Hah! siapa Malaikat itu?
Aku tidak
mahu turun ke dunia.
Aku tidak kuat menghadapi kehidupan dunia.
Aku takut,
apa yang ada di dunia itu?
apa yang manusia lakukan di dunia itu?
bagaimana pula nasibku di sana?
Aku tidak kuat menghadapi kehidupan dunia.
Aku takut,
apa yang ada di dunia itu?
apa yang manusia lakukan di dunia itu?
bagaimana pula nasibku di sana?
Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya: “sebentar
lagi kau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia.”
Sesungguhnya bayi itu sangat takut dan gusar memikirkan akan dilahirkan ke
dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada kepada Tuhannya: ”selama ini ada malaikat
yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia.
Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil ini dan
lemah ini?”
Lalu Tuhannya menjawab: “jangan takut, sesungguhnya aku telah memilih
seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti.”
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: “dunia itu sudah tentu berbeza.
Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa
membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?”
Lalu Tuhannya menjawab lagi: “jangan takut. Malaikat yang ku pilih itu akan
menyanyikan lagu untukmu. Menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat
engkau berasa hangat dicintai!”
Bayi itu masih belum berpuas hati lagi lalu bertanya lagi: “aku tidak akan
memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak memahami apa yang aku bicarakan.
Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?”
Tuhannya menjawab: “malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan
bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian.
Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara.”
Bayi itu bertanya lagi: “dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin
berbicara dengan-Mu kelak?”
Lalu Tuhannya menjawab: “malaikatmu akan mengajarmu bagaimana caranya
nanti!”
Bayi itu masih terus bertanya: “aku dengar di dunia ini ramai orang jahat.
Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?”
Tuhannya menjawab lagi: “ malaikatmu itu akan akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya
sekalipun perlu mengorbankan dirinya sendiri!”
Dengan sedih bayi itu bertanya lagi: “aku akan berasa sedih kerana tidak
dapat bersama
dengan-Mu lagi!”
Tuhanya berkata: “usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tengtang-Ku
padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali
kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada
disisimu!”
Dan sebelum diturunkan ke dunia. Bayi itu bertanya soalan yang terakhir:
“jika sudah terpaksa aku diturunkan ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah
nama malaikat yang
Engkau maksudkan itu?”
Lalu Tuhannya menjawab: “ibu! ibu yang melahirkan engkau!”
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini