sebelumnya-
Bab 7
Dia
bersandar lesu di hadapan pintu pagar rumah teres dua tingkat. Perut yang
terasa senak diurut perlahan. Kepalanya pula berdenyut-denyut agak kuat.
Pintu
pagar digugahnya berkali-kali. Untuk bersuara langsung tiada daya. “Mai, bukak
pintu Mai. Aku sakit. Tolong aku Mai...” perlahan suaranya. Digagah juga
badannya untuk berdiri ketika pintu pagar rumah Hasbul Wafiy ditutup. Orang
yang memandang pelik padanya langsung dia tidak peduli. Orang hanya akan kata
dia gila. Akhirnya sampai juga dia di hadapan rumah Maizara.
Maizara
menguap beberapa kali. Tidurnya terganggu dek bunyi pagar besi berbunyi bising.
Pintu rumah dikuak perlahan sebelum matanya terbuka luas. Hilang terus
kantuknya.
“Hah,
Aisyah!” jerit Maizara. Dia berlari mendapatkan batang tubuh yang terkulai di
sisi pagar rumahnya.
Aisyah
membuka matanya perlahan-lahan. Figura Maizara di sisinya dipandang sebelum dia
bersuara. “Mai, dia dah halau aku. Tolong aku Mai, aku dah tak ada tempat
berteduh.
Tolong mai, sakit... anak aku...” adu Aisyah sambil tangannya
mengusap perut. Akhirnya Aisyah terkulai layu dipangkuan Maizara.
“Aisyah...!”
jerit Aisyah.
Bab 8
Baju
ditangan dihentak ke sofa. Tubuhnya pula dihentak di atas katil empuk. Matanya
terpejam rapat. Dia mendengus! Sakit hati masih bersisa dalam diri. Bebelan
mama masih lagi kedengaran di cuping telinganya.
“Apa
nak jadi dengan Wafiy ni hah! Apa yang dah Wafiy buat pada Aisyah sampai dia
lari dari rumah?” marah Datin Rubiah. Sakit hati betul dengan perangai anak
yang langsung tidak matang.
“Mana
ada Wafiy buat apa-apa.” Bela Wafiy, dia yang sedari tadi diam mula bersuara.
“Mana
boleh tak ada apa-apa, Wafiy ingat mama tak tahu? Wafiy tak pernah berlembut
dengan dia pun, yang Wafiy tahu cakap kasar dan kesat.
Wafiy
tak kasihan kat dia ke hah? Dari dulu lagi dia cukup dibenci keluarga sendiri,
tak kan Wafiy pun nak jadi macam keluarga mereka?” tekan Datin Rabiah lagi.
matanya mencerun memandang anak teruna yang duduk dihadapannya.
“Pak
Cik Lan sendiri yang suruh Wafiy dera dia!” suara Wafiy juga sedikit tegang.
Marah sungguh bila mama membela perempuan itu. Entah apa yang ada pada
perempuan itu pun dia tidak tahu.
“Allah,
kenapa Wafiy ikut kata dia? Apa nak jadi dengan Wafiy ni hah! Dia tu bukan
manusia tahu! dia tu bapa berhati binatang!” tengking Datin Rabiah. Terasa hati
bila anaknya meninggikan suara kepadanya lebih lagi anaknya menurut perangai
binatang bapa mertua merangkap besannya.
“Kat
mana dia sekarang?” tanya Datin Rabiah lagi. matanya tepat memandang anak
teruna yang sedang menunduk itu.
“Entah,
Wafiy dah halau dia.” Balas Wafiy selamba.
“Apa!!!
Anak kurang ajar. Aku tak ajar kau jadi dayus.” Naik oktaf suara Datin Rabiah.
Pang!
“Aku
ingat bila aku kahwinkan kau dengan dia, kau boleh jaga dia. Rupanya kau ni
sama je berhati binatang dengan mereka!” amuk Datin Rabiah lagi. Dadanya
tercungap-cungap menahan getaran.
Terasa
perih di pipi Wafiy. Dia memandang tajam mata mamanya. Sakit hati. Tanpa
menunggu dia berlalu ke bilik.
“Argh...!”
Tempiknya.
Bilik
yang kalis bunyi memungkinkan orang luar mendengar tempikannya. Bantal peluk
disisinya seperti raut wajah itu. Bantal peluk dihentam kuat menggunakan
tangan. Ibarat dirinya sedang menumpuk wajah itu.
Bibirnya
menguntum senyuman sinis. Hatinya puas. Puas melepaskan amarah di dada.
