terlalu rindu. Tak terucap rasa rindu ini anakku. Tiada penghujung rasa rindu ini. Alangkah bahagianya jika ayahmu juga merindui ibu. Anakku, sampaikan salam sayang ibu buat ayahmu. Biarpun ibu tahu, ayahmu tidak pernah menyayangi ibu. Tapi itu tidak mengapa, ibu tidak bersedih kerna diri ini sememangnya tidak layak disenangi.

Anakku, jika boleh ibu mahu kalian datang bersama ayah melawat pusara  ibu. Ingatlah anakku, walaupun jasad ibu telah lama dimamah tanah. Namun, hati ibu masih subur dalam diri kalian. Ingat anakku. Kalian permata hati ibu, lambang cinta ibu terhadap ayahmu.

Anakku yang dirahmati Allah, selagi ada nyawa. Berkorban dan buatlah kebaikan buat insan yang bernama ayah. Sesungguhnya tiada apa yang lebih besar pengorbanan berbanding kebaikan itu. Jangan harapkan pembalasan. Haraplah mendapat keredaan Allah swt.

Pujuk dan pimpinlah ayahmu ke jalan yang Allah redai. Kalian sebagai anak harus mengambil tanggungjawab itu. Itulah tugas kalian sebagai anak. Tak kan, kalian sanggup melihat ayahmu terus-terusan berada dalam kegelapan?

Anakku, masa ibu untuk kalian sudah terhad. Ibu harus pergi dahulu. Doakan ibu tenang di alam sana. Hati ibu, ibu serahkan pada kalian. Ingatlah ibu walau dimana pun kalian berada.

"Ya Allah, kutitipkan kedua puteraku dalam jagaan-MU. Lindung dan rahmatilah anakku, kerana akusebagai ibu terlalu sayang akan mereka."

Wasalam.
Siti Maisarah Al Ayubi,




Takdir atau kebetulan?


Ingat lagi World Trade Centre 

Keruntuhan bangunan WTC pada 11 September 2001 ternyata sudah ada tertulis di Al Qur'an sejak 1500 tahun yg laluPasti sobat semua sudah tahu tentang runtuhnya WTC tapi disini penulis ingin memberikan fakta baru tentang kemukjizatan Al Qur'an.Hal itu disinggung Al Qur'an tepatnya di surat: At Taubah ayat 109:"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam . Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim "

Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalimPada surat At Taubah diatas telah disebutkan kata "JURUFIN HAR" yang oleh ulama tafsir dulu diterjemahkan sebagai "heheitepi jurang yang runtuh"
​​ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, yaitu: 

Jalan JERF HAR.Bangunan WTC runtuh pada tarikh 11-9-2001
Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata):Tarikh 11 adalah tarikh terjadinya tragedi WTC, apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.

Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Al-Quran,
Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001, apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan bila hal tersebut sudah tertuang dalam QS At Taubah di ayat ke 109
Peristiwa runtuhan bangunan WTC beberapa tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang. 
Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614. 

Setelah berakhirnya perang tersebut, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum yang menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam jangka masa beberapa tahun. Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan dalam al-Quran.

ps:// rahsia TUHAN meliputi segalanya. Al-Quran pelengkap segala persoalan, tidak hanya pada ayatnya sahaja, angka atau nombor juga dalam Al-Quran punya kisah tersendiri. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. 

Hello 2023