May 3, 2013

Isu terkini:

Haram Jatuhkan Kerajaan Kelantan

"Siapa yang memberi undi untuk menjatuhkan kerajaan Islam, maka dia menempah tiket ke NERAKA."
( Ustaz Azhar Idrus )

"Melihat kepada usaha-usaha ISLAMISASI di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang gegiatan untuk menjatuhkan  Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh islami seorang muslim bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun"
( Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin )

"HARAM menukarkan kerajaan yang memerintah kalian sekarang. Tanpa menafikan wujud kekurangan yang berlaku dalam kerajaan sedia ada. Ia adalah kelemahan yang kecil dan mampi di atasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan berusaha menegakkan islam ini menjadi lebih bahaya bila naiknya pemimpin yang cenderung pada MAKSIAT & KELALAIAN"
( Dr. Ust Zahazan Mohamed )


Umno/ BN benarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' untuk bible bahasa melayu bagi Sabah dan Serawak.


Mesyuarat Kabinet BN Pusat pada april 2011 membenarkan pengimportan kitab bible ( Al Kitab ) dari Indonesia. Hal ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2 april 2011. Bible dari Indonesia berbahasa Indonesia guna kalimah 'ALLAH' bermakna kerajaan BN yang membenarkan Bible menggunakan kalimah Allah diedarkan di negara ini.

"Menteri sebelum saya tidak sepatutnya mengharamkan perkataan 'ALLAH' daripada digunakan oleh gereja katolik." 
( ucapan Datuk Seri Hishamuddin Hussien di sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-4 di Kuala Lumpur, 1 ogos 2010) http://www.themalaysiansider.com

penganut kristian di sabah dan serawak dibenar menggunakan kalimah ALLAH dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka.
( Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu wawancara ekslusif dan dipetik oleh Utusan Malaysia 16 jnuari 2010)

Ia juga telah diterima bagi orang kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH
( Kenyataan Fathul Bari Mat Jahaya- Ulama Muda Umno dalam The Star, 19 mac 2011.)


AMANAT AYAH DI CABULI

"mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS atau agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
( Perdana Menteri, Tun Abdul Razak )

* menjawab pertanyaan Yb, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 12November 1975

Allah memberikan siksa yang pedih bagi yang memakan harta dengan jalan batil dan menghalang-halangi jalan Allah, 

seperti disebutkan dalam Al Qur’an surat At Taubah ayat 34 : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka beritahukanlah kepada  mereka,(bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.


Rasulullah s.a.w. bersabda : Barangsiapa mengambil harta benda seorang Muslim tanpa hak, maka dia akan menemui Allah dalam keadaan murka kepadanya.” (Ahmad).

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023