sila KLIK LINK INI untuk jalan cerita yang sebelumnya cerita siri 1.
sebelum masuk cerita dibawah siri 2. TQVM |
NurAmanina Binti Tan Sri Mukhlis |
Bab 1
Gambar yang tergantung di
dinding aku pandang. Kaca mata aku betulkan sedikit. “Abang rindukan Ana. Abang
terlalu sayangkan Ana. Walaupun Ana kat tangga keempat dalam hati abang.”
Tangga pertama Allah, kedua Rasulullah, ketiga ibu ayah dan mertuaku, keempat
isteriku dan kelima anak-anakku.
Airmata yang terasa basah di
juring mata aku seka menggunakan hujung jari. Sedar tak sedar sudah 5 tahun isteriku pergi
meninggalkanku. Jam ditangan, aku kerling sekilas. Sudah pukul 12 tengahari.
Tentu putera dan puteriku sudah pulang dari taska. Tanganku mencapai telefon.
“Dik, anak-anak abang kau dah
ambik?” tanyaku ketika talian bersambut.
“Dah bang, Cuma,” kata-kata
adik bongsuku terhenti disitu. Aku pelik.
“Cuma apa dik?” gesaku lagi.
“Cuma, balik tadi diorang
menangis. Ati tak tahulah kenapa dia orang menangis bang.” Hilang separuh
semangatku mendengar anak-anakku menangis di taska. Tapi sebab apa? Rambutku
aku lurut ke belakang.
“Tak apalah, kejap lagi abang
balik.” Talian aku matikan. Kaki aku hayun menuju ke bilik papa. “Zan, cancel semua meeting saya dengan klien hari ni. Saya ambik emergency leave.” Setiausahaku hanya mengangguk.
“Pa, Am balik dulu yer? Hari
ni Ambik cuti separuh hari.” Ucapku tergesa-gesa ketika melangkah ke bilik papa. Papa
memandangku pelik. Keningnya terangkat. File di tangan papa, dia letak ke
bawah.
“Kenapa pula ni Am? Macam ada
masalah aje.” Papa memanggung kepala memandangku.
“Arman dan Armani menangis
kat taska pa. Am risaulah, takut budak-budak tu tak sihat ke apa.” Jawabku. Aku
berdiri di hadapan papa.
Papa mengangguk. “Okeylah
kalau macam tu. Apa-apa hal call papa yer? Risau jugak papa dengan cucu-cucu
tu.”
Aku membalas anggukan papa.
“Terima kasih pa.” Kaki aku langkah keluar dari bilik papa. Ya Allah,
selamatkan anak-anakku. Ana anak kita menangis sayang...
Bab 2
“Mana dia orang dik?” sapaku
ketika sampai dimuka pintu rumah.
“Ada tu dalam bilik. Puas dah
Ati pujuk, dia orang tetap menangis jugak.” Allah, apa pula kali ini. Kaki aku
hayun laju naik ke tangga menuju ke bilik anak-anakku. Dada terasa sesak.
“Sayang...,” sapaku lembut
ketika pintu dikuak. Kelihatan anak-anakku sedang mengongoi di atas katil.
Comel anakku dalam keadaan macamtu. “Hei kenapa dengan anak babah ni hah?”
sapaku lagi. aku melabuh punggung di sisi katil.
“Abi...,” kedua-dua anakku
merengek di sisiku. Armani memeluk lenganku, manakala Arman memeluk belakangku.
Aku memalingkan keduanya supaya memandang ke arahku.
“Anak abi ni kenapa
menangis?” air mata Arman dan Armani aku sapu dengan hujung jariku. Wajah polos
itu memandangku tidak berkelip. Bibirku menguntum senyum. Mata anak kita sama
macam Ana sayang. Kedua dahi mereka aku cium penuh kasih.
“Abi, ibu mana?” dush!
Berpinar rasanya. Soalan anakku yang pertama setelah lima tahun ia berlalu.
Arman yang menyoalku, manakala Armani hanya mata yang memandangku.
Aku mengukir senyum lagi
untuk keduanya. Pipi mereka aku usap lembut. “Kenapa Arman tanya abi macamtu?”
soalan dibalas soalan. Aku menginginkan kepastian darinya.
“Abang tengok, semua
kawan-kawan ibu dia orang yang datang ambik. Tapi kenapa kami mak su yang
datang ambik?” pelat anakku menuturkaannya. Luluh rasanya hati ini. Pipi anakku
aku cium lagi.
Bibir kuketap kuat menahan
rasa sendu. Nafasku aku tarik perlahan-lahan mengambil sedikit kekuatan.
“Abang dan kakak nak jumpa
ibu?” soalku lembut untuk keduanya. Laju mereka mengangguk kepalanya. Bibirku
mengoyak senyuman manis. “Jom!”
Tangan keduanya aku pimpin
menuruni tangga. Bahagia menjengah. Biarpun Ana tiada disisi abang, abang tetap
rasa bahagia sebab Ana anugerahkan abang dua permata hati untuk abang. Bila
abang dekat dengan mereka, rindu abang pada Ana sedikit terubat.
“Dik, abang keluar sekejap
tau? Kalau papa balik, cakap abang bawa anak-anak keluar jalan-jalan.” Kunci
kereta di atas meja aku capai. Adikku hanya mengangguk.
“Masuk anak-anak abi,”
keduanya hanya menurut sahaja masuk ke dalam kereta. Wajah comel itu
terkelip-kelip memandangku. Aku senyum lagi. anak-anakku mampu mengusir
perasaan yang negativ dalam diriku.
Bab3
“Abi tu apa?” Arman menyoalku
lagi. ketika ini kami telah sampai di tanah perkuburan. Sebelah tangannya
ditunjukkan ke arah tanah perkuburan. Sebelah lagi erat memegang tanganku.
Armani diam di atas dukunganku.
“Tu kubur sayang, jom, kita
nak jumpa ibu ni.” Aku memimpin Arman masuk ke tanah perkuburan. Perlahan-lahan
aku memimpin Arman, bimbang jika terpijak kubur orang lain.
“Okey sayang, kita dah
sampai. Meh duduk atas riba abi.” Anak-anakku aku angkat dan letakkan di atas
ribaku. Pipi mereka aku cium. “Sayang, abang bawa anak-anak kita ni. Dah
besarpun anak-anak kita.”
“Nilah, ibu.” Tunjukku kepada
mereka kubur yang berwarna putih nisannya.
“Kenapa ibu tanah abi? Kenapa
tak sama macam kawan abang?” aku ketawa. Mencuit hati betul kerenah anakku ini.
Mengeleng kepalaku.
Qalish Arman & Qaisara Armani |
“Abi, kenapa ibu mati?” aku
memandang anakku. Wajahku dihiasi dengan senyuman. Wajah tanda tanya anakku aku
pandang dengan kasih yang makin
menggebu.
menggebu.
“Sebab dah tiba masanya untuk
ibu pergi. Yang hidup pasti akan mati. Abang nak jumpa ibu tak?”
Arman mengangguk. “Kakak”
tanyaku pada Armani yang sedari tadi hanya diam atas ribaku. Yang perempuan
tidak banyak bercakap. Yang lelaki suka bercakap dan banyak bertanya.
Perangai banyak bercakap dan
banyak bertanya Arman diwarisi dari isteriku, manakala diam Armani mewarisi
sikapku.
“Kalau nak jumpa ibu, abang
dengan kakak kena jadi anak yang baik tau. Abang dengan kakak pandai baca doa
untuk orang tua?” tanyaku. Keduanya mengangguk. Aku senyum.
“Bacalah, abi nak
dengar.”
“Bismillahirrahmanirrahim,
rabbiqfirli waliwa lidayya....” sejuknya hati ini mendengar anak-anak membaca
doa. Walaupun sedikit pelat suara mereka. Air mata yang jatuh aku seka
menggunakan jari. Mataku jatuh pada kubur isteriku. Bunga kemboja menghiasi
kubur
isteriku. Tengok anak-anak kita sayang, pandaikan. Abang nak anak kita
jadi macam sayang, isteri yang soleheh.
Bab 4
“Atuk,” jerit mereka. terkedek-kedek mereka berlari mendapatkan papa
yang sedang santai di atas sofa. Beg yang berisi pakaian dan mainan dicampak
begitu sahaja. Nilah anakku, jumpa atuk semua dia campak. Tanganku mengutip
beg-beg tersebut.
“Cucu atuk pergi mana hah?
Sampai hati tak bawak atuk.” Aku senyum. Papa terlalu manjakan anak-anakku.
“Dik, bawa naik atas ye? Kau
dah makan belum?” aku hulur beg kepada adikku. Adikku hanya mengangguk sambil
mengambil beg ditanganku. Setelah itu aku kembali ke sofa.
“Atuk, atuk, tadi abi bawa
jumpa ibu.” Arman dengan kerenahnya. Seorang yang ceria. Armani pula atas riba
papa. Aku melabuh punggungku di atas sofa berhadapan dengan papa.
Papa angkat kening kepadaku.
Aku membalas dengan bahuku dijongketkan. Cermin mata aku letak di atas meja.
“Budak-budak merengek nak
jumpa ibu diorang pa, tu yang Am bawa tu.” Aku berkata. Kepala aku sandarkan
pada sofa. Seharian menemani anak-anakku membeli belah.
“Tak menangis ke budak ni?”
tanya papa. Aku mengeleng dan melempar senyuman untuk papa.
Amer Idhlan a.k.a aku |
Papa senyum. Dia memeluk erat
anak-anakku. Jelas terpancar kebahagiaan anak-anakku. Papa juga bahagaia begitu
juga aku. Abang sayang Ana. Abang nak Ana yang jadi bidadari abang kat syurga
nanti. In Sya Allah...