“Siap
kau kalau aku jumpa kau pompuan, memang takkan hidup lama kau aku kerjakan!”
dengusnya kuat. Dia berlalu ke bilik air.
Bab 9
“Aisyah
kau tak rasa sedih ke bila keluarga kau buat kau macam tu? Lebih lagi suami
kau?”
Aisyah
mengeleng. Bibirnya dipaksa supaya terbuka untuk senyum. Walaupun cukup terasa
hambarnya. Tangannya diletakkan di atas meja batu.
“Itu resepi
dari Tuhan untuk aku Mai. Resepi yang tiada tara nilainya. Besar sungguh anugerah
Allah itu, hingga dengan nyawa aku sendiri pun aku tak dapat nak balas. Kau
tahu, aku malu sangat-sangat pada Allah.
Aku
ni iman cukup rapuh lagi. Tapi Dia menghadiahkan aku resepi yang cukup
istimewa. Aku malu. Allah... mana aku nak letak muka aku ni.”
“Tu
keseksaan kau kata resepi? Kau ni kenapa Aisyah, kalau pun nak sedapkan hati
aku kau tak payahlah, nak cakap macam tu.” Sanggah Maizara keras. Matanya
membulat memandang Aisyah di sisinya.
“Astaqfirullah,
kenapa dengan kau ni Mai? Betul apa yang aku cakap tu. Dengar sini Mai.
‘Seandainya ujian yang Allah titipkan kepada hambanya itulah resepi cinta Tuhan
untuk hambanya. Hadiah yang berupa kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.’ Ujian
yang Allah bagi kat aku, aku tak pernah anggap ianya satu bala. Aku terima
dengan reda. Aku ikhlas.
Kau
tahu, dalam dunia ni aku tidak pernah terima kasih sayang dari sesiapa. Bapak
aku pun sekali tak pernah bagi kat aku selama aku hidup. Nak sentuh hujung
kukupun dia jijik tahu. Yang dia bagi, hanya caci maki. Abang dan kakak aku?
aku mati pun belum tentu diorang bagi aku kasih sayang tu. Suami aku? cukuplah
dia terseksa kerana mengahwini aku.” balas Aisyah lagi. Nada sedaya upaya
supaya bersahaja.
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak
pula) pada dirirmu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang
yang sombong lagi membanggakan diri. (Al-Hadid: 22-23)
“Bapak
kau tu aku tak faham lah, kenapa benci sangat dia kat kau hah.” Marah Maizara
tiba-tiba. Hatinya menjadi panas tiba-tiba. Sakit hati dengan perlakuan Dato’
Roslan. Orang yang cukup disegani di bandar, tapi perangai dengan anak macam
setan.
Aisyah
diam. Nafas ditarik perlahan-lahan. Dia menghembus kembali nafasnya. Kepalanya
berdenyut. Sakit.
“Dia
kata aku ni pembunuh. Aku bunuh ibu aku. tapi, ibu kata, aku bukan pembunuh.
Memang patut pembunuh macam aku ni dipinggir. Kalau ibu tak mati, pasti Madiha,
Aiman dan Kimi gembira sekarang. Besarkan dosa aku? sanggup bunuh ibu sendiri.”
“ Ya
Allah, tak baik Aisyah kau cakap macamtu. Tu takdir Tuhan untuk ibu kau. Cuma
bapak kau tu yang salahkan Tuhan. Aku yakin satu hari nanti, orang yang buat
jahat kat kau akan terima padah. Masa tu, aku boleh bayang betapa puasnya hati
aku melihat diaorang terseksa.
Betul
ke kau nak pergi Aisyah? Jauh sangat tu.” Maizara memegang kedua belah tangan
Aisyah lalu menggenggam lembut. Diusap tangan itu dengan sopan.
“Aku
kena pergi Mai. Suami aku dah halau aku. Keluarga aku pun benci kat aku. takkan
aku nak balik kepada diaorang? Mak Yam pun dah lama pergi tinggalkan Aku. Aku
ni yatim piatu Mai. Aku tak ada sesiapa. Hanya kau je yang aku ada kat atas
dunia ni.” Jernih mata Aisyah memandang ke arah Maizara.
“Kenapa
kau nak pergi Aisyah? Kau sakit sekarang. Aku tak nak apa-apa terjadi pada kau.
Perlu ke kau nak pergi jugak Aisyah? Tapi aku tak nak kau pergi...,”
serak-serak sedikit kedengaran suara Maizara.
