May 14, 2013

cerita pendek: kisah dongeng


Sudah separuh hari aku di dalam hutan yang tebal ini. Yang aku ingat, mukaku ditekup dan selepas itu aku sudah tidak tahu apa-apa. Apabila aku sedar, hutan tebal yang mengelingi diriku.

Aku bungkam. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Pandang kanan, hutan. Pandang kiri juga hutan. Sama jika aku berpaling ke belakang dan ke hadapan. Semua sama hutan dan hutan.
Perut sudah bermain irama kencang. Lapar. Pesan Ustaz Azhar Idrus bermain dalam benak.  Mataku melilau mencari akar kayu dan pucuk. Buntu. Aku langsung tidak kenal yang mana beracun dan yang mana tidak beracun. Aku failed bab-bab flora ini.

Tanganku menekan perut yang terasa cukup laparnya. Aduh mana lauk pauk ni. Bebel hatiku. Langkah terus diatur. Aku berhenti tiba-tiba. Telingaku tajam menikam apa yang aku dengarkan itu. Dibesarkan rongga telingaku seluas-luasnya.

“Yahoo...” jeritku lantang. Harimau ke, gajah ke yang ada berhampiran aku, sudah aku tidak peduli. Janji aku dah dapat apa yang aku nak. Memang kena berterima kasih kepada si penjahat yang bodoh meletakkan aku di dalam hutan ini. Lain kali lempar je aku kat 
padang sahara.

 Orang selalu jika sesat pasti akan meraung menangis. Bak kata Osbon cembing betullah kau! Tapi sorry, aku bukan dia orang. Aku Damien, Damien Iskandar Muhammadini!. Seorang yang suka pada keindahan alam semula jadi walaupun bengap dalam mengenal nama-nama pokok yang dikurniakan Ilahi.

Batu yang curam-curam aku turun dengan berhati-hati. Dihadapanku kini adalah selaut air sungai yang jernih mengalir dan itu bisa membuat tekakku meronta-ronta minta untuk diisi. Dah lama ia hauskan air.

Sekali pandang air sungai dah macam air batu limau. Yelah berwarna hijau jernih. Ni yang buat aku syok habis ni.

Uargh... hilang dahaganya. Memang terasa nikmat sekali air sungai sejuk. Tak perlu susah-susah untukku meminta pertolongan sugar glidder mencari ais batu di hutan.

Mesti sugar glider akan berkata: fuh selamat jiwa ragaku. Jika aku boleh dengar sugar glider berkata yang demikian. Aku tahu apa yang harus aku buat. Senang je. Ambik dan campak kat air terjun sana. Baru tahu siapa bos.

Aku menjeling kepada sugar glider yang sedang bertenggek di atas dahan pokok. Bulat matanya memandang aku. dengar ke apa yang aku kata tadi. mataku aku jengil kearahnya. Dia buat donno sambil meniarap. Matanya dipejam rapat. Kurang asam boi betul!

Okeylah batang buluh aku dah dapat. Mesti korang tertanya-tanyakan kat mana aku dapat. Okey aku akan bagitahu. Masa aku tengah cari kasut yang sebelah lagi hilang kebetulan aku terserempak dengan Doraemon yang tengah mencari nobita.

Okey tu baru permulaan. Ni baru aku ceritakan ye. Aku mintak dengan doraemon untuk minta jam tangan Conan. Aku tipu sikit kata nak tengok masa. Doraemon pun keluarkanlah dari kantung ajaibnya.

Dah dapat jam, aku buatlah gaya ala-ala Conan nak tembak Mauri. Zap!!! Terbelalak mata doraemon terkena ubat bius yang aku tembak. Dia pun jatuh dan tertidur. Masa tulah aku curi kantong ajaibnya. Doraemon pula aku hantar kat ruang masa. Hebatkan aku?

Pandai-pandailah Fujiko kelentong para peminat cerita doraemon nanti. Aku dah tak ambik port. Yang penting aku dah dapat kantong ajaib.

Ikan salmon aku bakar. Best dan sedap rasanya. Ikan mahal ni weh... Alah bukan aku pancing pun. Aku amik dalam kantung ajaib doraemon. Mudah lagi cepat. Omputih kata, fast and easy.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Bunyi bising diluar khemah memang mengacau ketenteraman awam. Aku mendengus kasar, marah ni. Nasib baik tidak menjadi hulk. Aku menyusup keluar dari khemah.

Terbelalak mataku. Tadi doraemon ni orang lain pula. Kelihatan Conan, Ran, masuhiko dan detektif muda terbongkok-bongkok di tepi khemahku. Mengintai aku ke apa. Mataku melirik ke arah pijama yang aku pakai. Aku ni lelaki. Seluar aku pakai kot. Diorang mengintai pun  tak dapat apa. Huwa-huwa-huwa...

Baru ku tahu, langit tinggi ke rendah. Cewah... ayat dramatis. Rupanya diorang mencari jam milik Conan. Pelipis aku garu. Idea datang. Ting! Terang mentol menyala. Cepat-cepat aku campak ke dalam sungai, bimbang mereka tahu.

Menangis tak berlagu Conan. Haibara mengeleng kepala. Botol susu disua kepada Conan. Jam tangan miliknya dipegang oleh Ran. Rupa dah tak macam jam aku tengok.  Huhuhu... masa aku tengah layan main dengan tenggiling kejar mengejar entah macamana pulak aku tersadung akar pokok. Jam tu pula terpelanting ke atas batu. Lebur habis beb. Koma dan kong terus.

Orang kata kena la bijak kan. Aku bagilah kat mereka telikopta milik doraemon. Boleh la 
diorang balik semula ke Jepun. Aku kata sebagai sahabat. Biarpun dalam hati sebagai ganti jam Conan. Selamat.

Aku menguap entah kali yang keberapa. Mengantuk habis. Layan Conan sampai jam lima pagi. Siot betul. dalam berita pagi ni Fujiko membuat pengumuman yang cerita doremon dan tamat. Frust jugak aku. aku tengok pun belum habis lagi.
Kepala aku ketuk. Samdol terlebih. Dah sah-sah Fujiko tak jumpa doremon disebabkan aku. aku gelak jahat.

Okeylah semua. Salam Berita pagi sampai disini sahaja. Ada masa kita berjumpa lagi. anak ikan mati tersepit. Selamat pagi!

Hello 2023