“Tak
boleh Mai. Aku kena pergi. Aku perlu ketenangan untuk hidup sendiri. Aku kena
cari pengalaman. Dulu aku terlalu bergantung hidup pada Mak Yam. Sekarang aku
kena biasakan diri aku. Lagi pula, aku membawa nyawa lain sekarang ni. Kau kena
tahu satu perkara bahawa, aku sayang kau sangat-sangat...,” air mata dipaksa
supaya tidak keluar.
Maizara
sudah teresak-esak menangis.
“Aku
sayang kau jugak Aisyah. Aku sayang kau. Ingat, kalau ada apa-apa yang terjadi,
kau jangan lupa telefon aku. Aku tunggu kau Aisyah. Pesan kat Zam supaya jaga
kau elok-elok.”
Mereka
berpelukan, Aisyah gagal menahan air mata. Perlahan-lahan tubir matanya turut
basah membasahi pipinya.
“Kau
janji dengan aku boleh?” pinta Aisyah lembut.
Maizara
mengangguk. Mereka masih lagi berpelukan.
“Andai
umur aku sudah tidak panjang lagi, kau tolong jagakan anak aku ye? Kau
sayanglah dia sama macam dia anak kau sendiri. Kalau kau tak mampu dan tak
boleh jaganya, kau hantarlah anak aku ke pusat asuhan anak yatim. In Sya Allah,
satu hari nanti akan ada yang sanggup menjaganya.” Sapa Aisyah lembut. Pelupuk
matanya yang basah dikesat.
Maizara
mengeleng laju. Jantungnya bergetar hebat. Sedih dan kecewa terhadap manusia
binatang. Hujung hidung disapu sebelum dia bersuara. “Tak, tak..., dia anak
aku. Aku takkan serahkan dia pada orang lain. Bagaimana kau sayang dia,
begitulah aku akan sayangkan dia. Sama seperti aku sayangkan kau Aisyah...”
“Terima
kasih sahabat, terima kasih... hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kau.
Jika dikira mulut aku masin, aku akan berdoa, Ya Allah, letakkan sahabat aku di
dalam syurga-Mu.
Bila
umurnya dah besar. Kau khabarkan kepadanya bahawa, ibunya sangat menyayanginya
dan sangat menyintainya. Katakanlah, bahawa sampai hujung nyawa ibunya
menyayanginya walaupun tidak akan ada peluang untuk bertemu dengannya.” Ada
sendu pada ayat yang terakhir itu. Pelukan semakin erat.
Bab 10
Hasbul
Wafiy bagikan orang gila. Sudah lima
bulan dia mencari Aisyah. Selama itu juga pencariannya gagal. Pernah juga dia
mencari di rumah bapa mertuanya. Seperti biasa orang tua itu mana pernah ambil
tahu. Apa yang diperdengarkan,
“Eloklah
kalau dia dah hilang. Mampus cepat lagi bagus.” Mengeleng hasbul Wafiy. Bukan
dulu dia bencikan Aisyah? Kenapa sekarang lain?
Itulah
kuasa Tuhan. Dia melabuh punggungnya di sisi katil milik Aisyah. Matanya paku
pada sebuah buku hitam yang berada di bawah katil. Tangannya dipanjangkan untuk
mengambil buku tersebut. Helai demi helai kertas itu di belek.
21
MAY 2011
Hari
ni aku menangis lagi. Tuan memukulku agak kuat sekali. Air tertumpah atas
kertas Tuan. Bila aku masuk bilik Tuan untuk mengambil baju kotornya, tuan
tidak ada disana. Aku berjalan ke arah meja. Aku ingat Tuan ada di sana.
Belum
sempat aku ke sana aku disergah dari belakang. Rupanya Tuan baru siap mandi.
Aku mengambil baju yang kotor. Belum sempat aku keluar, dia memukul aku
menggunakan kayu bestball di
kepalaku. Ya Allah, sakit rasanya. Dia marah aku! katanya aku yang menumpahkan
airnya. Sanggup dia menghukum aku atas bukan kesalahanku. Bukan salah aku!
Bukan! Kenapa Tuan selalu mencari
salahku. Apa dosa aku padanya.
Malam
ni aku diam tidak berkutik. Aku takut. Bila mata garang Tuan menusuk mataku aku
jadi kecut. Aku tidak berani. Aku takut. Bagai aku pesalah yang besar. Aku
hanya mampu menikus.
Mereka
makan dengan riang di meja makan. Bergelak ketawa. Langsung tidak memandang
kepadaku. Mereka makan di meja, sedang aku hanya berlapikkan lantai. Kenapa aku
selalu disisihkan.
28
MAY 2011
Tuan
merentap kasar rambutku hari ini. Kesalahan yang aku lakukan kerana bajunya ada
sedikit kedut. Ya Allah... seminggu sakit akibat dipukul Tuan belum hilang,
kini dia menambah lagi perisa dalam sakitku.
Aku
meraung. Meminta sedikit belas ehsan. Tahu apa yang dia lakukan pada aku? dia
tampar aku! dia pukul lagi aku! aku sakit. Dia tidak pernah tanya. Yang dia
tahu, setiap kali jumpa aku, aku akan jadi mangsanya.
Aku
sayang Tuan. Aku sayang sangat-sangat kat dia. Kenapa dia tidak pernah memberikan
walau secebis kasihnya kepadaku. Apa salah aku. hingga aku tidak layak untuk
mendapat kasih sayangnya.
Kepala
aku sakit. Semakin hari semakin sakit. Aku tidak sanggup lagi untuk menanggung.
Aku berdoa, jika sakit ini boleh ditukarkan kepada kasih sayang Tuan, aku
sanggup menanggungnya. Tapi itu mustahil bukan? Siapalah aku untuk dirinya.
1
JULY 2011
Ibu
selalu berpesan, doa Aisyah... doa... jangan kamu pernah berhenti dari berdoa
nak, ALLAH akan makbulkan doamu.
Walaupun
berkali aku mengeleng. Ibu tetap menyuruhku berdoa.
Aku
menangis. Setiap kali aku disakiti, Ibu pasti datang. Ibu akan peluk aku.
nyaman sekali rasanya berada dalam pelukan ibu. Pelukan yang aku tidak pernah
rasa dari sesiapa pun. Melainkan hanya Mak Yam. Aku sayang ibu, aku sayang Mak
Yam.
Walaupun
dalam dunia ini kedudukan aku tidak pernah diiktiraf. Aku reda. Sekurangnya
tiada manusia yang akan mengganggu ku. Aku takut. Takut sekali. Jika aku tiada
satu hari nanti, aku tidak bersama ibu. Aku mahu ibu. Aku mahukan ibu!
21
JULY 2011
Orang
kata wajahku cukup cantik. Betul ke? Aku hanya mampu senyum. Aku bukan sesiapa.
Aku tidak cantik.
Kecantikan
itu milik Allah. tidak akan kekal. Siapalah aku jika cantik sekali pun, bukan
orang akan berkawan denganku. Dah lama aku dipinggirkan, sejak aku mula
mengenal dunia ini. Hanya Mak Yam tempat aku mengadu dan ibu tempat aku
mencurah perasaan. Biarpun hanya dalam mimpi sahaja.
6
OGOS 2011
PEMBUNUH
Itulah
tuduhan kepadaku. Betul ke aku ni pembunuh? Aku pernah bertanya ibu pasal ni.
Ibu menangis. Adakah salah jawapan aku? kenapa mereka sanggup mengatakan aku
ini pembunuh?
Puas
aku mencari jawapannya, baru kini aku tahu, ibu mati ketika melahirkan aku. ibu
tumpah darah. Patutlah Tuan marah sangat dengan aku.
Tuan,
aku tidak pernah minta untuk lahir ke dunia ni. Tapi itu takdir Tuhan kepada
kau dan aku. Tuan, cukup seksa hidup dibenci. Bagaikan ketika itu aku bakal
dihukum sampai mati. Kau tidak pernah merasainya, kerana kau orang yang
dihormati.
Tapi
aku? aku makhluk yang paling dibenci di dunia ni. Aku tidak pernah rasa bahagia
walau sedikit sebagai anak kau. Aku barat anak haram. Langsung tidak diiktiraf.
Besarkan
dosa aku? hingga kau sanggup kau membenciku sampai hujung nyawa.
1 JANUARI
2012
Air
mata aku bagaikan tiada makna pada mereka. puas aku menangis. Rupanya tiada
ihsan sedikit pun untukku dari mereka. sanggup mereka memperlakukan aku begini.
Sanggup menjual aku!
Aku
bantah. Mereka tampar aku. kata, aku tidak kenang budi.
Adakah
itu kesudahan hidup aku?
16
APRIL 2012
Memang
patut aku selalu rasa sakit kepala. Rupanya Tuhan ingin menemukan aku dengan
ibu. Rupanya, Allah memberi jalan pintas kepadaku. Ya Allah, aku bersyukur
sekali.
Sedih?
Sudah tentu tidak jawapanku. Untuk apa aku sedih? Sedang di dunia ini aku cukup
terseksa, sedang, itu adalah jalanku untuk bertemu Tuhanku. Aku seharusnya
gembira.
Mata
Hasbul Wafiy terpaku pada helaian yang terakhir. Sekeping gambar terlorot jatuh
di atas lantai. Perlahan-lahan tangannya mencapai gambar tersebut. Sekali lagi
dia terpana. Gambar janin dalam perut yang di scanning.
Lama
dia menatap gambar itu. Bagaikan dirinya masih lagi bermimpi. Ditepuk pipinya
beberapa kali. Terasa sakit. Dia memerhati sekali lagi gambar itu. Jelas
terlihat dua janin yang mula menunjukkan sifatnya.
Anak
siapa pulak ni? desis hati kecilnya. Gambar itu diletakkan di atas ribanya.
Perlahan-lahan dia mula membaca ayat
tersebut.
25
APRIL 2012
Untuk
anak-anakku permata hati ibu selamanya, dengarkanlah bisikan dari seorang ibu
yang tidak pernah kenal erti kebahagiaan.
Anak
ibu, engkaulah satu-satunya harapan ibu. Satu-satunya yang ibu punya dalam
dunia ini.
Anakku,
walaupun kita tidak pernah ketemu, ketahuilah, bahawa ibu sangat mencintaimu.
Cinta ibu untuk anak ibu tidak akan pernah padam walaupun pada masa itu jasad
ibu sudah di mamah bumi.
Anakku
yang paling ibu sayangi.
Kalian
dua beradik,
Allah,
tiada kata yang mampu ibu ungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak terperi.
Tahu tak anakku, saat ibu mengetahui yang ibu mengandungkan kalian kembar,
rasanya baru saat itu ibu tahu, erti kebahagiaan.
Segala
kasih ibu, telah tumpah untuk kalian berdua ketika itu juga. Kasih sayang ibu
gantinya adalah nyawa ibu sendiri.
Anakku
yang ku kasihi, satu hari nanti ibu tahu, kalian akan mempersoalkan siapa
ayahmu. Ketahuilah anakku, ayahmu adalah seorang yang cukup baik, sempurna
dimata ibu. Ayahmu seorang yang cukup sifatnya, kacak sama seperti anak ibu.
Tiada siapa yang menandingi ayahmu.
Anakku,
ingat pesan ibumu, jangan sesekali dirimu mencari siapa ayahmu. Anakku, bukan
ibu melarang untukmu. Tapi, ibu takut, takut sekiranya ayahmu terluka untuk
kali yang keberapa.
Cukuplah
ibu yang membuat ayahmu terluka, sekarang biarkanlah ayahmu dengan
kebahagiannya. Ibu tidak menuntut sedikit pun anakku. Kebahagiaan ayah adalah
yang lebih penting. Itulah apa yang arwah nenekmu selalu ajarkan kepada ibu di
dalam mimpi.
Anakku,
jangan menyalahkan takdir, sekiranya satu hari nanti ibu sudah tiada di atas
muka bumi ini. Ingatlah anakku,
Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai kematian (
Ali-Imran: 185)
Anakku,
sedih sekali hati ibu. Bila difikirkan masa ibu untukmu sudah tidak mencukupi.
Allah, ingin sekali ibu meraung ketika ini juga. Ingin sekali ibu terus hidup
bersama anak ibu. Melihat anak-anak ibu membesar dihadapan ibu, melihat
anak-anak ibu ke sekolah. Pasti comelkan anak-anak ibu berpakaian seragam
sekolah.
Tapi,
siapalah ibu anakku, untuk menyalahi takdir Allah ini. Tak apa la anakku,
melihat dirimu membesar dalam perut ibu pun sudah cukup mengembirakan hati ibu.
Sekiranya
ibu juga mampu berjumpa denganmu sama seperti ibu selalu berjumpa nenek di
dalam mimpi cukup rasa bersyukurnya. Dapatlah ibu melihat anak ibu membesar di
hadapan ibu. Anakku, sayang mama Mai dan papa Azam seperti ibu dan bapa
kandungmu. Sedikitpun ibu tidak terasa.
Akhir
kata dari ibu yang terlalu menyayangi dirimu, jagalah diri kalian baik-baik.
Jadi anak-anak yang soleh buat ibu dan ayahmu. Doakanlah kesejahteraan ibu di
alam sana anakku. Ibu sayang anak ibu lebih luasnya tujuh lautan di atas dunia
ini.
Setitik
demi setitik airmatanya tumpah di atas buku itu. Anak aku? Allah, banyaknya
dosa aku. Rintih hati seorang yang bergelar bapa. Kepingan gambar itu dibawa ke
bibirnya. Ciuman hinggap disitu. Gambar itu dibawa pula ke dalam pelukannya.
Akhirnya dia terlena bersama air mata yang masih bersisa.